Hari isnin.biasa ramai yang tak suka isnin ni.hari yang mem'boring'kan bagi sesetengah org (termasuk saya ler tu).al-maklum ler da cuti 2 hari,tiba-tiba sambung keje.rasa macam tak cukup pula cuti 2 hari tu.biasa isnin tu mesti mood:ngantuk!!..
Saya ni kalau cuti tu mata ni macam alarm je..pepagi lagi da bangun da.walhal da planning nak tido lama ckit.konon2 sebab penat bekerja 5 hari jadi weekend nak rehat la (macam kerja buruh je penatnya) bila time keje tu cam susah pula nak bangunnya..tu la i hate monday???kihkih cian isnin tak de kena mengena pon dengan ini cerita..
ok ler dari merapu tak tentu pasal lebih baik saya share resepi kari ayam saya ni..kadang2 saya rasa tajuk post saya ni ringkas giler..macam straight sangat..haha ini la mengambarkan tuan empunya blog ni memang tak reti bahasa bunga2 ni..pendek kata memang fail la nak menulis dan menggunakan bahasa yang best2 tu..kadang2 lepas tulis tu mesti pikir diorang ni faham ke apa yang aku tulis ni..faham kah???
tapi ada aku kesah???(kihkih sebenarnya kesah ok)..orang tak faham ke faham ke cheq tetap nak menulis jugak..jom ler jenguk2 resepi kari ayam ni..
Kari Ayam
1/2 ekor ayam~potong kecil2
1 sudu halba
1 biji bawang besar~tumbuk kasar
2 ulas bawang putih~tumbuk kasar
sedikit halia~tumbuk kasar
alat penumis~bunga lawang,cengkih,kayu manis dan buah pelaga
1/2 kilo santan
4 sudu cili kering yang telah dimesin
3 sudu rempah kari babas
sedikit air untuk membancuh rempah kari dan cili kering
2 tangkai daun kari
2 biji kentang~potong 6
1 biji tomato~potong 4
garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya
1-Bancuh rempah kari dan cili mesin dengan sedikit air-ketepikan
2-Tumis halba dan bahan rempah sehingga naik bau
3-Masukkan bahan2 tumbuk dan daun kari.Tumis sehingga kekuningan.
4-kemudian masukkan bancuhan rempah kari tadi
5-bila rempah kari agak garing, masukkan ayam dan kentang.kacau sebati dan biarkan air ayam kering.
6-Selepas itu masukkan santan.Kacau sehingga ayam dan kentang empuk.
7-perasakan dengan garam dan gula.akhir sekali masukkan tomato dan tutup api.
Angah~cili kering bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki..begitu juga kepekatan kuah..biasa kuah pekat ckit baru sedap..
Angah~kari ayam ni memang best sangat klu makan dengan roti..teringat memory dengan kawan baik lin masa dekat universiti dulu..kalau bulan ramadhan tu kami beli je kari ayam then cicah dengan roti masa sahur..boleh pula tahan satu hari walaupun makan roti..sekarang ni kalau sahur saja mesti kena makan nasi..rasa lemah badan kalau just makan yang simple macam ni.wah tetiba saja rindu nasi kandar dekat penang *__^
aiman tak kesah ^_____^ aiman paham2 aje apa acik angah tonyoh kat sini ^_^
ReplyDeletehaha..bagus aiman bagus.xda la acik angah ni poning pikir orang faham ke tidok..
ReplyDelete