11/11/2011

AidilAdha 1432H

salam jumaat semua

Penghulu segala hari~bertambah lagi dengan tarikh yang cantik hari ni kan 11.11.11..wah mesti ramai yang buat majlis hari ini kan...Majlis kawin,tunang bahkan ramai juga yang mintak nak deliver baby tarikh ni..mmm penat la semua doc hari ni.hihi

Tapi tak pe la kan..bukan selalu dapat tarikh yang menarik,apa lagi yang senang nak diingati..macam saya ni memang pelupa orangnya..setiap kali orang tanya tarikh kawen je mesti cakap.."jap ek nak tengok pada kad kawen jap"~memang selalu confius..hihi ni memang tahap teruk da ni sampai tarikh kawen sendiri pon tak ingat..tu pon baru je berapa tahun..kalau da lama nti????

ok hari ni nak update masa sambutan aidiladha hari tu..banyak juga pengalaman baru yang terpaksa dihadapi..terutamanya pertama kali stuck dalam jam yang teruk sangat..biasa sebelum pergi mana-mana kami akan buat perancangan perjalanan dulu..tp kali ni disebabkan hari raya jatuh pada hari ahad maka jumaat after kerja da ramai planing nak balik kampung terus..sama la dengan saya..

Terpaksa la kami hadapi jam yang sangat teruk ni..dari puchong ke tol gombak biasanya 1 jam saja tapi malam tu kami terpaksa melaluinya selama 3 jam..memang penat..kami bergerak jam 830mlm sampai kampung 4pagi sabtu..mmm biasanya 3 jam saja nak sampai kampung..

Selepas berehat beberapa jam kami teruskan perjalanan ke kampung mak saya pula..sepatutnya 1 jam saja..tapi terpaksa berdepan dengan jam lagi..hihi sabar je la kan..

My H di pagi raya

Gambar bersama~hihi tak ada tema baju raya aidiladha ni..so sorang biru sorang merah

With my lovely mak forever n ever

My sis~teh~da final year dekat UPSI

Yani dan zikrie yang asyik kena paksa bergambar

Adik bongsu kesayangan saya ni~amir~tahun 2 dekat UITM

 Baju Merah tu abah saya



Gambar semasa melakukan ibadah korban..saya dan my H serta family dan juga sedara mara mengambil bahagian bersama dalam ibadah korban kali ini~bersyukur dengan segala rezeki yang Allah bagi..kalau dipanjangkan umur,berkesempatan dari segi masa dan juga rezeki saya dan my H ingin sekali melakukan ibadah ini setiap tahun..semoga segalanya dipermudahkan~amin~


Proses agihan daging korban dilakukan di rumah mak sedara kesayangan saya ni..Semuanya bertukus lumus menyelesaikan apa yang patut..saya???pemerhati je..hihi..saya,adik-beradik dan sepupu semua planing nak pergi taman negara bagi ikan kelah makan selepas habis proses agihan..tapi selepas menunggu 2 jam ditambah lagi planing last minit dan cuti raya semua..maka plan terpaksa dibatalkan..huhu sedih la juga kan..tapi takpe la..next time kita planing betul2 ok semua..cuma tu la bukan selalu dapat berkumpul ramai2..


Arghhhh..masa balik puchong pon jam lagi..tapi nasib la tak seteruk masa balik kampung..jadi kawan2 ikut la saranan yang diberi "rancanglah perjalanan anda"hihi..tapi kalau nak jam tu tetap jam juga kan..sabarsabar..

Apa-apa pon raya telah berakhir dan meninggalkan banyak pengalaman baru..tapi yang paling suka mesti la bila kita dapat berkumpul bersama ahli keluarga tersayang kan dan menjalankan ibadah yang disunatkan untuk kita..jadi hari ini cukup la satu post je..tak larat nak tulis banyak2..kepada semua..jumpa lagi..

Angah~rindu kat budak demok kat atas tu~faris fauzan












2 comments:

  1. ngah...saye rindukan kampong awak tu @ tempat saya dilahir & dibesarkan..huhuhuuuuu...rindu sangat2...

    ReplyDelete
  2. hihi tu la kan..banyak kenangan kita bersama kat sana.sekali sekala datang la merapoh..lepaskan rindu..

    ReplyDelete