03/04/2012

WetWorld Shah Alam-Berjimba di hari Sabtu

Salam Semua,

Korang buat apa weekend lepas?
Sabtu lepas en H mem bizi kan diri die dengan pertandingan basekal die tu kat senawang N.9
So aku selalu di tinggalkan keseorangan
Tapi ada aku kesah?
kuikui tak kesah tu sebabnya adik aku yani ajak mandi kat wetworld S.alam
cuba kalau aku duduk sorang-sorang kat rumah sehari suntuk
mesti la mood ke laut lepas tu
Jadi ini balasan untuk en H sebab selalu tinggalkan aku..tak dapat la dia nak join kami hari tu #jelesjeles#

So pagi sabtu lagi yani,faiz dan zikrie datang ambil aku kat rumah
before pergi kami breakfast dulu nasi kerabu..syok sedap sangat..tapi tak abis sebab banyak sangat
actually hari tu hujan tapi kami pedulik hapa kan..mandi tetap mandi..

 hai auntie uncle cemua..nama caye zikrie iman
Tengok muke caye ekcited cangat nak mandi kolam
Tapi cebenarnya caye tolong cover ekcited ibu ayah dan mak ngah caye je
dorang tue ujan-ujan pun nak bawak caye mandi kolam juge..
cejuk cejuk..

Diam la ko zikrie..pandai jer
sambung sambung..ni kira kali ke dua la aku datang sini..yang pertama dulu 2 tahun lepas kot
masa tu murah lagi nak masuk sini tapi kali ini dah naik dah reganya
Tapi aku tak kisah sangat sebab rasanya dah banyak tambahbaikan yang di buat compare 2 tahun lepas

Jom masuk tapi before tu kena la beli tiket dan baca sikit peraturan kat dalam nie

Harga tiket rm 20 untuk dewasa..2 tahun lepas rm 10 saja..untuk kanak2 sekarang nie dah ikut ukuran tinggi pulak..jadi pada ibubapa yang ada anak dalam kategori kanak-kanak tapi tinggi dalam kategori remaja tu memang kesian la..tak pasal2 kena bayar ikut tiket dewasa pulak ~cadangan aku patut tengok ic la kan
Macam la orang wetworld nie baca cadangan ko tu angah

Cerita pasal tiket nie aku teringat kat sorang makcik yang aku jumpa plus borak kat dalam nie..
makcik tu orang susah tapi disebabkan anak2 dia teringan sangat nak datang wetworld nie dia usahakan juga.
Makcik tu dah kehilangan suami ketika anak dia masih kecil lagi
sekarang anak dia dah darjah 4
Dia datang dari kuala selangor..naik bas saja..tu pun terpaksa tukar bas 2 kali semata-mata nak datang wetworld..mula-mula dia baget dalam seratus lebih kos dia datang dan tiket semua..tapi sampai saja wetworld tengok harga tiket dah naik..cian kan..terpaksa bayar lebih..
Banyak lagi yang aku borak ngan makcik tu..apa pun aku harap makcik tu tabah menjalani kehidupan ini
Maybe nilai 20 ringgit tu kecik bagi kita tapi tidak bagi orang lain *emosi*


Ok ini pulak peraturan kat wetworld tu..kata tak boleh bawak makanan dari luar..tapi kalau korang masuk kat dalam tu..siap macam pergi picnic lagi..aku pun taktau cne dorang boleh seludup makanan tu semua
siap berbakul2 tau..ya la korang cuba bayangkan kalau family ramai yang datang..tak ke over the baget nak membeli makanan kat dalam tu

Harus la bergambar dulu..aku dah gemuk..huhu..cuba untuk mengecilkan diri sebaik-baiknya *azamohazam*

Kat dalam ni ada kedai juga..so korang boleh la beli baju ke kalau lupa nak bawak baju tu..pelampung warna hijau tu dah sah menjadi hak milik zikrie iman

Antara kemudahan yang disediakan..loker peribadi..tapi mak aii mahal bebenor..rm 5 ringgit sekali kunci
so kalau dah tutup tu buka masa nak balik nanti je la..kat atas tu kedai yang ada kat dalam wetworld ni..tu sebab tak boleh bawak makanan dari luar.nanti tak laku maa kedai kat sini


Ini saja gambar yang sempat aku snap..sebab den dah tak sabo nak terjun nie..gambar masa mandi pun takde sebab kamera dah selamat kat dalam loker peribadi..tak boleh buka dan ambil dah..*alasan*padahal mandi tak hingat..tue yang  terus je takde masa nak bergambar2 nie

Ok la auntie n uncle cemua..zikrie dah penat dah..cekarang zikrie nak balik umah tido-tido dulu cebab malam nanti zikrie nak g makan kat safina seafood dekat ngan putrajaya..
tapi cam biaca la..mak ngah zikrie ni pemalas cangat nak bawak cameya..jadi tak ada gambar zikrie nak chare ngan cemua..tapi zikrie nak bagitau..makanan kat citu memang cedap2 belaka..mulah2 pulak tue..
Lagi best kan auncle auntie ayah zikrie belanja..time kacih ayah..nanti belanja lagie ya..
Time makan je baru pak ngah zikrie join kite together-gether..hepi la pak ngah zikrie tu cebab dia dapat nombo best main bacikel..tahniah pak ngah..

_________________________________________________________________________

Aktiviti bersambung dengan hari ahad..

hoho hari ahad tu memang hari kemalasan sedunia..
Lepas subuh aku tido semula..ingatkan en H tu pun tido jugak
rupanya dia dah bangun awal2 lagi
aku terjaga pun sebab dengar bising2 kat tingkat bawah..rupanya en H tu sibuk membasuh basekal dia
aku dengan malas bangun then basuh muka ala2 kadar dan sambung baring kat sofa sambil tengok tv
En H dengan baik hatinya telah menyetalkan semua keje
Pas tu dengan baik hati lagi tanya aku nak makan apa sebab dia nak beli (apa?korang ingat en h tu nak masak?jangan harap la..kihkih)
Breakfast pun dah pukul 10pagi..
Ingatkan nak keluar pukul 12 tapi badan nie macam tak boleh nak bangun..still landing depan tv lagi.
haha..ko tengok bertapa pamalasnya haku ini
pukul satu baru mandi then keluar  pergi alamanda jejalan dan shopping cari kasut
Mak aii ramainya orang kat almanda..maybe minggu gaji kot..tak larat aku..dapat kasut satu terus keluar
pusing2 dekat masjid jap..lepak2 tengok tarian jap sebab masa tu ada minggu kraftangan kot tak salah
yang selalu aku sesalkan..
aku tak bawak kamera..kalau tak mesti aku dah rakam dah pertandingan tarian tu semua
walaupun aku nie tak reti menari langsung tapi aku suka tengok tarian nie
(sebenarnya aku patut ambik gambar sebab nak tulis kat blog*sobsob*)

Then aktiviti aku diteruskan ke giant puchong untuk membeli barang-barang rumah
kalau beli barang rumah tak sah kalau tak abis rm 150-200
kadang2 aku pun pelik..nak kata ada anak tak ada anak
duduk pulak dua orang je..dah lah jarang masak..tapi taktau beli apa mesti habis banyak jugak
kalau stok sebulan tak apa la juga..ini tidak..tiap2 minggu pun still beli barang dapur jugak
pukul 5 baru la aku dan en h makan tengah hari..ko bayangkan orang dah nak makan malam baru kami makan lunch..makan kat chicken rice shop (betul idok namanya tue..teman pon kurang pasti)
then balik sambung lagi kemalasan sampai la malam..*krohkroh*


P/S: Sape-sape yang nak Order AuraWhite Collagen boleh call/sms 012-2869 683..Banyak free gift menanti anda!!jangan lupa call..tq

3 comments:

  1. sama la angah..klua ri sabtu n ahad sure malas nak wat keje..klu leh tido 24 jam nak tido jer.....tp mana leh kan....nak kena solat lg..lg2 ader husband...

    ReplyDelete
  2. sue~memang pun..kalau boleh nak bermalas2an je kan..nak kuar pun kadang2 malas.tapi kalau ikut rasa malas tu selalu..semua pon tak jadi

    ReplyDelete
  3. awak pegi wet world ni tahun 2012 ke?

    ReplyDelete