Showing posts with label Pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts

06/04/2012

Korang Pelupa?

Salam semua,

hye semua,pakabar?
Korang sihat tak?kalau tak sihat cepat-cepat jumpa doktor okey

Pernah tak dalam hidup korang terlupa pasal nombor?
Aku cakap nombor sebab nampak besar sikit topik tu.,tak kisah la nombor apa pon janji nombor
contohnya macam tarikh,masa,waktu dan seangkatan dengannya..

Untuk pengetahuan korang aku nie memang sangat2 pelupa orangnya kalau sebut pasal tarikh
Tapi tarikh ni hanya yang berkaitan dengan peribadi saja
contohnya macam tarikh kawen,hari lahir,anniversary
Tapi kan kalau yang berkaitan kerja boleh pulak aku ingat dengan detailnya.
maybe sebab aku biasakan diri untuk record setiap perkara penting yang berkaitan kerja
jadi bila kita tulis secara automatik memory kita akan record kot? kot? kot?

Biasa orang kata lelaki yang selalu lupa tarikh penting nie
Lagi-lagi kalau lepas kawen,selalu dorang tak ingat..dengan alasan banyak lagi perkara penting nak ingat
ini statement yang aku baca kat satu majalah nie~so bukan tipu ya
tapi terbalik pulak rasanya dengan kes aku nie
aku memang pelupa
aku pun taktau kenapa susah sangat nak ingat tarikh-tarikh penting 
korang tau tarikh kawen aku pun aku selalu lupa
nasib baik aku ingat bulan..tapi harinya memang aku tak ingat
setiap kali kena buka dompet dan tengok kad kawen..teruk kan?
nie baru 2 tahun kawen..jadi aku tak nak pikir lagi apa akan jadi di masa akan datang
tahun bila kawen tu lagi la aku tak ingatnya..dalam otak aku nie memang aku ingat bulan je

Sama juga dengan tarikh birthday
lagi la aku lupa
jangan la nak suruh aku ingat tarikh lahir adik2 aku apatah lagi tarikh lahir anak2 sedara aku
memang tak pernahnya aku nak ingat
tapi bulan tu aku tetap ingat kot? lagi?
tarikh lahir mak ayah pun aku lupa? lupa ke taktau?
Teruk punya anak!!
Haha so bila dah kawen nie..menjadi satu tekanan pulak bila nak ingat tarikh lahir en H
ya la dah somi sendiri takkan la buat tak kisah pulak
maybe tak penting untuk aku mengingati tarikh2 ni semua
tapi tidak pada dia kan
Dah jadi trademark pulak sekarang dah kawen kena pulak wish pukul 12tengahmalam tepat..
tidak walaupun cepat atau lewat satu minit.
kira nak tunjuk ko orang pertama la wish
kira orang terpenting la wish
Tapi kalau dah dapat wife macam aku nie
nasib ler badan
lambat woo nak tunggu kul 12 tue..
dah la pesen aku nie tido awal
so boleh pulak
saya wish awak awal sikit la..takut tertido nanti..so hepi birthday
krohhkrohhh
ko bayang la kul 9mlm dah wish
kalau korang tak ke hangin satu badan
tapi korang taktau aku memang tertekan seminggu sebelum tarikh tue lagi..
aku kena wat countdown pulak sampai tarikh tue
semata-mata aku takut terlupa
kalau terlupa lagi teruk kan..siap kadang2 before tido tue aku boleh pulak kunci jam kul 12 konon2 nak wish and tido semula
*tapi dah tak ingat aku bangun ke idok masa tue*

Lagi teruk kan
aku tak ingat pun nombor rumah aku sendiri
kihkih
kes ini biasa terjadi 
setiap kali nak isi form ke apa..aku sms en h tanya alamat rumah
nasib jalan ke rumah aku tau pulak
kalau tak naya naya
tapi ada satu kes aku rasa lucu betul terjadi beberapa hari lepas
cite nie pon en h taktau
en H suruh aku order domino piza
Dia sibuk dengan training basekal dia (training la sangat?)
so aku la terpaksa mengordernya
nama aku memang dah ada rekod kat domino tue
cuma ini kali pertama aku order dari rumah baru
so aku suruh la operator tue tukar alamat
"dalam 30minit kami akan membuat penghantaran"
ngam ngam 30 minit
*ring ring telefonku berbunyi*~korang sambung la lagu tu sendiri
akak baie ke nie
ya saya
saya dah depan rumah akak nie..saya nak hantar piza
okey jap akak buka pintu (tepon still kat tangan)..eh takde pon
lah saya dah sampai dah nie..betul2 depan pintu akak nie
lah mana ada sapa2 akak pon kat depan pintu dah nie
lah saya kat alamat nie..dotdot..
la betul dah tue..ke salah seksyen tak
tak mungkin salah akak sebab saya memang dah betul2 kat depan rumah akak nie
alamat tue dah betul dah
betul ke alamat nie akak?
betul la akak memang confident
tapi nape tak ada
ok jap jap akak cari mana2 bill dulu tengok alamat nie..tapi tak mungkin salah punya
okey dah jumpa..nombor 17 kan?
akak bagi nombor 7 la
hahh betul ke sori sori tersalah.takpe dah dekat dah tue..kat area sama dah tue (ayat coverline)
*bila adik tue sampai*
Nah piza akak 
Sebab saya lambat satu minit saya bagi akak kupon free satu
(dah la alamat sendiri tak ingat aku pulak kena bagi kupon free sebab terlambat hantar~padahal salah akak nie **cakap adik nie dalam hati**)
ya ke adik..ala buat susah2 je
(ayat cover..kuikui)
Hihi thank you kat adik yang baik hati tue..tetap tersenyum kat aku (perli kot) bila sampai walaupon akakkks nie pelupa orangnya
 muehmuehhhh

Banyak lagi sebenarnya kisah lucu di sebalik nombor ini..
Tu belum cerita kisah salah kunci jam lagi kan..next time la ya



 




26/03/2012

Jakun kah aku? #episod Lrt

Salam semua,

Kebelakangan ni mood aku ni macam di awan-awangan..macam-macam rasa pulak..kalau di pikir lama-lama sakit jiwa pulak nanti..jadi abaikan..lagipun hari ini bukan nya aku nak bercerita pasal mood pun..saja je bagi intro yang tak de kena-mengena ngan tajuk..

Jakun kah aku?

Agak-agak ada tak tajuk camni dipilih oleh cikgu2 sekolah untuk diberi kepada pelajar-pelajarnya sebagai tajuk karangan?ada tak ada tak? tak der? abaikan..Maka bermula laaa tajuk dengan post hari ini terjadi semasa hari sabtu bersama dengan 24/3/12 pada jam 530ptg di Stesen Lrt Sri Petaling (baca gaya syair) ok aku tau korang menyampah..so baca je la cara biasa..

Aku saja je nak cerita sabtu yang lepas aku dan En H (Tiba2 pulak tukar en H~best pulak sebutnya) plan nak pergi meronggeng ke masjid jamek..dah lama rasanya aku tak pergi sana..lama tu sampai aku pun tak ingat bila aku last pergi (kununnya)..Biasa kalau aku pergi masjid jamek aku akan menggunakan perkhidmatan awam iaitu lrt (ayat skema)..dan kebiasaanya juga aku akan naik Lrt Sri petaling..jauh ooo dari rumah aku nak ke sri petaling #bagetjauhsangat#..ini pilihan aku KERANA malas rrr nak jam-jam g kl..nanti masa aku abis dalam perjalanan jer..tu belum lagi episod gado-gado dengan En H dalam kete..kalau naik lrt malu la sikit nak gado-gado..malu wooo orang tengok..so cover sikit.

Jakun #1

Dulu masa aku park kete kat stesen Lrt Sri Petaling kena bayar tau parking dia..tapi tak ingat dah berapa~sila refer balik ayat dah lama tak pergi..Tapi setiap kali aku nak bayar tu mesti aku tertanya2 dorang nie ulat parking ker?tak sistematik langsung..da satu pondok yang hampir nak roboh dan budak2 muda dok melepak kat dalam tu..kadang2 ada yang jaga kadang2 tak de..tapi yang JAKUN tu tiba2 pondok tu dah hilang..dengan orang-orangnya sekali..dan untuk pertama kalinya aku takyah bayar parking kat stesen lrt..taktau dah berapa lama keadilan ini ditegakkan? malam tu aku siap tengok ada polis jaga lagi dekat situ?setelah sekian lama maka jakun kah aku?

Jakun #2

Selepas park kete aku dan en H pon sampai kat kaunter Lrt..En H dah bagitau aku sekarng ni lrt dah lain.Masa kami pergi tengok tak ada orang pon beratur kat kaunter..semua menghala ke mesin yang terdapat di sebelah kiri aku..Huh semua DIY sekarang..takpe2 kacang je tu..ingat aku tak reti ke nak guna mesin tu (padahal En H yang tolong buatkan)..En H dengan muka confident terus je tekan touch screen tu..then dengan confident lagi pilih destinasi masjid jamek..Aku : betul ke cam tu?kang salah kang? (ayat test)..dengan confident jugak En H :betul la..tapi time nak bayar En H: camne nak bayar nie..tengok aku jugak kena tunjukkan kat mana nak masukkan duit kertas tu (ayat bangga)..akhirnya berjaya juga aku peroleh token lrt~sekarang dah tak guna tiket dah kawan2..hah dah tau?#sorokbawahkerusi# En H:token tu kena sentuh screen masa nak lalu kat gate lrt tu..touch dan ambil semula Aku: okeyy (macamtaktau) then aku pon dengan bangganya touch la token tu pada screen..alamak napa tak buka nie?touch banyak kali tak boleh jugak..terus je tanya En H :nape tak boleh ni? Eh H:letak token kat tempah bawah screen tu la (ada satu tempat kaler biru ke marah tak salah~tak sempat nak tengok lama-lama sebab dah malu)..Mencik tau En H ni..selalu salah bagi instruction..Maka jakun kah aku #2

   
                                        Ni la rupa token tu..sini untuk cara penggunaan token ni

Jakun #3

ok yang ini tak dikira jakun ok..yang ni memang aku respek..banyak improvement compare dengan kali terakhir aku naik lrt dulu..contoh yang pertama tu ada lah dari segi masa..aku tunggu sekejap saja lrt dah sampai..then tak sampai 1 minit dah jalan..dulu masa aku naik lrt kadang2 sampai 5-6 kali pintu lrt tu tutup buka..lrt tak jalan2 jugak..tension tau (apa yang tension ko tu pergi meronggeng je la..bukan balik keje pon)..then sekarang ni driver lrt tu (betul ke driver~aku dengar lrt ni automatik..tak kisah la apa namanya..dia duduk depan aku panggil je la driver~huhu) akan buat announcement dengan jelas setiap destinasi..dulu-dulu aku rasa macam orang tak makan seminggu  bagi annoucement..baik bagi annoucement dalam hati jerk.dan lagi yang aku suka adalah stesen lrt yang nampak cantik,sistematik,bersih especially kat masjid jamek tu (dah kat situ je pergi situ je la yang aku nampak~kihkih)..takda la sesak-sesak sangat kan..So aku bangga jadi rakyat malaysia..okey takde kena mengena..


Di sebabkan aku lupa nak bawak kamera dan tak ada gambar nak post..jadi aku cilok gambar kat website rapidkl..tolong halalkan..saja nak tunjuk kat korang laluan lrt di walaupon korang dah tau..kan aku dah bagitau..angah tanpa gambar ibarat pen tanpa penutupnya..kihkih

Angah~aku pun ada annoucement nak bagitau korang semua..tak lama lagi puchong akan ada lrt..tanjat tak?tanjat tak? tak? sekian

22/03/2012

merepekmerapu pasal blog

Salam,

halo!!!semua sihat kah?amboi ko angah gambar gedabak besarnya..tak hingatt..buka je blog ko harusss la menatap gambar ko dolu kan..pastu baru boleh tengok post yang lain..hihi jangan jeles-jelesss tau..tak baik..kuikui..

Sepanjang berbelog ni dah berapa kali dah tukar design blog ni..haku ni macam tak tetap pendirian je kan..tapi memang ponnnn..tetttt..bila jalan-jalan kat blog orang lain tu..amboi cantik2nya blog..Ada tu simple je blognya..putih je..takde ape2 pon..tapi bila baca post-post yang dieorang buat tu..fuhhh memang la blog itue melambangkan tuan empunya blog..sangat sesueiii walaupun blog simple jer..orang kata simple itu lebih baik..lain la haku ni..suka bunga2..tapi takde pulak jiwang2..eh orang yang suka bunga ni orang yang jiwang ker?haku ni garang tau walaupun muka sweet-sweet gitu #ketukkepalasendiri#

haku ni kekadang tak punya motif untuk berbelog ni..orang lain before create blog ni dah pikir dah nak buat blog pasal apa..macam cik semah kawan haku tu..SINISINI cerita pasal aktiviti dia ngan family..suka sangat baca tau..haku ni kekadang suka sangat baca blog tentang kehidupan..walapon sesetengah blog yang haku follow tu memang tak kenal pon..tapi bila selalu baca lama-lama macam dah kenal the whole family empunya blog tu..bila dieorang lama tak post pasal family diorang terus haku tertanya2 apa kabar ek adik dia tu..mak ayah dia camne ek?haha salah satu ciri follower yang tegar..orang lain pon cam tu ker??

Selain dari blog pasal kehidupan seharian ni haku suka juga baca blog-blog masakan..lagi2 kalau ada gambar yang cantik2..huh terus rasa nak cuba..#balikkejetakcubapon#kihkih..haku cukup kagum dengan tuan empunya blog masakan ni..terpikir jugak macam mana dieorang ada masa nak masak,ambil gambar yang cantik2,uruskan rumahtangga~surirumah~lagi haku pikir bila masa dieorang nak tulis blog?haku kalau siap je masak..baru nak capai kamera terus je my h tu tanya..bila boleh makan ni?tak ke sentap tu..baru je ada mood nak ambil gambar helok-helok terus jadi holok-holok..maka ada la accesories lain dalam gambar tu..nak ambil gambar ikan je..tapi ngan tudung2 saji,cawan bagai ter 'interpret' sekali..tak ke syahdu??

Blog sesuai untuk orang yang suka menulis?haku pun pikir macam tu..tapi yang tak suka menulis pon sesuai jugak..kadang dorang suka post gambar saja..tulis pon sikit2 tapi melalui gambar tu pun kita dah faham seluruh cerita..cewah..betul tau..sesetengah orang suka tengok gambar je..malas nak feningkan kepala baca entry yang panjang2#nampaksangattaksukemembaca# tapi haku suka tau membaca~kes promote diri~haku memang hargai setiap apa yang haku baca walaupon tak pernah masuk dalam kepala~kes spm sangkut~

Tapi dalam banyak2 blog ni haku belum dapat masuk lagi dengan blog shopping ni..tapi lumayan kau..sekarang ni ramai je yang buka onlineshop..huhu..haku pernah terpikir nak buat juga onlineshop nie..tapi taktau pulak nak jual apa#dasartamak# ..haku ni kekadang buat kerja memang suka separuh jalan je..kalau nak tergedik-gedik je..pastu tinggalkan camtu jer..contoh2 orang yang kurang motivasi..tapi haku tetap respect dengan orang yang terlibat dengan online blog nie..pakcik kayo..

haku memang akui post ini memang takde point pon..melambangkan diri haku?memang tak pernah ada motif pun sebab apa blog ini dibuat?yang haku tau apa-apa je haku nak share or tulis haku buat je la..kuikui.blog tanpa matlamat..samamacamtuannya


Angah tanpa gambar ibarat pen hilang penutupnya~ok tak releven pepatah tu~

14/02/2012

Melawat Kawan baikku

assalamualaikum semua,

Sihat tak kawan-kawan semua?sekarang ni musim orang sakit (lor org sakit pun da musim ker?)..ramai sangat yang sakit.biasa demam batuk selsema..maybe sebab cuaca tak menentu sangat sekarang ni..sekejap panas sangat2 then hujan..Tu la ramai yang jatuh sakit..tapi sekarang ni takut juga..sebab kadang2 kita rasa demam biasa saja..tapi rupanya dah jadi makin serius pulak..harap di jauhkan..cuma bila demam tu kita kena cepat2 jumpa doktor takut nanti makin melarat pulak..

My H pun demam sekarang ni..kesian pulak..lagi-lagi kesian tu sebab dia memang allergic dengan ubat.muka jadi bengkak bila tersalah ambil ubat..hari ini pun saya masuk keje lambat sebab hantar my H pergi klinik dulu..tu pun kena paksa baru nak pergi.(bila masuk office lambat ni mula la malas nak buat kerja~alasan huh) apa-apa pun doakan my H tu cepat sembuh ya semua..tq

ok hari ni bukan la nak jadi doktor walaupun memang tak pernah ada cita-cita pon nak jadi doktor..huhu..hari ni nak share cerita melawat kawan baikku..tajuk melawat kawan baikku tu..hahaha..padahal selalu kena bebel sebab lama tak pergi rumah my fren tu..lagi worst rumah dia tak sampai pun 15 minit dari rumah daku tu pun dah campur masa dengan trafic light sana sini..hihi

ok my fren ni bukan la berbangsa melayu hokey..dia chinese.kami dah kawan lama dah..dari saya mula2 dapat kerja kat puchong lagi sampai la sekarang..2 kali kami kerja di tempat yang sama tapi company yang lain.nama my fren ni alice.tapi dia dah berenti kerja dah..jadi full time housewife..big decision nak kena buat dalam life kita kan..i guess?

lawatan ni dah lama dah..baru la nie la nak share gambaq ngan hang pa semua..kihkih..bukan apa alice ni banyak tolong saya sebenarnya..kalau saya ni ada apa2 masalah ke.nak cari barang ke? saya selalu rasa yang alice ni macam ada poket doremon saja..cakap je ada masalah itu ini then pergi je rumah dia terus je ada solution nya.contohnya alice rumah i kena masuk pencuri..ok datang rumah i...jengjeng..nah rumah i ada alarm lebih..so u upah je orang tolong pasang..tengok..nasib la i tak cakap alice rumah i tak ada peti ais? nanti tuptup dapat peti ais baru..kihkih

but its true actually..alice memang macam tu..kalau pergi rumah dia macam2 la dia akan bagi..malu i tau.tapi ambik jugak.haha..lagi satu dulu selalu pergi tempat makan yang best..tapi lagi best tu mesti dia yang belanja..makan pulak kat hotel la, restoran yang ekskulisif la..best kan..tapi jangan la uolls ni think yang i ni suka ambil kesempatan lak..maybe sebab kita dah kenal lama kan..tu yang rapat tu..hokey la..jom layan picture masa pergi rumah alice dulu..masa ni nak g tengok baby baru alice..dah lama dia wait for baby boy finally dapat jugak...dannnn tersangat la comeiii nya..

Tomeiiii kan

Tengok tu rasa nak cubit2 je pipi yang gebu gebas tu

Ni pun 1 of my best fren cik katerina..kami biasa pergi makan ke shopping ke tengok wayang ke..bertiga la..lama dah tak keluar sama2 rindu pulak

Ni la alice kawan i tu..kalau gambar nak perfect je.haha..tengok2 ada gambar maid dia kat belakang..hahaha.lagi satu memang respect sikit cara alice ni layan maid dia..memang la tersangat baik di mataku ini.maybe dah anggap as a family..

Love them!!

Tengok baby yang suka pandang i..huh perasan..bila pulak masa i kan.

Dan ini lah wan ling dari dalam perut mak dia lagi dah bersama i dengan rina..sayang sangat kat dia..manja tau..dan comeii betul bila besar nanti sure cantik..alice ada lagi sorang anak yang sulung..before dia ada 2 anak lagi..yang sulung tu la sering ikut mana2 je kami pergi..tapi pic dia takda..dia tak suka bergambar.

^_______^







11/02/2012

Cerita Pindah Rumah

Salam semua

Terlebih rajin pulak nak meng update 2 post hari ni..so jangan beboring ya membacanya.ni entry terakhir pasal rumah..huhu tapi kali ni nak cerita masa nak pindah hari tu..

Kami memang plan nak pindah rumah selepas tahun baru cina..sebab kami cuti seminggu.jadi tak perlu la ambil cuti extra nanti semata-mata sebab nak pindah..selamat sikit annual leave.kami tu sape?? lor my H n I ler..sape la lagi klu bukan hanya kami berdua kan..sobsob..tapikan saya ada import adik bongsu saya dari kampung untuk tolong saya pindah..kesian juga dekat dia..baru je balik dari terengganu sebab cuti semester terus je angkut pergi puchong untuk angkat barang2.adik saya ni belajar kat uitm dungun..iAllah tahun depan dah tahun akhir kalau tak silap (teruk punya akak ni)

Sebelum pindah tu kami sempat balik kampung dulu..biasa kalau tahun baru cina memang seminggu duduk kat kampung..masa ni la dapat cuti lama  sikit..tapi kali ni disebabkan nak pindah jadi kami terpaksa menghadkan cuti kami.2 hari rumah saya 2 hari rumah husband..then balik puchong semula.Balik pagi then petang tu kami terus cuci rumah..mula2 plan nak upah orang saja cuci tapi bila pikir semula lagi berbaloi kalau cuci sendiri..Sebab kita akan rasa lagi puas hati.Bukan nak mengata la kan walaupun dah mengata ni..hihi..orang yang kita upah dan bayar mahal2 tu pun belum tentu bersih betul2 lagi..maklum la bukan rumah sendiri..so cincai macai je la jawabnya..

Sehari selepas cuci rumah, kami hantar barang2 kecil dulu sebab nanti tak perlu la lorry nak 2 3 kali trip kan..nama je barang kecil tapi berkotak-kotak..barang kaca memang kami angkut guna kereta saja..takut pecah bila sumbat dalam lorry nanti.bukan apa dulu masa mula-mula pindah..banyak juga barang yang rosak..jadi kali ni kena hati2 sikit la.huh penat tak perlu cakap la.memang penat sesangat.Itu pun berapa kali trip dengan kereta.Esoknya baru la kami panggil lorry untuk angkat barang-barang besar macam perabot dan barang lain.Ingatkan 2 kali trip saja guna lorry rupa2nya sampai 4 kali trip pulak..Eh banyak juga rupanya barang rumah den ni..tapi alhamdulillah selesai juga aktiviti memindah barang ni..(boleh ke letak kategori aktiviti??) Masa tu memang rasa lega sangat2..rasa hilang penat semua..2 bulan tak boleh nak tido lena.pergi sana sini cari barang..pendek kata kalau masa cuti tu tak pernah lah ada kat rumah..asyik keluar saja..tapi rasa berbaloi juga sebab akhirnya kepenatan tu di balas dengan kesenangan..Iallah.

Segala-galanya saya uruskan dengan my H sendiri saja..Ada kawan-kawan yang bagitau masa nak pindah bagitau diorang sebab diaorng nak tolong sekali..tapi tu la selagi kami boleh buat sendiri kami usahakan juga tanpa menyusahkan sesiapa..Wah macam entry serious la pulak cik angah kita ni (cik ker?? kuangkuang)..jom ler layan gambar masa pindah hari tu..macam tak berseri je post tanpa gambar kat blog ni kan..

Ni tinggal barang-barang yang nak di angkut dengan lorry saja.
Sila abaikan budak yang baring atas sofa tu ya

Nampak tak alat senaman tu..dah setahun beli tapi baru sekali dua saja gunanya..
Hahaha tu la tandanya orang yang memang tak minat langsung bab senam bersenam ni
Tapi kan kan sekarang ni kita da ber diet dah..nanti bila sampai target kita akan share dengan uolls semua tentang diet oh diet nie

Barang memang dah tak banyak sebab banyak yang dah hantar ke rumah baru..

Tengok baju pun nak tunjuk jugak..ni semua pakaian yang memang tak sempat pun nak lipat.angkut je terus..bila da masa free baru lipat

Selepas semua barang dah angkut tinggal la giant my H ni saja
Yang ni my H kayuh sendiri saja..nasib la rumah lama ni tak jauh dengan rumah baru

Tengok dah kosong..mmm sedih juga nak tinggalkan rumah ni sebenarnya..ya la dua tahun lebih kami bersama di rumah ni.banyak kenangan dan disini la kami mula hidup kami bersama..huwwaa sedihnya.Owner pun bagitau selepas kami keluar ni dia memang tekad nak jual rumah ni sebab susah dia nak ulang-alik tengok rumah ni selalu..byebye my sweet home



Banyak barang yang nak kena kemas..tapi sekarang dah settle dah semuanya..tengok gambar terakhir tu ada 2 kotak besar tu..salah satu tu barang kek saya..3 kotak semuanya..lamanya tak buat kek..rindu sangat2.oven tu dah lama tak digunakan.tapi camne nak buat kek..sekarang ni kan tengah diet oh diet..tapi nanti saya akan buat perasmian baru untuk oven tu beroperasi semula setelah sekian lama terperap..

^_________*

08/02/2012

Rumahku Syurgaku

Salam semua,

akhirnya..dapat juga buat post kenapa la pn angah ni bizi bebenor dec-jan lepas..alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya dan my H memiliki rumah kami sendiri..syukur sangat2.sekurang2nya ada tempat berteduh sementara di dunia ini..

Selepas kawin kami memang plan nak beli rumah sendiri..cuma masa tu pikir biarlah kewangan kukuh dulu..namun tiba2 saja owner rumah lama kami telefon bgtau ada orang datang nak tengok rumah dia(rumah sewa i letew)..jadi dengan tiba2 juga perasaan tak selamat tu datang bertalu..macam mana kalau tiba2 kena keluar dari rumah ni?nak kena tinggal kat mana lepas ni?dengan perabot umah yang banyak..kat mana la nak sumbat semua tu..lagi2 kalau pindah kat apartment ke..cam nak angkat semua barang2 ni..adoii terus rasa sesak dada..tapi owner tu memang sangat baik tau..sepanjang menyewa rumah dia, saya rasa sangat puas hati..kalau ada kerosakan apa2 bagitau saja..then dia akan hantar orang repair..semua kos dia tanggung (la tu kan rumah dia)..oppss iklan pulak..bukan apa owner tu bgtau dia tak confirm lagi nak jual..tapi kalau betul ada orang nak beli dia kan bagi masa 9 bulan dekat kami untuk cari rumah lain.jadi bincang punya bincang dengan my H kami decide beli saja la rumah..maybe da sampai masanya..

Maka bermula la pencarian kami..mula cari rumah area puchong dulu..rumah baru..tapi masalahnya kat puchong ni rumah baru harga dia..mak aiii boleh buat 2 biji banglo kat kampung..jadi kami cari area lain kajang, bangi tapi maybe bukan rezeki kami nak beli rumah area situ..maka pencarian tu lagi menyukarkan.pikir punya pikir lagi..kami decide beli saja rumah area puchong tapi rumah second hand saja..lagi pun kami rasa dah cukup serasi tinggal di sini.banyak juga rumah yang kami pergi tengok..ada yang berkenan tapi mahal pula dan jauh dari tempat kerja..ada yang murah tapi macam2 masalah pula (biasa la rumah second hand kan).sampai dah give-up sesangat kami plan beli saja rumah yang kami sewa masa tu..tanya owner berapa dia nak jual..then kami confirm nak beli..tapi last2 minit owner kata dia tak nak jual pula..dia rasa harga yang dia offer tu tak memberi keuntungan..dia still nak sewakan saja rumah tu..huhu kecewa sangat..tapi itu la kan..kalau kita berusaha dan sentiasa berdoa Allah akan mudahkan urusan untuk kita..kebetulan masa tu saya search rumah untuk dijual kat tenet..then terjumpa la satu rumah ini.nampak menarik dan harga yang di tawarkan pun berbaloi.malah area yang sama dengan rumah sewa saya.terus call agent rumah bagitau kami nak tengok rumah..then terus decide nak beli dan bayar booking fees..cepat je kan decidenya..maka bermula la proses loan semua..huhu yang ini tak perlu cerita la..biasa la sepanjang proses loan ini mesti ada yang suka duka semua..

Selepas semua proses, penghujung november hari tu, kami terima kunci rumah pertama (macam ada next rumah je kan..huhu..amin).Maka bermula la ke bizi an yang di war war kan ituew..kami plan nak buat renovation.tapi renovation yang penting dan perlu saja..huhu baget pun kecik je kan..tak mampu nak buat banyak2..kalau la ada poket doremon tu nak je tukarkan rumah tu jadi banglo sebiji..hihi

Masa beli rumah ni banyak juga yang kena repair al-maklum ler rumah second hand kan..banyak yang dah rosak dan totally kena repair..tapi pada masa yang sama bersyukur juga sebab separuh dari rumah tu da di renovate.jadi kurang la sikit belanja tu kan.banyak nak cerita sebenarnya..tapi tangan ni dah makin slow jer nak menaipnya.apatah lagi hati ni makin membuak2 perasaan malas nak meneruskan..tapi pikir2 ini saja kenangan yang boleh di review semula sepuluh tahun akan datang(semoga di panjangkan umur)..tapi tak pe la..pilih perasaan malas ler dari kenangan tu..haha

Gambar Rumah Asal











Semasa renovation

Masa mula2 orang yang buat renovation ni explain design tangga ni saya memang tak faham dan tak dapat nak gambarkan macam mana rupanya tangga tu..rupanya bila da siap baru ler terkezut den..ada ke patut design tangga rumah macam ni..ni macam tangga kat shop lot jer..dah la nampak gelap..bertambah2 la menyeramkan..memang saya tak puas hati surah orang tu tukar..orang tu memang bengang la kan sebab da siap..tapi rumah kita kan lebih baik bgtau je..

Ini la rupanya bila dah di ubah..memang tak puas hati..patut dapat yang lebih baik..tapi pikir2 pun memang ada salah dari pihak kami juga..patut faham betul2 masa dia explain tu.apa yang mampu dibuat cuma pecahkan ruang tengah tu saja..tapi tak ada la nak design cantik2 dah..nak tak nak terima la seadanya..



Bila da siap nampak lebih baik..



Bilik air yang memang totally kami tukar sebab yang lama mangkuk tandas pun tak ada
..so cam mano tu den nak g toilet nie

Pasang kitchen kabinet baget jer..tak mampu nak pasang yang mewah lagi bergaya tu





Tingkap pun memang kami ubah..tingkap ni memang impian la konon2nya..bagitau my H klu dah ada rumah sendiri memang nak tingkap jenis panjang sikit..tapi rasanya rumah sekarang memang design macam ni dah..


Alhamdulillah..akhirnya siap juga..dah 2 minggu pun duduk kat rumah ni.terima kasih untuk FIL yang banyak membantu dan juga adik kesayangan saya-amir yang tolong masa kami pindah hari tu..memang tak cukup tido semua..penat tak perlu cakap la kan.tapi yang paling2 nak berterima kasih mesti la kat my H..banyak pengorbanan yang di lakukan..semoga rumah ini memberi lebih kebahagian untuk kami.macam mana sekali pun memang sangat2 bersyukur dengan segala rezeki yang Allah berikan.syukur sangat2..amin..

P/s ~ wah ucapan macam menang oscar pulak..ok la post ni sekadar berkongsi..harap tak di salah tafsirkan





30/12/2011

Selamat Tinggal 2011

Assalamualaikum semua,

Pembuka kata:)

Rindunya kat blog nieeee...
makin lama makin kurang pula post baru..
Bukan apa diriku dilanda ke "bz"an sampai tak ada masa nak meng hupdate blog tersayang ini..
Jadi hari ini dengan nekadnya saya berusaha untuk buat satu post baru...dan....
post yang terakhir buat tahun 2011..

Wah macam tak percaya kan..cepatnya masa berlalu..tinggal lagi 2 ari sebelum kita melangkah ke tahun baru.Banyak sebenarnya yang nak dikongsi bersama..tapi tulis mana yang terlarat saja da la ek..ok kita mulakan dengan hujung minggu yang lepas..

Mak saya dan family kakak saya datang puchong..jadi macam2 plan yang kita buat terutama nak bawa anak buah saya tu jejalan sebelum sesi persekolahan bermula..walaupun ada antara plan tersebut tak dapat dilakukan disebabkan kepenatan tapi kita tetap enjoyyyy..

Plan hari pertama adalah berkelah di tepi pantai..pantai mana? ------->


Mak aiii sampai2 je kat PD..berduyun2nya umat manusia..nape la time ni ramai sesangat nak p mandi pantai..cuba habaq mai..pusing punya pusing..masuk keluar masuk..last2 jumpa jugak port yang baik dan selesa.walaupun parking jauh sikit tapi kira ok la dari terpaksa beratur panjang2 semata-mata nak parking dekat dengan pantai..

ke 'excited' tu memang terserlah laa..jangan kata anak buah yang excited..mak2 and pak sedara semua pun sama jugak.rasa nak terjun laut je terus bila sampai tu..tapi kan kan..perut ni asyik berkarok je..almaklum ler tak makan apa2 dari pagi..da la tu memang plan nak bawak bekal dari rumah..berkelah la katakan..tapi masak yang ringkas2 dan cepat je la..nanti lambat pula sampai..

Oh pantai tak sabarnya nak terjun..tapi apakan daya perut ini memanggil2 untuk di isi..cuba fokus pada 3 orang budak yang main kat pantai tu..ala baju oren ngan ijau tuee..tu la budak yang sampai je terus menuju ke laut..dan cuba fokus pula pada gambar kat bawah nie..ni pula family yang tak diberi makanan..cian sungguh la..anak sapa la nie..


Wife sapa la nie yang terlebihhh...oppsss yang tak diberi makan nie


Muka budak-budak yang tak mandi pagi sebab memang da target nak terjun laut terus..budak2 saja tau..yang besar tu da mandi siap2 kat umah..

Bibik teh berusaha untuk membuat sandwich dan seterusnya memberi makan kepada mereka yang kebuluq abis nie




Memang seronok mandi pantai..tapi air cepat sangat kering..jadi kena jalan jauh baru dapat port yang selesa untuk mandi..cuaca pun sangat baik..anak buah saya tu semuanya tersangat la enjoynya..tapi lupa nak ambil gambar masa mandi manda tu.macam biasa selepas mandi muka semua dah macam dakwat hitam dah..abis terbakar..ada yang mula2 tu takut nak mandi laut tapi last2 di paksa naik pula.piat telinga die..





Sebelum balik harus la pose2 dulu..bergambar itu adalah penting okey..(tapi kalau asyik muka enko je tak ke boring orang nengoknya nanti) excuse me??? yes yes??? blog sape nie?? jadi ada aku kesah???kikihkih

 Selamat tinggal Port Dickson----Jumpa lagi *_____*


Hari kedua

Kita sambung lagi perjalanan di hari kedua..next station----->


Seperti yang pernah saya bagitau sebelum ini adik saya teh dah final year..Selepas 4 tahun di UPSI..sekarang adalah masa untuk meninggalkan uni kesayangan ini..sobsob..eh nape aku pulak yang emo ni.rasanya baru saja hantar teh tup tup dah habis belajar sudah..oppsss tak pasti pula ini tahun terakhir atau tidak..bukan apa hari tu teh ada bagitau yang dia nak sambung master.maybe nak sambung dekat UPSI juga.jadi adakah ini tahun terakhir teh di upsi????

Tapi apa-apa pun kami teruskan jua mengambil barang-barang teh..itu la niat ke upsi kali ini..Satu yang saya sangat suka adalah sepanjang perjalanan ke upsi..cuaca sangat la baik..dan tiba2 pemandangan sekeliling begitu menarik perhatian saya..terutamanya dengan awan yang berkumpul digunung..cantik sangat.indahnya ciptaan Allah,..




Sampai2 saja semua dok melepak dulu kat bilik teh..nanti tak datang sini dah..siap pekena megi tom yam seround dulu..semua housemate teh tak ada kat rumah sebab sekarang study week jadi semua balik kampung..(pandai2 je ko angah..ntah2 dorng p tempat lain)

Teh dan my lovely mak

Budak itam lepas mandi kat PD..mula2 baik je

Lepas tu mula la mem 'bz' kan diri menolong mak teh dia berkemas

Budak demok yang asyik nak berkepit dengan pak ngah dia saja..
Lagi worst sekarang ni memang suka gaduh dengan abang2 dia and yang paling dasyat tu cakap tak henti2
~So sweet~

Ni budak yang paling susah nak ambil gambar dia..asyik hilang saja.

Selamat tinggal umah mak teh



Lepas ambil barang  teh kami jalan2 kat pekan t.malim dulu then terus balik puchong..memang penat sesangat dengan tak cukup tidonya..sebenarnya malam balik dari PD tu ingat nak pergi I-city..tapi sebab penat semua pun tak larat nak keluar sudah..jadi tak dapat la bawak dorg g sana..(hihi saya dah pernah pergi da) tapi malam tu mak dan family kakak saya tido rumah yani dekat bangi pula sebelum balik ke lipis..jadi saya awal2 lagi dah ZZzzzz

Maybe sebulan ni saya akan bz dengan kerja dan packing memaking..hihi..

Masih banyak hajat dan impian tahun 2011 yang masih belum tercapai..tapi ada daripadanya sudah tertunai.syukur sangat2..jadi impian dan hajat yang tak tertunai tu diharap dapat direalisasikan tahun 2012 nanti..

SELAMAT TINGGAL 2011


AND
WELCOME 2012


ANGAH~saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog saya..semoga semua impian dan azam kalian semua akan tercapai..