Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

19/12/2011

Kari ayam

Hii semua,

Hari isnin.biasa ramai yang tak suka isnin ni.hari yang mem'boring'kan bagi sesetengah org (termasuk saya ler tu).al-maklum ler da cuti 2 hari,tiba-tiba sambung keje.rasa macam tak cukup pula cuti 2 hari tu.biasa isnin tu mesti mood:ngantuk!!..

Saya ni kalau cuti tu mata ni macam alarm je..pepagi lagi da bangun da.walhal da planning nak tido lama ckit.konon2 sebab penat bekerja 5 hari jadi weekend nak rehat la (macam kerja buruh je penatnya) bila time keje tu cam susah pula nak bangunnya..tu la i hate monday???kihkih cian isnin tak de kena mengena pon dengan ini cerita..

ok ler dari merapu tak tentu pasal lebih baik saya share resepi kari ayam saya ni..kadang2 saya rasa tajuk post saya ni ringkas giler..macam straight sangat..haha ini la mengambarkan tuan empunya blog ni memang tak reti bahasa bunga2 ni..pendek kata memang fail la nak menulis dan menggunakan bahasa yang best2 tu..kadang2 lepas tulis tu mesti pikir diorang ni faham ke apa yang aku tulis ni..faham kah???

tapi ada aku kesah???(kihkih sebenarnya kesah ok)..orang tak faham ke faham ke cheq tetap nak menulis jugak..jom ler jenguk2 resepi kari ayam ni..

Kari Ayam

1/2 ekor ayam~potong kecil2
1 sudu halba
1 biji bawang besar~tumbuk kasar
2 ulas bawang putih~tumbuk kasar
sedikit halia~tumbuk kasar
alat penumis~bunga lawang,cengkih,kayu manis dan buah pelaga
1/2 kilo santan
4 sudu cili kering yang telah dimesin
3 sudu rempah kari babas
sedikit air untuk membancuh rempah kari dan cili kering
2 tangkai daun kari
2 biji kentang~potong 6
1 biji tomato~potong 4
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
1-Bancuh rempah kari dan cili mesin dengan sedikit air-ketepikan
2-Tumis halba dan bahan rempah sehingga naik bau
3-Masukkan bahan2 tumbuk dan daun kari.Tumis sehingga kekuningan.
4-kemudian masukkan bancuhan rempah kari tadi
5-bila rempah kari agak garing, masukkan ayam dan kentang.kacau sebati dan biarkan air ayam kering.
6-Selepas itu masukkan santan.Kacau sehingga ayam dan kentang empuk.
7-perasakan dengan garam dan gula.akhir sekali masukkan tomato dan tutup api.

Angah~cili kering bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki..begitu juga kepekatan kuah..biasa kuah pekat ckit baru sedap..







Angah~kari ayam ni memang best sangat klu makan dengan roti..teringat memory dengan kawan baik lin masa dekat universiti dulu..kalau bulan ramadhan tu kami beli je kari ayam then cicah dengan roti masa sahur..boleh pula tahan satu hari walaupun makan roti..sekarang ni kalau sahur saja mesti kena makan nasi..rasa lemah badan kalau just makan yang simple macam ni.wah tetiba saja rindu nasi kandar dekat penang  *__^

13/12/2011

Gulai Lemak Ayam Pencen

salam semua,

Apa khabar semua..bulan december ni memang sangat seronok sebab banyak cuti..semalam pon cuti sultan selangor birthday..biasa kalau cuti 3 hari memang akan balik kampung..tapi sebab bulan november ari tu hampir tiap2 minggu balik kampung jadi bulan ni memang nak stay kat puchong dan jejalan makan angin saja la..

Tapi hari ini saya nak kongsi resepi dulu..next time saya kongsi gambar2 jejalan saya pula ya..Ayam ni sambungan daripada ayam masak kicap hari tu..sebab saya beli ayam pencen ni seekor..jadi saya masak 2 kali..2 resepi yang berlainan..

Gulai Lemak Ayam pencen

1/2 ekor ayam pencen~potong kecil2
kunyit hidup
1/2 biji bawang besar~mayang halus
2 tangkai serai
2 biji ubi kentang~potong ikut suka
cili padi~ikut kepedasan yang disukai
2 keping asam gelugor
1/2 kilo santan
garam secukup rasa

Cara-caranya
1-rebus ayam dalam 1-1 1/2 jam.
2-Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumut.kemudian tumbuk kasar serai dan bawang yang telah di mayang
3-Campurkan bahan tumbuk, kentang,ayam,asam gelugor dan santan ke dalam periuk.Kacau selalu di atas api yang sederhana.
4-Bila da mendidih masukkan garam secukup rasa.Tutup api bila kentang dah lembut dan hidangkan







Angah~lately ni memang malas sangat nak masak..mood bulan ni nak jejalan nak makan2 kat luar saje..nasib ler my H tu sibuk men'diet'.jadi selamat la saya..

08/12/2011

Ayam Pencen Goreng Kicap

Salam semua,

Redha itu ikhlas
Pasrah itu menyerah

Apa kena mengena ayat di atas dengan menu kita ari ni???

Tak ada kena mengena pon..saje je nak tulis..kihkih..sebenarnya tu salah satu ayat yang saya sangat suke dalam ombak rindu..tak abis-abis lagi ke ombak rindu? ok stop..

Jom kengkawan kita layan resepi ayam pencen goreng kicap ni..kadang2 saya pon tak dapat nak bezakan ayam kampung dengan ayam pencen ni..saya suka sangat makan ayam kampung sebenarnya..daging ayam kampung biasa lebih lembut berbanding dengan ayam pencen ni..tapi sebab nak makan sangat dan susah pula nak cari ayam kampung..ayam pencen pon boleh la..saya beli seekor tu tapi ayam ni kecik saja..sebelah saya masak kicap dan sebelah lagi masak gulai lomak cili api..next time saya share resepi tu ok..

Ayam pencen goreng kicap

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam~potong kecil dan rebus sampai lembut..biasa saya rebus 1-1 1/2 jam..
1 biji bawang besar~tumbuk
2 ulas bawang putih~tumbuk
sedikit halia~tumbuk
3 sudu cili kering yang telah di mesin
sedikit sos cili
Kicap secukup rasa
sedikit garam
sedikit lada hitam
1 biji tomato~potong 6
1 biji bawang besar~potong bulat
1 biji cili merah~potong dan buang biji


Cara-caranya
1-Tumis bahan2 tumbuk.masukkan cili kering.bila garing masukkan sos cili
2-Masukkan ayam yang telah direbus~masukkan juga sedikit air rebusan ayam tadi
3-Then masukkan kicap dan lada hitam
4-Perasakan dengan sedikit garam
5-Masukkan bawang besar,cili merah dan tomato sebagai hiasan.Tunggu sehingga kuah sedikit pekat dan tutup api.Hidangkan






Selamat Mencuba




20/10/2011

Gulai Tempoyak Ayam @ gulai masam ayam

Assalamualaikum semua..

Jom kita cuba resepi Gulai tempoyak ayam.Ni salah satu makanan tradisi orang pahang.Tapi kat pahang biasa orang panggil gulai masam ayam..sesangat la ringkas,cepat dan padat resepi kali ni..so kalau ada yang balik keje tak tau nak masak pe??? boleh la cuba resepi ni...

Tempoyak memang sinonim dengan masakan orang pahang..dan orang perak juga rasanya..hihi saya ni orang pahang..so promosi sikit resepi orang pahang ni...jom layannnn..

Bahan-bahan

Ayam ~ sebelah (potong kecil2)
10 biji cili padi ~ klu suka pedas boleh tambah lagi
kunyit hidup
2 sudu tempoyak
Air secukupnya
garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk cili padi bersama dengan kunyit hidup sehingga hancur.Kemudian gaulkan bersama tempoyak n finally masukkan kesemua bahan dalam periuk bersama-sama dengan ayam.Campur air dan boleh la dimasak.Jangan lupa masukkan garam..






Selamat mencuba

10/10/2011

Ayam Bakar Nasi Mandhi

Salam Semua,

Sejak terjumpa 1 blog ni dapur-mamasya,perasaan nak mencuba resepi baru cam membuak-buak je.Bsa kalau hari bekerja memang sesangat la malas nak masak.Weekend pon kadang-kadang saja, itupun bila teringin sangat nak makan baru la masak.Bukan apa saya ni kan berdua saja dengan my H..kadang-kadang rase cam membazir je memasak..jadi lebih baik beli je kan..hihi padahal malas nak masak cakap je la..

Berbalik pada blog dapur-mamasya tadi, kebanyakkan resipi yang di post nampak agak ringkas dan cam boleh di cuba je..so apa lagi saya pon cuba la resepi ayam bakar nasi Mandhi ni..tapi terpaksa la ubah ckit kuantiti bahan-bahan tu..ya la 2 orang je makan kan..(sebenarnya my H tu sik tanya je bila nak cuba resepi ayam bakar2 ni..then sebagai isteri mithali ni..hihi saya pon surf la kat internet..last2 jumpa blog dapur mama-sya yg best ni)

Ok la jom layan resepi ayam bakar nasi mandhi ni..




Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber : Blog dapur-mamasya
Sumber asal ;Blog Resepiraidah


Nasi Mandhi

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan ~ guna 2 pot kecil saja
3 camca besar minyak sapi ~ guna 1 1/2 camca saja
4 cawan air atau secukupnya ~ **bergantung jenis beras yang digunakan
1 biji bawang besar ~ hiris halus ~ guna 1/2 biji saja
3 ulas bawang putih ~ hiris halus ~ guna 2 ulas
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih (2 kuntum saja)
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
*5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


Nota Angah
* tak buat langkah 3 ni..Langkah 5 ni pon di buat bersama-sama langkah 2 terus.hihi maaf la menderhaka ckit kat resepi ni..sal tu nasi jadi warna kuning je semua..








Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam - Guna sebelah saja - Potong 3
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat ~ guna 1 biji saja
2 biji lemon ~ dihiris bulat ~ guna 1 biji saja
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

Nota Angah
** bakar suhu 250'c selama 1 jam ,buka sedikit alumium foil.Guna api atas bawah..setiap 20 minit saya terbalik kan ayam (saya guna oven biasa je)



Sos/Sambal:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.(nak lagi sedap tumbuk guna lesung)

Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.


Disebabkan my H ni kena makan nasi dengan kuah..jadi saya pon tambah la sup bebola yang memang ringkas bis la..

Bahan-bahan
Bebola ayam Ayamas
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Rempah tumis
garam secukup rasa

1-Tumis rempah tumis bersama-sama dengan bawang besar,bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama.
2-Masukkan bebola ayam ayamas (masukan sebiji2 atau belah 2~ikut suka).akhir sekali masukkan garam.


Memang sedap resepi ayam bakar nasi mandhi ni..

Nota Angah
Memang sedap resepi ni tambah-tambah ayam bakar tu..yummy..da pernah juga cuba resepi nasi ayam goreng yang lagi ringkas dan sedap kat blog mamasya..tapi sebab sedap sangat sampai lupa nak bik gambar..hihi..next time klu saya buat lagi saya post di blog ni k..