24/10/2011

Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum semua..

Hari ini nak share resepi ikan siakap 3 rasa..ni memang ikut resepi sendiri je ni..tengok bahan pe yang da dalam freezer n terus je campur sesuka hati..janji da la sekurang-kurangnya 3 rasa tu kan..

Ikan biasa saya beli kat tesco je..memang tak da masa nak pergi pasar..ikan ni pon beli masa lunch time..nasib la office ngan tesco tu dlm 5-10minit.jd senang la kan..hihi ni la aktiviti saya dan kawan2 masa lunch.pergi beli barang dapur..lagi pon senang cikit..kita boleh mintak pekerja tesco tu tolong siang ikan siap2 and letak dalam freezer kat office sementara tggu waktu balik..office ni memang dah macam rumah sendiri jer.hihi

Yang paling saya suka ikan siakap memang antara ikan paling segar kat tesco.masih terasa manisnya isi ikan tu..haha..cam da jadi duta tesco lak..

Jom kita layan resepi ikan siakap 3 rasa ni

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap ~ letak kunyit dan garam ~ goreng sehingga garing

Bahan sos

3 sudu cili kering yang telah dikisar
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 biji bawang putih ~ potong dadu
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
2 batang serai ~ hiris nipis
4 helai daun limau
Bunga Kobis ~ potong kecil
Timun ~ potong dadu (jgn terlalu kecil)
1/4 lada benggala merah ~ potong dadu
1/4 lada benggala hijau ~ potong dadu
1 biji tomato ~ potong dadu
Garam+gula secukup rasa

Cara-cara

1- Tumis bawang putih+bawang merah.Masukkan cili kering.Bila da garing masukkan kesemua sos2 tadi
2- Kemudian masukkan serai,daun limau,bunga kobis dan timun
3- Bila da separuh masak sayur2an tadi masukkan lada benggala dan tomato
4- Akhir sekali perasakan dengan garam+gula

Ikan da siap digoreng..besar ikan ni sampai ekor pon terlipat..tak muat kuali.hihi

 taburkan dengan sos 3 rasa

 manis sangat rasa ikan ni..terasa kesegarannya.

zoom in ckit sos ikan ni

Yummy..hihi ni makan untuk 2 orang jer tau My H n Me
tu pon tak cukup..
Memang terselahhh laaa kuat makan nya
Hahaha

Angah : selamat menjamu selera semua..



2 comments:

  1. tak pe...makan banyak kalau badan tak naik..kalau saya..ishhhh...heeee...

    ReplyDelete
  2. mana ada tak naik suhaiza..after kawen je da naik 25 kilo...waaaa sedih sesangat.hihi

    ReplyDelete