Salam semua,
Hari isnin kadang-kadang memboringkan..so dari rasa boring tu berterusan baiklah menulis blog..huhu..morning semua!!
Tiap-tiap pagi masa nak pergi kerja,aku mesti dengar radio hotfm..korang pulak cne..radio mana pilihan korang?Aku memang suka dengar hotfm sebab kelakar gilo dj die~fara,fbi n ag..opss usop jugak.. tapi lately nie usop dah kurang kat radio.tapi kadang2 aku rasa usop tak berapa sesueii la jadi dj..aku lebih suka 3 orang tue je..dah cukup korum..gelak nak guling2..nasib dalam kete..
Hari ini aku nak share dengan korang semua pasal topik pagi tadi..
"children's book day"
Aku dengar je topik nie terus je teringat memori daun pisang-eh silap memory lama
Tu sebab aku excited nak share dengan korang nie..
Buku zaman kanak2 apa yang melekat kat kepala korang sampai la nie?
Aku nie bukan la seseorang yang dilahirkan dengan memory yang kuat apatah lagi kenangan masa kecik2 dulu..tapi bila dengar topik kat hotfm nie dan pendengar yang bagi komen..
terus je memory lama aku nie berfungsi.
Aku dalam kategori suka membaca jugak la masa kecik2 dulu
Tapi di sebabkan aku duduk kat kampung..maka bahan bacaan tu tersangatlah limitednya.
Masa tu hanya bergantung pada library sekolah dan juga perpustakaan bergerak.
Korang tau ke apa tu perpustakaan bergerak?
perpustakaan bergerak tu macam satu bas yang diubahsuai menjadi perpustakaan..
bas tu akan bergerak kesetiap kampung/daerah/bandar untuk membawa bahan bacaan kepada penduduk setempat..So masa tu aku mesti akan pergi kat perpustakan tu untuk membaca..tapi sekejap sangat perpustakaan tu datang..dalam 1-2 jam tak salah aku..tapi kita boleh pinjam la buku kat situ..cuma kena bayar yuran bulanan..masa tu hidup susah.adik-beradik pulak ramai..jadi mak aku cuma bagi akak aku saja kad bulanan tu..tapi kami akan bergilir-gilir mengunakan kad tu.
Masa tu memang excited sangat dapat pinjam buku dan dapat membaca.
korang nak tau tak buku apa yang aku paling suka baca masa zaman kanak-kanak dulu?
Buku siri penyiasatan..
Aku memang gila la membaca siri penyiasatan nie..kadang2 sampai ter 'berangan' sekali..
Ini la lebih kurang rupanya perpustakaan bergerak tu
aku rasa setiap negeri ada perkhidmatan perpustakaan bergerak nie
Ini la buku kegemaran aku masa zaman kanak-kanak dulu..yang aku ingat buku siri salma dan siri penyiasatan hadi..hampir semua siri aku dah baca..cuma terlupa dah ceritanya (huh kalau aku boleh ingat memang terar la aku #pang#)
Aku Suka jugak baca cerita mickey mouse dan fairy tales~aku rasa semua orang pun suka kan..
Tak lupa juga buku kisah rakyat..
Masa dulu-dulu ada syarikat buku akan datang sekolah jual buku..
Aku ada juga beli buku-buku tu tapi taktau dah hilang kat mana (padahal lepas baca ntah campak kat mana)
kadang-kadang miss pulak dengan buku2 lama ni
sebab tu semua kenangan ..sepatutnya aku simpan buku dulu-dulu tu..kihkih
Tapi sekarang dah berbeza..kehidupan orang sekarang dah senang berbanding kehidupan dulu
tapi aku rasa budak2 sekarang lebih suka bermain video game or melayari internet dari membaca
sedangkan zaman sekarang lagi senang kita nak perolehi semua bahan bacaan tersebut
apa-apa pun tepuk dada tanya selera
Selamat membaca
Angah~ *gambar semua aku ambil dari internet tanpa kebenaran..sila halalkan pengunaan gambar tersebut cik adik manis*
ehhh samala kita ngah... pagi petang layan hotfm dalam kete...best kan...gelak sorang..heheee... nostalgia betul bas bergerak sebelah masjid tu kan...rindu sangat2...
ReplyDeleteAs~memang nostalgia..rindu kan masa kite kecik2 dulu..banyak kenangan.eh hotfm gak ek..sama la kita..kelakar gilo klu pagi2 tu
ReplyDelete