08/12/2011

Ayam Pencen Goreng Kicap

Salam semua,

Redha itu ikhlas
Pasrah itu menyerah

Apa kena mengena ayat di atas dengan menu kita ari ni???

Tak ada kena mengena pon..saje je nak tulis..kihkih..sebenarnya tu salah satu ayat yang saya sangat suke dalam ombak rindu..tak abis-abis lagi ke ombak rindu? ok stop..

Jom kengkawan kita layan resepi ayam pencen goreng kicap ni..kadang2 saya pon tak dapat nak bezakan ayam kampung dengan ayam pencen ni..saya suka sangat makan ayam kampung sebenarnya..daging ayam kampung biasa lebih lembut berbanding dengan ayam pencen ni..tapi sebab nak makan sangat dan susah pula nak cari ayam kampung..ayam pencen pon boleh la..saya beli seekor tu tapi ayam ni kecik saja..sebelah saya masak kicap dan sebelah lagi masak gulai lomak cili api..next time saya share resepi tu ok..

Ayam pencen goreng kicap

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam~potong kecil dan rebus sampai lembut..biasa saya rebus 1-1 1/2 jam..
1 biji bawang besar~tumbuk
2 ulas bawang putih~tumbuk
sedikit halia~tumbuk
3 sudu cili kering yang telah di mesin
sedikit sos cili
Kicap secukup rasa
sedikit garam
sedikit lada hitam
1 biji tomato~potong 6
1 biji bawang besar~potong bulat
1 biji cili merah~potong dan buang biji


Cara-caranya
1-Tumis bahan2 tumbuk.masukkan cili kering.bila garing masukkan sos cili
2-Masukkan ayam yang telah direbus~masukkan juga sedikit air rebusan ayam tadi
3-Then masukkan kicap dan lada hitam
4-Perasakan dengan sedikit garam
5-Masukkan bawang besar,cili merah dan tomato sebagai hiasan.Tunggu sehingga kuah sedikit pekat dan tutup api.Hidangkan






Selamat Mencuba




1 comment:

  1. sama la...suka makan ayam kampung...dulu2 abah pelihara banyakkk ayam kampung..jarang2 kitaorang makan ayam daging...sebab tu sekarang Cik Ngah tak makan sangat ayam daging...

    ReplyDelete