08/03/2013

wanita Oh wanita

Assalamualaikum

Selamat hari wanita untuk semua wanita-wanita cantik lagi bergaya di luar sana
cantik tu memang untuk semua wanita okey
jadi jangan sesekali rasa diri sendiri tak cantik
cantik tak semestinya rupa saja..cantik tingkah laku,cantik budi bahasa
sebab itu kecantikan milik setiap insan
hahah hamboi..nak wish hari wanita je pun

jom cerita ceritun pasal wanita di keliling aku
ayat cam nak mengumpat je kan..tidak ok tidak..cuma sharing is caring je
wanita yang aku nak cerita ini adalah my youngest sista~ teh
Selepas dekat setahun kot dia tanam anggur kat rumah tapi tak tumbuh2 jugak tu
maka isnin yang lepas bermula la episod baru dalam hidup dia
sebenarnya teh dah habis study awal satu semester
sebab tu tahap dia menganggur tu agak lama compare others 

Senang cite teh ambil course cikgu kat uni dulu
sekarang ni dia interim dulu then lepas ni baru posting
interim tu apa?..aku pun tak clear sangat nak explain lebih-lebih
tapi cikgu sementara la kot sebelum dapat posting
alhamdulilah dari satu segi dia tak perlu di interview untuk jadi cikgu sebab pointer dia agak baik
jadi perjalanan nak mendidik anak bangsa tu agak mudah la

nak di jadikan cite isnin lepas aku ke ipoh dengan en H
teman teh sebab dia ada taklimat sebelum dapat tahu kemana dia akan dihantar untuk mengajar nanti
kami bertolak kul 3pagi lebih okey..sebab malas la kan nak stay kat ipoh
sampai sana dekat kul 6pagi jugak la..sebelum tu dah search jalan dan hotel yang nak di tuju
taklimat tu dekat hotel~nasib dekat dengan highway..idok ler susoh nak mencarinye..
i is first time p ipoh..hihi ala setakat pergi hotel tu je pun
tak sempat nak jejalan tengok apa yang menarik di ipoh ni

masa taklimat tu teh sms cakap dia dapat mengajar kat sek smk tat beng
aku nak cakap kat mana pun taktau haih..tapi bawah daerah larut.dekat dengan taiping
sekian pulak aku ngan en h nak cari tempat ngajar dia
nasib da kawan en h tahu tempat tu..so dia guide kami cne nak pergi sana
taklimat teh habis dekat kul 2 jugak
cuak jugak rasenya..dah la habis kul 2 ptg then kena terus pergi daftar kat sekolah hari yang sama
iollss ni tak canggih okey..gps pun tak de..so takut la tersesat bagai..
nanti tak sempat pulak nak daftarkan teh..pulak tu nak cari rumah sewa lagi..banyak keje tau dalam satu hari..tapi nasib la sementara tunggu taklimat teh tu habis aku dengan en h terlintas nak pergi tesco cari barang keperluan teh..ini lagi satu..memang tak terpikir langsung nak prepare apa2..
bantal tak bawak..mandian,berus,pinggang  cawan,baldi..hahaha
macam nak duk hostel masa kat sek dan uni dulu je kan

cari punya cari..jumpa la sekolah tu..satu jam je dari ipoh
sedih terus aku tengok teh..sek tu memang sek pendalaman.
sekolah tu pun memang sekolah kampung..dan masa kami sampai kat situ syukur sangat dah beli barang dia siap2..yang ada hanyalah kedai runcit kayu lama je kat sana..
maybe barang pun agak limited jugak la
dan kampung tu agak jauh juga dari bandar..cian adik aku..dah la dia takda transport
taktau camne nak survive kan
tapi syukur segalanya dipermudahkan bagi dia..cikgu bujang kat situ bagi dia duduk sekali dan pergi sekolah sama-sama..jadi selesai satu isu.aku tolong jugak dia kemaskan bilik dia before balik ke kl semula
Dia memang sedih la aku tengok..sebab semua kawan2 dia dapat tempat yang jauh jugak dari dia.
dia harap hanya interim dia kat situ..harap posting nanti dia dapat tukar tempat lain..
tapi pengetua dia cakap nak staykan dia di sana..
lagi la @___@ adik aku tu
apa pun memang ini satu cabaran untuk dia..sedangkan ramai lagi yang di hantar mengajar jauh ke pendalaman..sabah sarawak..kawasan orang asli..yang kena naik boat bagai..
ini hanyalah permulaan langkah bagi teh dalam mendidik anak bangsa
cabaran menjadi guru sekarang ni memang terlalu mencabar kot
dengan kerenah anak murid,ibubapa,masyarakat keliling..
huhu cikgu sekarang tak macam cikgu dulu..apa pun aku rasa penduduk kawasan kampung masih ada rasa hormat kepada golongan pendidik

jadi for my sista~teh..jadilah seorang wanita yang berdikari,yang mendidik anak bangsa dengan tulus ikhlas,yang cekal dengan segala dugaan dan halangan..in sha Allah segalanya akan di permudahkan..



Malam tu teh post kat FB dia..sedih pulak aku baca..tapi aku syukur dia hargai pengorbanan aku dan en h yang sedikit ini dalam mengrealisasikan cita-cita dia~dulu dan kini

rasa sayu+sedih dapat kat terong ni..pe2 pn thanx 2 Bairulazma Bt Mat Yunus n Epul Apis coz mnemani dr awal smpi akhir n byk mnbn2..thanx a lot

P/s~en h pesan semoga menjadi wanita paling istimewa dalam hidup dia.romantik jugak en h ni kan (tu pun aku yang paksa dia wish aku)
kihkih

No comments:

Post a Comment