31/01/2012

Bawal Emas Sweet Sour

Assalamualaikum

Alo!alo

Cepatnya masa berlalu kan..rasa macam baru je tahun baru..tengok2 dah nak habis bulan satu.jadi harus la diriku meng hapdet satu post terakhir untuk bulan jan 2012 nie..ngehngeh..ok ok faham da makin jarang menulis blog sekarang ni.saya akan berusaha untuk kembali seperti dulu bila semua kerja saya da settle..hihi

ok la tak ada banyak masa..cewah..jom layan resepi yang memang simple je nak buatnya.

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal emas~potong 4 bahagian
gaul dengan sedikit kunyit dan garam

~goreng separuh masak dan ketepi kan

Bahan sos sweet sour
Sos sweet sour~life brand
1/2 biji bawang besar~mayang
2 ulas bawang putih
sedikit bunga kobis
sedikit carot
1 batang cili merah~buang biji potong dadu
1 biji tomato~potong dadu
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara
Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang merah
Masukkan bunga kobis dan carot
bila agak layu masukkan sos sweet sour secukup rasa
Masukkan ikan bawal yang telah digoreng
Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah

Angah~sos sweet sour tu da cukup bahannya..jadi tak perlu la campur garam dan gula lagi.





Angah~Isi Ikan bawal emas ni memang sangat manis..pertama kali saya beli dan cuba masak.memang rasa nak gigit2 sampai ke tulang (Ok huduhnya perangai).selain dari sweet sour segara ini saya try juga masak stim..pon sodap.next time saya sharing-sharing ya..biasa ikan ini banyak di jual pada tahun baru cina saja..masa ni memang murah ikan bawal ni~saya beli kat pasar raya jer..tak tau la kalau kat pasar memang ada stok selalu..hihi saya ni memang tak pernah pergi pasar.kadang2 nak jugak pergi tapi tu la kan..kena keje..ada tak ada pun g pasar malam je la..(cam tak berbaloi gak g pasar besar tapi nak beli untuk 2 orang makan je-pulak tu masak seminggu sekali je ^________^ )

18/01/2012

macam-macam cite

Assalamualaikum semua..

alamak tgk dekat tepi blog ni..baru ada 1 post jerk untuk tahun 2012 ni..dulu bukan main lagi setiap hari tulis blog..sekarang ni seminggu nak buat satu post pun susah.aduyaiii sebenarnya salah satu azam tahun 2012 ni adalah untuk menulis blog sekerap yang mungkin.namun baru saja masuk bulan januari punnn dah tak tertunai azam tu..hihi.jadi cam ne ek dengan azam2 yang lain? adakah seperti masuk baju baru dalam almari yang da over penuh lepas tu terlupa penah beli baju tu?macam tak relevan je contoh tu..okey abaikan.

sebenarnya kan kan..banyak gambar,aktiviti,jjcm yang nak di kongsi bersama semua..cuma masa membataskan kita..cewah..alasan lettew..tapi insyallah start febuari ni saya akan sedaya upaya untuk mengembalikan diri ke arena penulisan ini..wah ko angah macam ramai pembaca je kat blog ko nie.hihi tak kisah la dik non ramai tak ramai yang penting i like!

meh la nak cite serba sedikit apa la yang di bizi kan sangat tu sampai tak de masa nak menulis ni.ok biasa kan kan..saya tulis blog ni kat office saje.bukan apa tenet kat office ni laju sikit..kat umah tu tenet cam chipsmore je..pasal tu malas nak taip2 nie.oitt makan gaji buta ke?eh mana ada..biasa pagi tu buat kerja office dulu petang bila agak2 free baru ler tulis blog.2 in 1..(ayat2 penafian)..ok tapi kan kan biasa start december sampai febuary saya memang sangat2 la bizi nya..sebab apa bizi?hihi saya ni keje sebagai ceti kat office ini (ada ke patut budak2 kat office ni panggil saya ni ceti).jadi biasa la bila hujung tahun ni kena la closing account..then kena prepare report for auditor..masa ni la poning kepala den..kena check document betul2 tapi yang penting nya camne nak selamatkan company dari bayar tax riban-riban tu..haha.tapi yang lagi memoningkan kepala den ni time ni la semua dok push2 pasal bonus..aduyai ingat ni company den ker kawan2 ku yang ter"sayang"..(time ni best ckit-klu sape nak klu ada bonus tidak kena belanja..fuhh kenyang)

pesanan kerajaan-rasuah tidak baik untuk negara.
tak ada la bizi sangat pun? ok fine.sebenarnya saya ada perkara lain lagi yang membuatkan bizi melampau2 tu..tapi takut la pulak..nanti orang kata nak menunjuk2 pulak..haha..tapi tak kisah la..ini beblog saya okk..suka suki saya la nak tulis apa2 pun kan.tapi yang tu nanti bila da siap baru saya akan buat entri khas untuk semua..tapi disebabkan "benda" ini la tido tak lena,mandi tak basah cuma makan je bertambah kenyang.haha..hari tu sampai demam2 sebab asyik ke sana sini dalam cuaca yang panas mencari accessories untuk benda ini..sekarang da hampir ke penghujungnya..namun ada sedikit perasaan tak puas hati tapi ada juga perasaan yang sangat2 puas hati..harap segalanya berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya..amin


ok la rasa macam da lama membebel tapi sikit ni saja yang sempat di taipnya..huhu memang lembap ko ni computer (ayat cover line untuk diri sendiri)...apa2 pun minggu depan saya cuti selama seminggu..nampaknya berabuk lagi ler blog ku ini..pada kengkawan yang balik kampung ke,yang cuti-cuti malaysia ke sempena cuti yang agak panjang ini (bagi org yg da keje ni cuti 3 hari pun da rase tersangat la panjangnya) drive carefully ok..lah bukan cik non ke yang drive?jadi penumpang jer..ok ingatkan orang sebelah ke depan ke pandu cermat jiwa selamat yer..tak jugak? ok buka tingkap kete tu jerit je kat kete sebelah tu bawak slow2 ckit~ni pecut macam tak ingat dunia aje..

ok entri kali ni tak ada gambar yang sesueii nak di uploadkan..jadi baca je la..macam tak meriah je kan baca tanpa gambar..sebab sesetengah orang suka tengak gambar je..bacanya malas..buat ponat jo den menolis panjang2 nie.kalau tak ada orang nak membacanya..okey la kengkawan..

Take care

11/01/2012

Nasi ayam goreng

Assalamualaikum semua,

Hari ini nak buat entry pendek saja la..nanti bila masa mencukupi sepenuhnya (cewah) saya akan share nape la sejak 2 menjak ni jarang update blog ya kengkawan..

Memasak ni pun da jarang sekarang ni..ni resepi yang saya cuba dolu2 je..sekarang baru nak post..resepi ni saya ambil dari blog mamasya.suka cuba resepi kat blog mamasya..nampak best2 je semua dan barang nak guna pun tak banyak sangat dan mudah untuk di cari..


Sumber utama; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan . Resepi asal Tummy@ 3hungrytummies
Sumber Kedua; Yati@Sinar Kehidupanku 

Sumber Saya :dapur-mamasya.blogspot.com

Nasi ayam goreng Special
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.Utk sambal merah mama buat spt dibawah;

Sambal merah

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil

Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..

 Masak nasi dalam rice cooker je..senang dan mudah..hihi

 gambar yang kelabu..sebab kamera lama dah problem.

 Sambal

 Nasi ayam goreng yang sedap di makan bersama2 ulam-ulaman dan juga sambal merahnya

Angah~memang sedap nasi ayam goreng ni..nak masak pun senang..cepat dan pantas..hihi..selamat mencuba