Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

24/07/2012

Ikan Patin Gulai Tempoyak

Bahan-bahan

Ikan patin-potong la berapa bahagian korang suka
tempoyak
cili padi~lagi pedas lagi umpphh
kunyit hidup
daun kesum
Timun tua (kikis sikit kulit)~mak aku panggil timun taun (entah betul tidak eja cam tu)
air 
garam

Cara-cara

Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sampai lumat
then gaul dengan tempoyak
masuk timun tua dalam periuk..campur daun kesum..masukkan campuran tempoyak tadi..campurkan air sedikit bagi berkuah and masak
bila mendidih masukkan ikan dan perasakan dengan garam

cepat dan senang je kan kan..




05/03/2012

Kari kepala ikan merah

Salam semua,



Hari ini nak share resepi kari kepala ikan merah..dah lama sebenarnya nak try masak ikan merah ni..tapi saya ni bukan la orang yang pandai nak masak ikan2 ni..lagi2 kalau ikan yang besar2 ini..memang tidak la.cuma semangat nak mencuba tu memang lah ada..itu yang digagahkan diri ini untuk terus mencuba..tapi ada syaratnya..ikan tu memang kena siang/potong siap2..saya ni memang tak reti nak siang ikan..lagi2 yang besar2 tu..yang kecik2 tu pun baru je abis belajar..hihi..nak yang mudah saja kan..camne ni nak masuk next masterchef nie..idok la kome nie..

ayam pun sama..tak pernah lagi saya potong ayam seekor tu.memang beli yang siap potong punya..teruk kan?tapi harap2 seiring usia ni(takada kena mengena) saya akan belajar la semua tu..ok berbalik pada cite ikan merah ni..saya ni kadang2 ada satu habit la..kalau dah try dan suka ikan tu memang akan beli berturut2 la..sampai la dah boring dan tekak tak boleh terima baru cuba ikan lain pula..jadi sama la dengan ikan merah ni..pertama kali beli ni saya masak kari dulu then kali kedua saya try masak asam pedas pula..next post saya share ok.

Kari kepala ikan merah

Bahan2
Kepala ikan merah~potong 2
cili kering mesin
1 paket rempah kari babas (yang kecil)
sedikit halba campuran
3 sekawan-bunga cengkih,lawang & kayu manis
1 biji bawang besar-mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
daun kari
tomato
bendi
1/2 kilo santan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

cara-cara

1-campurkan cili mesin dan rempah kari dengan sedikit air..gaul sebati
2-panaskan sedikit minyak.masukkan halba campuran dan 3 sekawan.Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih.tumis sehingga wangi kemudian masukkan daun kari.
3-Bila bahan tumis dah layu masukkan cili mesin yang telah dicampur dengan rempah kari tadi.tumis sehingga garing dan masukkan santan.
4-kacau santan selalu.bila dah mendidih masukkan ikan,bendi dan air asam jawa.
5-akhir sekali perasakan dengan garam dan gula dan masukkan tomato sebelum api ditutup.




^_____^

P/S: Sape-sape yang nak Order AuraWhite Collagen boleh call/sms 012-2869 683..Banyak free gift menanti anda!!jangan lupa call..tq

01/03/2012

Siakap stim asam boi

Salam semua,

Ayat cam biasa..lama tak menulis kat blog ni..

Banyak sebenarnya yang nak share dengan semua..terutama resepi la kan..tapi ada saja halangan nya..namun saya harap selepas ini keadaan akan kembali seperti biasa..hihi..maksud tu nak menulis blog la..kalau lepas ni memang jarang jugak men hapdet blog ku ini memang alasan semata2 la tu..dulu memang bizi dengan kisah nak pindah rumah tu..then bersambung pulak dengan keje ofis ni..tapi alhamdulilah akhirnya siap dah audit kat company ni..tengok (mcm la uolls semua boleh tgk kan..iye idok?) nak membuktikan yang saya ni bukan la malas sangat sebenarnya nak update blog ni..audit tu baru je abis semalam then hari ni terus je hapdet blog..jangan tak tau i memang rindu rinduan nak menulis ni.

tapi tulis yang ringkas2 je la dulu..kira pemanas blog la kan..nanti boring pulak orang nak baca..haha..perasan sendiri ..

ok resepi kali ni sama je dengan resepi yang pernah saya post dulu..cuma ada la sikit perubahan..macam dulu guna ikan bawal, sekarang saya cuba guna ikan siakap pula..dan nak buat kelainan lagi tu saya try pulak guna asam boi..klik sini untuk resepi dulu2..bahan lain yang ditambah asam boi, serai dan saya guna cili padi..bagi umppp sikit rasa pedas tu..




Angah~kualiti gambar dah makin kurang dah..macam malas pulak nak ambil gambar cantik2..hihi bukan apa lepas masak tu dah tak sabar2 nak makan..so kelam kabut la nak ambil gambar n makan..haha

 P/S: Sape-sape yang nak Order AuraWhite Collagen boleh call/sms 012-2869 683..Banyak free gift menanti anda!!jangan lupa call..tq

11/02/2012

Bawal emas stim/kukus

Salam semua


jom layan resepi ikan bawal emas stim/kukus :-

bahan2nya

1 ekor ikan bawal emas
Bawang besar~separuh (di mayang halus)
2 biji bawang putih (mayang halus)
Carot~potong memanjang
Halia~potong halus
1 batang cili merah (mayang)
1 biji tomato~potong dadu
1 biji limau kasturi
Daun bawang dan sup
Sos tiram secukup rasa
garam gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara-caranya :-

Masukkan bawang besar,bawang putih,halia,carot dan cili merah ke dalam air.Biar seketika sehingga air mendidih.Bila dah mendidih masukkan ikan bawal.Perasakan dengan sos tiram,garam gula dan jus limau kasturi secukupnya.Kukus sehingga masak dan hiasankan dengan daun bawang dan sup



Angah~Berakhir la resepi bawal emas ni..hihi tunggu tahun baru cina tahun depan pulak baru jumpa semula dengan ikan ni..memang dah jatuh cinta dengan ikan bawal ni..sangat sedap dan manis isinya..sebenarnya saya tak pernah makan atau order masakan stim/kukus ni..ini adalah yang pertama tu pun berkira-kira nak cuba ke tidak..finally cuba juga dan rasanya stim ni memang sedap..next time boleh cuba lagi..adios ^____^

 P/S: Sape-sape yang nak Order AuraWhite Collagen boleh call/sms 012-2869 683..Banyak free gift menanti anda!!jangan lupa call..tq

31/01/2012

Bawal Emas Sweet Sour

Assalamualaikum

Alo!alo

Cepatnya masa berlalu kan..rasa macam baru je tahun baru..tengok2 dah nak habis bulan satu.jadi harus la diriku meng hapdet satu post terakhir untuk bulan jan 2012 nie..ngehngeh..ok ok faham da makin jarang menulis blog sekarang ni.saya akan berusaha untuk kembali seperti dulu bila semua kerja saya da settle..hihi

ok la tak ada banyak masa..cewah..jom layan resepi yang memang simple je nak buatnya.

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal emas~potong 4 bahagian
gaul dengan sedikit kunyit dan garam

~goreng separuh masak dan ketepi kan

Bahan sos sweet sour
Sos sweet sour~life brand
1/2 biji bawang besar~mayang
2 ulas bawang putih
sedikit bunga kobis
sedikit carot
1 batang cili merah~buang biji potong dadu
1 biji tomato~potong dadu
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara
Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan bawang merah
Masukkan bunga kobis dan carot
bila agak layu masukkan sos sweet sour secukup rasa
Masukkan ikan bawal yang telah digoreng
Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah

Angah~sos sweet sour tu da cukup bahannya..jadi tak perlu la campur garam dan gula lagi.





Angah~Isi Ikan bawal emas ni memang sangat manis..pertama kali saya beli dan cuba masak.memang rasa nak gigit2 sampai ke tulang (Ok huduhnya perangai).selain dari sweet sour segara ini saya try juga masak stim..pon sodap.next time saya sharing-sharing ya..biasa ikan ini banyak di jual pada tahun baru cina saja..masa ni memang murah ikan bawal ni~saya beli kat pasar raya jer..tak tau la kalau kat pasar memang ada stok selalu..hihi saya ni memang tak pernah pergi pasar.kadang2 nak jugak pergi tapi tu la kan..kena keje..ada tak ada pun g pasar malam je la..(cam tak berbaloi gak g pasar besar tapi nak beli untuk 2 orang makan je-pulak tu masak seminggu sekali je ^________^ )

31/10/2011

Masak lemak Tulang ikan talam masin

Salam semua,

Kawan-kawan semua da makan tengahari ker? makan pe ari ni?Kadang-kadang sampai tak ada idea nak makan apa kan?macam mana la dengan surirumah yang memang memasak selalu..kita yang bekerja n just cari makanan ni pon sik complaint tak tau nak makan apa..tapi kawan2 kita yang surirumah tu lagi la kena pikir nak masak apa untuk family??? memang respect sangat ngan diorang ni..

lately ni memang jarang sangat masak..My H tu nak diet jadi kurang la masaknya.

tapi ada la resepi dolu2 yang tak sempat nak post lagi.ari ni boleh la share dengan semua..klu rasa cam tak ada mood nak makan tu try la masakan ni..bsa ikan masin ni boleh buat selera kita terbuka ckit..bsa la kadang2 da jemu kan makan ayam,ikan,daging mahupun masakan barat n bandar???(ada ke nama masakan bandar??hihi pandai2 je ko angah)...sesekali nak juga makan makanan kampung yang membangkitkan selera..

Bahan2nya

Tulang ikan talam masin ~ potong kecil2
1/2 kilo santan
10-15 cili padi~tambah lagi klu nak pedas
kunyit hidup
2 batang serai~dititik
1 biji bawang besar~di mayang
Nenas/Terung~saya guna terung sebab tak sempat beli nenas
2 keping asam keping

Cara-caranya:

1-Rendam tulang ikan talam dlm air terlebih dahulu~mengurangkan rasa masin~toskan
2-Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat.Kemudian tumbuk bawang besar yang telah di mayang (jangan tumbuk terlalu lumat.2 kali da cukup)
3-Masukan kesemua bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.Masukkan juga serai,nenas/terung,santan dan asam keping bersama
4-Masak sehingga nenas/terung empuk.kemudian masukan tulang ikan talam tadi(harus dikacau selalu)
5-Tambah garam jika tak cukup masin (biasa tak perlukan garam sebab ikan da masin)
6-Hidangkan bila da masak.





Angah : Ikan masin ni boleh juga digantikan dengan ikan masin yang lain..tetap sedap..biasanya lagi sedap klu kita campur nenas..klu makan tu mesti bertambah-tambah..lagi2 klu ada sambal belacan.hihi..selamat mencuba

25/10/2011

Ikan Pari Asam Pedas

Jom kengkawan kita sambung lagi dengan menu seterusnya...Pari Asam Pedas

Dolu-dolu kan kan..saya ni memang tak makan ikan pari..tapi masa pergi melaka tu n cuba ikan pari asam pedas ni terus jer jatuh cinta..memang la tersangat la sedapnya..rugi betul tak cuba dari awal kan..

Asam pedas ni memang favourite la..suke sesangat rasanya..tu la yang selalu ajak my H tu g melaka..bukan jauh pon..balik ari pon boleh..tapi bsa la..jwpnnya "malas la"..huhu sedihnya..

Resepi ni saya copy kat internet..terima kasih tuan empunya sebab sudi kongsi resepi ikan pari asam pedas ni..


Resepi asal :dianaajag.blogspot.com

Bahan2nya :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)

3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)
3 batang serai - dititik
1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)
air asam jawa
garam + gula
minyak


Caranya :


Panaskan minyak....
Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...
Masak sampai benda blend tu garing n masak...
Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..
masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....
banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...
then last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....

Dah siap..Jom Makan 



sedap sesangat tambah2 ikan yang segar


fuhhhh lega...da abis da..hahaha

Angah : Belajar sesuatu pasal resepi ni..halba memang memberi satu aroma yang sangat wangi bila kita tumis tu..n memekatkan kuah juga..hihi

24/10/2011

Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum semua..

Hari ini nak share resepi ikan siakap 3 rasa..ni memang ikut resepi sendiri je ni..tengok bahan pe yang da dalam freezer n terus je campur sesuka hati..janji da la sekurang-kurangnya 3 rasa tu kan..

Ikan biasa saya beli kat tesco je..memang tak da masa nak pergi pasar..ikan ni pon beli masa lunch time..nasib la office ngan tesco tu dlm 5-10minit.jd senang la kan..hihi ni la aktiviti saya dan kawan2 masa lunch.pergi beli barang dapur..lagi pon senang cikit..kita boleh mintak pekerja tesco tu tolong siang ikan siap2 and letak dalam freezer kat office sementara tggu waktu balik..office ni memang dah macam rumah sendiri jer.hihi

Yang paling saya suka ikan siakap memang antara ikan paling segar kat tesco.masih terasa manisnya isi ikan tu..haha..cam da jadi duta tesco lak..

Jom kita layan resepi ikan siakap 3 rasa ni

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap ~ letak kunyit dan garam ~ goreng sehingga garing

Bahan sos

3 sudu cili kering yang telah dikisar
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 biji bawang putih ~ potong dadu
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
2 batang serai ~ hiris nipis
4 helai daun limau
Bunga Kobis ~ potong kecil
Timun ~ potong dadu (jgn terlalu kecil)
1/4 lada benggala merah ~ potong dadu
1/4 lada benggala hijau ~ potong dadu
1 biji tomato ~ potong dadu
Garam+gula secukup rasa

Cara-cara

1- Tumis bawang putih+bawang merah.Masukkan cili kering.Bila da garing masukkan kesemua sos2 tadi
2- Kemudian masukkan serai,daun limau,bunga kobis dan timun
3- Bila da separuh masak sayur2an tadi masukkan lada benggala dan tomato
4- Akhir sekali perasakan dengan garam+gula

Ikan da siap digoreng..besar ikan ni sampai ekor pon terlipat..tak muat kuali.hihi

 taburkan dengan sos 3 rasa

 manis sangat rasa ikan ni..terasa kesegarannya.

zoom in ckit sos ikan ni

Yummy..hihi ni makan untuk 2 orang jer tau My H n Me
tu pon tak cukup..
Memang terselahhh laaa kuat makan nya
Hahaha

Angah : selamat menjamu selera semua..