Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

07/01/2013

Aktiviti hujung minggu aku~

Assalamualaikum

amacam cuti hujung minggu korang?
rasanya ramai yang ambil cuti lama kan minggu lepas
almaklum la minggu lepas kan minggu pertama persekolahan
jadi ramai la yang bizi menguruskan anak-anak
lagi teruja kalau first time anak masuk sekolah kan

aku pun cuti jugak walaupun takde anak yang nak masuk sekolah
aku cuti hari jumaat sampai la ahad
sabtu dengan ahad tu memang cuti pun kan..saje je nak tunjuk i cuti lama uollss
actually ada hal yang kena settle on friday tu..pasal tu la ambil cuti
hal nya kejap saje..selebihnya tu aku habiskan dengan aktiviti berjimba bersama en H
En H pun cuti jugak ok

takde gambar pun nak share on friday tu..aku dengan en h keluar awal pagi lagi
kita settle kan hal kita tu dulu~cepat pulak settle nya..terus blur nak buat apa
then en H kata nak cari buku kat popular
kami terus zass ke ioi mall..hoii kul 10 pagi ok..kedai pun tak buka lagi
terpaksa la menunggu menghabiskan masa kat situ
sambil-sambil tu boleh la pergi urut kat kerusi urut dekat mall tu
makcik dah tua anak-anak..asyik la sakit urat saje
lepas dapat buku en h tu kita jejalan la cari barang kat mall tu
tengahari keluar cari makan kat luar..kena cepat-cepat sebab en h nak pergi solat jumaat
malam pulak masak speghetti bolognese..lama ok tak makan speghetti nie


Hari sabtu pulak en H seperti biasa pergi main basekal
tengahari baru balik..aku malas nak masak-masak ni..ajak en h keluar cari makan
kita plan pergi jusco balakong..lama ok tak pergi area sana..dulu selalu jugak pergi coz dulu masa bujang en h duduk area balakong..so aku pun rajin la ke sana..masa bercintan kan..rajin la ko..
demi cinta sanggup ku redah highway bertemu cinta hatiku (gaya shila hamzah) eeeiii..puii

kami kan makan kan dekat teppanyaki

 ni ala-ala abc la..sedap gilee..aku suke sangat..lupa pulak namanya


chicken & beef teppanyaki

lepas makan ingat nak la shopping2 kan..tapi takde pulak barang yang berkenan di hati
terus zass balik rumah

ahad pulak tak pergi mana-mana
just kemas-kemas rumah..en h pulak tak boleh tido malam sabtu tu disebabkan penangan nescafe
tu la ekk gile dengan aku tau..aku tanya nape minum nescafe memalam nie..nti tak boleh tido?
dia selamba je cakap ala kalau nak tido nanti tido jugak walaupun minum nescafe
hah ambik ko..satu malam tak boleh tido..lepas subuh baru dia boleh tido
tu pun tido kejap je coz aku kejut ajak g bekpes kat mamak
aku sekarang cam suka pulak bekpes kat mamak
tosai satu!!!

balik rumah lepak-lepak
masak ringkas-ringkas


sardin je pun~feberet en H
pas zohor en H sambung tido sampai ke petang..aku layan tv je

malam tengok juara lagu ke 27
aku tengok kejap je..pastu tertido..dah makin tua ni aku makin tak boleh nak layan anugerah ke pertandingan nyanyian ke..boring kan aku?
tapi masa umum pemenang tu boleh pulak terjaganya
tahniah untuk semua pemenang..en H target lagu teman pengganti menang
tapi tak pulak..menang kategori persembahan terbaik je
frust gila en h..dia memang suka sangat lagu tu..itu la pun lagu yang dok karok kat telinga aku nie hari2
sekian saya melaporkan aktiviti hujung minggu saya.

15/10/2012

Bila En H konker Tv

Assalamualaikum

Bila en H konker tv


nie la aktiviti terbaru aku


karaoke lagu jiwang karat..kuikui


11/05/2012

mY sIs cONvoCation~UPSI

Assalamualaikum

Hari isnin yang lepas aku pergi ke tanjung malim
sedih pulak rasa 
Kenapa?
hihi dulu-dulu aku selalu datang tanjung malim
samada dengan en h ataupun drive sendiri
ye lah sejak adik aku teh belajar kat upsi banyak kali jugak la aku ulang alik ke upsi
almost 4 tahun
tapi sekarang
my sis dah habis study..so aku yang feel lebih bila lagi la nak datang t.malim
hover kan aku..kihkih

Cepat saja 4 tahun berlalu kan
dulu ingat lagi kali pertama aku hantar adik aku study kat upsi
masa nak tinggalkan dia kat sana tiba2 lak teremo
bukan apa dia nie memang tak pernah berjauhan dari family
Tak pernah tinggal di asrama
apa lagi belajar jauh-jauh
so as a kakak la kan hihi
perasan risau kat adik tu mesti la ada
tapi aku rasa aku sorang je yang teremo
adik aku teh tu bukan main lagi seronoknya
terus je jumpa kawan-kawan baru and macam aku feel dia kata
"korang nie bila nak balik"
@___@

okey tu cite 4 tahun lalu
sekarang dah sampai masa nak meraikan susah payah dia belajar 4 tahun dulu
Dan hadiah kepada mak dan abah aku yang susah payah mendidik dia selama ini
Tapi sedih lagi dan lagi
kihkih
bukan semua family aku dapat join pun
sekarang semua dah besar dah keje 
lagi lagi majlis tu hari isnin
abah aku pun tak dapat datang sebab keje
masa aku konvo dulu je hampir semua ada
hampir je la tak semua pun

dah lah malas nak cite lebih-lebih
korang layan je la gambar2 kat bawah nie


Zikrie yang setiap kali ambik gambar mesti confius punya

aku and mak aku..tensi mak aku kena paksa gambar time panas
actually konvo nie buat dekat dewan baru
so tak banyak lagi pokok..memang panas sesangat tambah2 cuaca sekarang ni kan memang panas
(ayat ntah pe2)

Sesi memilih bunga..mak aku tak nak ada patung2 nie sume
and kalau boleh tu nak bunga plastik jer
so korang tengok ler sendiri memang semua bunga pun ada patung
finally je dapat..

me and my loving mak

Korang tengok tak beza kulit zikrie dengan en h tue
tue la orang yang bersukan tak ingat dunia punya
hujan panas ribut petir pun nak bersukan je memanjang
last2 itulah warna kulit yang terhasil
takpe hitam2 pun aku sayang
wakawakaka

my mak yang gembira anak dia finally konvo
so sekarang tinggal sorang lagi
huh yang tue taktau nak kata la
harap2 abis la study on time
tak larat mak den nak nangung lagi eh


En h nie kalau aku ajak bergambar je
mula la macam2 alasan
kecik ati ahkak tau
dah la gambar berdua ada berapa keping je

kan aku dah cakap
memang budak confius sorang nie

nie la ibu zikrie merangkap adik aku~yani

hihi finally muncul jugak orang yang dirai
tue pun orang kata habis la 1 kodak (dolu2 kan guna kodak) kami posing dulu
tersengih kegembiraan

maka acara wajib pun bermula
apa lagi
gambar gambar gambar

my mak and teh

nak jugak menyelit

ada jugak gambar semua yang hadir


Tahniah teh
lepas nie bila dah start posting jangan lupa belanja
pesanan ikhlas dari akakmu yang tercinta nie


Korang perasan tak dalam banyak2 gambar mata si zikrie tu asyik ke lain je
langsung taknak pandang camera
sebenarnya mata dia dok perhatikan belon cam kat orang belakang tue pegang la
asyik nak belon tue saja
nampak je belon tue asyik cakap antik antik
huhu kesian ko zikrie takde orang nak layan permintaan dia
actually kami nie bukan la kejam sangat
cuma kat umah dia memang dah banyak..pasal tue malas nak beli
lagipun leceh nak bawak kesana sini tengah orang ramai tue







Gambar kat atas tue semua gambar teh dan kawan2nya
nie la antara BFF dia
Tak sempat nak jumpa semua
kami pun sibuk nak balik sebab dah lewat petang sangat




gambar2 sementara tunggu teh pulangkan jubah dia dan kami gerak ke kl semula
tapi sebab dah lewat kami solat maghrib di upsi dulu
dan alang2 dah lewat kami ronda2 kat tapak konvo before balik kl

anyway 
tahniah to my sis
nurul aisyah bt mat yunus
(wah siap nama penuh lagi tue)

^___^

03/04/2012

WetWorld Shah Alam-Berjimba di hari Sabtu

Salam Semua,

Korang buat apa weekend lepas?
Sabtu lepas en H mem bizi kan diri die dengan pertandingan basekal die tu kat senawang N.9
So aku selalu di tinggalkan keseorangan
Tapi ada aku kesah?
kuikui tak kesah tu sebabnya adik aku yani ajak mandi kat wetworld S.alam
cuba kalau aku duduk sorang-sorang kat rumah sehari suntuk
mesti la mood ke laut lepas tu
Jadi ini balasan untuk en H sebab selalu tinggalkan aku..tak dapat la dia nak join kami hari tu #jelesjeles#

So pagi sabtu lagi yani,faiz dan zikrie datang ambil aku kat rumah
before pergi kami breakfast dulu nasi kerabu..syok sedap sangat..tapi tak abis sebab banyak sangat
actually hari tu hujan tapi kami pedulik hapa kan..mandi tetap mandi..

 hai auntie uncle cemua..nama caye zikrie iman
Tengok muke caye ekcited cangat nak mandi kolam
Tapi cebenarnya caye tolong cover ekcited ibu ayah dan mak ngah caye je
dorang tue ujan-ujan pun nak bawak caye mandi kolam juge..
cejuk cejuk..

Diam la ko zikrie..pandai jer
sambung sambung..ni kira kali ke dua la aku datang sini..yang pertama dulu 2 tahun lepas kot
masa tu murah lagi nak masuk sini tapi kali ini dah naik dah reganya
Tapi aku tak kisah sangat sebab rasanya dah banyak tambahbaikan yang di buat compare 2 tahun lepas

Jom masuk tapi before tu kena la beli tiket dan baca sikit peraturan kat dalam nie

Harga tiket rm 20 untuk dewasa..2 tahun lepas rm 10 saja..untuk kanak2 sekarang nie dah ikut ukuran tinggi pulak..jadi pada ibubapa yang ada anak dalam kategori kanak-kanak tapi tinggi dalam kategori remaja tu memang kesian la..tak pasal2 kena bayar ikut tiket dewasa pulak ~cadangan aku patut tengok ic la kan
Macam la orang wetworld nie baca cadangan ko tu angah

Cerita pasal tiket nie aku teringat kat sorang makcik yang aku jumpa plus borak kat dalam nie..
makcik tu orang susah tapi disebabkan anak2 dia teringan sangat nak datang wetworld nie dia usahakan juga.
Makcik tu dah kehilangan suami ketika anak dia masih kecil lagi
sekarang anak dia dah darjah 4
Dia datang dari kuala selangor..naik bas saja..tu pun terpaksa tukar bas 2 kali semata-mata nak datang wetworld..mula-mula dia baget dalam seratus lebih kos dia datang dan tiket semua..tapi sampai saja wetworld tengok harga tiket dah naik..cian kan..terpaksa bayar lebih..
Banyak lagi yang aku borak ngan makcik tu..apa pun aku harap makcik tu tabah menjalani kehidupan ini
Maybe nilai 20 ringgit tu kecik bagi kita tapi tidak bagi orang lain *emosi*


Ok ini pulak peraturan kat wetworld tu..kata tak boleh bawak makanan dari luar..tapi kalau korang masuk kat dalam tu..siap macam pergi picnic lagi..aku pun taktau cne dorang boleh seludup makanan tu semua
siap berbakul2 tau..ya la korang cuba bayangkan kalau family ramai yang datang..tak ke over the baget nak membeli makanan kat dalam tu

Harus la bergambar dulu..aku dah gemuk..huhu..cuba untuk mengecilkan diri sebaik-baiknya *azamohazam*

Kat dalam ni ada kedai juga..so korang boleh la beli baju ke kalau lupa nak bawak baju tu..pelampung warna hijau tu dah sah menjadi hak milik zikrie iman

Antara kemudahan yang disediakan..loker peribadi..tapi mak aii mahal bebenor..rm 5 ringgit sekali kunci
so kalau dah tutup tu buka masa nak balik nanti je la..kat atas tu kedai yang ada kat dalam wetworld ni..tu sebab tak boleh bawak makanan dari luar.nanti tak laku maa kedai kat sini


Ini saja gambar yang sempat aku snap..sebab den dah tak sabo nak terjun nie..gambar masa mandi pun takde sebab kamera dah selamat kat dalam loker peribadi..tak boleh buka dan ambil dah..*alasan*padahal mandi tak hingat..tue yang  terus je takde masa nak bergambar2 nie

Ok la auntie n uncle cemua..zikrie dah penat dah..cekarang zikrie nak balik umah tido-tido dulu cebab malam nanti zikrie nak g makan kat safina seafood dekat ngan putrajaya..
tapi cam biaca la..mak ngah zikrie ni pemalas cangat nak bawak cameya..jadi tak ada gambar zikrie nak chare ngan cemua..tapi zikrie nak bagitau..makanan kat citu memang cedap2 belaka..mulah2 pulak tue..
Lagi best kan auncle auntie ayah zikrie belanja..time kacih ayah..nanti belanja lagie ya..
Time makan je baru pak ngah zikrie join kite together-gether..hepi la pak ngah zikrie tu cebab dia dapat nombo best main bacikel..tahniah pak ngah..

_________________________________________________________________________

Aktiviti bersambung dengan hari ahad..

hoho hari ahad tu memang hari kemalasan sedunia..
Lepas subuh aku tido semula..ingatkan en H tu pun tido jugak
rupanya dia dah bangun awal2 lagi
aku terjaga pun sebab dengar bising2 kat tingkat bawah..rupanya en H tu sibuk membasuh basekal dia
aku dengan malas bangun then basuh muka ala2 kadar dan sambung baring kat sofa sambil tengok tv
En H dengan baik hatinya telah menyetalkan semua keje
Pas tu dengan baik hati lagi tanya aku nak makan apa sebab dia nak beli (apa?korang ingat en h tu nak masak?jangan harap la..kihkih)
Breakfast pun dah pukul 10pagi..
Ingatkan nak keluar pukul 12 tapi badan nie macam tak boleh nak bangun..still landing depan tv lagi.
haha..ko tengok bertapa pamalasnya haku ini
pukul satu baru mandi then keluar  pergi alamanda jejalan dan shopping cari kasut
Mak aii ramainya orang kat almanda..maybe minggu gaji kot..tak larat aku..dapat kasut satu terus keluar
pusing2 dekat masjid jap..lepak2 tengok tarian jap sebab masa tu ada minggu kraftangan kot tak salah
yang selalu aku sesalkan..
aku tak bawak kamera..kalau tak mesti aku dah rakam dah pertandingan tarian tu semua
walaupun aku nie tak reti menari langsung tapi aku suka tengok tarian nie
(sebenarnya aku patut ambik gambar sebab nak tulis kat blog*sobsob*)

Then aktiviti aku diteruskan ke giant puchong untuk membeli barang-barang rumah
kalau beli barang rumah tak sah kalau tak abis rm 150-200
kadang2 aku pun pelik..nak kata ada anak tak ada anak
duduk pulak dua orang je..dah lah jarang masak..tapi taktau beli apa mesti habis banyak jugak
kalau stok sebulan tak apa la juga..ini tidak..tiap2 minggu pun still beli barang dapur jugak
pukul 5 baru la aku dan en h makan tengah hari..ko bayangkan orang dah nak makan malam baru kami makan lunch..makan kat chicken rice shop (betul idok namanya tue..teman pon kurang pasti)
then balik sambung lagi kemalasan sampai la malam..*krohkroh*


P/S: Sape-sape yang nak Order AuraWhite Collagen boleh call/sms 012-2869 683..Banyak free gift menanti anda!!jangan lupa call..tq

15/03/2012

i-city oh i-city oh

alo alo !!! >_<

tempat korang ada air tak???rumah saya tak ada air la..baru hari nie tak da airnya..tapi korang jangan la ingat saya nie tak mandi pagi then pakai minyak wangi banyak2 terus g ofis <-----tetttt i mandi okeyyy...kihkih

Weekend lepas family in law saya datang rumah..saja jejalan ..dorang datang satu hari je.so tak banyak plan la yang boleh dibuat..pulak2 saye ni kena keja hari isnin tu..dorang sampai puchong ahad petang..jadi malam tu kita semua pergi i-city sebab my sis in law nak p sana..bagi saya dan my h ini bukan la kali pertama kami ke i-city..tapi dah banyak sangat perubahan kat i-city nie compare dengan masa mula-mula pergi dulu..ok secara peribadinya dulu lagi best kot sebab sekarang ni macam dah kurang dah lampu-lampu yang menarik..sekarang nampak lebih fokus pada permainan pula..tapi kalau pergi sini gambar tak hingat terus..kita harus baget yang kita ni baru first time datang sini dan teruja tengok lampu2 kat situ (tips!)

biar la gambar yang menceritakan perjalanan seterusnya (edisi malas nak menaip)






Ini laa permainan yang saya bagitau tu..kaunter tiket die memang cantik kauu..tapi tak sempat nak tanya harga-harga tiket untuk permainan nie semua..que nak beli tiket dan nak main mainan nie semua huhh panjang.*fullstop*
family in law
ini la anak manja mak... ^______^
gambar sendiri harus la ada..
malas nak letak gambar berdua...tapi letak jugak..kihkih

^_______^