11/01/2012

Nasi ayam goreng

Assalamualaikum semua,

Hari ini nak buat entry pendek saja la..nanti bila masa mencukupi sepenuhnya (cewah) saya akan share nape la sejak 2 menjak ni jarang update blog ya kengkawan..

Memasak ni pun da jarang sekarang ni..ni resepi yang saya cuba dolu2 je..sekarang baru nak post..resepi ni saya ambil dari blog mamasya.suka cuba resepi kat blog mamasya..nampak best2 je semua dan barang nak guna pun tak banyak sangat dan mudah untuk di cari..


Sumber utama; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan . Resepi asal Tummy@ 3hungrytummies
Sumber Kedua; Yati@Sinar Kehidupanku 

Sumber Saya :dapur-mamasya.blogspot.com

Nasi ayam goreng Special
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.Utk sambal merah mama buat spt dibawah;

Sambal merah

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil

Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..

 Masak nasi dalam rice cooker je..senang dan mudah..hihi

 gambar yang kelabu..sebab kamera lama dah problem.

 Sambal

 Nasi ayam goreng yang sedap di makan bersama2 ulam-ulaman dan juga sambal merahnya

Angah~memang sedap nasi ayam goreng ni..nak masak pun senang..cepat dan pantas..hihi..selamat mencuba


No comments:

Post a Comment