27/10/2011

Opera cake

Salam semua,

Semalam seharian tak dapat pergi mana-mana walaupun public holiday..sebabnya..cuaca tak mengizinkan..hujan lebat sepanjang hari..jadi dari tak buat apa2 sya pon decide la nak buat cake..

Da lama sangat nak cuba buat cake opera ni..memang terpikat habis dengan kekemasan cake ni..dan mbe rase yang sedap??tapi..masalahnya sya agak kurang dengan kopi..apa lagi nescafe..memang sesangat elergic..tapi sebab nak cuba juga..saya pon dok pikir kopi apa yang saya boleh terima ckit??yang tak menyebabkan pening kepala..

ok kengkawan jom tengok resepi cake ni

Resepi asal : blog citarasawan


Opera Cake

Bahan Kek Sponge Badam
Bahan A
7 biji kuning telur
100ml mentega cair/minyak jagung
100ml susu segar
100gm tepung superfine / Tepung Hongkong
200gm serbuk badam

Bahan B
7 biji putih telur
170gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar


Coffee Syrup
1 sudu teh serbuk kopi instant~ guna cappuccino
3 sudu besar air panas
1 sudu besar gula kaster
(Larutkan)

Chocolate Ganache
250gm coklat masakan hitam - di potong kecil
200ml UHT whipping cream /Thickened cream

(Panaskan whipping cream secara double boiler, tetapi jangan sampai mendidih.  Tutup api dan masukkan coklat masakan, gunakan whisk, kacau hingga cair.  Simpan di dalam peti sejuk.

Coffee Ganache
200gm coklat masakan putih - di potong kecil
150ml UHT whipping cream /Thickened cream
1 sudu teh coffee emulco

(Panaskan whipping cream secara double boiler, tetapi jangan sampai mendidih.  Tutup api dan masukkan coklat masakan, gunakan whisk, kacau hingga cair.  Simpan di dalam peti sejuk semalaman.   Apabila hendak digunakan, pukul coffee ganache menggunakan high speed sehingga kental, baru disapu ke permukaan kek.
  

Coffee~pilih Cappuccino
Cara-cara:
1.  Sediakan 2 loyang 10 x 14, Leser dasar loyang dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
2. Bahan A, menggunakan hand mixer, pukul kuning telur, susu cair dan mentega cair hingga sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk badam, gaul hingga rata.  Ketepikan.
3.  Dalam bekas lain, satukan bahan B dan pukul hingga kental dan bertanduk
4.  Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (650gm setiap satu).  Tuang ke dalam 2 buah loyang yang telah disediakan.
5.  Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 10 minit.~ bergantung pada oven masing2
6.  Angkat dan sejukkan dahulu.
7.  Potong kek (setiap satu) kepada 3 bahagian yang sama besar.  Kek ini agak tipis, gunakan pemotong plastik dan slip ke bawah kek apabila hendak mengeluarkannya.  Keluarkan alas kertas minyak dengan hati-hati ~ potong 2 bahagian saja(mcm kecik lak nak potong 3 bahagian)~mbe loyang saya kecil ckit


Menyediakan Kek
1.  Sediakan coffee syrup, coklat ganache dan coffee ganache.
2.  Ambil sekeping kek yang telah dipotong, sapu permukaannya dengan coffee syrup.  Kemudian sapu satu lapisan coklat ganache, ratakan.
3.  Letak sekeping kek lagi di atasnya, kemudian sapu permukaan dengan coffee syrup, kemudian sapu satu lapisan coffee ganache, ratakan.
4.  Ulangi langkah (2) dan (3) sehingga habis.
5.  Untuk lapisan akhir, ratakan coklat ganache ke seluruh kek dan simpan di dalam peti sejuk.  Hias mengikut suka.
Angah : lupa pulak nak ambil gambar masa buat lapisan demi lapisan ni

Angah : kualiti gambar tersangat la "out" nya..n tulisan tu pon tak pakai nozzle..tu la jadi cam tu~angah ngaku je la yang tulisan ko tu memang buruk..tetttttt..

Selamat mencuba semua..tersangat la sedap cake ni dengan combination rasa coklat dan coffee yang sangat marvelous..muahmuah

4 comments:

  1. ngah nak tanya sikit boleh??? kertas minyak tu u guna kertas minyak yang mcm kita balut buku dulu2 tu ke? or ko guna kertas majong yang putih tu....aku pening haritu,aku tak letak pon kertas kat dasar kek aku, tu yang makin buruk rupa kek aku tu..hehee... sori ye ngah slalu merapu kat ko..heheee..

    ReplyDelete
  2. wah...angah dh jadi pakar buat kek & pastry nie...sungguh berbangga tgk kesungguhan rakan2

    ReplyDelete
  3. As..aku guna yang warna putih tu.bsa beli kat kedai kek..tp tak tau la sama tidak ngan kertas majong tu..sama kot.klu boleh dasar tu ko letak la kertas minyak..yang tepi tu bsa tak letak pon tak pe.ala sharing is caring kan..hihi

    ReplyDelete
  4. sue..saja je mencuba2.kena ada kemahiran gak kan..klu tak boring jer rase..

    ReplyDelete