20/10/2011

Spaghetti Olio-olio

Salam semua...

Jangan boring-boring tau baca blog ni..Rasa macam nak post macam2 resepi dekat cni..so klu setakat 4-5 post sehari tu cam ok la kot..hihi..

Nanti bila da boring tu 1 post sehari bahkan seminggu tau sebulan pon belum tentu nak buat kan..jadi kawan2 layan je la 'kegilaanku' sekarang ini..

Saya ni memang suka sangat makan western..pe2 je la semua pon nak cuba..semangat nak mencuba resepi western tu selalu melebihi yang lain..maybe sebab ringkas dan agak segera gak la bahan2 yang digunakan..tu yang ter'excited' lebih..tapi seperti biasa memang resepi yang terlebih ringkas je yang menjadi pilihan saya ni(angah!! cakap je la malas atau tak tau resepi yang berat2 ckit tu)


Jom tengok bahan-bahan yang digunakan

1 Paket spaghetti
Daging ayam ~ dipotong kecil
Bebola ayamas ~ potong 4
Sotong
Udang
I biji bawang besar ~ dikisar
3 biji bawang putih ~ dikisar
10 biji cili padi ~ dikisar (guna 5 merah,5 hijau)
1/2 lada benggala hijau ~ dihiris nipis
1/2 lada benggala merah ~ dihiris nipis
1 biji lobak merah ~ dipotong dadu
4 sudu stok ikan
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

1-Rebus spaghetti dan tos kan airnya
2-Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.Masukan ayam dan sotong
3-Bila air ayam dan sotong hampir kering masukkan udang dan bebola ayam
4-Masukkan stok ikan dan kiub ayam dan lobak merah
5-Masukkan spaghetti bersama-sama lada benggala tadi
6-Perasakan bersama garam dan gula..siap untuk dihidangkan






Angah : Maaf la gambar semua simple2 jer..memang tersangat la tak reti nak mendeko-deko ni..tp tu je la yang termampu oleh jurugambar tak profesional ni..hihi..yang penting kita enjoyyyyyy...

2 comments:

  1. rajinnya awakkkk...hari kerja pun masak gak ke?...kalau sayaaaa...hari kerja sori la nak masuk dapur...heeee

    ReplyDelete
  2. hihi kebetulan je da kawan datang umah masa ni..so masak la..

    ReplyDelete