07/12/2011

Kenny Rogers dan Ombak rindu

Assalamualaikum semua,

Selepas beberapa hari cuba untuk booking tiket filem ombak rindu akhirnya dapat jua merealisasikan impian nak tengok cerita ni..sebenarnya my H yang tolong ni.biasa kalau nak tengok wayang kita booking dulu..tapi cerita ni dari hari pertama keluar sampai sekarang memang tak dapat booking..full memanjang..jadi my H pergi beli terus dekat kaunter..tapi beli pagi tengok malam..ok sebelum kita cerita pasal cerita ombak rindu ni kita layan makan2 dulu yer..

Wayang kita ni start kul 930malam, jadi sebelum tu kita layan la perut yang dok menyanyi2 ni dulu..sabtu lepas memang plan nak makan kat sini..tapi tak tau kenapa ramai sangat orang sampai tak ada tempat kosong..jadi alang2 nak tengok wayang ni kita makan sekali la..jom kengkawan




my lebiuuu modelll








yummy memang sedap chocolate ice-cream nie..

Perut pon da kenyang..masa untuk tengok wayang pula..macam mana nak start ek..ceh cam pengkritik pro lak nak komen2 kan..pada pendapat saya cerita ni memang menarik..hampir 95% memang sama dengan novel..wah teringat zaman novel ni meletoppps dulu..berapa kali khatam ok..memang akan terusik la jiwa bila menonton cerita ombak rindu ni..boleh dikatakan ini la cerita terbaik pernah tengok..hihi..puji melambung pula..kategori filem la kan..walaupun masa mula-mula novel ni nak difilemkan dan tak setuju dengan pelakon yang dipilih(wah macam la pendapat ko tu penting angah)~rasanya ramai lagi yang layak untuk watak heroin2 cerita ni..tapi bila tengok rasa not bad la maya karim ni (tapi tetap rasa ada pelakon lain yang lebih baik),cuma watak lisa tu patut orang lain kot..hihi..

Memang full wayang ari tu..jangan tak percaya ada satu couple ni siap bawa baby yang mbe baru berusia 3 bulan ke bawah g tengok cerita ombak rindu ni..fuhh penangan..orang india pon ada yang datang tengok..apatah lagi lelaki macho2 ok..siap datang ramai2 lagi..sapa kata lelaki macho tak layan cite jiwang2 ni hah..bukan setakat GF heret p tengok tau..ramai juga yang datang dengan family..bawa anak2..walaupon sesetengah part tu cam tak sesueii je tok budak2..apa2 pon cerita ni boleh membuatkan kita mengalirkan air mata dan memang saya cadangkan anda semua tonton cerita ni..memang berbaloi..4/5 bintang untuk cerita ni..wah wah..class ko maria..






Tak lupa untuk my best fren..Cik Katerina Happy Birthday..Cepat2 kawen ok..LOL

TQ belanja KFC..muahmuah..xoxo

06/12/2011

Bihun goreng express

salam semua,

Bukan nasi goreng saja yang boleh goreng express tau..bihun goreng pon boleh..hihi

Bihun goreng ni memang favourite my H..kalau makan tu boleh bertambah2..ingat lagi tiap kali raya mesti tanya ada tak bihun goreng..saya bgtau la mana ada orang makan bihun goreng terutama kalau raya kat pahang..kalau bihun sup tu ada la..sebabnya bihun goreng macam makanan harian..jadi jarang la yang nak masak..hari raya biasanya ramai yang masak makanan special..

Tapi kat kampung my H dekat kelantan,biasa diaorang akan masak bihun goreng..itula sebab my H suka sangat..walaupun tak pernah lagi sambut raya di sana,my H ada bagitau yang makcik dia masak bihun sangat sedap..dan biasanya diaorang makan bihun bersama ulam timun,keropok dan sambal berlado kot tak salah nama (yang ni memang saya pernah makan..tersangat la pedas tapi memang sedap sangat~terus jatuh cinta)~saya cuba sambal ni masa pergi rumah makcik my H di kuala lipis..masih terasa sedapnya bila dimakan dengan bihun goreng ^_^

Oh lupa pula,bihun ni diberi nama bihun goreng express sebab guna perencah saja-hihi ari tu balik kerja my H suruh masak bihun tapi malas betul nak blander cili kering..di tambah lagi dengan rasa penat kan..jadi guna la perencah bihun goreng adabi tu..huhu

Bihun Goreng Express

Bahan2nya

1/4 paket bihun~rendam sehingga agak lembut
1 biji bawang sederhana besar~ditumbuk
2 ulas bawang putih~ditumbuk
1 paket kecil perencah adabi
1/2 batang carrot~disagat halus
sedikit daun kucai~dipotong dlm 3cm
2 cili besar merah~dipotong
3 batang fish cakes~dipotong kecil
2 biji telur~digoreng hancur dan asingkan
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara masakan
1-Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang besar+putih yang telah ditumbuk
2-Masukkan perencah bihun adabi.Bila agak garing masukkan fish cake dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
3-Selepas itu masukkan bihun tadi dan juga carrot,daun kucai dan cili besar merah.
4-Masak sehingga bihun lembut..Tutup api dan masukkan telur goreng tadi.Kacau rata dan hidangkan

Sambal berlado

Tumbuk beberapa biji cili padi(terpulang pada kepedasan yang anda suka) dan campurkan bersama garam, gula dan cuka..siap






Ni la sambal berlado tu..tapi tak la sesedap yang mak cik my H buat
tapi tetap terangkat okeyyy(angkat diri sendiri ler)

Ulam timun jer tak ada~makan dengan keropok dan juga nuget..best..


selamat mencuba

05/12/2011

JOM HEBOH

Salam semua,



Akhirnya dapat jua saya pergi jom heboh..dalam post sebelum ni saya ada bgtau kan my H tak nak pergi..tapi sabtu tu dia telefon saya ajak pergi after work..wah happy la saya kan..tak ingat bila last saya pergi jom heboh ni..tapi yang pasti lama juga la tak perginya..Thanks my H kerana menyudikan diri bawa wife awak ni jejalan..

Sebenarnya banyak plan yang nak dibuat sepanjang bulan disember ni..almaklum la cuti kan banyak bulan ni..tapi itu la..kadang2 bila kita plan lebih2 mesti akhirnya tak jadi pon..jadi kali ni kalau rasa nak pergi..just pergi terus..

ok berbalik kepada jom heboh tadi..sebenarnya  saya ni bukan la suka sangat pergi tempat yang ramai orang ni.tapi disebabkan boring asyik duduk rumah saja weekend tu yang excited nak pergi..lepas kerja terus pergi..nasib masa tu tak jam dan parking pun banyak..tapi cuaca memang la sangat2 panas..tak kisah la panas ke apa ke tak boleh complaint lebih2 nanti kena fire pula(kita yang ajak kita lak yang banyak complaint~tak ke cari pasal je tu..kihkih)


model yang tak puas hati~asyik dia je kena bergambar
my H cakap dia malu nak bergambar..macam tak pernah pergi b.jalil jer katanya
tapi..berani nak membantah..terpaksa gak..hihi

Ada pelbagai booth kat cni..memang rasa sangat happening dengan semua pekerja booth menjerit2 panggil pelanggan..harga setiap barangan pun boleh tahan..lebih murah sikit dari kedai biasa..biasa 1 paper bag dengan harga rm 10 da dapat pelbagai barangan/makanan..sana sini tengok sekurang2nya ada 3 paper bag di tangan masing2..antara booth yang sempat di snap gambar..









gambar kereta pon sempat gak nak ambil gambarnya..

Antara makanan yang dibeli sesudah memanaskan diri di jom heboh

Bukan makan pon semuanya..biasa la tinggal pula 2 orang saja..My H pula sangat la kurang makan makanan ringan ni..jadi buat agihan la untuk semua~bawa g office, bagi pada my sister..apa2 pon memang puas hati dapat jejalan ni..untuk minggu ni kena pikir da siap2 nak pergi mana pula..i like disember..

Angah~Puchong sangat jam malam sabtu yang lepas..sia2 saja keluar..nak pergi makan pun sampai tak ada tempat..da laa lama mengindam nak makan kat c2..terpaksa pilih tempat lain..


03/12/2011

Majlis Perkahwinan sana sini

Assalamualaikum..

 ~gambar dari en google~

ado orang kat umah dok nie??ado-ado meh2 masuk..selamat pagi semua..da breakfast ker?oppps tanya pasal breakfast ni bukan la nak kongsi resepi untuk post kali ni..mai cni mai..sekarang ni saya nak story mori sal majlis perkahwinan sana-sini, antaranya anak sedara sepupu saya cik eiyda..ohh da puan eiyda da..

Majlis berlangsung pada hari sabtu 26/11/11 yang lalu..saya tumpang adik saya yani n faiz..my H??? oh dia stay kat kampung seminggu dari adik ipar saya kawen ari tu..jadi tak perlu la ulang alik banyak kali kan..dari kl sampai k.lipis cuaca memnag sangat cerah dan agak panas..tapi masa da sampai lipis tu abah dan akak saya telefon bagitau hujan sangat la lebatnya dekat rumah pengantin~rumah pengantin dekat kg sg.ulor..kenapa sg ulor namanya???ohhh tak tau la pula saya..maybe ada sejarah sehingga diberi begitu namanya..

nak tau masa sampai tu terus je my mak pergi dapur bungkus lauk..ohh cam tak senonoh je kan..pulak join dengan adik-beradik yang lain tu..3 serangkai..tak caya meh tengok gambar kat bawah ni..

My mak dan kakak2nya~aktiviti biasa kat umah sedara-mara yang rapat

hihi actually ni perkara biasa je dikalangan family mak saya ni..sama saja sebenarnya..kalau time kami atau sepupu saya yang buat majlis pon perkara yang sama tetap berlaku..kadang2 orang belum makan pon da bungkus membungkus ni..tapi tak la bermakna bila da bungkus ni untuk orang lain tak cukup makanan pula kan.warning!!! ni untuk keluarga terdekat saja..kat umah yang kita kenal suam2 kuku tu tak buat la pula ok..malu wehhh..

walaupun hujan lebat masa majlis eiyda, tapi orang kampung dan bandar??? tetap ramai yang datang memeriahkan majlis..




mana pengantinnya???ok ni la pengantin comei kita ni..tahniah untuk eiyda dan pasangannya(alamak tak tau nama pula)~tu la eiyda tak nak bagi kad..dah tak tau nama kan..hihi alasan je tu..selamat pengantin baru..semoga berbahagia ke anak cucu..


ni pula gambar sebahagian family dan sepupu sepapat yang memang kalau ada majlis mesti nak buat rombongan pergi sekali~macam tak cukup korum saja kalau tak pergi together-gether ni..da la ramai kan..masuk je umah orang da penuh dengan anak beranak sendiri-murah rezeki tuan rumah..huhu



sebenarnya planning lepas majlis eiyda saya nak pergi rumah kawan saya kawen pula..tapi my H tak sihat pula..demam yang agak teruk..jadi tak sampai hati pula nak ajak dia pergi sana sini kan..apa2 pon untuk nine dan pasangan selamat pengantin baru..maaf sesangat tak dapat pergi masa majlis ko..semoga berbahagia selalu ya..

nine~sorry cilok gambar kat fb ko

keesokannya ada majlis kawen anak majikan abah saya pula..huhu da plan nak ambil gambar..tapi biasa la terlupa la plak time tu..syok sangat makan ice-cream kot..jarang2 ada majlis kawen sediakan ice-cream ni..lagi2 majlis kat kampung kan..tapi yang penting my mak tu memang antara orang terpenting majlis..tapi cian pulak..dari hari sabtu tolong tuan rumah sampai balik rumah kul 12 malam..anak cucu semua da tido..tak sedar bila wan balik..pagi2 esok da keluar pergi tolong lagi..tapi memang puas hati la..kami dok makan lauk kenduri saje 2 hari tu..lagi syok isnin cuti sempena awal muharam..boleh la merilekskan diri di kampung lama-lam sikit..

ok la ini saja coleteh saya untuk majlis perkahwinan sani sini ni..sebenarnya pasangan eiyda akan buat majlis sambut menantu esok tapi saya tak pasti lagi dapat pergi tak..tak jauh pun dekat port klang saja..apa2 pon nak pergi jom heboh!! lama da tak pergi..my H ni macam2 alasan dia bagi bila ajak dia pergi..perlukah senjata wanita digunakan pada masa ini~merajuk atau air mata???


Angah~kenapa filem ombak rindu ni full booking pula..nampaknya kena tunggu minggu depan la~tak pon walk in je la..tapi kena beratur panjang2 pula..haruskah??

01/12/2011

Muffin-pelbagai filling

Salam semua

Wah dah bulan disember dah..cepatnya masa berlalu..tak lama lagi kita pun akan melangkah ke tahun baru..macam mana azam kawan2 untuk tahun ni..semua da tertunai ker..mmm saya masih banyak yang tak tertunai lagi..masih berharap sekurang2nya ada azam dan impian yang tertunai sebelum berakhirnya tahun 2011..

ok hari ini nak post gambar2 muffin yang kawan saya order untuk diberi kepada kawan2 anaknya..thank you hana..sorry kalau ada kekurangan semua..jom kita layan gambar2 muffin ni dulu ya..

 strawberry filling

ada 3 filling~strawberry,blueberry,chocholate chip






ok jumpa lagi...