Showing posts with label hal yang tak penting. Show all posts
Showing posts with label hal yang tak penting. Show all posts

05/07/2012

Salam semua*winkwink*

hi uollsss
wah gaya gedix gitu lepas lama tak menulis kat blog kan uollsss

aku tak kemana-mana pon sebenarnya
tapi tahap malas tu memang melampau-lampau sebulan dua nie
baru je aku nak tulis satu dua word terus tak jadi
idea takde la kunun-kununnya
tapi sebenarnya perasaan malas tu asyik menyerang aku bertubi-tubi
last-last aku log out je..senang cite
wah begitu jitu nak explain walaupon orang tak tanya pon kan kan

Tapi kan hari nie aku macam nak share la dengan korang semua "sesuatu" yang berada dalam fikiran aku lately nie
wah saje je kan nak bagi suspen dengan "sesuatu" itu
ala korang boleh lah bagi pendapat,sokongan or idea la dengan "sesuatu" aku itu
sebelum aku start aku nak bagi tau korang dulu
aku nie orangnya memang selalu berubah-rubah
aku kalau buat sesuatu memang tak boleh lama punya
contohnya macam kerja aku sekarang nie 
aku pun taktau sampai bila aku boleh bertahan asyik buat kerja yang sama je
walaupun itu la course yang aku study masa kat uni dulu tapi sekarang aku dah feel boring dah
maybe kalau enviroment kita berubah tapi kerja kita still sama aku maybe boleh accept lagi
aku ni kunun-kunun target la setiap company yang aku join tu paling lama pun aku nak bertahan 5 tahun je
after that cari keje lain
kecuali la memang ko dapat full benefit dari company tu kan..harus la stay lama sikit
(kira benefit diri sendiri je..pe pulak benefit ko bagi kat company ?pentingkan diri!!~harus lah..lalala)
tapi ada kalanya bila kita berusaha mencari pun tapi kalau memang itu rezeki yang telah ditetapkan untuk kita harus la kita terima dengan seadanya..tak baik tau menidakkan rezeki
(walaupun harus bertahan di company lama yang buat otak aku makin jam~waaawawwa)

tapi untuk mencari rezeki yang lebih tu tak salah kan semua
so kita berbalik pada "sesuatu" aku tadi tu
so seiring dengan usia yang dah nak masuk 3 siri nie
(lagi beberapa hari je lagi uollss~saje lettew bagi hint!!)
ok sebenarnya usia takde kaitan pun dengan "sesuatu" itu
arghhhhh malas la asyik cakap "sesuatu"..nak termuntah dah korang baca kan
ok la aku straight 2 d point terus la
aku sebulan dua nie asyik dok pikir nak buat business saja
tapi taktau nak buat business apa?
(ok jangan tanya pasal cake aku tu)
hihi tu sebab aku bagitau korang awal-awal aku ni jenis berubah2
aku tiba2 pikir nak buat kek ni memang remeh pulak
nak kena guna masa yang lama..bahan kek pun dah makin mahal
macam tak berbaloi pulak dengan hasilnya
so sekarang ni aku pikir nak buat business yang aku tak perlu susah2 sangat
susah2 tu maksudnya aku tak perlu buat means guna tenaga aku @hasil air tangan aku(cewah)
bukan susah2 yang lain ok..mana ada yang nak berjaya tak perlu bersusah payah uollss

contohnya maybe aku boleh jual produk ke?
senang sikit aku just beli and jual
aku sebenarnya banyak sangat masa terluang..tu sebab aku terpikir daripada aku asyik duduk saja tanpa buat apa-apa..lebih baik aku buat sesuatu yang berfaedah ckit
sekurang2nya dapat memajukan ekonomi negara kan
eh bukan ekonomi sendiri ker?negara tu tak langsung la kan
(nak jugak walaupon sumbangan ko tu nti dlm kategori 0.0000000001% je kot huwahuwa)
bila aku mintak pendapat ramai juga yang bagi galakan tapi tak kurang juga yang bagi peringatan(en h) lettew~ingat aw tue orang yang suka berubah2~pikir betul2..baik boss

so kalau jadi la business aku nanti kunun2nya (tapi iallah)
aku akan update lagi ok kengkawan
tengok tetiba malas dah meyerang
chow...






18/01/2012

macam-macam cite

Assalamualaikum semua..

alamak tgk dekat tepi blog ni..baru ada 1 post jerk untuk tahun 2012 ni..dulu bukan main lagi setiap hari tulis blog..sekarang ni seminggu nak buat satu post pun susah.aduyaiii sebenarnya salah satu azam tahun 2012 ni adalah untuk menulis blog sekerap yang mungkin.namun baru saja masuk bulan januari punnn dah tak tertunai azam tu..hihi.jadi cam ne ek dengan azam2 yang lain? adakah seperti masuk baju baru dalam almari yang da over penuh lepas tu terlupa penah beli baju tu?macam tak relevan je contoh tu..okey abaikan.

sebenarnya kan kan..banyak gambar,aktiviti,jjcm yang nak di kongsi bersama semua..cuma masa membataskan kita..cewah..alasan lettew..tapi insyallah start febuari ni saya akan sedaya upaya untuk mengembalikan diri ke arena penulisan ini..wah ko angah macam ramai pembaca je kat blog ko nie.hihi tak kisah la dik non ramai tak ramai yang penting i like!

meh la nak cite serba sedikit apa la yang di bizi kan sangat tu sampai tak de masa nak menulis ni.ok biasa kan kan..saya tulis blog ni kat office saje.bukan apa tenet kat office ni laju sikit..kat umah tu tenet cam chipsmore je..pasal tu malas nak taip2 nie.oitt makan gaji buta ke?eh mana ada..biasa pagi tu buat kerja office dulu petang bila agak2 free baru ler tulis blog.2 in 1..(ayat2 penafian)..ok tapi kan kan biasa start december sampai febuary saya memang sangat2 la bizi nya..sebab apa bizi?hihi saya ni keje sebagai ceti kat office ini (ada ke patut budak2 kat office ni panggil saya ni ceti).jadi biasa la bila hujung tahun ni kena la closing account..then kena prepare report for auditor..masa ni la poning kepala den..kena check document betul2 tapi yang penting nya camne nak selamatkan company dari bayar tax riban-riban tu..haha.tapi yang lagi memoningkan kepala den ni time ni la semua dok push2 pasal bonus..aduyai ingat ni company den ker kawan2 ku yang ter"sayang"..(time ni best ckit-klu sape nak klu ada bonus tidak kena belanja..fuhh kenyang)

pesanan kerajaan-rasuah tidak baik untuk negara.
tak ada la bizi sangat pun? ok fine.sebenarnya saya ada perkara lain lagi yang membuatkan bizi melampau2 tu..tapi takut la pulak..nanti orang kata nak menunjuk2 pulak..haha..tapi tak kisah la..ini beblog saya okk..suka suki saya la nak tulis apa2 pun kan.tapi yang tu nanti bila da siap baru saya akan buat entri khas untuk semua..tapi disebabkan "benda" ini la tido tak lena,mandi tak basah cuma makan je bertambah kenyang.haha..hari tu sampai demam2 sebab asyik ke sana sini dalam cuaca yang panas mencari accessories untuk benda ini..sekarang da hampir ke penghujungnya..namun ada sedikit perasaan tak puas hati tapi ada juga perasaan yang sangat2 puas hati..harap segalanya berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya..amin


ok la rasa macam da lama membebel tapi sikit ni saja yang sempat di taipnya..huhu memang lembap ko ni computer (ayat cover line untuk diri sendiri)...apa2 pun minggu depan saya cuti selama seminggu..nampaknya berabuk lagi ler blog ku ini..pada kengkawan yang balik kampung ke,yang cuti-cuti malaysia ke sempena cuti yang agak panjang ini (bagi org yg da keje ni cuti 3 hari pun da rase tersangat la panjangnya) drive carefully ok..lah bukan cik non ke yang drive?jadi penumpang jer..ok ingatkan orang sebelah ke depan ke pandu cermat jiwa selamat yer..tak jugak? ok buka tingkap kete tu jerit je kat kete sebelah tu bawak slow2 ckit~ni pecut macam tak ingat dunia aje..

ok entri kali ni tak ada gambar yang sesueii nak di uploadkan..jadi baca je la..macam tak meriah je kan baca tanpa gambar..sebab sesetengah orang suka tengak gambar je..bacanya malas..buat ponat jo den menolis panjang2 nie.kalau tak ada orang nak membacanya..okey la kengkawan..

Take care