Kebelakangan ni mood aku ni macam di awan-awangan..macam-macam rasa pulak..kalau di pikir lama-lama sakit jiwa pulak nanti..jadi abaikan..lagipun hari ini bukan nya aku nak bercerita pasal mood pun..saja je bagi intro yang tak de kena-mengena ngan tajuk..
Jakun kah aku?
Agak-agak ada tak tajuk camni dipilih oleh cikgu2 sekolah untuk diberi kepada pelajar-pelajarnya sebagai tajuk karangan?ada tak ada tak? tak der? abaikan..Maka bermula laaa tajuk dengan post hari ini terjadi semasa hari sabtu bersama dengan 24/3/12 pada jam 530ptg di Stesen Lrt Sri Petaling (baca gaya syair) ok aku tau korang menyampah..so baca je la cara biasa..
Aku saja je nak cerita sabtu yang lepas aku dan En H (Tiba2 pulak tukar en H~best pulak sebutnya) plan nak pergi meronggeng ke masjid jamek..dah lama rasanya aku tak pergi sana..lama tu sampai aku pun tak ingat bila aku last pergi (kununnya)..Biasa kalau aku pergi masjid jamek aku akan menggunakan perkhidmatan awam iaitu lrt (ayat skema)..dan kebiasaanya juga aku akan naik Lrt Sri petaling..jauh ooo dari rumah aku nak ke sri petaling #bagetjauhsangat#..ini pilihan aku KERANA malas rrr nak jam-jam g kl..nanti masa aku abis dalam perjalanan jer..tu belum lagi episod gado-gado dengan En H dalam kete..kalau naik lrt malu la sikit nak gado-gado..malu wooo orang tengok..so cover sikit.
Jakun #1
Dulu masa aku park kete kat stesen Lrt Sri Petaling kena bayar tau parking dia..tapi tak ingat dah berapa~sila refer balik ayat dah lama tak pergi..Tapi setiap kali aku nak bayar tu mesti aku tertanya2 dorang nie ulat parking ker?tak sistematik langsung..da satu pondok yang hampir nak roboh dan budak2 muda dok melepak kat dalam tu..kadang2 ada yang jaga kadang2 tak de..tapi yang JAKUN tu tiba2 pondok tu dah hilang..dengan orang-orangnya sekali..dan untuk pertama kalinya aku takyah bayar parking kat stesen lrt..taktau dah berapa lama keadilan ini ditegakkan? malam tu aku siap tengok ada polis jaga lagi dekat situ?setelah sekian lama maka jakun kah aku?
Jakun #2
Selepas park kete aku dan en H pon sampai kat kaunter Lrt..En H dah bagitau aku sekarng ni lrt dah lain.Masa kami pergi tengok tak ada orang pon beratur kat kaunter..semua menghala ke mesin yang terdapat di sebelah kiri aku..Huh semua DIY sekarang..takpe2 kacang je tu..ingat aku tak reti ke nak guna mesin tu (padahal En H yang tolong buatkan)..En H dengan muka confident terus je tekan touch screen tu..then dengan confident lagi pilih destinasi masjid jamek..Aku : betul ke cam tu?kang salah kang? (ayat test)..dengan confident jugak En H :betul la..tapi time nak bayar En H: camne nak bayar nie..tengok aku jugak kena tunjukkan kat mana nak masukkan duit kertas tu (ayat bangga)..akhirnya berjaya juga aku peroleh token lrt~sekarang dah tak guna tiket dah kawan2..hah dah tau?#sorokbawahkerusi# En H:token tu kena sentuh screen masa nak lalu kat gate lrt tu..touch dan ambil semula Aku: okeyy (macamtaktau) then aku pon dengan bangganya touch la token tu pada screen..alamak napa tak buka nie?touch banyak kali tak boleh jugak..terus je tanya En H :nape tak boleh ni? Eh H:letak token kat tempah bawah screen tu la (ada satu tempat kaler biru ke marah tak salah~tak sempat nak tengok lama-lama sebab dah malu)..Mencik tau En H ni..selalu salah bagi instruction..Maka jakun kah aku #2
Ni la rupa token tu..sini untuk cara penggunaan token ni
Jakun #3
ok yang ini tak dikira jakun ok..yang ni memang aku respek..banyak improvement compare dengan kali terakhir aku naik lrt dulu..contoh yang pertama tu ada lah dari segi masa..aku tunggu sekejap saja lrt dah sampai..then tak sampai 1 minit dah jalan..dulu masa aku naik lrt kadang2 sampai 5-6 kali pintu lrt tu tutup buka..lrt tak jalan2 jugak..tension tau (apa yang tension ko tu pergi meronggeng je la..bukan balik keje pon)..then sekarang ni driver lrt tu (betul ke driver~aku dengar lrt ni automatik..tak kisah la apa namanya..dia duduk depan aku panggil je la driver~huhu) akan buat announcement dengan jelas setiap destinasi..dulu-dulu aku rasa macam orang tak makan seminggu bagi annoucement..baik bagi annoucement dalam hati jerk.dan lagi yang aku suka adalah stesen lrt yang nampak cantik,sistematik,bersih especially kat masjid jamek tu (dah kat situ je pergi situ je la yang aku nampak~kihkih)..takda la sesak-sesak sangat kan..So aku bangga jadi rakyat malaysia..okey takde kena mengena..
Di sebabkan aku lupa nak bawak kamera dan tak ada gambar nak post..jadi aku cilok gambar kat website rapidkl..tolong halalkan..saja nak tunjuk kat korang laluan lrt di walaupon korang dah tau..kan aku dah bagitau..angah tanpa gambar ibarat pen tanpa penutupnya..kihkih