17/10/2012

Pen Al-Quran Digital

Assalamualaikum

ai is rajin sekarang uolls nak hapdet blog
so uolls jangan malas-malas nak membaca blog ai ok

Korang pernah tak dengar Pen Al-Quran Digital?
Actually aku pun baru tahun nie tahu kewujudan pen digital ni
so bila dah tahu tu aku cepat-cepat google untuk cari info yang lebih terperinci
kat mesia ni memang dah banyak dah jual pen al-quran digital ni
maybe brand,nama,harga dan cara penggunaan saja yang berbeza tetapi fungsi tetap sama
So dalam banyak-banyak company yang jual pen digital nie aku memang tertarik dengan satu company nie



Adalah penting untuk kita cari info sebanyak mungkin lebih-lebih lagi macam aku memang nak order online..korang kena pastikan yang orang tu memang boleh dipercayai,produk dia memang diiktiraf lagi-lagi yang melibatkan al-quran nie..aku beli sebab al-quran yang qalam keluarkan nie mendapat kelulusan jakim dan kdn

untuk lebih detail korang boleh baca kat website qalam
pen al-quran digital nie memang satu alternatif untuk kita memperbaiki bacaan, mengetahui tajwid yang betul, mengetahui tafsir al-quran dan sebagainya

Masa aku order ni tak salah dalam bulan puasa hari tu.
masa tu still ada promosi..so dapat la harga rm 290 tak salah dengan free delivery
korang jangan risau company ni memang dah ada deal dengan pos malaysia
jadi IAllah kualiti penghantaran tu akan dijaga sebaik mungkin






Alhamdulillah
hidup harus ada perubahan
amin

16/10/2012

Layan gambar Raya 2012

Assalamualaikum

Baru kali ini aku nak share gambar raye yang cinoit ni
baik dari takde ye tak
raya pertama tahun ni raya kat rumah aku
selepas solat raya tu memang rushing nak balik kampung
jadi tak sempat nak bergambar bagai..jadi aku plan la nak ambil gambar kat kampung je
dengan family dan sedara mara reramai kan
tapi biasa la bila dah berkumpul ramai-ramai tu lupa la pulak nak bergambarnya
terkilan pulak bila pikir semula..dah la jarang jumpa..gambar pulak takde..
harap tahun2 depan aku alert sikit pasal bergambar nie

My laling aku~En H

 Adik aku~Teh

 Adik Bongsu aku~Amir

 Adik Aku~ Zarif

 Tembam kan aku~tapi rasanya kat luar takde la tembam cam tu sangat~ effect camera nie
hoho ayat mengcover baik punya
Aku confius dengan adik bongsu aku nie~amir
dah la bongsu tapi dia paling beso dalam family..biasa la anak bongsu terlebih bagi makan
tapi tetap my adik kesayangan aku ~ Huhu
Dulu sampai sekolah menengah aku la yang selalu potong kuku dia
sekarang kuku en H pulak..lelaki ni memang tak pandai potong kuku ker?

 Adik aku n My cousin

Abah dan Pokde Aku

Kat bawah nie semua sepupu sepapat aku~kaki gambar je semua nie
tapi kali nie terlupa nak bergambar lebih-lebih








 
 Aku kan ada bagitau aku da buat majlis kecik-kecik kat rumah aku
masak pun simple-simple je
majlis hari jumaat~ahad aku admit kat hospital..gigih kan aku..haha

 Adik Aku~yani

 Budak ni dah pandai dah sekarang~kalau halakan camera kat dia cakap senyum terus tersengih
kadang-kadang sampai tak nampak biji mata 
Punya la nak senyum tu~


Ini je la gambar tetamu yang aku sempat snap
yang lain tu memang aku totally lupa
tapi kalau korang buat majlis ke apa kan
better camera korang bagi orang lain pegang
kalau korang pegang sendiri..jangan harap la korang ada masa nak snap gambar semua

k bye

15/10/2012

Celebrate Birthday En H~TonY Roma'S

Assalamualaikum

hari ituew kan birthday en H
Taktau nak celebrate kat mane..actually malas pun nak celebrate..hihi
tapi macam cian pulak kan.jadi aku ajak la en h pergi mid valley cari-cari makan sambil cuci mata
tapi sebenarnya ada reasons kenapa aku pilih mid valley
tak kose okey nak pergi sana semata-mata nak celebrate birthday en H
dengan jam parking susah lagi..pastu kena tahan telinga mendengar en H nie membebel sebab jam
tensi mak tau.*cam aku pulak membebel sekarang nie*

okey la aku suruh en H pilih tempat yang dia nak makan
tapi dengan syarat tempat yang tak pernah kami cuba lagi
mula-mula nak makan tempayaki jek..tapi ramai huh orang
then pilih korean style lak..tapi dengar je korea terus tekak en h kembang
last-last pilih sini..layan je la tekak omputih nie










Di sebabkan aku memang tak makan daging dan aku rasa aku memang tersalah pilih menu kot
pada aku tempat nie biasa je..tekak ai memang tak boleh terima hokey
tapi en H memang sampai sekarang cakap sedapnya sedapnya
teringat2 kat daging dia yang memang sedap tue~kira pueh hati la dapat makan
sedap sebab tak perlu bayar ke tau memang tul2 sedap abang?

tapi walaupun tekak haku tak boleh terima
tetapi haku tetap pueh hati dapat pergi mid valley
hanya disebabkan ini










ini




































ini





























hah ini la pun..durian crepe/pancake durian
aku dah berapa hari mengidam nak makan menda alah nie
tengok ramai yang dok post pasal nie saja
google-google dekat mid valley saja yang terdekat aku boleh beli
tu pun niat aku datang sini
janji den pueh hati



 memang sedap korang..hingga menjilat jari..lagi-lagi makan masa sejuk..marvellous sangat
okey pergi mid valley sekarang



Bila En H konker Tv

Assalamualaikum

Bila en H konker tv


nie la aktiviti terbaru aku


karaoke lagu jiwang karat..kuikui


12/10/2012

Hepi birthday my laling

Assalamualaikum

my laling ker? siapakah ituew?
of course ler my en h bucuk cayang intan payung hencem tak ingat?hahaha

ok la hari ini birthday en h yang ke 30
straight je aku bagitau..tak bagi can punya en h nak feeling2 muda ke hape kan..
hari ini jugak 12.10.2012
macam la korang taktau tarikh hari nie kan kan
macam biasa aku ni kalau bak nak tunggu jam 12 baru nak wish tu bukan aku la kot
dulu kalau masa bercintan lain la kan..sanggup tu tunggu nak wish berwish
kunun-kunun nak jadi orang pertama la yang wish kan
supaya dia tau aku memang pentingkan dia lebih dari segalanya...cewahhh
tapi tu dulu..sekarang ni tak kose mak nak berjaga semata-mata nak wish birthday..kejam tak?

so sebelum aku tertido tu lebih baik aku wish siap2 la kan
biasa aku mesti tertido depan tv punya..pulak2 sekarang nie aku tgh berpuasa jadi malam2 tu memang mengantuk giler..penat..lepas buka pose saja mula la syaiton menari-nari kat mata aku nie hah..
aku pun
abang hepi birthday!!
semoga panjang umur,murah rezeki,nanti dah banyak rezeki boleh bagi kat orang cikit..
semoga dapat anak cepat-cepat.semoga sayang orang selamanya..semoga dapat gaji yang lagi besar..
semoga jadi suami yang baik..blabla
aku pun dah tak ingat apa yang aku cakap semalam

tapi en h biasa la ketawa malu-malu kunun
eh banyaknya wish
pastu gelak manja gitu
*aku pulak confius aku buat lawak ker*

pastu aku ingat nak tido sebab en h dok konker tv nak tengok bola atm vs lion tue
dia tak bagi aku layan cite aku
tapi susah pulak nak tido jadi aku pun buka la laptop layan karok lagu2 jiwang karat kat youtube sampai tertido..motif?

then tetiba je hah cam tu la!!!kat telinga mak nie
terkejut terus aku..apasal nie..nape bola tak abis lagi..pukul berapa nie..tengok2 jam baru kul 1145
terus rasa nak mengamuk sebab tersentak dari tido cam tu
tapi nasib ler masa tu aku terpikir birthday en h 
terus aku cakap
ni saja la kan nak kejutkan orang supaya wish birthday awak tepat2 kul 12 kan
en h: eh mana ada mana ada...tersengih2
tensi mak tau
ok la wish la lagi sekali kul 12 malam tu..muahmuah
hahaha..tu je la cite sempena birthday en h tahun nie

aku pun tak plan lagi nak g makan-makan kat mana
en h kata tak payah bagi hadiah kat dia
kalau nak bagi sangat pun tolong bayar yuran dia nak masuk race basekal kat sepang
*memang tu pun motif dari awal*
ok la senang keja aku kan

apa pun to my loving husband forever n ever
selamat hari lahir yang ke 30
sayang awak sangat-sangat
i luv u
**auwww jiwang karat u**











09/10/2012

cerita ceriti??

Assalamualaikum semua

Akhirnya aku ingat balik password blog aku nie
yihaaa 
eh korang semua rindu i ker? haha saje je kan..
dah lama tak update blog..i is malas okey..bila lama tak buka blog sendiri akhirnya password pun dah lupa
masa puasa ari tu ingat nak la update blog selalu 
tapi macam biasa la mood nak menulis tu membara hanya bertahan selama sehari dua je..lepas tu terus hanyut ke laut
sekarang nie pun taktau nak tulis apa kat blog tapi disebabkan hari ni baru dapat buka blog nie semula
jadi excited la kunun-kunun nak wat entry baru walaupun takde idea nak tulis pe
jadi kita cerita tanpa gambar la apa yang berlaku sebulan dua ni okey..

yang pertama

Bulan Puasa

hoii dah lama dah habis puasa
hihi nak buat camne kan..baru sekarang terasa nak cerita
sebenarnya untuk entry puasa ni aku da banyak resepi nak sharing is caring
banyak la gambar yang di ambil..tapi seperti yang dinyatakan di atas maka terbantut la semua usaha murni tu..tapi memang puasa tahun nie cukup sederhana untuk aku dan en h
banyak yang aku masak sendiri..tapi aku masak yang simple2 je
yang mana sempat saja..jadi tahun nie memang kurang pembaziran..kalau ikut nafsu syaiton seperti tahun2 sebelum tu memang teruk la..korang bayang la makan 2 orang je..tapi beli seekor ayam golek..tu belum +++ dengan menu lain..saka dengan hantu raya yang di pelihara pun tak mampu nak mengabiskan nye.
finally masuk tong sampah..huhuhu hilang pahala puasa kan..
harapan aku tahun depan dan seterusnya aku dan en h dapat mengekalkan sifat bersederhana nie lagi.

yang kedua

Selamat Hari Raya

Haha tak sempat nak wish dekat kawan-kawan blog masa raya tue
sempat lagi ke nak wish sekarang?
ok dah wish dah..dalam hati je..hihi
ok raya tahun nie pun penuh kesederhanaan bagi aku dengan en h..
taktau kenapa feel nak raya memang tak ada langsung tahun nie
aku tak buat pun baju raya dan en h pun memang tak beli baju melayu pun tahun nie
en h tu baju melayu saja yang tak beli hokey..baju kemeja dan t-shirt tu berlambak-lambak..hover tau
cian kat aku kan? nasib la adik aku yani baik hati memsponser baju raya untuk family aku tahun nie
huh ko mampu housewife yang tak bekerja sponser baju raya?
haha terbalik pulak kan..ala tak kisah la..nanti lagi murah rezeki menderma kat orang tak mampu..hihi
maka ada la aku sepasang baju raya dan en h pakai je baju melayu yang lama2
tapi ada pulak yang tegur kata baju en h tu baju baru?
dari segi makanan pun aku jadi kurang berselera seperti tahun2 terdahulu
kalau dulu hoi semua benda ko nak rasa dan telan.tapi kali ni aku just jalan dan jamah biskut sikit2 je
menu lain yang marvelous tu semua tak mampu aku telan
tapi tu kisah raya pertama je..tahun ni raya pertama kat rumah aku 
then raya ke dua baru kat umah en h..tahun nie balik rumah nenek en h kat kelantan
apa yang aku suka balik kelantan nie adalah dapat makan sedap-sedap
dulu masa kali pertama raya kat kelantan memang aku tak suka..sebab masa tu tak pergi mana2 pun raya
just duduk rumah..tensi i tau.kira culture short gak la aku masa tu..hari raya tapi takde rasa kuih raya?takde suasana raya?tak suka tau..itulah sebabnya tahun ni aku memang tak prepare baju raya pun sebab aku memang pikir aku tak akan kemana-mana pun.
Tapi rupanya tahun nie banyak pulak rumah yang en h ni nak pergi..masa tu baru la..hoi orang pakai baju raya cantik2 ko pulak pakai jeans je..segan ai tau..
memang seronok la tahun ni raya kat kelantan..ai makan banyak nasi berlauk,kerabu..colek..lepak2 tepi pantai..memang sempoi la lepak dengan mak dan pak mertua aku dan en h..makan colek yang aku tak pernah makan..macam nie baru la aku hepi nak balik kelantan lagi..
2 3 hari duduk kelantan balik lipis semula..disebabkan cuti raya macam panjang je tahun nie
aku dan en h decide aku duduk umah aku dan dia duduk rumah dia
kejam ker?
haha takde la kot..rumah aku dengan en h dekat saje.kami pun jarang balik
dan kalau balik hujung minggu pun dapat rehat sekejap je kat rumah memasing..
tu yang cuti panjang balik rumah memasing..lagi senang..haha
nanti ada masa aku upload gambar raya yang ketinggalan zaman tu yer..tapi tak banyak pun sebab memang lupa nak bergambar tahun ni.hihi

Yang ketiga

Open house

gempak je kan..haha mana ada aku buat open house pun
nanti ada kawan-kawan ai yang marah uolls tak ajak pergi rumah kan
sebenarnya my bff rina dan alice nak datang beraya kat rumah
jadi aku pikir masak la lebih sikit boleh panggil jiran sebelah menyebelah ni datang sekali
aku memang kadang nak buat open house tapi rumah aku ni memang susah sikit nak parking
nanti kalau orang datang serbu ramai2 camne kan..aku takut jiran-jiran je complaint.
tapi iallah di kemudian hari aku akan pikirkan jalan terbaik camne nak buat open house ni
okey berbalik pada cerita ketiga ni
aku sempat ambik gambar orang pertama yang datang saja..yang lain tu terus lupa nak ambil gambar
haha..biasa la bila borak tak ingat donia..semua benda pun lupa..lagi lupa nak ambil gambar dengan my bff.
aku masak simple saja..laksa dan bihun goreng..hihi tak mampu i nak masak banyak2 okey.

Yang keempat

Admitted to hospital 

mmm aku pun tak pasti nak share ke tidak yang nie..
tapi aku bagitau jugak la kan
hari tu aku admit kat hospital 3 hari then dapat mc seminggu lebih
best kan dapat cuti lama-lama..haha tapi kalau dah sakit apa yang bestnya..betul tak?
okey tu saja yang aku nak cite..tak dapat mengulas panjang lebar..

Yang kelima

Abah Accident

kalau tak salah aku perkara ni terjadi hujung bulan 9 hari tu
malam tu dalam pukul 130 pagi kot adik aku sms cakap abah aku accident
aku memang dah tido dah..en h pulak baru je tido pukul 1 tu..
sebabnya dia baru balik dari main basikal pukul 12 tghmlm tu
jadi pukul satu baru dia tido..
ok lepas adik aku sms tu nasib la aku terlintas nak baca sms dia
sebabnya kalau setakat sms je tengah2 malam nie memang tidak la aku nak bacanya
lain la kalau call kan..
lepas baca sms aku terus call teh..then dia cakap abah still kat emergency room..
en h cakap jom la balik..aku masa tu pikir cam maybe tak serius sangat walaupon berdebar-debar
tapi kalau jadi apa-apa then aku still menunggu kat rumah je..mesti nanti aku menyesal
then terus aku call adik aku yani tanya dia nak balik tak? so pukul 2 pagi cam tu kami gerak ke lipis
bila sampai tol gombak..adik aku teh call cakap abah aku kena hantar ke hospital termeloh untuk scan sebab kat hospital lipis tak ada alat scan tu..just scan then kalau tak serius hantar ke hospital lipis semula
so aku dan adik aku pun terus ke hospital temerloh.
kami sampai dekat subuh..ambulance yang bawak abah aku tu pun tak sampai lagi
kami solat dulu then orang yang bawak ambulance tu bagitau diaorang dah sampai dah ada dekat emergency room..aku terus ke sana nak tengok abah aku..terus rasa sedih..teruk muka abah aku bengkak then mata tak boleh buka..siap muntah darah lagi..adoii hai masa tu..tak tergambar dengan kata-kata
nak scan pun lambat..doctor tak datang lagi..pukul 8 kot tak salah aku baru dapat scan..then tunggu report doctor kata boleh hantar ke hospital lipis semula..dieorg akan pantau dari hospital lipis
kami pun ikut jugak ambulance ke lipis ..before that aku tunggu adik bongsu aku dari terengganu sampai.then baru gerak ke lipis sama-sama
abah aku kena tahan kat hospital seminggu jugak la..
aku petang tu terus balik ke kl semula..kalau serius lagi hujung minggu tu baru aku ingat nak balik lipis semula..huh penat takyah cakap la kan..mental dan fizikal..cian kat en h la..tido setengah jam saja.masa nak balik kl tu singgah petronas beli redbull dulu sebab dia memang dah tak tahan sangat..adik ipar aku siap tido dulu kat petronas tu..en h pulak cakap dia nak rehat kat rumah saja..

so itula serba sedikit perkara yang terjadi dalam hidup aku dua bulan nie
harap segalanya akan baik-baik saja

jumpa lagi..