30/11/2011

Tiramisu Cake


Salam semua,

Adoii perasaan malas nak mengupdate blog ni makin ketara pulak..cuma memotivasikan diri je untuk merajinkan diri ini..at least 1 post untuk 1 hari kan..hari ini nak share resepi kek pula..kebanyakkan kek yang saya buat..resepinya saya peroleh dari internet..banyak blogger yang baik hati sudi berkongsi resepi kek mereka..terima kasih untuk mereka semua..

tiramisu...selalu orang cakap antara kek yang sedap..jadi perasan teruja untuk mencuba tu agak membuak la kan..cuma saya ni memang tersangat la elergic dengan nescafe..tapi cuba juga la..

tiramisu kalau tak salah saya ada 2 jenis resepinya..satu kita guna sponge cake dan satu lagi kita guna biskut tiramisu (ladyfingers)..pertama kali cuba saya guna sponge cake..next time saya akan guna biskut ladyfingers pula..(tak tau la bila next time tu..huhu)



Ada pelbagai cara untuk membuat sponge kek..salah satu cara adalah seperti resepi di bawah:-

Sponge cake

Sumber:- K.zu semanis gula


Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 lapisan.

Cara lain:-
putar telur kuning,air,gula dan minyak hingge kembang dan ringan...masukkan tepung yang diayak bersame serbuk koko ,b.powder dan soda bikarbonate.
pastu kaup balik dengan MERINGUE...

 
Tiramisu Cake

Sumber :Blog Haniss (maaf lupa blog adds)

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...






Buat post pasal cake ni memang ambil masa yang lama..itula kadang2 macam malas je nak post resepi kek ni..tapi bagi pengemar kek yang tegar tu..saya sarankan anda cuba kek ini..kek tiramisu yang simple dan sedap terutama bagi pengemar rasa nescafe atau coffee.selamat mencuba semua..

No comments:

Post a Comment