Bukan nasi goreng saja yang boleh goreng express tau..bihun goreng pon boleh..hihi
Bihun goreng ni memang favourite my H..kalau makan tu boleh bertambah2..ingat lagi tiap kali raya mesti tanya ada tak bihun goreng..saya bgtau la mana ada orang makan bihun goreng terutama kalau raya kat pahang..kalau bihun sup tu ada la..sebabnya bihun goreng macam makanan harian..jadi jarang la yang nak masak..hari raya biasanya ramai yang masak makanan special..
Tapi kat kampung my H dekat kelantan,biasa diaorang akan masak bihun goreng..itula sebab my H suka sangat..walaupun tak pernah lagi sambut raya di sana,my H ada bagitau yang makcik dia masak bihun sangat sedap..dan biasanya diaorang makan bihun bersama ulam timun,keropok dan sambal berlado kot tak salah nama (yang ni memang saya pernah makan..tersangat la pedas tapi memang sedap sangat~terus jatuh cinta)~saya cuba sambal ni masa pergi rumah makcik my H di kuala lipis..masih terasa sedapnya bila dimakan dengan bihun goreng ^_^
Oh lupa pula,bihun ni diberi nama bihun goreng express sebab guna perencah saja-hihi ari tu balik kerja my H suruh masak bihun tapi malas betul nak blander cili kering..di tambah lagi dengan rasa penat kan..jadi guna la perencah bihun goreng adabi tu..huhu
Bihun Goreng Express
Bahan2nya
1/4 paket bihun~rendam sehingga agak lembut
1 biji bawang sederhana besar~ditumbuk
2 ulas bawang putih~ditumbuk
1 paket kecil perencah adabi
1/2 batang carrot~disagat halussedikit daun kucai~dipotong dlm 3cm
2 cili besar merah~dipotong
3 batang fish cakes~dipotong kecil
2 biji telur~digoreng hancur dan asingkan
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara masakan
1-Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang besar+putih yang telah ditumbuk
2-Masukkan perencah bihun adabi.Bila agak garing masukkan fish cake dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
3-Selepas itu masukkan bihun tadi dan juga carrot,daun kucai dan cili besar merah.
4-Masak sehingga bihun lembut..Tutup api dan masukkan telur goreng tadi.Kacau rata dan hidangkan
Sambal berlado
Tumbuk beberapa biji cili padi(terpulang pada kepedasan yang anda suka) dan campurkan bersama garam, gula dan cuka..siap
Ni la sambal berlado tu..tapi tak la sesedap yang mak cik my H buat
tapi tetap terangkat okeyyy(angkat diri sendiri ler)
Ulam timun jer tak ada~makan dengan keropok dan juga nuget..best..
selamat mencuba
manooo
ReplyDeletemanooo
ReplyDelete