07/01/2013

Aktiviti hujung minggu aku~

Assalamualaikum

amacam cuti hujung minggu korang?
rasanya ramai yang ambil cuti lama kan minggu lepas
almaklum la minggu lepas kan minggu pertama persekolahan
jadi ramai la yang bizi menguruskan anak-anak
lagi teruja kalau first time anak masuk sekolah kan

aku pun cuti jugak walaupun takde anak yang nak masuk sekolah
aku cuti hari jumaat sampai la ahad
sabtu dengan ahad tu memang cuti pun kan..saje je nak tunjuk i cuti lama uollss
actually ada hal yang kena settle on friday tu..pasal tu la ambil cuti
hal nya kejap saje..selebihnya tu aku habiskan dengan aktiviti berjimba bersama en H
En H pun cuti jugak ok

takde gambar pun nak share on friday tu..aku dengan en h keluar awal pagi lagi
kita settle kan hal kita tu dulu~cepat pulak settle nya..terus blur nak buat apa
then en H kata nak cari buku kat popular
kami terus zass ke ioi mall..hoii kul 10 pagi ok..kedai pun tak buka lagi
terpaksa la menunggu menghabiskan masa kat situ
sambil-sambil tu boleh la pergi urut kat kerusi urut dekat mall tu
makcik dah tua anak-anak..asyik la sakit urat saje
lepas dapat buku en h tu kita jejalan la cari barang kat mall tu
tengahari keluar cari makan kat luar..kena cepat-cepat sebab en h nak pergi solat jumaat
malam pulak masak speghetti bolognese..lama ok tak makan speghetti nie


Hari sabtu pulak en H seperti biasa pergi main basekal
tengahari baru balik..aku malas nak masak-masak ni..ajak en h keluar cari makan
kita plan pergi jusco balakong..lama ok tak pergi area sana..dulu selalu jugak pergi coz dulu masa bujang en h duduk area balakong..so aku pun rajin la ke sana..masa bercintan kan..rajin la ko..
demi cinta sanggup ku redah highway bertemu cinta hatiku (gaya shila hamzah) eeeiii..puii

kami kan makan kan dekat teppanyaki

 ni ala-ala abc la..sedap gilee..aku suke sangat..lupa pulak namanya


chicken & beef teppanyaki

lepas makan ingat nak la shopping2 kan..tapi takde pulak barang yang berkenan di hati
terus zass balik rumah

ahad pulak tak pergi mana-mana
just kemas-kemas rumah..en h pulak tak boleh tido malam sabtu tu disebabkan penangan nescafe
tu la ekk gile dengan aku tau..aku tanya nape minum nescafe memalam nie..nti tak boleh tido?
dia selamba je cakap ala kalau nak tido nanti tido jugak walaupun minum nescafe
hah ambik ko..satu malam tak boleh tido..lepas subuh baru dia boleh tido
tu pun tido kejap je coz aku kejut ajak g bekpes kat mamak
aku sekarang cam suka pulak bekpes kat mamak
tosai satu!!!

balik rumah lepak-lepak
masak ringkas-ringkas


sardin je pun~feberet en H
pas zohor en H sambung tido sampai ke petang..aku layan tv je

malam tengok juara lagu ke 27
aku tengok kejap je..pastu tertido..dah makin tua ni aku makin tak boleh nak layan anugerah ke pertandingan nyanyian ke..boring kan aku?
tapi masa umum pemenang tu boleh pulak terjaganya
tahniah untuk semua pemenang..en H target lagu teman pengganti menang
tapi tak pulak..menang kategori persembahan terbaik je
frust gila en h..dia memang suka sangat lagu tu..itu la pun lagu yang dok karok kat telinga aku nie hari2
sekian saya melaporkan aktiviti hujung minggu saya.

No comments:

Post a Comment