Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

06/04/2013

PePlum In D House

***sticky post..please scroll down for new entry***


Assalamualaikum

Macam yang aku bagitau sebelum nie aku baru nak berjinak-jinak dalam business online nie
Untuk permulaan aku bawakan PEPLUM!!
Hamboi sekarang ni memang semua orang dok cerita pasal peplum je
Pendek kata seorang wanita tu harus ada sekurang-kurangnya1 peplum kat dalam almari baju tu
untuk permulaan nie aku nak jual Plain peplum dulu
material dia cotton dan lyca
ada orang suka cotton sebab selesa dan ada yang suka kain jenis lyca sebab nanti boleh nampak lebih kurus uollss..auww
aku pilih warna yang terang sebab sekarang ramai yang suka blocking warna..mix and match
dulu-dulu macam pelik je kalau warna biru+pink apakah?
tapi sekarang nie memang nampak cantik sesangat..buat hidup ini lagi colourful

okey jom tengok peplum yang aku bawakan untuk BNH house
maybe warna berbeza sikit disebabkan kamera tapi warna sebenar memang cantik sangat
so korang pasti puas hati

Peplum cotton

Code : 1703 (Black,Red,Purple,Green,Pink,Blue)
Status: in stock
size : free sizes fits up to XL
Material : Cotton
Price : RM 40

Peplum ni belakang dia bawah dari punggung dan depan dia as show below~nampak lagi cantik bila pakai
walaupun free size tapi memang boleh fits up to XL size
Sangat selesa,kain tidak terlalu nipis atau tebal~just nice la orang kata
Warna sangat menarik..ada 6 color semuanya..anda pasti sangat puas hati dengan color ni semua

Red

 Purple

Pink

Green

Blue

Black

Type yang ke 2 pun still cotton

Peplum Cotton Type 2

Code : 268 (Red,yellow,Pink)
Status: in stock
size : free sizes fits up to L
Material : Cotton
Price : RM 39

Still cotton material..type yang ke 2 nie design dia lain sikit..depan dan belakang sama labuh
tapi still bawah punggung lagi
Disebabkan cotton, maka memang selesa dan sedap dipakai
Hanya ada 3 jenis warna iaitu kuning, merah dan pink..semua pun warna yang cantik..
free size tapi yang nie fits up to L size saja
XL pun boleh actually tapi maybe ikut body sikit la..terpulang kepada keselesaan masing-masing


Yellow

Red

Pink


Peplum lyca

Code : 001 (Peach,Pink,Red,purple,yellow,black)
Status: in stock
size : free sizes fits up to L
Material : Lyca
Price : RM 39

Ok yang bawah nie material lyca
kain jenis macam nie akan menampakkan diri kita kurus..auww
memang suka sangat la kan..selesa juga
ada 6 warna iaitu peach,pink,red,purple,yellow,black..warna agak soft sikit
jadi bagi mereka yang tak suka sangat warna yang terlalu outstanding tu maka inilah yang terbaik buat anda
still free size tapi fits up to L size

Pink

Purple

Red

Black

Yellow

Peach

Peplum lyca (Corak)

Code : 228 (green)
Status: in stock
size : free sizes fits up to M
Material : Lyca
Price : RM 39

 Hanya ada satu jenis sahaja buat masa ini
jika permintaan memberangsangkan, maka akan ada peplum corak yang lebih outstanding selepas ini
satu warna sahaja iaitu green dan size up to M saja




Peplum lyca Type 1

Code : 301 (Pink,yellow,blue)
Status: in stock
size : free sizes fits up to M
Material : Lyca
Price : RM 39

Hanya ada 3 warna saja..boleh mix and match..skirt sama warna pun aku ada jual
yang tu akan di upload kemudian.3 warna tersebut ialah blue,yellow,pink
baju ni memang free size tapi fits to M sizes only
labuh dia memang ngam-ngam paras punggung saja..tapi sape-sape yang memakainya memang akan nampak tinggi dan kurus..amat selesa dan cantik juga

Blue

Yellow

Pink

So kawan-kawan semua untuk gambar yang lebih detail boleh jenguk-jenguk FB kami BNH house

Untuk sebarang pertanyaan dan order boleh pm dan email kami directly dekat baieangah@gmail.com
kami sangat mengalu-alukan kunjungan anda

SMS kami sekarang di 012-286 9683

Cepat-cepat sementara stock masih ada!!!

Thank you for your support

01/04/2013

Gojes Skirt ~Sesuai sangat Dengan Peplum ^___^


Assalamualaikum semua

okey before ni aku da share gambar peplum kan
selain dari peplum aku da jual juga skirt yang gojes dan boleh disesuaikan dengan peplum
semua jenis skirt yang aku pilih memang selesa dan korang boleh mix dan match
ada pelbagai type dan warna..so apa tunggu lagi..jom cuci-cuci mata tengok mana yang berkenan di hati

Skirt Lyca

Code : 1701 (Yellow,pink,blue)
Status: in stock
size : free sizes fits up to XL
Material : Lyca
Price : RM 43


Skirt di bawah adalah jenis lyca
terdapat 3 jenis warna iaitu yellow,pink dan blue..sangat selesa dan pemakainya akan nampak langsing dan tinggi sangat..walaupun free size tapi boleh fits up to XL

yellow

pink

blue

Skirt Cotton

Code : 1702 (Green,purple,black,red,pink,blue)
Status: in stock
size : free sizes fits up to XL
Material : Cotton
Price : RM 43


Design untuk skirt di bawah adalah sama dengan skirt jenis lyca di atas
bezanya cuma skirt di bawah adalah jenis cotton
sama juga walaupun free size tapi can fits up to XL
terdapat 6 jenis warna iaitu blue,green,black,purple,pink dan red

black

blue

red

pink

green

blue

Skirt Cotton

Code : 302 (Brown,grey)
Status: in stock
size : free sizes fits up to XL
Material : Cotton
Price : RM 43


skirt kat bawah ni pulak design dia sedikit berbeza..jenis kembang
material still cotton dan boleh fits up to XL size
hanya terdapat 2 jenis color iaitu grey dan brown

brown

grey

Skirt Cotton

Code : 1716 (Blue/pink)
Status: in stock
size : free sizes fits up to XL
Material : Cotton
Price : RM 43



untuk maklumat lanjut boleh juga tengok-tengok dengan facebook kami
BNH house

bagi sesiapa yang nak order boleh pm dan email to me at baieangah@gmail.com

Or SMS dekat 012-286 9683

stock adalah terhad!!

26/03/2013

Nak memulakan business

Assalamualaikum

aku ni sebenarnya banyak je masa lapang
tapi malas yang amat nak menulisnya
tapi sekarang ni kena la rerajin sikit..aku memang ada banyak benda nak share
tapi malas mengatasi semuanya..hahaha

ok la sekarang ni aku nak cite aktiviti terbaru aku sekarang
boleh ke cakap aktiviti?aktiviti tu bukan macam berkemah ke,aktiviti bersama keluarga ke..whatever la kan
sebenarnya sekarang nie aku tengah berjinak-jinak nak memulakan business secara kecil-kecilan
bagaimana terbitnya rasa nak memulakan business nie?
aku tanya aku yang jawab sendiri ok..takkan korang pulak yang nak kena jawab pulak kan
dah lama aku plan nak business tapi macam taktau nak business apa?
mula-mula aku nak fokus pada satu barang saja
tapi macam yang aku cakap tadi aku hanyalah nak berniaga secara kecil-kecilan saja
maka aku rasa aku tak patut limitkan produk yang aku nak jual
so untuk permulaan ni aku nak cuba dulu apa-apa produk yang sesuai dan ada permintaan la of course kan

ok nak memulakan business ni memang banyak yang nak kena pikir
kewangan,produk,supplier,marketing dan tentu la yang paling penting customer
buat masa ni aku rasa produk yang aku pilih ialah pakaian/accessories dan produk kesihatan/kecantikan
tapi untuk produk kesihatan/kecantikan ni aku nak jadi experiment untuk produk tu dulu
then baru la yakin nak jual kan..sebab ko pun dah faham produk tu sendiri
hihi pas ni aku kena kuruskan badan la uollss

aku memang tak tau sangat pasal marketing ni
tapi sebab aku nak business online..maka fokus utama aku adalah blog,facebook
maybe twitter lepas nie..hahaha nampak sangat dah nak berniaga baru nak update diri sendiri
iolls ni buta IT sikit..dah tak terikut sangat dah teknologi dan gajet2 semua ni
blog ni memang blog peribadi sebenarnya..tapi aku terpaksa juga guna untuk promote barang-barang aku nti..sebabnya? aku memang malas nak buka blog khas untuk business aku ni
korang tau je la aku nie kan..selalu sangat lupa password 
banyak sangat tau password yang aku kena ingat..aku ni dah la pelupa orangnya..harap uolls memahami diriku yang amat kerdil ini
after ni memang agak carca marba sikit la blog ni..tapi aku harap aku rajin la menghapdet blog lepas ni

berapa lama nak business?
aku sendiri yang jawab lagi
berapa lama tu aku tak dapat nak pastikan..aku ni orangnya jenis berubah2
sekarang semangat la kan..nanti2 terus buat taktau
cuma yang aku boleh harapkan kat diri aku ni ialah....
teruskan berusaha selagi ada permintaan dan usaha usaha tanpa putus asa
bukan senang nak business ni..aku harap hati aku ni tetap sikit la kan
coiyok angah!!usaha sampai ke akhirnya
kalau tak cuba camne nak tau potensi diri iye idok?
amboi motivasi diri pulak

dah pikir perancangan dan risiko semua?
jawab sendiri lagi
ok secara generalnya memang la aku dah pikir nak business memang ada risikonya
ala hidup kita pun ada jugak risikonya kan
perancangan tu tak la secara teliti sangat..cuma apa yang perlu aku dah pikirkan la
yang lain-lain tu aku pikir la bila keadaan membuatkan aku harus memikirkannya
paham idok?buat-buat paham sudah T___T
tapi takut tu memang la ada kan..huhu aku dah keluarkan modal ni
kalau tak berjaya camne @__@
In Sha Allah kena la yakin Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang berusaha
abaikan kata-kata yang mematahkan semangat tu

ok la nanti aku upload gambar kat blog nie ya

sapa-sapa yang free tu meh la likes FB aku

Nama FB aku BNH house..Cari tau

Thanks for the support
sayang ketat-ketat korang semua