26/07/2012

Berniaga di bulan Ramadhan~

Assalamualaikum

berniaga di bulan ramadhan?
korang mesti dah terpikir eh? angah nie berniaga pulak ker?
jawapannya tentu laaaaa tidak!
aku saja je nak share dengan korang pasal isu berniaga di bulan ramadhan nie
ramai yang ambil peluang untuk mencari rezeki yang lebih di bulan yang mulia ini
dari yang tak pernah sekali pun berniaga seumur hidup tiba2 dapat idea nak berniaga bulan ramadhan ni
kebanyakkan memilih untuk berniaga makanan
Bila dekat saja dengan bulan ramadhan mesti ada isu tapak ramdhan kan
itu menunjukkan orang memang berlumba-lumba berniaga tika bulan mulia ini
tambah-tambah rakyat mesia ni dimanjakan berbuka dengan makanan yang pelbagai waktu berbuka
sampai tak hingat tue bila membeli~nafsu mengatasi kemampuan perut~cam terkono je*aku*
tapi tak di lupa juga yang memilih untuk berniaga kuih raya,baju raya,kasut raya..pendek kata yang berkaitan dengan raya la
90 peratus rezeki kan datang dari perniagaan..jadi tak salah kita nak mencuba
cuma biarlah kita betul2 yakin dengan perniagaan kita
jangan sesekali memikirkan keuntungan diri sendiri saja sampai keberkatan tu tak di ambil peduli
contoh macam nak cut cost sampai masak cincai saja..malah ada peniaga jual makanan yang basi
so yang jadi mangsanya adalah pembeli..lepas tu mula la maki hamun cacian dilemparkan
so camne nak berkat kalau orang asyik kata-kata yang buruk saja
kata-kat tu kan satu doa

wah panjang lebar pulak nak explain kan
sebenarnya aku nak share dengan korang semua
kalau kita berniaga makanan tu memang lah elok kan kan
tapi biasanya orang berniaga start pukul 3 atau 4 ke atas 
so achner pulak kalau ada yang berniaga dari pukul 730pagi lagi tu..pulak-pulak orang islam tu..lagi-lagi bertudung tu..so achner tue?
Berapa kali tu laaaa..ok nak cerita kat korang la..oppss ni kira kategori mengumpat ke ek?
ah anggap je la kita sharing is caring kan kan
dekat area aku keje nie ada la sorang makcik nie..orang melayu dan bertudung lagi
dia memang berniaga di hari-hari biasa
tapi yang luar biasanya di bulan puasa pun dia nak berniaga jugak..
bukan berniaga kat bazar yang start pukul 4ptg tu tau..ni dia berniaga di waktu pagi..kira perniagaan dia dihari biasa tu tetap berjalan seperti biasa di bulan ramadhan nie..confius?lantak la..hihi
sepanjang aku keje kat sini memang tiap-tiap tahun dia berniaga..
mula tu aku perasan dia buka bila dah pertengahan ramadhan..tapi sekarang ni awal-awal ramdhan lagi dah berniaga dah..aku memang ada terpikir nak ambil gambar makcik ni..tapi pikir-pikir takyah la kot
nanti mengaibkan pulak..aku cite nie kira bukan mengaibkan kan?~sedapkan hati sendiri lalala~
yang jadi isu kat sini*tiba-tiba* boleh ker berniaga di pagi hari?
orang baru lepas sahur 2-3 jam la makcik..
camne pulak dengan yang terlepas sahur tu..pukul 730 baru nak sahur?

Orang mengantuk disorongkan bantal?
auww peribahasa lagi
tapi peribahasa itulah yang sesuai dengan makcik tu
maybe niat dia nak jual dekat non-muslim saje dan boleh tambah rezeki lebih sebab peniaga lain tutup kedai..tapi masalahnya makcik aku tengok yang membelinya ramai orang melayu saja?
takkan la aku salah pandang pulak..takkan tiba2 orang melayu ni dah seiras dengan orang bangla,indon?
ohh ok sekarang ni ramai yang mix ek..kihkih
itulah hakikatnya..yang membeli pagi2 tu memang ramai yang melayu dan of couse muslim yang diwajibkan berpuasa di bulan ramadhan
jadi tidak ke makcik rasa bersalah dan bersubahat dalam hal ini?
amboi ko angah baget makcik tu dengo je ko cakap kan?berani cakap la face to face?
haha dulu-dulu masa mula-mula aku tengok situasi ni memang aku nak report saja kat jais
aku kira cam bersubahat mata pulak bila tengok orang islam beli kat situ
tapi kesian pulak..maybe makcik tu ada masalah kewangan kan..walaupun pada aku tu bukan satu alasan?
yang membeli tu memang takada perasan bersalah pun..makcik tu lagi la..langsung takada rasa bersalah atau takut2 nak menjual kat situ

So apa pendapat korang?
aku harap makcik tu berubah la..walaupun niat makcik tu lain..tapi orang kalau dah depan mata..ngap je la



24/07/2012

Ikan Patin Gulai Tempoyak

Bahan-bahan

Ikan patin-potong la berapa bahagian korang suka
tempoyak
cili padi~lagi pedas lagi umpphh
kunyit hidup
daun kesum
Timun tua (kikis sikit kulit)~mak aku panggil timun taun (entah betul tidak eja cam tu)
air 
garam

Cara-cara

Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sampai lumat
then gaul dengan tempoyak
masuk timun tua dalam periuk..campur daun kesum..masukkan campuran tempoyak tadi..campurkan air sedikit bagi berkuah and masak
bila mendidih masukkan ikan dan perasakan dengan garam

cepat dan senang je kan kan..




Menu berbuka hari ke-3

Assalamualaikum

korang pekabar? puasa tak hari ini?
aku syukur tahun ni dapat puasa di hari pertama..auww nampak sangat sebelum ni tak dapat puasa di hari pertama kan..memang pun seingat aku la dah berapa tahun aku tak dapat berpuasa di hari pertama
aku pulak jenis kalau dah awal puasa tak berpuasa maka akhirnya pun tidak la jugak
maka korang boleh buat kira-kira berapa hari aku kena ganti puasa setahun..penat mak uollss..

sekarang ni bila baca blog orang lain je semua sibuk post menu berbuka dan bersahur je kan
hihi aku pon nak join jugak la group blogger yang post menu2 makanan nie
so sepanjang ramadhan nie korang jangan boring pulak baca blog haku nie
maybe akan penuh dengan makanan je la~saje nak buat korang telan air liur berkali-kali

sebelum tu meh aku nak cerita pasal puasa pertama dan kedua aku dulu
aku dengan en h memang plan nak balik kg..tapi ramai yang cakap akan jam teruk
tapi sebab nak jugak berbuka dan bersahur bersama family tersayang kami nekad je la
tapi idok pun jamnya~tengok dah keluar dah lorat pahang..jalan clear je..memudahkan perjalanan kami
hari pertama sahur dan berbuka rumah family in law dulu..en h biasa la balik rumah dia excited lebih je
mula la plan nak masak macam-macam..aku tak kisah..aku kan tukang makan je
en h plan nak bakar ayam..aku yang buat perapan ayam tu~tak ambil gambar pun..segan la aku kan
takpe nanti bila aku buat lagi aku share dengan korang ok~baget ada permintaan khas je..kuikui

hari ke 2 berpuasa dan sahur kat rumah aku pulak..nasib la rumah dekat2 je kan..tu la untung kawen orang dekat ni*tiba-tiba* 
kat rumah aku pun menu biasa je..masa ni semua adik beradik aku yang dah kawen tu dah balik rumah memasing..diaorang stay hari pertama je..aku dengan en h je yang balik lepas berbuka.jadi tak dapat la berbuka ramai-ramai..sobsob..tapi sahur sempat jugak bersahur bersama-sama..aku siap tambah lagi korang..sedap gilo mak aku masak gulai rebung udang pepagi buta tu..korang ada sahur bertambah?..tak ada kan kan*teringat pulak*glupglup

so puasa ke-3 semalam balik ke normal
tinggal aku dengan en h berdua saja la..sobsob
tahun ni aku dengan en h memang nak bersederhana sikit dalam berbuka dan bersahur 
semoga berjaya la hendaknya..hihi korang taktau dulu2 en h ni mengalahkan budak-budak kalau berpuasa tu
kalau berbuka tu macam2 nak beli..dah la nak aku masak lagi..so korang bayang la berapa banyak menu atas meja hanya untuk dua orang makan..orang lelaki memang camni ek?
so tahun ni aku bagi tazkirah untuk bersederhana siap2 sebelum puasa lagi..nasib dengar kata..walaupun semalam kurang berjaya tapi pada aku still lebih baik dari tahun lepas 
dan semoga kami dapat perbaiki lebih baik lagi di masa akan datang

so itu je la cite puasa aku
sekarang meh layan ckit-ckit menu berbuka aku semalam
tak boleh banyak-banyak nanti batal pose pulak kang
aku cuma bagi idea je kat korang nak masak apa petang nanti tau..so aku tak terlibat dengan sebarang kekurangan pahala korang ya tuan2 dan puan2..kihkih~nak mencover diri

 menu yang aku sempat masak lepas balik keje~patin masak tempoyak (nti aku share resepi),ikan bakar dan kobis goreng..beli murtabak,roti jala dan popia



yang ini keow teow goreng~k.maria jiran aku yang baik hati bagi..sedap..aku siap bersahur dengan keow teow saja pagi tadi sebab tak sempat makan semalam

sekian



 




20/07/2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Salam ramadhan al-mubarak untuk semua umat islam
terutamanya untuk kawan-kawan dan reader blog saya nie

Moga kita mengambil kesempatan yang diberi ini untuk menambahkan iman & ketakwaan kita kepadaNya..Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..Selamat menjalani Ibadah Puasa..


p/s~untuk kawan-kawan saya As, sue, suhaiza, safura dan semua la..selamat berpuasa..maaf semua salah dan silap saya kat korang ok~muahmuah

19/07/2012

Buai laju-laju Sampai....

salam

Sekarang nie aku dengan en h tengah beria-ria nak mencantikkan rumah kami 
bermula dengan halaman depan
kunun-kunun nak buat ala-ala taman mini la
aku kan tengah gila bunga sekarang nie..memang semangat tu berkobar-kobar 
tapi senang je pun nak bagi cantik
ada duit dan rajin jalan....
tapi masalahnya aku nie duit takde rajin pun idok
achner tue?

tapi disebabkan takder duit T___T
 maka aku buat sikit-sikit la dengan en h
bermula dengan beli rak yang cumei-cumei untuk pasu bunga aku tu
bunganya takde lagi..rak je beli dulu
nampak tak kat situ cerdiknya pemikiran aku
orang lain beli la bunga dulu kan
ala aku gebang je kat korang
aku kan dah ada bunga dan tanaman hasil yang aku tanam dulu
cuma kali nie aku nak tambah lagi bunga-bunga aku..kata nak buat taman mini mesti la rumah dipenuhi bunga-bungaan yang cantik,warna-warni, dan wangi-wangi gitu
tapi pokok-pokok bunga aku nie nanti baru aku tunjuk kat korang ok
biar aku hias cantik-cantik dulu baru ler tunjuk kat korang (nampak sangat selama nie laman aku tu teruk)

Kali ini aku nak tunjuk dulu kat korang buaian yang aku baru beli
nie bajet kalau petang-petang tu boleh la lepak sambil buai-buai tengok bunga dan air hujan kan
korang nampak tak kat situ macammana jiwa aku nie~ada taman tue
tapi disebabkan aku nie orang yang tak berduit tapi nak jugak mencantikkan laman sendiri
maka aku beli buaian baget je la
walaupun buaian nie untuk 2 orang tapi cukup kot aku dok sorang je
nanti kalau aku share dengan en h nie runtuh kang sape nak jawab..almaklum ler terlebih muatan
sape yang terlebih..aku ke en h?biarlah menjadi tanda tanya korang semua

jum tengok buaian aku 
Lepas nie petang-petang boleh la aku lepak kat luar rumah


 Korang tengok punya la kotor lantai rumah aku
lepas aku membebal baru en h nak bersihkan
maka senang sikit aku nak ambik gambar dan dan pulak korang pikir pembersihnya tuan rumah nie..kihkih


jumpa lagi di lain hari dengan next story pasal taman mini aku..

18/07/2012

Para Para Sakura

Assalamualaikum

Korang perasan tak sekarang nie dah jadi macam musim bunga pulak kan
Walaupun kat mesia ni bukan negara 4 musim
Tapi tiba-tiba saja rasa macam duduk kat oversea
auww macam penah pergi oversea T___T

aku rasa kat tempat korang pun mesti ada kan bunga nie
hari sabtu hari tu memang tak ada pun lagi bunga-bungaan nie
then bila pergi kerja hari isnin tengok-tengok
wah cantiknya
hilang rasa bengang sebab jam gila-gila masa nak datang keje isnin lepas
maka tercetus la idea nak menulis kat blog nie
sebab biasa macam tak ada idea saja nak tulis kat blog nie

Korang jangan taktau gigih tau aku nak ambil gambar bunga-bungaan nie
sebelah tangan pegang kamera..sebelah tangan lagi pegang stareng kete ok
ko boleh?
Gambar nie sekitar jalan nak pergi office aku je
tak dapat nak fokus dekat-dekat
kalau aku ambik gambar cun gila dari dalam kete nanti
korang jugak yang terperanjat kan kan
pastu aku pulak yang panik nak handle panggilan tepon non-stop
sebab profesional la sangat.ahaksss...






Tapi yang kesian mesti kat makcik cleaner ni nak kena sapu bunga yang gugur
achner tu?

11/07/2012

HePi BirtHday Angah~auWw

Assalamualaikum

Auww tajuk tak hengat kan..
saje je nak bagitau semua birthday u tue
hihi memang itu la niat aku sebenarnya
kalau boleh nak satu donia tau.kahkah (gelak jinnotti)

ehemehem..aku ni sebenarnya bukan la orang yang fedulik sangat pasal birthday2 nie
pulak-pulak bila usia dah makin bertambah2 nie
Dulu bila zaman fofulor tue suka la kan~kihkih fofulor ker?
tapi sekarang ni dah tak excited dah nak celebrate or whatever kan
****cuma****
disebabkan birthday kali ini membuatkan usia aku bertukar ke siri lain
maka aku terpanggil nak menulis di blog ini
(blog sendiri pun nak jugak guna perkataan "terpanggil" tue~menampakkan yang ko nie makin lama makin malas nak menulis kan angah)

Usia menunjukkan kematangan?
aku memang tak reti la nak share or tulis isu yang memerlukan idea yang padat dan bernas ni
jadi disebabkan aku degil jugak nak menulis
maka aku guna je la ayat aku yang power ni untuk mengambarkan perasaan aku
harap korang faham je la kan kan@ok buat faham2 sudah

Masa usia kita 0-10tahun
apa la kita tau sangat pasal kehidupan ini kan
yang penting masa tu kita hepi and ada kawan2 nak bermain
tak perlu nak pikir masalah-masalah dalam hidup nie
cuma pikir masalah cne nak mintak duit kat mak nak beli cekedis
@dolu-dolu tak perlu pikir pun just mintak je kat mak kalau nak beli apa-apa
mak bagi tak bagi tu lain kira
memang zaman kanak2 tu yang paling kita rindui sebab kita tak pernah dibebankan dengan masalah
tapi takkan selamanya kita nak jadi kanak-kanak kan?

masa usia kita 10-20tahun
zaman remaja kita
zaman ini la bermulanya kematangan hidup kita kan
masa ini la kita nak mula ada perasaan "cinta" 
masa ini jugak la perasaan nak tau dunia luar tu membuak-buak
perasaan nak mencuba sesuatu yang baru
perasaan nak berlumba-lumba untuk membuktikan yang terbaik dalam pelajaran
kadang2 aku terpikir inilah permulaan kita membuat sesuatu yang akan  kita bangga atau menyesal di kemudian hari
contohnya masa belajar~kalau kita malas nak belajar masa nie maka di usia aku sekarang nie la kesalan tu akan korang rasai
tapi itu tak bermakna bila kesilapan bermula di usia ini maka terus penamatnya disini
seperti yang aku cakap ini hanyalah permulaan saja

Masa usia 20-30tahun
zaman muda kita
hihi mesti ramai yang tak setuju kan
muda tu kan seumur hidup~haha biarlah oarng kata ko dah tua ke apa tapi jiwa tetap muda forever
tapi betul ini la usia yang pada aku membuat banyak perubahan dalam hidup kita
perubahan yang macam mana?
perubahan kerjaya korang
dari seoarang student kepada seorang yang berkerjaya
dari seorang yang bergantung kepada parent now koranglah decision maker untuk diri sendiri
dari seorang yang single kepada "not available anymore"
dari keseorangan kini dah berdua~auww
dari wife kepada sorang ibu~iskisk i belum lagi
Pada aku lagi di usia ini la keseronokan tu hampir maksimun kan kan

Masa usia 30 tahun
kenapa aku tak tulis 30-40tahun?
ala korang nie bagi la chance..aku baru je masuk 3 siri ari ni..takkan nak cakap pasal 40 dah kot~kihkih
ok pada aku ini la permulaannya zaman kematangan hidup
lambatnya nak matang kan
ramai yang cakap 20an dah matang
tapi pada aku yang matang hanya la fizikal saja..tapi mental rasanya belum lagi
tapi cne pulak dengan yang dah umur 30an tapi tak matang2
haha itu saja je buat-buat tak matang~macam yang aku cakap ramai yang suka muda forever 
hari ini aku terpikir dah 30 tahun dah aku hidup didunia
syukur ya Allah atas segala rezeki yang kau berikan kepada hambamu ini
tapi pernah ke aku menjadi seorang yang baik disisiMu, agamaMu,dihati En H,my parent,my FIL my sis & bro,majikan, sahabat, kawan-kawan, semua lah..
Di permulaan usia 30tahun ini la membuatkan aku banyak terpikir pasal amalan yang telah aku buat,kebaikan dan kesilapan yang telah aku lakukan
Seseorang telah mengingatkan aku

"selamat ulang tahun kelahiran...

sesungguhnya, tibanya hari lahir bermakna semakin mendekati kematian...

semakin mendekati kematian, ertinya semakin kurang kesempatan merebut masa membuat amalan..."
 
Sesungguhnya peringatan ini datang di saat aku terpikir apakah kebaikkan yang telah aku lakukan selama 30tahun ini
 
Jadi seiring usia aku yang bertambah ini
aku memang berharap aku dapat menjadi seorang yang lebih baik
seorang yang dapat mengembirakan orang lain
dan seorang hamba yang solehah
 
 aku copy doa kat bawah ni dari sini
(mintak halalkan~tq)
 
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


 Tq untuk semua yang wish birthday~kat fb,msg,call semua~luv u
 

05/07/2012

Salam semua*winkwink*

hi uollsss
wah gaya gedix gitu lepas lama tak menulis kat blog kan uollsss

aku tak kemana-mana pon sebenarnya
tapi tahap malas tu memang melampau-lampau sebulan dua nie
baru je aku nak tulis satu dua word terus tak jadi
idea takde la kunun-kununnya
tapi sebenarnya perasaan malas tu asyik menyerang aku bertubi-tubi
last-last aku log out je..senang cite
wah begitu jitu nak explain walaupon orang tak tanya pon kan kan

Tapi kan hari nie aku macam nak share la dengan korang semua "sesuatu" yang berada dalam fikiran aku lately nie
wah saje je kan nak bagi suspen dengan "sesuatu" itu
ala korang boleh lah bagi pendapat,sokongan or idea la dengan "sesuatu" aku itu
sebelum aku start aku nak bagi tau korang dulu
aku nie orangnya memang selalu berubah-rubah
aku kalau buat sesuatu memang tak boleh lama punya
contohnya macam kerja aku sekarang nie 
aku pun taktau sampai bila aku boleh bertahan asyik buat kerja yang sama je
walaupun itu la course yang aku study masa kat uni dulu tapi sekarang aku dah feel boring dah
maybe kalau enviroment kita berubah tapi kerja kita still sama aku maybe boleh accept lagi
aku ni kunun-kunun target la setiap company yang aku join tu paling lama pun aku nak bertahan 5 tahun je
after that cari keje lain
kecuali la memang ko dapat full benefit dari company tu kan..harus la stay lama sikit
(kira benefit diri sendiri je..pe pulak benefit ko bagi kat company ?pentingkan diri!!~harus lah..lalala)
tapi ada kalanya bila kita berusaha mencari pun tapi kalau memang itu rezeki yang telah ditetapkan untuk kita harus la kita terima dengan seadanya..tak baik tau menidakkan rezeki
(walaupun harus bertahan di company lama yang buat otak aku makin jam~waaawawwa)

tapi untuk mencari rezeki yang lebih tu tak salah kan semua
so kita berbalik pada "sesuatu" aku tadi tu
so seiring dengan usia yang dah nak masuk 3 siri nie
(lagi beberapa hari je lagi uollss~saje lettew bagi hint!!)
ok sebenarnya usia takde kaitan pun dengan "sesuatu" itu
arghhhhh malas la asyik cakap "sesuatu"..nak termuntah dah korang baca kan
ok la aku straight 2 d point terus la
aku sebulan dua nie asyik dok pikir nak buat business saja
tapi taktau nak buat business apa?
(ok jangan tanya pasal cake aku tu)
hihi tu sebab aku bagitau korang awal-awal aku ni jenis berubah2
aku tiba2 pikir nak buat kek ni memang remeh pulak
nak kena guna masa yang lama..bahan kek pun dah makin mahal
macam tak berbaloi pulak dengan hasilnya
so sekarang ni aku pikir nak buat business yang aku tak perlu susah2 sangat
susah2 tu maksudnya aku tak perlu buat means guna tenaga aku @hasil air tangan aku(cewah)
bukan susah2 yang lain ok..mana ada yang nak berjaya tak perlu bersusah payah uollss

contohnya maybe aku boleh jual produk ke?
senang sikit aku just beli and jual
aku sebenarnya banyak sangat masa terluang..tu sebab aku terpikir daripada aku asyik duduk saja tanpa buat apa-apa..lebih baik aku buat sesuatu yang berfaedah ckit
sekurang2nya dapat memajukan ekonomi negara kan
eh bukan ekonomi sendiri ker?negara tu tak langsung la kan
(nak jugak walaupon sumbangan ko tu nti dlm kategori 0.0000000001% je kot huwahuwa)
bila aku mintak pendapat ramai juga yang bagi galakan tapi tak kurang juga yang bagi peringatan(en h) lettew~ingat aw tue orang yang suka berubah2~pikir betul2..baik boss

so kalau jadi la business aku nanti kunun2nya (tapi iallah)
aku akan update lagi ok kengkawan
tengok tetiba malas dah meyerang
chow...