09/10/2012

cerita ceriti??

Assalamualaikum semua

Akhirnya aku ingat balik password blog aku nie
yihaaa 
eh korang semua rindu i ker? haha saje je kan..
dah lama tak update blog..i is malas okey..bila lama tak buka blog sendiri akhirnya password pun dah lupa
masa puasa ari tu ingat nak la update blog selalu 
tapi macam biasa la mood nak menulis tu membara hanya bertahan selama sehari dua je..lepas tu terus hanyut ke laut
sekarang nie pun taktau nak tulis apa kat blog tapi disebabkan hari ni baru dapat buka blog nie semula
jadi excited la kunun-kunun nak wat entry baru walaupun takde idea nak tulis pe
jadi kita cerita tanpa gambar la apa yang berlaku sebulan dua ni okey..

yang pertama

Bulan Puasa

hoii dah lama dah habis puasa
hihi nak buat camne kan..baru sekarang terasa nak cerita
sebenarnya untuk entry puasa ni aku da banyak resepi nak sharing is caring
banyak la gambar yang di ambil..tapi seperti yang dinyatakan di atas maka terbantut la semua usaha murni tu..tapi memang puasa tahun nie cukup sederhana untuk aku dan en h
banyak yang aku masak sendiri..tapi aku masak yang simple2 je
yang mana sempat saja..jadi tahun nie memang kurang pembaziran..kalau ikut nafsu syaiton seperti tahun2 sebelum tu memang teruk la..korang bayang la makan 2 orang je..tapi beli seekor ayam golek..tu belum +++ dengan menu lain..saka dengan hantu raya yang di pelihara pun tak mampu nak mengabiskan nye.
finally masuk tong sampah..huhuhu hilang pahala puasa kan..
harapan aku tahun depan dan seterusnya aku dan en h dapat mengekalkan sifat bersederhana nie lagi.

yang kedua

Selamat Hari Raya

Haha tak sempat nak wish dekat kawan-kawan blog masa raya tue
sempat lagi ke nak wish sekarang?
ok dah wish dah..dalam hati je..hihi
ok raya tahun nie pun penuh kesederhanaan bagi aku dengan en h..
taktau kenapa feel nak raya memang tak ada langsung tahun nie
aku tak buat pun baju raya dan en h pun memang tak beli baju melayu pun tahun nie
en h tu baju melayu saja yang tak beli hokey..baju kemeja dan t-shirt tu berlambak-lambak..hover tau
cian kat aku kan? nasib la adik aku yani baik hati memsponser baju raya untuk family aku tahun nie
huh ko mampu housewife yang tak bekerja sponser baju raya?
haha terbalik pulak kan..ala tak kisah la..nanti lagi murah rezeki menderma kat orang tak mampu..hihi
maka ada la aku sepasang baju raya dan en h pakai je baju melayu yang lama2
tapi ada pulak yang tegur kata baju en h tu baju baru?
dari segi makanan pun aku jadi kurang berselera seperti tahun2 terdahulu
kalau dulu hoi semua benda ko nak rasa dan telan.tapi kali ni aku just jalan dan jamah biskut sikit2 je
menu lain yang marvelous tu semua tak mampu aku telan
tapi tu kisah raya pertama je..tahun ni raya pertama kat rumah aku 
then raya ke dua baru kat umah en h..tahun nie balik rumah nenek en h kat kelantan
apa yang aku suka balik kelantan nie adalah dapat makan sedap-sedap
dulu masa kali pertama raya kat kelantan memang aku tak suka..sebab masa tu tak pergi mana2 pun raya
just duduk rumah..tensi i tau.kira culture short gak la aku masa tu..hari raya tapi takde rasa kuih raya?takde suasana raya?tak suka tau..itulah sebabnya tahun ni aku memang tak prepare baju raya pun sebab aku memang pikir aku tak akan kemana-mana pun.
Tapi rupanya tahun nie banyak pulak rumah yang en h ni nak pergi..masa tu baru la..hoi orang pakai baju raya cantik2 ko pulak pakai jeans je..segan ai tau..
memang seronok la tahun ni raya kat kelantan..ai makan banyak nasi berlauk,kerabu..colek..lepak2 tepi pantai..memang sempoi la lepak dengan mak dan pak mertua aku dan en h..makan colek yang aku tak pernah makan..macam nie baru la aku hepi nak balik kelantan lagi..
2 3 hari duduk kelantan balik lipis semula..disebabkan cuti raya macam panjang je tahun nie
aku dan en h decide aku duduk umah aku dan dia duduk rumah dia
kejam ker?
haha takde la kot..rumah aku dengan en h dekat saje.kami pun jarang balik
dan kalau balik hujung minggu pun dapat rehat sekejap je kat rumah memasing..
tu yang cuti panjang balik rumah memasing..lagi senang..haha
nanti ada masa aku upload gambar raya yang ketinggalan zaman tu yer..tapi tak banyak pun sebab memang lupa nak bergambar tahun ni.hihi

Yang ketiga

Open house

gempak je kan..haha mana ada aku buat open house pun
nanti ada kawan-kawan ai yang marah uolls tak ajak pergi rumah kan
sebenarnya my bff rina dan alice nak datang beraya kat rumah
jadi aku pikir masak la lebih sikit boleh panggil jiran sebelah menyebelah ni datang sekali
aku memang kadang nak buat open house tapi rumah aku ni memang susah sikit nak parking
nanti kalau orang datang serbu ramai2 camne kan..aku takut jiran-jiran je complaint.
tapi iallah di kemudian hari aku akan pikirkan jalan terbaik camne nak buat open house ni
okey berbalik pada cerita ketiga ni
aku sempat ambik gambar orang pertama yang datang saja..yang lain tu terus lupa nak ambil gambar
haha..biasa la bila borak tak ingat donia..semua benda pun lupa..lagi lupa nak ambil gambar dengan my bff.
aku masak simple saja..laksa dan bihun goreng..hihi tak mampu i nak masak banyak2 okey.

Yang keempat

Admitted to hospital 

mmm aku pun tak pasti nak share ke tidak yang nie..
tapi aku bagitau jugak la kan
hari tu aku admit kat hospital 3 hari then dapat mc seminggu lebih
best kan dapat cuti lama-lama..haha tapi kalau dah sakit apa yang bestnya..betul tak?
okey tu saja yang aku nak cite..tak dapat mengulas panjang lebar..

Yang kelima

Abah Accident

kalau tak salah aku perkara ni terjadi hujung bulan 9 hari tu
malam tu dalam pukul 130 pagi kot adik aku sms cakap abah aku accident
aku memang dah tido dah..en h pulak baru je tido pukul 1 tu..
sebabnya dia baru balik dari main basikal pukul 12 tghmlm tu
jadi pukul satu baru dia tido..
ok lepas adik aku sms tu nasib la aku terlintas nak baca sms dia
sebabnya kalau setakat sms je tengah2 malam nie memang tidak la aku nak bacanya
lain la kalau call kan..
lepas baca sms aku terus call teh..then dia cakap abah still kat emergency room..
en h cakap jom la balik..aku masa tu pikir cam maybe tak serius sangat walaupon berdebar-debar
tapi kalau jadi apa-apa then aku still menunggu kat rumah je..mesti nanti aku menyesal
then terus aku call adik aku yani tanya dia nak balik tak? so pukul 2 pagi cam tu kami gerak ke lipis
bila sampai tol gombak..adik aku teh call cakap abah aku kena hantar ke hospital termeloh untuk scan sebab kat hospital lipis tak ada alat scan tu..just scan then kalau tak serius hantar ke hospital lipis semula
so aku dan adik aku pun terus ke hospital temerloh.
kami sampai dekat subuh..ambulance yang bawak abah aku tu pun tak sampai lagi
kami solat dulu then orang yang bawak ambulance tu bagitau diaorang dah sampai dah ada dekat emergency room..aku terus ke sana nak tengok abah aku..terus rasa sedih..teruk muka abah aku bengkak then mata tak boleh buka..siap muntah darah lagi..adoii hai masa tu..tak tergambar dengan kata-kata
nak scan pun lambat..doctor tak datang lagi..pukul 8 kot tak salah aku baru dapat scan..then tunggu report doctor kata boleh hantar ke hospital lipis semula..dieorg akan pantau dari hospital lipis
kami pun ikut jugak ambulance ke lipis ..before that aku tunggu adik bongsu aku dari terengganu sampai.then baru gerak ke lipis sama-sama
abah aku kena tahan kat hospital seminggu jugak la..
aku petang tu terus balik ke kl semula..kalau serius lagi hujung minggu tu baru aku ingat nak balik lipis semula..huh penat takyah cakap la kan..mental dan fizikal..cian kat en h la..tido setengah jam saja.masa nak balik kl tu singgah petronas beli redbull dulu sebab dia memang dah tak tahan sangat..adik ipar aku siap tido dulu kat petronas tu..en h pulak cakap dia nak rehat kat rumah saja..

so itula serba sedikit perkara yang terjadi dalam hidup aku dua bulan nie
harap segalanya akan baik-baik saja

jumpa lagi..





4 comments:

  1. sekali wat entry byk ceritanya....sue pun raya thn nie simple sgt2. mood beraya dah ke laut maybe faktor usia kut....sakit per smpai kena admit kt ward? semoga semuanye baik2 belaka....

    ReplyDelete
  2. tu la cover untuk 2 bulan punya cerita..tu la semoga semuanya baik2 belaka..

    ReplyDelete
  3. at last..ingat pun passwordnya..tu dia aihhhh berjela up date ha...sakit apa bairul?...jaga kesihatan tau...betul lini,dah berusia ni,mood raya tak macam muda2 dulu...

    ReplyDelete
  4. camna dgn abah u skrg daling? kesian dia... puan angah pun jg diri dan kesihatan leklok taw...

    ReplyDelete