31/10/2011

Masak lemak Tulang ikan talam masin

Salam semua,

Kawan-kawan semua da makan tengahari ker? makan pe ari ni?Kadang-kadang sampai tak ada idea nak makan apa kan?macam mana la dengan surirumah yang memang memasak selalu..kita yang bekerja n just cari makanan ni pon sik complaint tak tau nak makan apa..tapi kawan2 kita yang surirumah tu lagi la kena pikir nak masak apa untuk family??? memang respect sangat ngan diorang ni..

lately ni memang jarang sangat masak..My H tu nak diet jadi kurang la masaknya.

tapi ada la resepi dolu2 yang tak sempat nak post lagi.ari ni boleh la share dengan semua..klu rasa cam tak ada mood nak makan tu try la masakan ni..bsa ikan masin ni boleh buat selera kita terbuka ckit..bsa la kadang2 da jemu kan makan ayam,ikan,daging mahupun masakan barat n bandar???(ada ke nama masakan bandar??hihi pandai2 je ko angah)...sesekali nak juga makan makanan kampung yang membangkitkan selera..

Bahan2nya

Tulang ikan talam masin ~ potong kecil2
1/2 kilo santan
10-15 cili padi~tambah lagi klu nak pedas
kunyit hidup
2 batang serai~dititik
1 biji bawang besar~di mayang
Nenas/Terung~saya guna terung sebab tak sempat beli nenas
2 keping asam keping

Cara-caranya:

1-Rendam tulang ikan talam dlm air terlebih dahulu~mengurangkan rasa masin~toskan
2-Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat.Kemudian tumbuk bawang besar yang telah di mayang (jangan tumbuk terlalu lumat.2 kali da cukup)
3-Masukan kesemua bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.Masukkan juga serai,nenas/terung,santan dan asam keping bersama
4-Masak sehingga nenas/terung empuk.kemudian masukan tulang ikan talam tadi(harus dikacau selalu)
5-Tambah garam jika tak cukup masin (biasa tak perlukan garam sebab ikan da masin)
6-Hidangkan bila da masak.





Angah : Ikan masin ni boleh juga digantikan dengan ikan masin yang lain..tetap sedap..biasanya lagi sedap klu kita campur nenas..klu makan tu mesti bertambah-tambah..lagi2 klu ada sambal belacan.hihi..selamat mencuba

28/10/2011

Cucur Ikan Bilis

Salam semua...

Hari ini kita share resepi yang simple je la yer..petang nti iAllah lepas maghrib nak balik kg..Balik umah MIL..mggu depan sempena raya haji balik umah saya lak..cam jauh je umah..wahal kg my H n saya ni dlm 15-20minit jer..

klu petang2 tu kengkawan boring2..tambah2 lagi cuaca mendung tau hujan jer..boleh ler buat cucur ikan bilis ni..sedap sangat makan time panas..pekena lak dengan air kopi kan..hihi (cam la ko pernah wat air kopi angah)..My H tu suke milo jer..tiap2 ari milo saje..

Cucur Ikan bilis

Bahan

Ikan bilis
Tepung gandum
Sedikit sebuk kunyit ~ sikit saja tau
garam
Daun Kucai~ potong kecil
Carrot~potong halus
Telur 1 biji
1 biji bawang besar~mayang halus
Air secukupnya

Cara-cara

Gaul kesemua bahan sehingga sebati.Goreng didalam minyak yang panas..Siap untuk dihidangkan..








cicah ngan cili sos..lagi sedap cicah ngan sambal..umphh


Angah : ahad ni my H ada race..so good luck..dapatkan tempat yang terbaik k..muahmuah

Restoran sate UK

Salam Jumaat semua,

Semoga hari ini dan seterusnya memberi kita penuh keberkatan...

ok hari ini nak bawa kawan2 jalan-jalan cari makan(JJCM) ckit..sekarang ni agak jarang da jjcm ni..nak kata selalu masak kat umah tu pon xla jugak..hihi mbe my H tu on diet kot..tu la sebabnya da jarang kuar2 ni..

Malam before deepavali ari tu tetiba je nak makan sate..bsa makan kat R n R awan besar..tapi lately ni rasenya sate hj samuri da makin kurang rasanya..da kurang menarik pada saya la kan..so tnya my sister yani dekat mane tempat sate yang best??? sebab dulu dia pernah belikan(i means faiz-husband yani la) pernah beli sate yang best sangat..ok ada satu tempat dekat bangi..seksyen 7 klu tak salah..n memang dekat dengan rumah yani..

So saya n My H decide nak makan kat c2..tapi disebabkan hujan..kita tapau je la n makan kat umah yani..hihi

Ni la restoran tu ~ restoran sate UK~ Uk tu urat keting tau bkn united kingdom

Sementara menunggu sate untuk ditapau tu sempat la men 'order' menu lain yang simple jer.hihi

Muka yang menunggu dengan penuh kesabaran~hihi

Sup daging for my H

Mee Hailam

Da siap makan n tapau sate then pergi makan lak kat umah yani...jom layan gambar sate lak..


Sate yang memang sangat sedap

sate yang sedap..hihi

Bertambah-tambah lagi dengan kuah kacangnya..

So klu ada kawan2 yang nak makan sate tu boleh la try kat cni..memang sedap dan puas hati la mkn..

Singgah umah yani ni jumpa la budak comeiii ni..tak lama lagi cukup la setahun..

Zikrie Iman

sibuk nak cakap ngan p.ngah dia..wpon xfaham pe dia cakap..hehe

Angah : Selamat menjamu selera kawan-kawan semua

27/10/2011

Opera cake

Salam semua,

Semalam seharian tak dapat pergi mana-mana walaupun public holiday..sebabnya..cuaca tak mengizinkan..hujan lebat sepanjang hari..jadi dari tak buat apa2 sya pon decide la nak buat cake..

Da lama sangat nak cuba buat cake opera ni..memang terpikat habis dengan kekemasan cake ni..dan mbe rase yang sedap??tapi..masalahnya sya agak kurang dengan kopi..apa lagi nescafe..memang sesangat elergic..tapi sebab nak cuba juga..saya pon dok pikir kopi apa yang saya boleh terima ckit??yang tak menyebabkan pening kepala..

ok kengkawan jom tengok resepi cake ni

Resepi asal : blog citarasawan


Opera Cake

Bahan Kek Sponge Badam
Bahan A
7 biji kuning telur
100ml mentega cair/minyak jagung
100ml susu segar
100gm tepung superfine / Tepung Hongkong
200gm serbuk badam

Bahan B
7 biji putih telur
170gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar


Coffee Syrup
1 sudu teh serbuk kopi instant~ guna cappuccino
3 sudu besar air panas
1 sudu besar gula kaster
(Larutkan)

Chocolate Ganache
250gm coklat masakan hitam - di potong kecil
200ml UHT whipping cream /Thickened cream

(Panaskan whipping cream secara double boiler, tetapi jangan sampai mendidih.  Tutup api dan masukkan coklat masakan, gunakan whisk, kacau hingga cair.  Simpan di dalam peti sejuk.

Coffee Ganache
200gm coklat masakan putih - di potong kecil
150ml UHT whipping cream /Thickened cream
1 sudu teh coffee emulco

(Panaskan whipping cream secara double boiler, tetapi jangan sampai mendidih.  Tutup api dan masukkan coklat masakan, gunakan whisk, kacau hingga cair.  Simpan di dalam peti sejuk semalaman.   Apabila hendak digunakan, pukul coffee ganache menggunakan high speed sehingga kental, baru disapu ke permukaan kek.
  

Coffee~pilih Cappuccino
Cara-cara:
1.  Sediakan 2 loyang 10 x 14, Leser dasar loyang dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak.
2. Bahan A, menggunakan hand mixer, pukul kuning telur, susu cair dan mentega cair hingga sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk badam, gaul hingga rata.  Ketepikan.
3.  Dalam bekas lain, satukan bahan B dan pukul hingga kental dan bertanduk
4.  Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (650gm setiap satu).  Tuang ke dalam 2 buah loyang yang telah disediakan.
5.  Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 10 minit.~ bergantung pada oven masing2
6.  Angkat dan sejukkan dahulu.
7.  Potong kek (setiap satu) kepada 3 bahagian yang sama besar.  Kek ini agak tipis, gunakan pemotong plastik dan slip ke bawah kek apabila hendak mengeluarkannya.  Keluarkan alas kertas minyak dengan hati-hati ~ potong 2 bahagian saja(mcm kecik lak nak potong 3 bahagian)~mbe loyang saya kecil ckit


Menyediakan Kek
1.  Sediakan coffee syrup, coklat ganache dan coffee ganache.
2.  Ambil sekeping kek yang telah dipotong, sapu permukaannya dengan coffee syrup.  Kemudian sapu satu lapisan coklat ganache, ratakan.
3.  Letak sekeping kek lagi di atasnya, kemudian sapu permukaan dengan coffee syrup, kemudian sapu satu lapisan coffee ganache, ratakan.
4.  Ulangi langkah (2) dan (3) sehingga habis.
5.  Untuk lapisan akhir, ratakan coklat ganache ke seluruh kek dan simpan di dalam peti sejuk.  Hias mengikut suka.
Angah : lupa pulak nak ambil gambar masa buat lapisan demi lapisan ni

Angah : kualiti gambar tersangat la "out" nya..n tulisan tu pon tak pakai nozzle..tu la jadi cam tu~angah ngaku je la yang tulisan ko tu memang buruk..tetttttt..

Selamat mencuba semua..tersangat la sedap cake ni dengan combination rasa coklat dan coffee yang sangat marvelous..muahmuah

25/10/2011

Ikan Pari Asam Pedas

Jom kengkawan kita sambung lagi dengan menu seterusnya...Pari Asam Pedas

Dolu-dolu kan kan..saya ni memang tak makan ikan pari..tapi masa pergi melaka tu n cuba ikan pari asam pedas ni terus jer jatuh cinta..memang la tersangat la sedapnya..rugi betul tak cuba dari awal kan..

Asam pedas ni memang favourite la..suke sesangat rasanya..tu la yang selalu ajak my H tu g melaka..bukan jauh pon..balik ari pon boleh..tapi bsa la..jwpnnya "malas la"..huhu sedihnya..

Resepi ni saya copy kat internet..terima kasih tuan empunya sebab sudi kongsi resepi ikan pari asam pedas ni..


Resepi asal :dianaajag.blogspot.com

Bahan2nya :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)

3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)
3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
air asam jawa
garam + gula
minyak


Caranya :


Panaskan minyak....
Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...
Masak sampai benda blend tu garing n masak...
Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..
masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
then last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....

Dah siap..Jom Makan 



sedap sesangat tambah2 ikan yang segar


fuhhhh lega...da abis da..hahaha

Angah : Belajar sesuatu pasal resepi ni..halba memang memberi satu aroma yang sangat wangi bila kita tumis tu..n memekatkan kuah juga..hihi