Salam kengkawan
meh sini meh
kita cite sikit pasal hobi baru nie
aku ni bukan la dalam kategori orang yang berhobi sangat
kihkih
tapi dari tak ada buat apa2 tu jadi lebih baik la rasanya buat satu hobi yang bermanfaat (hobi la sangat)
tak tau la sampai bila hobi ini akan bertahan..harap2 bertahan lama la
kalau nak rumah cantik kena ada hobi baru nie tau
hobi apa?
ni la hobi baruku ^___^
bercucuk tanam
lah tak caya la pulak korang nie
sebenarnya dah lama dah nak bercucuk tanam nie
tapi tau tau je la..rumah sekangkang kera..ada hati nak bercucuk tanam pulak
dulu kat rumah lama dah pernah tanam dah
tapi di sebabkan kerajinan yang melampau
maka mati la semua tanamanku T___T
Tapi awas
sekarang daku dah kembali
kali ini aku akan pastikan semua tanaman aku hidup subur dan gemuk2 belaka
seperti yang di beritahu tadi
rumahku kan kecik aje..tak ada tempat nak bercucuk tanam nie
jadi aku tanam semua tanamanku dalam pasu
untuk permulaan nie aku tanam pokok yang memberi hasil kat aku dulu
pokok yang memberi hasil?
ala pokok yang korang boleh makan la bila dah cukup matang nanti..winkwink
jom la berkenalan dengan pokok2 ku ini
Kat atas tu namanya daun pandan~aku tanam 2 pasu
lama agaknya baru nak besar daun pandan nie..sebab dah lama tanam tapi tak berapa nak tumbuh lagi
Yang nie pulak daun kesom~ni ayah mertuaku yang tanam..sekarang dah hidup subur dah..
dah boleh makan dah hasilnya nie
tapi malas pulak nak masak
masak asam pedas sedap nie..yummy yummy
yang ni pulak cili padi~tengok daun die subur je kan.gemok2ss tau
tapi belum menampakkan hasilnya lagi
Yang ni pulak daun kari~kawan aku hana yang bagi
comei lagi
baru je tanam..tak sabar nak tengok pokok ni besar
en h suka makan kari..nanti senang la nak masak kan..dah ada daun kari kat rumah..petik je..cewahh
nie daun bawang..masa aku tanam tu tak ada lagi pucuk nie
jadi sangat la lama nak tumbuh..nie pun baru satu je tumbuh..yang lain tu segan lagi nak tumbuhnya
advise aku~kalau korang nak tanam daun bawang ni..cari yang dah tumbuh pucuk dia baru tanam
kalau tak jadi la cam aku tunggu punya tunggu
Ni daun limau..sedap masak tom yam nie
ni pun ayah mertua aku yang bagi..aku tolong jaga je la
daun limau ko kena hidup subur2 tau..bagi banyak sikit tumbuh daun ko tu
kalau tak malu la aku nanti
(kunun2 cakap ngan pokok~orang kata nak bagi tumbuh cepat kena cakap ngan pokok)
tapi kan kalau tulis je kat blog nie pokok nie boleh dengar ker?
Teetttt
Yang ni pulak pokok halia..tengok dah tumbuh daun semua
suka sangat
halia ni cepat jugak tumbuh
Yang ni pulak pokok kunyit
lambat sikit tumbuhnya sebab aku tanam kunyit muda
kihkih
berkurun la jawabnya..tapi ada la sikit pucuk cam nak tumbuh tapi tak tumbuh2
korang nampak tak?
tak nampak
memang la sebab tak ada apa2 pun..kihkih
sebenarnya yang ni pokok kuchai
aku baru je tanam
jadi belum la tumbuh lagi
Yang nie pun sama
tapi yang ni pokok sawi
aku pun baru tanam
tapi kan kan semalam aku tengok macam dah ada yang tumbuh
wah tak sabarnya nak tengok pokok sawi nie
aku harap dia tumbuh dengan subur
nnati aku akan update ok
ini la tanaman aku semua
tak ada ruang sangat kat rumah aku nie
aku ingat nak cari satu rak besi yang panjang
bagi kemas sikit
lagipun kalau letak kat bawah camni rasa serabut pulak aku nie
aku suka ruang yang teratur sikit
tapi taktau nak cari kat mana rak besi yang murah2
kalau korang tau nak cari kat mana bagitau aku ek
Selepas ni aku nak tanam pokok bunga pulak
aku suka sangat dengan pokok2 yang menghijau ni
aku suka juga pokok kaktus,bunga kekwa yang berwarna-warni
tak sabar nak tanam~tapi tengok kerajinan la pulak kan
bila rajin baru aku teruskan niat seterusnya
kihkih
okay aku akan update dari semasa ke semasa hasil tanaman aku nie