30/12/2011

Selamat Tinggal 2011

Assalamualaikum semua,

Pembuka kata:)

Rindunya kat blog nieeee...
makin lama makin kurang pula post baru..
Bukan apa diriku dilanda ke "bz"an sampai tak ada masa nak meng hupdate blog tersayang ini..
Jadi hari ini dengan nekadnya saya berusaha untuk buat satu post baru...dan....
post yang terakhir buat tahun 2011..

Wah macam tak percaya kan..cepatnya masa berlalu..tinggal lagi 2 ari sebelum kita melangkah ke tahun baru.Banyak sebenarnya yang nak dikongsi bersama..tapi tulis mana yang terlarat saja da la ek..ok kita mulakan dengan hujung minggu yang lepas..

Mak saya dan family kakak saya datang puchong..jadi macam2 plan yang kita buat terutama nak bawa anak buah saya tu jejalan sebelum sesi persekolahan bermula..walaupun ada antara plan tersebut tak dapat dilakukan disebabkan kepenatan tapi kita tetap enjoyyyy..

Plan hari pertama adalah berkelah di tepi pantai..pantai mana? ------->


Mak aiii sampai2 je kat PD..berduyun2nya umat manusia..nape la time ni ramai sesangat nak p mandi pantai..cuba habaq mai..pusing punya pusing..masuk keluar masuk..last2 jumpa jugak port yang baik dan selesa.walaupun parking jauh sikit tapi kira ok la dari terpaksa beratur panjang2 semata-mata nak parking dekat dengan pantai..

ke 'excited' tu memang terserlah laa..jangan kata anak buah yang excited..mak2 and pak sedara semua pun sama jugak.rasa nak terjun laut je terus bila sampai tu..tapi kan kan..perut ni asyik berkarok je..almaklum ler tak makan apa2 dari pagi..da la tu memang plan nak bawak bekal dari rumah..berkelah la katakan..tapi masak yang ringkas2 dan cepat je la..nanti lambat pula sampai..

Oh pantai tak sabarnya nak terjun..tapi apakan daya perut ini memanggil2 untuk di isi..cuba fokus pada 3 orang budak yang main kat pantai tu..ala baju oren ngan ijau tuee..tu la budak yang sampai je terus menuju ke laut..dan cuba fokus pula pada gambar kat bawah nie..ni pula family yang tak diberi makanan..cian sungguh la..anak sapa la nie..


Wife sapa la nie yang terlebihhh...oppsss yang tak diberi makan nie


Muka budak-budak yang tak mandi pagi sebab memang da target nak terjun laut terus..budak2 saja tau..yang besar tu da mandi siap2 kat umah..

Bibik teh berusaha untuk membuat sandwich dan seterusnya memberi makan kepada mereka yang kebuluq abis nie




Memang seronok mandi pantai..tapi air cepat sangat kering..jadi kena jalan jauh baru dapat port yang selesa untuk mandi..cuaca pun sangat baik..anak buah saya tu semuanya tersangat la enjoynya..tapi lupa nak ambil gambar masa mandi manda tu.macam biasa selepas mandi muka semua dah macam dakwat hitam dah..abis terbakar..ada yang mula2 tu takut nak mandi laut tapi last2 di paksa naik pula.piat telinga die..





Sebelum balik harus la pose2 dulu..bergambar itu adalah penting okey..(tapi kalau asyik muka enko je tak ke boring orang nengoknya nanti) excuse me??? yes yes??? blog sape nie?? jadi ada aku kesah???kikihkih

 Selamat tinggal Port Dickson----Jumpa lagi *_____*


Hari kedua

Kita sambung lagi perjalanan di hari kedua..next station----->


Seperti yang pernah saya bagitau sebelum ini adik saya teh dah final year..Selepas 4 tahun di UPSI..sekarang adalah masa untuk meninggalkan uni kesayangan ini..sobsob..eh nape aku pulak yang emo ni.rasanya baru saja hantar teh tup tup dah habis belajar sudah..oppsss tak pasti pula ini tahun terakhir atau tidak..bukan apa hari tu teh ada bagitau yang dia nak sambung master.maybe nak sambung dekat UPSI juga.jadi adakah ini tahun terakhir teh di upsi????

Tapi apa-apa pun kami teruskan jua mengambil barang-barang teh..itu la niat ke upsi kali ini..Satu yang saya sangat suka adalah sepanjang perjalanan ke upsi..cuaca sangat la baik..dan tiba2 pemandangan sekeliling begitu menarik perhatian saya..terutamanya dengan awan yang berkumpul digunung..cantik sangat.indahnya ciptaan Allah,..




Sampai2 saja semua dok melepak dulu kat bilik teh..nanti tak datang sini dah..siap pekena megi tom yam seround dulu..semua housemate teh tak ada kat rumah sebab sekarang study week jadi semua balik kampung..(pandai2 je ko angah..ntah2 dorng p tempat lain)

Teh dan my lovely mak

Budak itam lepas mandi kat PD..mula2 baik je

Lepas tu mula la mem 'bz' kan diri menolong mak teh dia berkemas

Budak demok yang asyik nak berkepit dengan pak ngah dia saja..
Lagi worst sekarang ni memang suka gaduh dengan abang2 dia and yang paling dasyat tu cakap tak henti2
~So sweet~

Ni budak yang paling susah nak ambil gambar dia..asyik hilang saja.

Selamat tinggal umah mak teh



Lepas ambil barang  teh kami jalan2 kat pekan t.malim dulu then terus balik puchong..memang penat sesangat dengan tak cukup tidonya..sebenarnya malam balik dari PD tu ingat nak pergi I-city..tapi sebab penat semua pun tak larat nak keluar sudah..jadi tak dapat la bawak dorg g sana..(hihi saya dah pernah pergi da) tapi malam tu mak dan family kakak saya tido rumah yani dekat bangi pula sebelum balik ke lipis..jadi saya awal2 lagi dah ZZzzzz

Maybe sebulan ni saya akan bz dengan kerja dan packing memaking..hihi..

Masih banyak hajat dan impian tahun 2011 yang masih belum tercapai..tapi ada daripadanya sudah tertunai.syukur sangat2..jadi impian dan hajat yang tak tertunai tu diharap dapat direalisasikan tahun 2012 nanti..

SELAMAT TINGGAL 2011


AND
WELCOME 2012


ANGAH~saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog saya..semoga semua impian dan azam kalian semua akan tercapai..

23/12/2011

Masak memasak together gether

Assalamualaikum

Memasak..

Minat?
Terpaksa?
Suka-suka?
Hobi?

Hari ini ada kawan saya bagitau yang saya ni suka memasak..tapi saya tak pernah pun perasan yang saya ni suka memasak? maybe sebab saya suka kongsi resepi dekat blog ini jadi kawan saya andaikan yang saya ni suka memasak.*-----*

Saya ni dalam kategori suka-suka kot..bukan la orang yang selalu memasak..
My H: sayang abang lapar laa
Saya: okey...pergi la kedai beli.

Itu contoh ayat yang biasa di perdengarkan di telinga my H.Kadang2 seminggu atau 2 minggu pun tak pernah memasak.kadang2 weekend saja masak..itupun bila mood memasak macam terlalu tinggi tiba2 "abang nak diet ni" terus saja jatuh terjunam mood tu..lagipun only me n my H.macam tak berbaloi pula masak penuh satu meja tapi yang makannya 2 orang saja (imaginasi saja penuh satu meja tu)

Tapi bila mood saya memang tengah berkembang dengan bangganya untuk memasak,maka masa tu akan duduk la depan pc berjam jam mencari resepi yang best,syok,sedap,fantastic semua..dan of course tak sabar2 nak men "try"..hihi sama atau tak sama dengan resepi asal da tak ambik kira dah..janji siap untuk di makan.(macam mana nak tau sama atau tak..resepi pun boleh tengok gambar je)

Maka kisah ini diteruskan dengan cerita hujung minggu yang lalu..(yang atas tu intro je walaupon tak ade kena mengena dengan tajuk)

2 orang adik kesayangan saya yani dan teh (kesayangan ke? huhu) tido rumah saya last weekend..before ni saya dah berjanji dengan teh nak buatkan kek untuk dia dan kengkawannya.walaupon masa dia datang last week mood nak buat kek tu tengah menjunam tanpa penghujung..namun sebab JANJI..terpaksa la mengagahkan jua diri ini.sobsob..angah jangan lupa cheese tart sekali..APA???

Sebenarnya adik saya teh dah final year dekat UPSI..ini merupakan semester terakhir dia.Kalau tidak mesti saya da cari alasan untuk mem "postpone" kan buat kek itu kepada sem yang lain.haha..sebelum kek dibuat saya cakap teh dan yani kena tolong saya untuk menyiapkan kek..maka da sampai pada point tajuk kita ya kengkawan "masak memasak together gether"

Maka bermula la soalan kek apa yang teh nak? selepas membeli semua bahan-bahan yang di perlukan maka kita pun sama-sama buat cheese tart dulu..baru la diikuti oleh kek..nasib la dia kata nak kek yang biasa saja..jadi sonang la kojo den tambah2 lagi dengon mood den yang memang sepoi-sepoi bahasa ni..mula-mula buat semua pun nampak cantik..tapi bila da lama and banyak pula yang tak siap lagi terus memberi kesan pada cheese tart tu..terus slogan ini di laungkan "janji dapat makan biarpon rupanya tak cantik" haha




gambar-gambar di atas menerangkan episod awal cheese tart di buat..episod seterusnya gambar lupa nak ambil~ayat cover line sebab rupa cheese tart tu tidak sama seperti yang di harapkan..tapi tak pe jangan frust2 kita upload je gambar2 lama yang hampir2 sama dengan tart ini (padahal langsung tak sama~huhu) okey ni keje adik-adik kesayangku la..sebab tu tak jadi kihkih



Walaupun gambar di atas memang tiada kena mengena dengan masa kejadian minggu lepas..tapi untuk memuaskan hati semua pihak maka gambar-gambar lama di terima pakai di blogku ini~hihi
Saya gagahkan diri untuk buat tart sebab nak perabiskan filling dia yang sudah menghampiri tarikh luput..jadi dari membazir baiklah meletihkan diri membuat cheese tart ni

ok next.. kita buat kek pula..kami buat kek marble cheese brownies..perasan tak semua cheese? itu tanda2 untuk menambahkan lemak2 yang sedia ada ni..ok kek ni memang sedap..walaupun nampak sedikit hangit cheese tu tapi sebenarnya memang dibiarkan begitu..ini supaya cheese tu betul2 masak.tapi ada cerita di sebalik kek ini..masa tengah bakar membakar kek tu..rupa2nya ada benda lain yang terbakar..nasib kami sedar cepat kalau tidak dengan kami2 terbakar..hihi pointnya apa kengkawan.."terbakar" ya..sebenarnya masa saya bakar kek tu saya dah terbau hangit..mula2 ingatkan kek yang bau hangit..tapi try hidu tak de la pula baunya..then mula pikir abis la ini mesti oven aku yang terbakar..tapi tak juga..last2 baru la dikenal pasti..rupa2nya plug yang terbakar..nasib disedari sebelum keadaan bertambah worst lagi..jadi terus saya istiharkan itu adalah kek yang terakhir yang akan saya buat..

untuk sementara waktu saja laaa sehingga ....jengjeng (rahsia tau ayat seterusnya)~tak sabarnya bilakah?apakah?da lama tunggu ni..semoga dapat la dalam sebulan lagi~hihi

baiklah saya tau anda boring..jadi saya hidangkan anda dengan kek yang kami buat together gether tu ya..




Apa yang lagi best..masa kami buat tart dan kek ni my H baru sampai dari melaka dan bawa balik otak-otak yang memang best giler(punya la best)..sekarang ni memang da jatuh hati dengan otak2 melaka.sedap sebab pedas..makan masa panas2 lagi syok..then my H ada beli macam cucur udang~tapi rasanya bukan..sebab dia ada campur tauhu goreng,tempe goreng,ayam goreng n macam2 la..sedap sangat..nama apa tu ya cik semah?dari melaka juga dan yang paling best sos dia yang sangat la marvelous..kalau makan lepas goreng tu mesti lagi sedap..

okey la jumpa lagi..

angah~cik semah bila nak belanja i makan otak2 melaka..i da terkenan abis da nie?

21/12/2011

Hadiah untuk diri sendiri ^____^

Assalamualaikum semua,

Kabare? waras ka? tgh syok ni menulis blog sambil makan ice-cream kawan belanja..hari ini nak lari topik sikit..biasa kan asyik share resepi dan tulis pasal aktiviti harian saja..tapi la ni cheq nak story mori dengan kengkawan sume pasai hadiah..eh sape yang dapat hadiah tu?sapa yang bagi tuuuu *__*

Menerima hadiah dari semua orang tak kira la sape pon.family ka,kengkawan ka,bf ka,gf ka,,,,,berapa banyak ka daaa..adalah biasa saja..sama juga kalau kita memberi hadiah kat orang lain ex-gf ka,ex-bf ka,ex-bff ka..kenapa perlu ek bagi adiah kat ex nie???confius pulak..tapi kan kan..cne kalau kita bagi adiah tu untuk diri kita sendiri??O_O

Rasanya itu pon perkara biasa saja kan..sekarang ni memang ramai yang akan bagi adiah untuk diri sendiri..tapi kenapa nak bagi hadiah untuk diri sendiri..kenapa kenapa dan mengapa..

En A: Dah bertahun tak pernah ada orang nak bg adiah kat den..jadi den bagi la adiah kat diri sendiri
En B: Susah payah saya keje kira adiah tok diri sendiri ler
En C: Oitt ni secret admirer bagi ler (ayat cover-line)
En D : Duit aku suka ati aku ler (ayat org takda bf gf)
En E: Lor aku bungkus kotak kosong pon kiro adiah ko?
En F : Syoh syoh nak bungkus parcel tok customer pon tak senang

Ek nape yang jawab ni semua lelaki..adakah 
sebab lelaki hanya memberi tapi tak menerima? 
atau 
perempuan memaksa lelaki memberi dan sudi menerima
atau
Lelaki tak menerima tapi sudi memberi

*angkat tangan* 
cikgu bukan macam sama je ke jawapan tu?

Hihi sebenarnya hadiah ni terpulang pada diri sendiri..Macam saya ni rasanya tak pernah pon bagi hadiah untuk diri sendiri..tapi kan kan..ari tu saya ada baca 1 post dekat wall FB kawan saya..dia kat dia adiahkan _ _ _ _ _ _ untuk diri dia sendiri..Ntah kenapa tiba-tiba saja post kawan saya tu telah membuat saya gundah gelana..cewahhh..

Terus saja otok ni berfikir dengan ligatnya..apa yang pernah aku bg kat diri aku ek..ok fine yang shopping tiap2 ari tu bukan adiah okey..sebab tak pernah pon anggap tu hadiah..hadiah yang saya maksudkan ni tak kisah la kita menjerit kuat2 sampai pecah anak tekak kat bukit yang tinggi ke atau kita kata dengan lemah lembut saja dalam hati atau tulis kat FB bagi satu dunia tau (blog kira gak ke?)***ini hadiah untuk aku***..apa yang penting??? mesti ada tagline tu baru la di kategorikan hadiah untuk diri sendiri ya kengkawan..

Hadiah untuk diri sendiri? tak kesah ler murah ke mahal ke..janji kita cakap adiah untuk diri (kalau pen merah kira adiah tak?) TAK KESAH OKEY tapi yang paling penting adalah kita guna duit kita sendiri untuk membelinya..

G :angah macam mana kalau duit tu suami kita bagi tapi kita guna untuk beli hadiah untuk diri sendiri
H:angah cne lak kalau kita guna duit mak ayah kita bagi
I : Bf kita suruh simpan duit ni untuk kawen tapi klu kita guna nak beli adiah boleh ker?
J : Kalau guna duit PTPTN boleh tak?

Lantak korang la weyyyy..janji duit yang korang pegang MOOD: *bengang*

Kategori hadiah pulak..yang ni pon aiman tak kesah..gelang emas yang dari 1km lagi boleh nampak blink blink ke, Ipad ke,Iphone 6 ke (da kuar ke),kereta ferrari ke (bahagianya klu dapat..tp taknak la adiah kat diri sendiri,biarla dpt adiah dari orang lain-demand) ala kalau adiah biasa pon aiman tak kesah..diary 2012 ke,keychain dari melaka ke,kasut dari gombak pon tak pe..janji apa kawan2 ***ini adiah untuk aku*** guna duit aku okeyyyy..

Disebabkan ini la maka saya pon mem 'bz' kan diri untuk berfikir hadiah apa yang harus aku bagi kat diri ini..baget pulak berapa O-o..adiah pertama ni woooo..mesti la kena pikir abis abisan..Ohhh macam ada je yang mendengar isi hati ini..dan dan la time ni nak rosaknya..maka terpaksa la saya menggantikan "beliau"..tapi sayang tau da lama dia bersama dengan saya..last2 terpaksa melepaskan "beliau" pergi..iskisk..

selepas satu saat sedih mata terus je ***_____*** (oitt ni tanda bersinar2 la) i da ada kawan baru tau..harap dia akan bertahan lama la dengan saya..puas da survey ni..mula nak beli yang besar tapi malu aii nak bawak g sana sini (i pemalu tau), nak beli yang kecik (ala nti biasa pula function die) then saya pilih yang sederhana..okey yang ini flexible.suke suke..tapi kan kan nanti u olls jangan la cakap saya nak menunjuk2 tau..saya saja je nak sharing is caring ni..its goes to ***ini adiah untuk aku***



**winkwink**
Malu tau~haha ini la "beliau" itu~hadiah pertama untuk diri ini.konon2 la kan
.......
Hadiah yang sesuai dengan kemampuan diri..kehendak diri..kepentingan diri


Episod 2

My H~Tak ada orang nak bagi adiah untuk abang pon..
Angah~ala apa nak peningnya..nti orang bagi hadiah untuk abang ya..dah dah jangan sedih2
             Nah ini hadiahnya..
             abang!!! jangan lupa bayar nanti
My H :O-O

hihi okey yang ini bukan kira adiah la kan sebab da 2 bulan rosak sampai my H tak dapat nak meneruskan aktiviti hariannya..yang ini kira keperluan..alang2 saya mencari adiah untuk diri sendiri jadi terus mencari keperluan yang telah rosak itu sekali..sebab boleh cari kat tempat yang sama je-kita g beli kat digital mall pj u ollsss..ini dia 'keperluan" itu..



Situasi selepas 2 bulan tak melayari tenet..

My H : boring la tak tau nak tengok apa kat laptop ni..boring saja
Angah :ohh berlagaknya..dulu tiap2 hari cakap boring tak dapat tengok internet..sekarang lain lak??
My H : ^____________^

19/12/2011

Kari ayam

Hii semua,

Hari isnin.biasa ramai yang tak suka isnin ni.hari yang mem'boring'kan bagi sesetengah org (termasuk saya ler tu).al-maklum ler da cuti 2 hari,tiba-tiba sambung keje.rasa macam tak cukup pula cuti 2 hari tu.biasa isnin tu mesti mood:ngantuk!!..

Saya ni kalau cuti tu mata ni macam alarm je..pepagi lagi da bangun da.walhal da planning nak tido lama ckit.konon2 sebab penat bekerja 5 hari jadi weekend nak rehat la (macam kerja buruh je penatnya) bila time keje tu cam susah pula nak bangunnya..tu la i hate monday???kihkih cian isnin tak de kena mengena pon dengan ini cerita..

ok ler dari merapu tak tentu pasal lebih baik saya share resepi kari ayam saya ni..kadang2 saya rasa tajuk post saya ni ringkas giler..macam straight sangat..haha ini la mengambarkan tuan empunya blog ni memang tak reti bahasa bunga2 ni..pendek kata memang fail la nak menulis dan menggunakan bahasa yang best2 tu..kadang2 lepas tulis tu mesti pikir diorang ni faham ke apa yang aku tulis ni..faham kah???

tapi ada aku kesah???(kihkih sebenarnya kesah ok)..orang tak faham ke faham ke cheq tetap nak menulis jugak..jom ler jenguk2 resepi kari ayam ni..

Kari Ayam

1/2 ekor ayam~potong kecil2
1 sudu halba
1 biji bawang besar~tumbuk kasar
2 ulas bawang putih~tumbuk kasar
sedikit halia~tumbuk kasar
alat penumis~bunga lawang,cengkih,kayu manis dan buah pelaga
1/2 kilo santan
4 sudu cili kering yang telah dimesin
3 sudu rempah kari babas
sedikit air untuk membancuh rempah kari dan cili kering
2 tangkai daun kari
2 biji kentang~potong 6
1 biji tomato~potong 4
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
1-Bancuh rempah kari dan cili mesin dengan sedikit air-ketepikan
2-Tumis halba dan bahan rempah sehingga naik bau
3-Masukkan bahan2 tumbuk dan daun kari.Tumis sehingga kekuningan.
4-kemudian masukkan bancuhan rempah kari tadi
5-bila rempah kari agak garing, masukkan ayam dan kentang.kacau sebati dan biarkan air ayam kering.
6-Selepas itu masukkan santan.Kacau sehingga ayam dan kentang empuk.
7-perasakan dengan garam dan gula.akhir sekali masukkan tomato dan tutup api.

Angah~cili kering bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki..begitu juga kepekatan kuah..biasa kuah pekat ckit baru sedap..







Angah~kari ayam ni memang best sangat klu makan dengan roti..teringat memory dengan kawan baik lin masa dekat universiti dulu..kalau bulan ramadhan tu kami beli je kari ayam then cicah dengan roti masa sahur..boleh pula tahan satu hari walaupun makan roti..sekarang ni kalau sahur saja mesti kena makan nasi..rasa lemah badan kalau just makan yang simple macam ni.wah tetiba saja rindu nasi kandar dekat penang  *__^

16/12/2011

Aquaria KLCC

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:

“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “ 

Salam jumaat untuk semua pembaca yang di sayangi,

Seperti yang saya janjikan dalam entri melaka sebelum ini, hari ini saya nak sambung lagi aktiviti hujung minggu saya yang lepas..

Saya tido di rumah my sister dekat bangi selepas balik dari melaka..ini untuk memudahkan kami meneruskan aktiviti seterusnya..so next journey kami ke Aquaria KLCC pula..memang da lama plan nak pergi sini tapi asyik tertangguh saja.saya memang suka sangat tengok hidupan laut ni..Sebelum bergerak ke klcc kami menjamu selera di Restoran A.Hassan Sdn Bhd~nasi campur ayam kampung..memang best makan kat sini..harga pun berpatutan..disebabkan best sangat sampai lupa nak ambil gambar makanan..da siap makan baru teringat..tapi tak apa untuk pembaca semua, saya sempat juga snap signboard restoran nie~hihi jadi la ek dari tak da gambar langsung


Ok perjalanan diteruskan ke klcc..rasa da lama tak pergi klcc.My H la taknak bawa i pergi jejalan kat klcc..dia kata klcc da tak best..pergi rasa macam bukan duduk malaysia saja..banyak sangat foreigner..ya ke??

Klcc yang menjadi kebanggaan rakyat malaysia

Saya suka sangat dengan suasana klcc ni..mungkin di sebabkan kebersihan dan kehijauan yang cuba dikekalkan.ramai juga ibubapa yang membawa anak-anak ke sini untuk mandi kolam..actually kami juga planning nak bawa zikrie mandi kolam after melawat aquaria..tapi disebabkan zikrie ni kecik lagi jadi tak pe la kot..tggu besar dulu..takut pula jadi apa2 nti..so next time je la ek zikrie..


Model-model klcc dan Aquaria


ini la zikrie budak yang teramat la excited dapat pergi aquaria ni..dari sampai ke klcc lagi da tersengih je memanjang..semua benda nak tunjuk.sebelum ni masa g melaka mood kelat je sebab tak cukup tido..sekarang ni mood ceria la sebab terlebih tidoq da..



Masuk saja dalam aquaria ni terus mata tertumpu dekat ikan ni..ohhh ok ni la rupanya piranha yang ganas tu..macam ikan bawal jer??? cuba la letak tangan.nti mesti piranha ni cium sayang saja kat tangan tu..ok thanks..actually nak tengok show piranha ni(bukan tarian ek) tapi start kul 4ptg..kami pula sampai 230ptg..malas la nak tggu (show ni bagi ikan piranha tu makan ye kengkawan)

ini spesis ikan juga ke??? nape tak tau??





Jaws/shark in the aquarium

Takut wooo..sangat garang



Terdapat pelbagai cenderamata yang menarik tapi harga memang mahal..rasa tak berbaloi pula nak beli..jadi?? tak yah la beli..jom balik


Selepas jejalan kat klcc ingat nak jalan-jalan la kat chow kit..tapi keadaan memang crowded and tak ada parking..lagipun macam takut pula nak jalan kat sana..rasa lagi selamat jalan kat uptown saja kot..apa2 pun weekend yang memang memenatkan tapi enjoy..so next week cuti 3 hari lagi..apakah planning seterusnya..tunggu...


Angah~minggu ni my H ada race basekel lagi..huhu tapi sedih pula tak dapat ituttt..kenapa???keje la sabtu ni.race kat melaka lagi..minggu2 melaka..huhu..apa2 pon gluck my H..dengar2 peserta dekat 1ribu..wah boleh kah my h nie.tettttttttt