Sejak terjumpa 1 blog ni dapur-mamasya,perasaan nak mencuba resepi baru cam membuak-buak je.Bsa kalau hari bekerja memang sesangat la malas nak masak.Weekend pon kadang-kadang saja, itupun bila teringin sangat nak makan baru la masak.Bukan apa saya ni kan berdua saja dengan my H..kadang-kadang rase cam membazir je memasak..jadi lebih baik beli je kan..hihi padahal malas nak masak cakap je la..
Berbalik pada blog dapur-mamasya tadi, kebanyakkan resipi yang di post nampak agak ringkas dan cam boleh di cuba je..so apa lagi saya pon cuba la resepi ayam bakar nasi Mandhi ni..tapi terpaksa la ubah ckit kuantiti bahan-bahan tu..ya la 2 orang je makan kan..(sebenarnya my H tu sik tanya je bila nak cuba resepi ayam bakar2 ni..then sebagai isteri mithali ni..hihi saya pon surf la kat internet..last2 jumpa blog dapur mama-sya yg best ni)
Ok la jom layan resepi ayam bakar nasi mandhi ni..
Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber : Blog dapur-mamasya
Sumber asal ;Blog Resepiraidah
Nasi Mandhi
Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan ~ guna 2 pot kecil saja
3 camca besar minyak sapi ~ guna 1 1/2 camca saja
4 cawan air atau secukupnya ~ **bergantung jenis beras yang digunakan
1 biji bawang besar ~ hiris halus ~ guna 1/2 biji saja
3 ulas bawang putih ~ hiris halus ~ guna 2 ulas
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih (2 kuntum saja)
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
*5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Nota Angah
* tak buat langkah 3 ni..Langkah 5 ni pon di buat bersama-sama langkah 2 terus.hihi maaf la menderhaka ckit kat resepi ni..sal tu nasi jadi warna kuning je semua..
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam - Guna sebelah saja - Potong 3
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat ~ guna 1 biji saja
2 biji lemon ~ dihiris bulat ~ guna 1 biji saja
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
Nota Angah
** bakar suhu 250'c selama 1 jam ,buka sedikit alumium foil.Guna api atas bawah..setiap 20 minit saya terbalik kan ayam (saya guna oven biasa je)
** bakar suhu 250'c selama 1 jam ,buka sedikit alumium foil.Guna api atas bawah..setiap 20 minit saya terbalik kan ayam (saya guna oven biasa je)
Sos/Sambal:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.(nak lagi sedap tumbuk guna lesung)
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
Disebabkan my H ni kena makan nasi dengan kuah..jadi saya pon tambah la sup bebola yang memang ringkas bis la..
Bahan-bahan
Bebola ayam Ayamas
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Rempah tumis
garam secukup rasa
1-Tumis rempah tumis bersama-sama dengan bawang besar,bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama.
2-Masukkan bebola ayam ayamas (masukan sebiji2 atau belah 2~ikut suka).akhir sekali masukkan garam.
Memang sedap resepi ayam bakar nasi mandhi ni..
Nota Angah
Memang sedap resepi ni tambah-tambah ayam bakar tu..yummy..da pernah juga cuba resepi nasi ayam goreng yang lagi ringkas dan sedap kat blog mamasya..tapi sebab sedap sangat sampai lupa nak bik gambar..hihi..next time klu saya buat lagi saya post di blog ni k..
aduss sedapnya.... rajin ko ngah ^_^ bilala agaknya nak merasa masakan ko ni ^_^
ReplyDeletehihi.xda la rajin pon as.saje je mencuba2..
ReplyDeleteala..che semah tu hari2 gak kan bersilat kat dapur..heeee
ReplyDelete