14/12/2011

Jalan-Jalan Melaka

Salam semua,

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak bercerita tentang aktiviti hujung minggu saya yang lalu..sebenarnya planning awal nak bercuti ke penang bersama my H..sebab rindu sangat dengan penang..rindu memory masa belajar di sana dulu..rindu pada semua kawan-kawan masa di usm walaupon sekarang semua da bawa haluan masing2..tapi last-last minit saya tukar plan pula..pergi melaka saja la..ajak family my sister pergi sekali..tapi kami tak stay kat melaka..just pergi dan balik hari saja..lagipun kl dan melaka tak jauh mana..

Saya memang seronok pergi melaka..banyak tempat yang boleh dilawati..nama pun bandaraya bersejarah kan..jadi banyak la muzium2 semua..cuma kami tak sempat pula nak menjelajah dalam muzium tersebut.Ada antara muzium tersebut under renovation..mesti la kena menaik taraf bangunan kat sana supaya lebih ramai pelancong datang ke melaka ni..

Ok kami pergi hari sabtu yang lepas..janji nak pergi seawal mungkin..tapi biasa la kan janji melayu ni..mesti la tergelincir sikit..kihkih.tempat pertama yang dituju adalah bandar hilir.masa sampai kat tol ayer keroh tu ramai sesangat orang nak masuk melaka..maybe menghabiskan cuti hujung minggu ditambah lagi dengan cuti sekolah sekarang ni..

Masa datang melaka dulu pernah saya dan my H pernah kena saman dengan majlis perbandaran melaka sebab tak bayar parking..lor ingatkan free..so kali memang beli tiket parking siap2..park kereta dekat dengan a famosa jadi senang sikit nak jejalan dekat area situ..jom la kengkawan layan gambar2 masa saya di melaka..

A famosa


Budak zikrie yang teruja sangat tengok beca yang cantik2
next time klu datang melaka lagi kena try naik beca ni



Teringin sangat nak naik menara taming sari ni
Tapi list panjang sangat.dengan cuaca yang panas membantutkan lagi hasrat nak naik menara ni

Antara kedai cenderamata yang terdapat di sini
Memang banyak gerai seumpama ini di melaka



Melaka River cruise~ Patut naik waktu malam
Mesti lagi menarik tengok lampu2 dari rumah melaka
Pemandu pelancong ni memang sangat peramah dan non-stop bagi informasi pasal melaka
Thanks to him~gambaq lupa nak ambik






Last sebelum kami balik ke kl kami singgah di zoo melaka
Before tu kami singgah di medan selera ayer keroh nak pekena asam pedas melaka
tapi sangat tak puas hati sebab memang tak sedap dan harga pon sangat la mahalnya
sebab tak sedap jadi tak ada gambar asam pedas tu~hihi
Cuma otak2 dia memang marvelos-sedap sampai tapau lagi bawa balik kl






Tak banyak sangat binatang di zoo melaka compare dengan kl
 Tapi memang penat sangat jalan dan pusing satu zoo ni
Apa2 pon memang enjoy datang melaka

Tengok la budak zikrie yang kepenatan habis
Malam tu memang tidoq awal~abis sakit seluruh badan
My H dan faiz siap g main badminton lagi malam tu
saya sori la da Zzzz pon


Angah~Jalan-jalan diteruskan keesokan harinya..tapi kali ini jalan-jalan kat kl saja..next post saya share my next aktiviti pula ya kengkawan..Xoxo





2 comments:

  1. mmg datang melaka tak cukup kalau satu hari je...banyak tempat nak kena pegi...nanti datang lagi ye ngah...boley jumpa ^_^ yani pun ada, kecik macam dulu jugak dia ^_^

    ReplyDelete
  2. aah as memang tak cukup..tu la da bgtau my h tu next time klu dtg melaka lagi nak g jumpa ko..lama betul tak jumpa.nak jumpa ari tu ko balik selayang pulak..melaka memang best..

    ReplyDelete