Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

30/11/2011

Tiramisu Cake


Salam semua,

Adoii perasaan malas nak mengupdate blog ni makin ketara pulak..cuma memotivasikan diri je untuk merajinkan diri ini..at least 1 post untuk 1 hari kan..hari ini nak share resepi kek pula..kebanyakkan kek yang saya buat..resepinya saya peroleh dari internet..banyak blogger yang baik hati sudi berkongsi resepi kek mereka..terima kasih untuk mereka semua..

tiramisu...selalu orang cakap antara kek yang sedap..jadi perasan teruja untuk mencuba tu agak membuak la kan..cuma saya ni memang tersangat la elergic dengan nescafe..tapi cuba juga la..

tiramisu kalau tak salah saya ada 2 jenis resepinya..satu kita guna sponge cake dan satu lagi kita guna biskut tiramisu (ladyfingers)..pertama kali cuba saya guna sponge cake..next time saya akan guna biskut ladyfingers pula..(tak tau la bila next time tu..huhu)



Ada pelbagai cara untuk membuat sponge kek..salah satu cara adalah seperti resepi di bawah:-

Sponge cake

Sumber:- K.zu semanis gula


Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 lapisan.

Cara lain:-
putar telur kuning,air,gula dan minyak hingge kembang dan ringan...masukkan tepung yang diayak bersame serbuk koko ,b.powder dan soda bikarbonate.
pastu kaup balik dengan MERINGUE...

 
Tiramisu Cake

Sumber :Blog Haniss (maaf lupa blog adds)

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...






Buat post pasal cake ni memang ambil masa yang lama..itula kadang2 macam malas je nak post resepi kek ni..tapi bagi pengemar kek yang tegar tu..saya sarankan anda cuba kek ini..kek tiramisu yang simple dan sedap terutama bagi pengemar rasa nescafe atau coffee.selamat mencuba semua..

27/10/2011

Opera cake

Salam semua,

Semalam seharian tak dapat pergi mana-mana walaupun public holiday..sebabnya..cuaca tak mengizinkan..hujan lebat sepanjang hari..jadi dari tak buat apa2 sya pon decide la nak buat cake..

Da lama sangat nak cuba buat cake opera ni..memang terpikat habis dengan kekemasan cake ni..dan mbe rase yang sedap??tapi..masalahnya sya agak kurang dengan kopi..apa lagi nescafe..memang sesangat elergic..tapi sebab nak cuba juga..saya pon dok pikir kopi apa yang saya boleh terima ckit??yang tak menyebabkan pening kepala..

ok kengkawan jom tengok resepi cake ni

Resepi asal : blog citarasawan


Opera Cake

Bahan Kek Sponge Badam
Bahan A
7 biji kuning telur
100ml mentega cair/minyak jagung
100ml susu segar
100gm tepung superfine / Tepung Hongkong
200gm serbuk badam

Bahan B
7 biji putih telur
170gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar


Coffee Syrup
1 sudu teh serbuk kopi instant~ guna cappuccino
3 sudu besar air panas
1 sudu besar gula kaster
(Larutkan)

Chocolate Ganache
250gm coklat masakan hitam - di potong kecil
200ml UHT whipping cream /Thickened cream

(Panaskan whipping cream secara double boiler, tetapi jangan sampai mendidih.  Tutup api dan masukkan coklat masakan, gunakan whisk, kacau hingga cair.  Simpan di dalam peti sejuk.

Coffee Ganache
200gm coklat masakan putih - di potong kecil
150ml UHT whipping cream /Thickened cream
1 sudu teh coffee emulco

(Panaskan whipping cream secara double boiler, tetapi jangan sampai mendidih.  Tutup api dan masukkan coklat masakan, gunakan whisk, kacau hingga cair.  Simpan di dalam peti sejuk semalaman.   Apabila hendak digunakan, pukul coffee ganache menggunakan high speed sehingga kental, baru disapu ke permukaan kek.
  

Coffee~pilih Cappuccino
Cara-cara:
1.  Sediakan 2 loyang 10 x 14, Leser dasar loyang dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
2. Bahan A, menggunakan hand mixer, pukul kuning telur, susu cair dan mentega cair hingga sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk badam, gaul hingga rata.  Ketepikan.
3.  Dalam bekas lain, satukan bahan B dan pukul hingga kental dan bertanduk
4.  Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (650gm setiap satu).  Tuang ke dalam 2 buah loyang yang telah disediakan.
5.  Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 10 minit.~ bergantung pada oven masing2
6.  Angkat dan sejukkan dahulu.
7.  Potong kek (setiap satu) kepada 3 bahagian yang sama besar.  Kek ini agak tipis, gunakan pemotong plastik dan slip ke bawah kek apabila hendak mengeluarkannya.  Keluarkan alas kertas minyak dengan hati-hati ~ potong 2 bahagian saja(mcm kecik lak nak potong 3 bahagian)~mbe loyang saya kecil ckit


Menyediakan Kek
1.  Sediakan coffee syrup, coklat ganache dan coffee ganache.
2.  Ambil sekeping kek yang telah dipotong, sapu permukaannya dengan coffee syrup.  Kemudian sapu satu lapisan coklat ganache, ratakan.
3.  Letak sekeping kek lagi di atasnya, kemudian sapu permukaan dengan coffee syrup, kemudian sapu satu lapisan coffee ganache, ratakan.
4.  Ulangi langkah (2) dan (3) sehingga habis.
5.  Untuk lapisan akhir, ratakan coklat ganache ke seluruh kek dan simpan di dalam peti sejuk.  Hias mengikut suka.
Angah : lupa pulak nak ambil gambar masa buat lapisan demi lapisan ni

Angah : kualiti gambar tersangat la "out" nya..n tulisan tu pon tak pakai nozzle..tu la jadi cam tu~angah ngaku je la yang tulisan ko tu memang buruk..tetttttt..

Selamat mencuba semua..tersangat la sedap cake ni dengan combination rasa coklat dan coffee yang sangat marvelous..muahmuah

24/10/2011

Choc Indulgence cake

Salam semua

Dulu masa mula-mula nak buka blog ni..niat utama tu nak share cake-cake yang dibuat la..tapi da dekat sebulan ni resepi 1 biji kek pon tak post lagi..hihi

Jom baca2 sikit pasal kisah saya dan kek ni..

tak ingat macam mana tiba2 saja minat buat kek da dalam diri ni..padahal tak pernah sekali pon try before ni..so dengan semangat membara saya pon cari la resepi2 kek kat internet,beli buku2 kek dan barang2 serta alatan membuat kek..mmmm barang2 kek rupanya tak la semurah yang disangka..tapi sebab minat tu beli jugak la..tapi saya beli ckit-ckit la..nak beli terus???? abis laaaa..

Tapi saya ni memang tak pernah pergi kelas cake..memang excited nak join kelas cake..setiap bulan pon plan nak daftar kat mana2 kelas..tapi masalahnya..saya ni memang penyegan la nak g sorang2..kat tempat yang memang sya tak kenal sesapa tu..tu la sampai sekarang tak pergi2..tapi harap sangat 1 hari nanti dapat juga pergi..banyak soalan yang nak tnya ni..hihi

Ada juga masa-masa buat kek tak jadi..masa tu memang la frust kan..tapi semangat tu tetap da..jangan sesekali putus asa..tapi kek yang saya buat ni memang tak secantik orang lain punya la..hihi baru belajar la katakan.da la tak kreatif nak mendeko2 ni.aduyaiiii.segan cheq tengok kek orang lain yang marvelous2 tu..haha

So untuk permulaan kek ni saya postkan kek choc indulgence ala2 secret recipe ni..tersangat la mencabar buat kek ni..lama pulak tu..almost 1 1/2 hari gak la nak buatnya..banyak sangat step and masa yang diperlukan..tapi saya buat pon time keje kan..malam bila balik keje baru boleh buat kek..tu yang maybe ambik masa yang lama tu..

Jom layan resepi kek ni ya kengkawan

Resepi taken from: raihannavanilla.blogspot.com
Resepi asal : citarasawan.blogspot.com

Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

ok tarik nafas panjang2..coz resepi ni memang la panjang untuk dibaca..hahaha..
tapi jangan la putus asa k..kena cuba ni baru terasa kepuasannya...

jom tengok gambar kek yang saya buat..










 Amboi angah..mentang2 cakap mencabar nak buat kek ni..
semua gambar pon ko nak post kat cni ek..
hihi susah woo nak buat kek ni tu kena letak gambar banyak2 tuuuu...
bagi semangat orang kata..jangan marah u...

Angah : Saya ni minat buat kek tapi bukan la pengemar kek..biasa 1 slice tu pon tak boleh nak abiskan..