30/11/2011

Tiramisu Cake


Salam semua,

Adoii perasaan malas nak mengupdate blog ni makin ketara pulak..cuma memotivasikan diri je untuk merajinkan diri ini..at least 1 post untuk 1 hari kan..hari ini nak share resepi kek pula..kebanyakkan kek yang saya buat..resepinya saya peroleh dari internet..banyak blogger yang baik hati sudi berkongsi resepi kek mereka..terima kasih untuk mereka semua..

tiramisu...selalu orang cakap antara kek yang sedap..jadi perasan teruja untuk mencuba tu agak membuak la kan..cuma saya ni memang tersangat la elergic dengan nescafe..tapi cuba juga la..

tiramisu kalau tak salah saya ada 2 jenis resepinya..satu kita guna sponge cake dan satu lagi kita guna biskut tiramisu (ladyfingers)..pertama kali cuba saya guna sponge cake..next time saya akan guna biskut ladyfingers pula..(tak tau la bila next time tu..huhu)



Ada pelbagai cara untuk membuat sponge kek..salah satu cara adalah seperti resepi di bawah:-

Sponge cake

Sumber:- K.zu semanis gula


Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 lapisan.

Cara lain:-
putar telur kuning,air,gula dan minyak hingge kembang dan ringan...masukkan tepung yang diayak bersame serbuk koko ,b.powder dan soda bikarbonate.
pastu kaup balik dengan MERINGUE...

 
Tiramisu Cake

Sumber :Blog Haniss (maaf lupa blog adds)

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...






Buat post pasal cake ni memang ambil masa yang lama..itula kadang2 macam malas je nak post resepi kek ni..tapi bagi pengemar kek yang tegar tu..saya sarankan anda cuba kek ini..kek tiramisu yang simple dan sedap terutama bagi pengemar rasa nescafe atau coffee.selamat mencuba semua..

29/11/2011

Salam Maal Hijrah

Salam semua,

Harap masih belum terlambat nak wish salam maal hijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia..


Semoga kita dapat berhijrah ke jalan yang lebih baik~demi diri, agama,bangsa dan negara
Salam Maal Hijrah 1433H

25/11/2011

Chocolate lagi

Salam jumaat semua

Sempena cuti sekolah yang sudah bermula minggu ini,banyak pasangan mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka..yang untungnya kita2 ni la..dapat makan lauk kenduri saje..hihi.mggu ni pon saya akan balik kampung lagi sebab ada banyak kenduri kawen yang perlu dihadiri..

Tapi hari ini saya nak cerita tentang chocalate yang saya buat minggu lepas..selain dari cupcake my SIL minta saya buatkan chocolate juga untuk majlis perkahwinannya..tapi ini request daripada pengantin lelaki..sesuai dengan tema pihak lelaki iaitu gold,saya pon cari la kotak chocolate yang warna gold juga..kotak ni biasa saja sebab tak sempat nak pergi kedai lain yang lebih cantik kotaknya..cuma harap hiasan dari pihak lelaki dapat menaikkan seri kotak ituew..hihi.

macam biasa untuk ayat yang biasa..jom kita layan gambar2 chocolate ini ^-^






Dan seperti biasa klu ada yang berminat boleh la contact saya ^-^

24/11/2011

Daging Goreng Merah

Salam semua,

Kawan-kawan semua da plan ke nak masak apa malam ni..hari ini saya nak share resepi daging goreng merah..jangan buang masa kita layan je resepi ni ya kengkawan

Resepi asal : Majalah Rasa

bahan-bahan

1kg daging~dipotong halus dan nipis
2 biji bawang besar~dikisar
5 ulas bawang putih~dikisar
5cm halia~dikisar
4 sudu makan cili boh
belacan secukup rasa
daun limau purut secukupnya~dihiris
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
garam+gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara memasak
-Panaskan minyak dan tumis cili boh sehingga garing
-Kemudian masukkan gula dan bahan kisar.Kacau sehingga naik bau
-Seterusnya masukkan daging hiris,air asam jawa, garam  dan belacan
-Masukkan sedikit air dan didihkan sehingga daging empuk
-Akhir sekali taburkan hirisan daun limau purut dan hiaskan
-Sedia untuk dimakan



Selamat Mencuba

Angah~jom layan 'tentang Dhia' dekat tv3..best sesangat

23/11/2011

Cup cake for my SIL wedding

Salam semua,

Akhirnya selesai sudah semua majlis my sister in law..walaupun saya tak dapat ikut serta untuk majlis hantar menantu tapi saya tumpang gembira untuk my SIL..

My SIL ada mintak saya buatkan cupcake untuk salah satu hantaran perkahwinan..saya buat coklat chip cupcake untuk my SIL..guna fondant..untuk pertama kalinya saya guna fondant ni..memang penat ckit sebab kena uli..tapi saya beli yang ready made saja..cuma biasa la pertama kali guna fondant ni jadi uli pon tak sama rata..hihi..harap2 dimasa depan boleh buat lebih baik lagi..

jom layan gambar cupcake ni..

Chocolate chip Cupcake

Sapukan buttercream coklat

Da siap~selamat pengantin baru to my SIL & Husband


Untuk Hantaran

Angah~sampai lenguh2 badan buat cupcake ni..padahal buat berapa biji saja..cuma buat cake memang memberi kepuasan walaupun saya ni bukan la pengemar cake ^_^

22/11/2011

Anniversary ke-2 **** 21.11.11

Salam semua...

Happy anniversary ke 2 untuk my H..walaupun da terlewat sehari nak buat post anniversary ni tapi sebab memang da niat nak buat special post ni..jadi kena la teruskan juga..hihi

mmm nak cerita tentang apa ya..wah rasa nak mengimbau kenangan lalu jer..saya dan my H ni kawan satu sekolah tapi kelas lain2..tapi tak pernah la pula kami ni bertegur sapa apalagi la nak kategori mesra tu kan..sebenarnya ramai kawan2 yang cakap kami ni couple senyap2..bukan couple senyap2 cuma ramai yang ingat kami ni couple dari sekolah lagi..kami mula rapat masa da tahun akhir dekat universiti..my H dekat um n saya pula masa tu study dekat usm(rindunya dekat penang!!!)

susah juga nak terima my h ni pada mulanya..da la satu sekolah,satu kg lagi..tapi da jodoh kan..huhu..

Gambar kawin 2 tahun lepas~kurusnya masa ni sekarang da terbalik pulak.huhu






Gambar kawen dolu-dolu



masa honeymoon dekat cameron highland

yang sedihnya untuk anniversary ke 2 ni kami tak dapat nak celebrate lagi..planning setiap tahun nak celebrate bersama..tapi tahun ni kena tinggal keseorangan pula~hihi my H pergi kelantan ikut family dia hantar menantu~adik my H bayah..saya tak dapat nak join sebab cuti tak approve..wawaaa

 Masa g PD

Masa g terengganu

Banyak yang telah di harungi bersama selama 2 tahun ini..klu gaduh2 manja tu biasa la kan..tapi apa yang paling kagum dengan my H ni dia banyak mengalah dan tak da la pendam lama2~klu wife kesayangan dia ni bising n mengamuk2 ke dia sabar je kan~suami mithali la katakan.haha..




Yang paling tak tahan tu kan..seiring usia perkahwinan selama 2 tahun ni..berat badan pon makin bertambah non-stop..orang cakap makin bahagia la tu..tapi kalau da macam ni perubahannya..bahagia kah??huhu sape nak jawab tu..

untuk my H~saya sayang kamu untuk selamanya~(my H mesti gelak guling2 baca ni) wife die ni brutal cikit..jarang nak cakap sayang2 ni..hahha..apa pon saya doakan semoga hubungan kami mendapat keredhaan Allah..semoga hubungan ini berkekalan selamanya..semoga kami diberi peluang lagi untuk menyambutnya di tahun hadapan dan seterusnya..semoga kami dimurahkan rezeki..semoga kasih sayang antara kami tak akan terputus selamanya dan semoga kami diberi peluang untuk menimbang cahaya mata~terima kasih untuk kesabaran itu yang paling2 dihargai~luv u forever~


My Sister in Law Wedding

Salam semua,

Rindu pula kat blog ni..lama rasa tak menulis dekat cni kan..ok mggu lepas saya balik kampung..adik ipar saya kawen (straight to the point terus.hihi)

Majlis berlangsung hari ahad 20.11.11..alhamdulillah cuaca pun ok masa tu walaupon sekarang da musim hujan kan..tapi ngam2 saja majlis habis..petang tu terus hujan..hujan rahmat..

Majlis akad nikah berlangsung pada hari yang sama juga.mmm da tak tau nak tulis apa..jd layan gambar saja la..tapi kan..gambar pon saya tak ambil banyak..

 Adik ipar saya robayah yang cantik sangat masa wedding ni
Maaf la xda gambar pengantin lelaki~lupa nak ambil.huhu


Bayah bersama ma & abah


Antara hantaran



Goodies untuk tetamu

Untuk bayah dan nazim selamat pengantin baru..semoga berkekalan selamanya~dr akak dan apis

17/11/2011

Fusilli goreng sardin

Salam semua,

Asyik nak kongsi resepi pasta je kan..sebenarnya ini resepi nak menghabiskan stok..sebab ada sedikit lagi balance pasta fusilli ni jadi saya pun mencipta la resepi tangkap muat..apa yang tangkap muat?

Tangkap muat ni ialah resepi mengunakan bahan2 yang ada dalam peti ais saja..hihi..sebab masa tu hujan lebat sangat jadi tak dapat la nak pergi kedai beli bahan2 yang mewah2..haha mewah la sangat..godek punya godek tengok ada 3-4 biji lagi bebola ayam..macam tak cukup pulak bahan ni..jadi pikir2 rasanya ada lagi 1 tin sardin kecil.jom je la buat resepi sendiri..

Bahan2nya

Pasta Fusilli-tak sampai separuh pon.dalam 2 cawan saja-rebus sehingga masak
1 tin kecil sardin~hancurkan
Bebola ayam~ikut suka-potong kecil2
1 biji bawang besar~potong dadu
2 biji bawang putih~potong dadu
4 sudu cili kering yang telah di mesin
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1/2 sudu sos tiram
sedikit lada hitam
garam dan gula secukupnya
2 sudu minyak zaitun

bahan hiasan~cili merah dan daun bawang+sup (potong nipis)

Cara2nya
1-panaskan minyak zaitun.tumis bawang besar dan putih
2-masukkan cili mesin.bila agak garing masuk kesemua sos di atas dan lada hitam
3-Masukkan bebola ayam.Kemudian masukkan sardin serta garam dan gula secukup rasa 
4-Akhir sekali masukkan pasta fusilli yang telah di rebus.kacau sehingga masak
5-Hiaskan bersama daun bawang+sup dan cili merah





Terlebih pedas pula~tapi i like pedas2 ni~


Angah~untuk adik2 yang sedang menghadapi peperiksaan spm dan stpm pula selamat berjuang semua..jawab sehabis baik..berdoa dan bertawakal la banyak2..biasa ibubapa dan cikgu2 yang lebih berdebar ni..doakan untuk anak2mu semua ya..selamat maju jaya dan ini la permulaan sebuah perjalanan..amin


Jus Betik

Salam semua

Hari ini tiba2 saja mood nak tukar kerja melanda diri ini..wah rasanya saya perlukan kerja baru tahun depan..harap dipermudahkan segala urusan la nti.apa2 pon hari ni nak share jus betik yang telah saya cuba..saya suka buah betik ni sebab manis..cuma bila kita buat jus,dia akan sedikit pekat tapi memang sedap..

Resepinya simple saja..

Jus Betik
1 biji buah betik~potong dadu
20 ketul ais
air gula(bancuh 4-5 sudu gula dengan air panas)~klu buah betik da manis sangat kurangkan gula ya..
sedikit madu
daun pudina

Cara2nya
Campurkan kesemua bahan dan blend bersama sehingga sebati.Siap..






Angah~tahniah untuk adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR hari ini..anda adalah kebanggaan ibubapa anda..pada adik2 yang tak berjaya pula jangan putus asa ya..masih panjang dan jauh lagi perjalanan hidup ini..teruskan usaha sehingga mencapai apa yang diinginkan..

16/11/2011

Sup Tulang

Salam semua..

Nak sambung lagi cerita hari raya korban..tapi kali ni nak kongsi resepi dengan semua..resepi ni mak saya yang masak sebenarnya..tapi boleh la kan kongsi kat cni..mungkin blog ni nanti tak banyak resepi yang berasaskan daging ya kengkawan semua...sebabnya kan kan..tuan empunya blog ni tak makan daging..semua jenis daging tak makan kecuali ayam dan ikan(kategori daging jugak kah?)

Tapi walaupun saya ni tak makan daging tapi saya boleh masak daging tu tau..cuma nak rasa dan makan tu je tak bolehnya..nape tak makan daging?? alamak ramai da tanya soalan ni..saya pon tak tau sebab apa tapi memang saya dari kecil sampai la sekarang memang tak boleh makan daging ni..

Resepi mak saya..Sup Tulang

Tulang lembu
Bawang besar+putih+halia~ditumbuk
Lengkuas~dipotong
Rempah sup tulang
Bunga lawang
Bunga cengkih
kulit kayu manis
buah pelaga
lada hitam
Garam secukup rasa

Hiasan~daun sup dan bawang serta limau nipis

Angah~bahan2 di atas tu tak ada kuantiti ya..buat la anggaran sendiri sebab saya tak berapa nak ingat da kuantitinya..hihi maaf ya semua..tapi mak saya masak 1 periuk..almaklum ler keluarga besar kan..

Cara2nya
Rebus tulang sehingga empuk~biasa 2-3 jam
Bila da empuk masukkan semua bahan tumbuk,lengkuas dan rempah ratus serta perasakan garam secukupnya..Siap hiaskan dengan daun sup+bawang dan limau nipis





Makan dengan sambal kicap...sodap sesangat

Cara buat sambal kicap
Tumbuk lumat cili padi bersama-sama bawang merah dan putih~lagi pedas lagi sedap 


Masukkan Kicap dan perah limau nipis..perghhh


Angah~next time saya kongsi resepi daging yang saya untuk my H ok..