26/03/2013

Nak memulakan business

Assalamualaikum

aku ni sebenarnya banyak je masa lapang
tapi malas yang amat nak menulisnya
tapi sekarang ni kena la rerajin sikit..aku memang ada banyak benda nak share
tapi malas mengatasi semuanya..hahaha

ok la sekarang ni aku nak cite aktiviti terbaru aku sekarang
boleh ke cakap aktiviti?aktiviti tu bukan macam berkemah ke,aktiviti bersama keluarga ke..whatever la kan
sebenarnya sekarang nie aku tengah berjinak-jinak nak memulakan business secara kecil-kecilan
bagaimana terbitnya rasa nak memulakan business nie?
aku tanya aku yang jawab sendiri ok..takkan korang pulak yang nak kena jawab pulak kan
dah lama aku plan nak business tapi macam taktau nak business apa?
mula-mula aku nak fokus pada satu barang saja
tapi macam yang aku cakap tadi aku hanyalah nak berniaga secara kecil-kecilan saja
maka aku rasa aku tak patut limitkan produk yang aku nak jual
so untuk permulaan ni aku nak cuba dulu apa-apa produk yang sesuai dan ada permintaan la of course kan

ok nak memulakan business ni memang banyak yang nak kena pikir
kewangan,produk,supplier,marketing dan tentu la yang paling penting customer
buat masa ni aku rasa produk yang aku pilih ialah pakaian/accessories dan produk kesihatan/kecantikan
tapi untuk produk kesihatan/kecantikan ni aku nak jadi experiment untuk produk tu dulu
then baru la yakin nak jual kan..sebab ko pun dah faham produk tu sendiri
hihi pas ni aku kena kuruskan badan la uollss

aku memang tak tau sangat pasal marketing ni
tapi sebab aku nak business online..maka fokus utama aku adalah blog,facebook
maybe twitter lepas nie..hahaha nampak sangat dah nak berniaga baru nak update diri sendiri
iolls ni buta IT sikit..dah tak terikut sangat dah teknologi dan gajet2 semua ni
blog ni memang blog peribadi sebenarnya..tapi aku terpaksa juga guna untuk promote barang-barang aku nti..sebabnya? aku memang malas nak buka blog khas untuk business aku ni
korang tau je la aku nie kan..selalu sangat lupa password 
banyak sangat tau password yang aku kena ingat..aku ni dah la pelupa orangnya..harap uolls memahami diriku yang amat kerdil ini
after ni memang agak carca marba sikit la blog ni..tapi aku harap aku rajin la menghapdet blog lepas ni

berapa lama nak business?
aku sendiri yang jawab lagi
berapa lama tu aku tak dapat nak pastikan..aku ni orangnya jenis berubah2
sekarang semangat la kan..nanti2 terus buat taktau
cuma yang aku boleh harapkan kat diri aku ni ialah....
teruskan berusaha selagi ada permintaan dan usaha usaha tanpa putus asa
bukan senang nak business ni..aku harap hati aku ni tetap sikit la kan
coiyok angah!!usaha sampai ke akhirnya
kalau tak cuba camne nak tau potensi diri iye idok?
amboi motivasi diri pulak

dah pikir perancangan dan risiko semua?
jawab sendiri lagi
ok secara generalnya memang la aku dah pikir nak business memang ada risikonya
ala hidup kita pun ada jugak risikonya kan
perancangan tu tak la secara teliti sangat..cuma apa yang perlu aku dah pikirkan la
yang lain-lain tu aku pikir la bila keadaan membuatkan aku harus memikirkannya
paham idok?buat-buat paham sudah T___T
tapi takut tu memang la ada kan..huhu aku dah keluarkan modal ni
kalau tak berjaya camne @__@
In Sha Allah kena la yakin Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang berusaha
abaikan kata-kata yang mematahkan semangat tu

ok la nanti aku upload gambar kat blog nie ya

sapa-sapa yang free tu meh la likes FB aku

Nama FB aku BNH house..Cari tau

Thanks for the support
sayang ketat-ketat korang semua


2 comments:

  1. tahniah ngah...dah berjaya bukak bisnes ye...semoga rezeki sentiasa menyebelahi angah ^_^

    ReplyDelete
  2. thanks as..baru je nak cuba..mula2 confius barang pe nak jual..tapi alhamdulillah sekarang dah nampak kot..semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki..^___^

    ReplyDelete