11/01/2013

My New Family Member

Assalamualaikum

salam di pagi jumaat kawan-kawan semua
tajuk bukan main lagi nak omputih lah sangat kan
Entry kali ni sebenarnya nak share pasal anak-anak sedara ku
dah lama jugak plan nak buat entry pasal anak buah nie..tapi asyik la kemalasan tu melanda

akak aku ada 4 orang anak yang kesemuanya hero2 malaya
first time dapat anak sedara ni masa aku study kat uni dulu
sekarang dah besar dah..dah umur 9 tahun kot..darjah 3 dah..
keterujaan masa dapat anak sedara tu memang best sesangat..pulak pulak yang first kan
tapi sekarang kalau tak dengar pekikan mak lampir tu bukan keluarga aku ler tu
jom tengok gambar anak sedara aku jom~

 ni lah yang pertama..kami panggil abang
dah besar dah pun
namanya muhammad mustaqim
cover sokmo kalau suruh senyum tu

yang ni yang ke 2
amirul hakimi
dia suka sangat dengan en h..kalau boleh nak mengekor jek

nama saya adam firdaus
masa kecik-kecik saya ni suka gigit orang
pastu nak tumbuk orang..ganas tau saya nie..huhu

ini lah saya budak demok
faris fauzan..anje la sangat
kalau menangis suara saya la yang paling kuat sekali
saya salah ke saya betul ke saya tetap BETUL selalu..hihi

ni pulak anak adik aku..dah tau kan
saya zikrie iman
saya ni nampak je lasak dan berani
tapi saya akan menangis kalau ibu tak ade depan mata saya
dan saya akan meraung kuat-kuat kalau kena naik kereta orang lain
saya boleh naik kete ayah saya je T____T

dan di perkenalkan the only girl and new family member
welcome to the world sayang



















































































hi cemua!!!
saya nur zuhaira imani
saya baru je tengok dunia yang indah ni semalam
10/1/13
Semoga saya jadi anak yang colehah dan menceriakan ibu dan ayah saya dunia akhirat
(anak adik aku)

p/s~harap aku ada peluang untuk buat entry pasal anak aku pulak one day..taktau bila T____T In Sha Allah

08/01/2013

fish and chip resepi 1

assalamualaikum

Jom tengok resepi Jom

ni kali ke-2 kot aku buat fish n chip ni
tapi cara yang berlainan
aku suka search kat internet cara-cara nak masak fish n chip ni
then aku tak follow pun..aku cuma ambil basic camne nak buat then follow dengan bahan yang ada kat rumah je 

bahan-bahan
fillet ikan~tak kisah la dory ke merah ke
kicap cair
black paper
lemon
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
secubit soda bikarbonat
garam
air secukupnya

cara-caranya
1) perap ikan bersama dengan kicap cair,black paper,dan perahan lemon
2) bancuh tepung gandum, tepung jagung,soda bikarbonat,garam dengan air secukupnya
~jangan terlalu cair or pekat sangat
3) panaskan minyak~salutkan ikan yang telah di perap tadi dengan bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.

aku hidangkan bersama dengan kentang rangup ni
resepi ni aku tengok kat rancangan jamie oliver dekat astro TLC~
tapi cam biasa ikut bahan yang ado je la

Kentang Garing 
(suka suki je bagi nama)

bahan-bahan

3-4 ketul kentang yang di potong 2 or 3 bahagian
olive oil
garam
black paper
5-6 biji bawang putih
daun herba~thyme,rosemary
TAPI sebab aku takde sume daun herba ni aku letak je daun bawang & sup

cara-caranya

1) kentang di rebus 3/4 masak
2) susun kentang tadi dalam bekas.taburkan sedikit garam dan black paper dan renjiskan olive oil dan bakar 200-220c selama 15-20 minit
3) gaulkan herba + bawang putih yang telah diketuk sedikit(dengan kulit sekali) dengan olive oil
4) keluarkan kentang..tekan kentang 1/2 or 1/4..jangan tekan sampai hancur..taburkan herba tadi di atas kentang dan masukkan semula ke dalam oven sehingga kentang garing

p/s : kentang ni akan garing di luar dan lembut didalam..sangat wangi dan sedap..

bahan-bahan lain bersama fish and chip ni adalah sayur-sayuran yang dikukus~
lobak merah,brokoli,kacang peas

then hidang kan bersama mayonis, sos cili dan lemon..yummy!!


ni la rupa kentang garing tu~maafkan gambar yang sedikit blur tue ya


nti aku akan share dengan korang cara ke dua yang aku penah try
lagi cepat dan pantas gittew~


07/01/2013

Aktiviti hujung minggu aku~

Assalamualaikum

amacam cuti hujung minggu korang?
rasanya ramai yang ambil cuti lama kan minggu lepas
almaklum la minggu lepas kan minggu pertama persekolahan
jadi ramai la yang bizi menguruskan anak-anak
lagi teruja kalau first time anak masuk sekolah kan

aku pun cuti jugak walaupun takde anak yang nak masuk sekolah
aku cuti hari jumaat sampai la ahad
sabtu dengan ahad tu memang cuti pun kan..saje je nak tunjuk i cuti lama uollss
actually ada hal yang kena settle on friday tu..pasal tu la ambil cuti
hal nya kejap saje..selebihnya tu aku habiskan dengan aktiviti berjimba bersama en H
En H pun cuti jugak ok

takde gambar pun nak share on friday tu..aku dengan en h keluar awal pagi lagi
kita settle kan hal kita tu dulu~cepat pulak settle nya..terus blur nak buat apa
then en H kata nak cari buku kat popular
kami terus zass ke ioi mall..hoii kul 10 pagi ok..kedai pun tak buka lagi
terpaksa la menunggu menghabiskan masa kat situ
sambil-sambil tu boleh la pergi urut kat kerusi urut dekat mall tu
makcik dah tua anak-anak..asyik la sakit urat saje
lepas dapat buku en h tu kita jejalan la cari barang kat mall tu
tengahari keluar cari makan kat luar..kena cepat-cepat sebab en h nak pergi solat jumaat
malam pulak masak speghetti bolognese..lama ok tak makan speghetti nie


Hari sabtu pulak en H seperti biasa pergi main basekal
tengahari baru balik..aku malas nak masak-masak ni..ajak en h keluar cari makan
kita plan pergi jusco balakong..lama ok tak pergi area sana..dulu selalu jugak pergi coz dulu masa bujang en h duduk area balakong..so aku pun rajin la ke sana..masa bercintan kan..rajin la ko..
demi cinta sanggup ku redah highway bertemu cinta hatiku (gaya shila hamzah) eeeiii..puii

kami kan makan kan dekat teppanyaki

 ni ala-ala abc la..sedap gilee..aku suke sangat..lupa pulak namanya


chicken & beef teppanyaki

lepas makan ingat nak la shopping2 kan..tapi takde pulak barang yang berkenan di hati
terus zass balik rumah

ahad pulak tak pergi mana-mana
just kemas-kemas rumah..en h pulak tak boleh tido malam sabtu tu disebabkan penangan nescafe
tu la ekk gile dengan aku tau..aku tanya nape minum nescafe memalam nie..nti tak boleh tido?
dia selamba je cakap ala kalau nak tido nanti tido jugak walaupun minum nescafe
hah ambik ko..satu malam tak boleh tido..lepas subuh baru dia boleh tido
tu pun tido kejap je coz aku kejut ajak g bekpes kat mamak
aku sekarang cam suka pulak bekpes kat mamak
tosai satu!!!

balik rumah lepak-lepak
masak ringkas-ringkas


sardin je pun~feberet en H
pas zohor en H sambung tido sampai ke petang..aku layan tv je

malam tengok juara lagu ke 27
aku tengok kejap je..pastu tertido..dah makin tua ni aku makin tak boleh nak layan anugerah ke pertandingan nyanyian ke..boring kan aku?
tapi masa umum pemenang tu boleh pulak terjaganya
tahniah untuk semua pemenang..en H target lagu teman pengganti menang
tapi tak pulak..menang kategori persembahan terbaik je
frust gila en h..dia memang suka sangat lagu tu..itu la pun lagu yang dok karok kat telinga aku nie hari2
sekian saya melaporkan aktiviti hujung minggu saya.

02/01/2013

Happy new Year~2013

Assalamualaikum

happy new year semua!!
dah hari ke 2 tahun baru baru lah sibuk-sibuk nak wish bagai kan..
i kan pemalas uolls..kena la paham
banyak kenangan pahit manis sepanjang 2012
kesedihan yang amat di penghujung 2012..isk isk..tak mo la ingat..and taknak jugak share kat sini
kata tahun baru kan..harus la memulakan yang baru

Banyak harapan jugak untuk tahun baru ni
cuma belajar untuk tidak terlalu mengharap semua impian jadi kenyataan
namun tetap akan usaha untuk mengapainya..In Sha Allah
semoga segalanya di permudahkan

azam baru?
hihi itulah pun kan setiap kali tahun baru mesti nak buat azam baru
yang lama tu pun berbakul-bakul tak tercapai dan terbuat
tapi bagus juga ada azam ni
sekurang-kurangnya kita ada motivasi dan berusaha untuk buat yang terbaik dalam hidup ini
yang penting nak jadi muslimah yang di redhai Allah
jadi wife yang terbaik for en H~nak kurangkan sikit sifat garang2 nie..
eh i garang tau..grrrr..hahaha
semoga hubungan ni mendapat keredhaan dariNya
lah dah macam wish anniversary pulak dah

berazam jugak untuk selalu update blog
macam sama je azam yang lepas(cuma tak tertunai kot!!hihi)

anyway

welcome 2013