Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

08/03/2013

wanita Oh wanita

Assalamualaikum

Selamat hari wanita untuk semua wanita-wanita cantik lagi bergaya di luar sana
cantik tu memang untuk semua wanita okey
jadi jangan sesekali rasa diri sendiri tak cantik
cantik tak semestinya rupa saja..cantik tingkah laku,cantik budi bahasa
sebab itu kecantikan milik setiap insan
hahah hamboi..nak wish hari wanita je pun

jom cerita ceritun pasal wanita di keliling aku
ayat cam nak mengumpat je kan..tidak ok tidak..cuma sharing is caring je
wanita yang aku nak cerita ini adalah my youngest sista~ teh
Selepas dekat setahun kot dia tanam anggur kat rumah tapi tak tumbuh2 jugak tu
maka isnin yang lepas bermula la episod baru dalam hidup dia
sebenarnya teh dah habis study awal satu semester
sebab tu tahap dia menganggur tu agak lama compare others 

Senang cite teh ambil course cikgu kat uni dulu
sekarang ni dia interim dulu then lepas ni baru posting
interim tu apa?..aku pun tak clear sangat nak explain lebih-lebih
tapi cikgu sementara la kot sebelum dapat posting
alhamdulilah dari satu segi dia tak perlu di interview untuk jadi cikgu sebab pointer dia agak baik
jadi perjalanan nak mendidik anak bangsa tu agak mudah la

nak di jadikan cite isnin lepas aku ke ipoh dengan en H
teman teh sebab dia ada taklimat sebelum dapat tahu kemana dia akan dihantar untuk mengajar nanti
kami bertolak kul 3pagi lebih okey..sebab malas la kan nak stay kat ipoh
sampai sana dekat kul 6pagi jugak la..sebelum tu dah search jalan dan hotel yang nak di tuju
taklimat tu dekat hotel~nasib dekat dengan highway..idok ler susoh nak mencarinye..
i is first time p ipoh..hihi ala setakat pergi hotel tu je pun
tak sempat nak jejalan tengok apa yang menarik di ipoh ni

masa taklimat tu teh sms cakap dia dapat mengajar kat sek smk tat beng
aku nak cakap kat mana pun taktau haih..tapi bawah daerah larut.dekat dengan taiping
sekian pulak aku ngan en h nak cari tempat ngajar dia
nasib da kawan en h tahu tempat tu..so dia guide kami cne nak pergi sana
taklimat teh habis dekat kul 2 jugak
cuak jugak rasenya..dah la habis kul 2 ptg then kena terus pergi daftar kat sekolah hari yang sama
iollss ni tak canggih okey..gps pun tak de..so takut la tersesat bagai..
nanti tak sempat pulak nak daftarkan teh..pulak tu nak cari rumah sewa lagi..banyak keje tau dalam satu hari..tapi nasib la sementara tunggu taklimat teh tu habis aku dengan en h terlintas nak pergi tesco cari barang keperluan teh..ini lagi satu..memang tak terpikir langsung nak prepare apa2..
bantal tak bawak..mandian,berus,pinggang  cawan,baldi..hahaha
macam nak duk hostel masa kat sek dan uni dulu je kan

cari punya cari..jumpa la sekolah tu..satu jam je dari ipoh
sedih terus aku tengok teh..sek tu memang sek pendalaman.
sekolah tu pun memang sekolah kampung..dan masa kami sampai kat situ syukur sangat dah beli barang dia siap2..yang ada hanyalah kedai runcit kayu lama je kat sana..
maybe barang pun agak limited jugak la
dan kampung tu agak jauh juga dari bandar..cian adik aku..dah la dia takda transport
taktau camne nak survive kan
tapi syukur segalanya dipermudahkan bagi dia..cikgu bujang kat situ bagi dia duduk sekali dan pergi sekolah sama-sama..jadi selesai satu isu.aku tolong jugak dia kemaskan bilik dia before balik ke kl semula
Dia memang sedih la aku tengok..sebab semua kawan2 dia dapat tempat yang jauh jugak dari dia.
dia harap hanya interim dia kat situ..harap posting nanti dia dapat tukar tempat lain..
tapi pengetua dia cakap nak staykan dia di sana..
lagi la @___@ adik aku tu
apa pun memang ini satu cabaran untuk dia..sedangkan ramai lagi yang di hantar mengajar jauh ke pendalaman..sabah sarawak..kawasan orang asli..yang kena naik boat bagai..
ini hanyalah permulaan langkah bagi teh dalam mendidik anak bangsa
cabaran menjadi guru sekarang ni memang terlalu mencabar kot
dengan kerenah anak murid,ibubapa,masyarakat keliling..
huhu cikgu sekarang tak macam cikgu dulu..apa pun aku rasa penduduk kawasan kampung masih ada rasa hormat kepada golongan pendidik

jadi for my sista~teh..jadilah seorang wanita yang berdikari,yang mendidik anak bangsa dengan tulus ikhlas,yang cekal dengan segala dugaan dan halangan..in sha Allah segalanya akan di permudahkan..



Malam tu teh post kat FB dia..sedih pulak aku baca..tapi aku syukur dia hargai pengorbanan aku dan en h yang sedikit ini dalam mengrealisasikan cita-cita dia~dulu dan kini

rasa sayu+sedih dapat kat terong ni..pe2 pn thanx 2 Bairulazma Bt Mat Yunus n Epul Apis coz mnemani dr awal smpi akhir n byk mnbn2..thanx a lot

P/s~en h pesan semoga menjadi wanita paling istimewa dalam hidup dia.romantik jugak en h ni kan (tu pun aku yang paksa dia wish aku)
kihkih

28/02/2013

salah siapa?

Assalamualaikum

aku ni malas sebenarnya nak menulis nie
tapi tetap jugak nak cerita kat semua
aku is vengang giler..hahaha
walaupun perkara ni terjadi isnin baru-baru ni
baru sekarang haku nak stori morii semua..

nak dijadikan cerita ari ni
insurance dan r/tax aku mati esok
biasa syarikat insurance aku tu..ETIQA namanya (harus aku bagitau namanya biar clear2 sikit)
akan hantar sms dalam masa seminggu bagitau r/tax aku dah nak expired.
untuk kali ni ETIQA hantar msg on 25/2/2012 (siap full date lagi tue) petang dah pun
then aku pun call la cakap aku nak renew ins+r/tax sekali
then dia bagitau la sekian-kian amount yang kena bayar
so aku cakap la eh nape mahal pulak..tahun lepas aku dah bayar kurang
then dia kata coz NCB aku dah zero..aku terkejut la nape zero pulak
aku tak pernah pun claims insurance tahun lepas
then staff dia tolong cek kan untuk aku kenapa?

then call aku semula
bagitau ada orang claims insurance aku last year cakap sebab aku langgar kereta dia
teksi pulak tu(oitt angin aku tau-dah la aku ni memang anti sikit ngan teksi nie..hahah balasan kot selalu maki teksi)
pastu aku bising la kalau ada orang claims insurance aku kenapa ETIQA tak hubungi aku
tak inform aku apa-apa..hoii time nak duit aku cepat je inform aku
apa punya ETIQA keje ko guna kan (hoii marah nie tau)
then dia bagi no tel bahagian claims suruh aku tanya sendiri..hotline pulak tue
operator jawab..4-5 kali transfer ke bahagian claims asyik la putus je
aku yang hot jadi lebih panas dari biasa..haha
aku marah baru nak bagi direct line bahagian claims..kan senang..patut kurang dosa aku masa tu.kihkih

call bahagian claims then suruh aku cakap dengan third-party department pulak kot namanya
kali ni siap bagi nama person in charge dan direct line orang tu sekali
aku pun apa lagi..membebel la kenapa tak inform aku..dari tahun lepas sampai sekarang tak ada orang inform aku anyhing..kalau tak kerana r/tax aku dah due ni..agaknya sampai bila-bila aku taktau.
orang tu boleh pulak jawab..saya tak proceed lagi claims tu..
oooo ko tak proceed lagi..tapi NCB aku ko dah jadikan kosong
bagilah reasons logik sikit kan..
pastu aku mintak semua document claims dari pihak teksi tu

bila aku check memang polis dah keluar IO kot namanya
keputusan polis yang kata aku bersalah..
angin la aku kan
sebabnya..memang aku tak pernah accident pun tahun lepas
dan aku pun tak pernah pergi pun ke tempat kejadian tu
lagi-lagi pukul 1030mlm cam tu..gila apa
petang tu aku buat laporan polis..aku just takut ada orang guna plat number aku
nanti tak pasal2 banyak menda lain pulak terjadi di masa depan kan..

selasa tu aku refer kat person in charge tu semula
dia boleh pulak cakap aku patut pergi kat balai polis yang teksi tu buat report..
bukan dekat balai polis lain.
oitt lagi aku hot ok..memang aku smash dia cukup2 la..
gila apa aku nak pergi sana..dah la aku taktau kat mana..sapa yang in charge kes aku
jauh pulak tu..sape nak ganti cuti sehari yang aku terpaksa ambil untuk settlekan menda yang ko timbulkan?
aku marah suruh dia bagi no tel balai polis tu..dengan polis yang terlibat semua..
boleh pulak dia cakap tak jelas dekat copy yang dia ada
memang pemalas betul ko nie kan..makan gaji buta je..hihi..nasib ko tak buta..
akhirnya aku search kat tenet..refer punya refer dapat la bercakap ngan sarjan yang in charge kes aku

dia tolong aku cek..then call aku balik
dia bagitau dah hantar surat kat rumah lama-lama aku (sebab dah berapa kali pindah) bagitau kes ni
tapi sebab aku tak datang jugak balai maka diaorang kena keluarkan keputusan yang aku bersalah
dan diaorang tak dapat nak buat apa-apa sebab perkara ni terjadi dah lebig dari setengah tahun
dia suruh aku bincang semula dengan syarikat insuran aku..

ada banyak perkara yang aku tak puas hati di sini

1) of coz tangga teratas adalah syarikat insuran aku ni ETIQA bersama-sama dengan perkerjanya yang tak tahu ETIQA kerja tu..kalau dia bagitau aku awal-awal..sekurangnya aku ada masa nak settlekan perkara ni..nak defend diri aku..tapi aku tau pun (bukan ETIQA bagitau) hanya 3-4 hari before r/tax aku expired.apa yang mampu aku buat?

2) of coz lagi pemandu teksi tu..sebab apa aku cakap cam tu..aku amatlah yakin dia tak nampak dengan jelas no plat aku tu..main agak2 je..umur dah 60++ malam pulak tu..lagi satu sebab polis bagitau aku yang lepas langgar teksi dia orang tu terus lari? dan lagi dia bagitau yang bawak kereta masa tu adalah LELAKI ok..(kereta aku hanya digunakan untuk pergi keje dan balik keje je..dan limit area puchong je..dan tak pernah sesape bawak kete aku melainkan aku je..En H tak pernah sekali pun bawak keta aku) dan lagi dalam report dia tak tulis pun jenis kereta,warna lain2 maklumat la..yang ada hanya no plat..(maybe sebab langgar lari kot..tak nampak semua)

3)polis /jpj~polis bagitau aku yang dia hantar surat ke alamat lama aku sebab maklumat tu dia peroleh daripada JPJ..okey ni aku memang tak puas hati jugak..kenapa JPJ tak update alamat terkini aku?mesti korang cakap..bukan ko sorang ler..berjuta kereta kat malaysia ni..ok fine..tapi aku renew r/tax aku setiap tahun..takkan la kat situ kat dapat detect alamat aku dah berubah..guna myeg lagi..oitt kalau nak kutip hutang..lubang cacing pun ko pandai cari kan..lagi satu polis cakap dah hantar surat..kenapa tak guna surat berdaftar..kalau pos return maksudnya orang tu tak dapat dihubungi..mesti alamat dah bertukar..refer la dekat syarikat insurance kan..mesti mesti semua orang akan renew insurance dan r/tax setiap tahun..

kesimpulannya kat sini

aku rasa memang nasib aku yang malang kot..
sebab semua keadaan tak memihak kepada aku untuk menafikan pembabitan aku dalam kes ni T___T
En H kata kita fight je..bawak g mahkamah kan
kat situ aku pasti keadaan akan memihak pada aku
tapi yang tapinya..hihi banyak masa yang diperlukan untuk kes camni
terus ai tak semangat uollsss
ok la en h kata kita g je umah pemandu teksi tu
baling batu kat cermin kete dia..hahaha..cadangan tak agak kan

tapi





takpela aku redha je la dengan kejadiaan ni
terkilan jugak kena tambah duit beratus lagi lepas NCB jadi kosong
kalau tak boleh pergi makan besar kan guna duit tu
ape-ape pun memang bukan rezeki aku




tapi
tapi lagi






aku tetap aku buat aduan rasmi dekat ETIQA dan JPJ 



sebab semua ni bukan salah aku?

02/01/2013

Happy new Year~2013

Assalamualaikum

happy new year semua!!
dah hari ke 2 tahun baru baru lah sibuk-sibuk nak wish bagai kan..
i kan pemalas uolls..kena la paham
banyak kenangan pahit manis sepanjang 2012
kesedihan yang amat di penghujung 2012..isk isk..tak mo la ingat..and taknak jugak share kat sini
kata tahun baru kan..harus la memulakan yang baru

Banyak harapan jugak untuk tahun baru ni
cuma belajar untuk tidak terlalu mengharap semua impian jadi kenyataan
namun tetap akan usaha untuk mengapainya..In Sha Allah
semoga segalanya di permudahkan

azam baru?
hihi itulah pun kan setiap kali tahun baru mesti nak buat azam baru
yang lama tu pun berbakul-bakul tak tercapai dan terbuat
tapi bagus juga ada azam ni
sekurang-kurangnya kita ada motivasi dan berusaha untuk buat yang terbaik dalam hidup ini
yang penting nak jadi muslimah yang di redhai Allah
jadi wife yang terbaik for en H~nak kurangkan sikit sifat garang2 nie..
eh i garang tau..grrrr..hahaha
semoga hubungan ni mendapat keredhaan dariNya
lah dah macam wish anniversary pulak dah

berazam jugak untuk selalu update blog
macam sama je azam yang lepas(cuma tak tertunai kot!!hihi)

anyway

welcome 2013


26/11/2012

perkahwinan anak sedara sepupu~

Assalamualaikum

betul ke aku nie?anak sedara sepupu?ayah die sepupu aku..so betul la kan dia anak sedara sepupu aku?
tapi wealls lebih kurang sebaya-baya je walaupun ayah die sepupu aku..haha poyo je motif cakap sebaya?
actually anak sedara sepupu aku nie sebaya dengan adik aku 25 kot? 26?
hahaha lagi sekali umur adik sendiri pun tak hingat..

Nama anak sedara sepupu aku nie nurul farhana..saje je nak bagi tau nama bagai kan kan..
tapi kami kami yang sebaya baya ni panggil die yu saja.
Majlisnya hari sabtu..aku tumpang yani je balik kg..sebabnya en h p wedding kawan dia kat perak
hoho kena la bahagi-bahagi..ate dah sume nak kawen bulan 11 tak dapet la nak g bercouple2..
nasib takde anak..silap2 anak suruh g kawen rumah lain gak..ok tak lawak..

ada cerita disebalik wedding yu ni
plan akad nikah sehari sebelum majlis kot kalau tak salah aku la
tapi yu ni bakal cikgu..tetiba dapat posting kat sarawak
panik okey..tanya orang kementerian diaorang akan consider pertukaran kalau dia akad nikah sebulan awal dari tarikh majlis die (aku cakap sebulan sebab aku tak hingat exactly tarikh dia)
so bincang punya bincang terpaksa la cepatkan akad nikah..janji dekat kad kawen tu tarikh yang sama dengan orang kementerian tu nak..sehari je decide tarikh akad nikah..malam tu la baru cari tok kadinya
pagi tu la baru nak cari baju nikah..hantaran sume takde..sedara mara pun takde..
tapi syukur alhamdulilah..akhirnya selamat jugak yu nie jadi isteri orang walaupun out of planning
so majlis yang haku datang tu kira majlis kawen je la sebab akad nikah dah awal sebulan

dan seperti biasa sepupu sepapat haku nie memang hover okey kalau bergambar
ko dah la datang time makan je..pastu gambar mengalahkan ko nak kawen kan
haha..harus la kan..pantang kamera dihalakan..semua sedia beraksi je
maaf la bila dah poyos bergambar..lupa lak nak ambik gambar pengantinnya.da sekeping 2 je kot..kihkih..layan je la korang semua okey..







lepas muntah korang tengok gambar insan yang tiada kena mengena dengan majlis kawen nie
dipersilakan korang tengok gambar kat bawah pulak
kat bawah tu gambar orang kuat majlis~sepupu sepapat aku juga pun..hihi



dah puas korang tengok gambar yang tiada kaitan
baru aku dengan besar hatinya nak up gambar pengantin
tu pun gambar pengantin perempuan je..gambar pengantin lelaki takde.
bila pengantin lelaki sampai mood nak tangkap gambar dah takde..hihi cian pengantin kan kan




okey la
untuk yu dan pasanganya
selamat pengantin baru
semoga berbahagia ke anak cucu

p/s~baru-baru ni aku tak boleh nak upload gambar..katanya dah exceed limit.kelam kelibut iolls cne nak buatkan..nasib da kawan baikku pn as yang cantik jelita memberi cadangan..tapi belum pun sempat iolls nak mengunakan cadangan pn as tu..tetiba boleh pulak uploadnya..huhu macam-macam kan nak berblog nie..tapi apa-apa pun terima kasih pn as~cayang bangat sama kamu~

Jumpa Kawan Lama~

Assalamualaikum

cite ni dah lama dah~lama la sangat tapi aku nak upload jugak gambar
buat kenang-kenangan
tapi mencik betul kamera aku ni bila time malam je mesti gambar tak jadi
vengang betul tau..tu la orang nak pakai camera yang canggih ko nak pakai jugak
tapi last2 ko tak reti nak guna..patut dulu beli camera auto je..takyah nak setting2
dulu pakai camera murah pun aku rasa cantik lagi gambarnya

hoi nie nak cite sal camera ke cite lain nie
hihi sebenarnya nak upload gambar aku ngan kawan baikku
aku dah kawan dengan as ni dari kecik lagi
dari tadika sampai la sekolah menengah tapi form 3 je la
pastu kami terpaksa berpisah..sobsob
then lost contact jugak..sebab zaman dulu kala takde alat telekomunikasi yang canggih macam sekarang ni
tapi syukur selepas lebih 10 tahun tak jumpa akhirnya kami dapat jugak bertentang mata~cewah
as sekarang dah ada 2 anak yang comei sangat
jumpa pun tak plan~kebetulan aku ikut en h pergi main basekal kat melaka
then teringat kat as yang duduk kat melaka..terus contact
alhamdulillah berjumpa juga kami di bumi melaka 
windu tau lama tak jumpa~siap lepak2 mandi2 lagi kat rumah as..malu ai tau..dah la lama tak jumpa bila jumpa buat cam biasa jumpa je kan..hahaha..ntah bila dengan as rasa cam dengan family sendiri je

terima kasih kat as sebab layan aku baik sangat
layan anak2 as yang memang banyak cite tu..budak kakak memang sangat friendly.mula2 je kakak malu-malu..last2 cam best friend pulak..
bila tulis ni pun rasa rindu dekat dak 2 orang ni..muahmuah..dari acik angah







semoga kita jumpa lagi

jangan lupa datang umah kalau datang kl k..muahmuah


12/10/2012

Hepi birthday my laling

Assalamualaikum

my laling ker? siapakah ituew?
of course ler my en h bucuk cayang intan payung hencem tak ingat?hahaha

ok la hari ini birthday en h yang ke 30
straight je aku bagitau..tak bagi can punya en h nak feeling2 muda ke hape kan..
hari ini jugak 12.10.2012
macam la korang taktau tarikh hari nie kan kan
macam biasa aku ni kalau bak nak tunggu jam 12 baru nak wish tu bukan aku la kot
dulu kalau masa bercintan lain la kan..sanggup tu tunggu nak wish berwish
kunun-kunun nak jadi orang pertama la yang wish kan
supaya dia tau aku memang pentingkan dia lebih dari segalanya...cewahhh
tapi tu dulu..sekarang ni tak kose mak nak berjaga semata-mata nak wish birthday..kejam tak?

so sebelum aku tertido tu lebih baik aku wish siap2 la kan
biasa aku mesti tertido depan tv punya..pulak2 sekarang nie aku tgh berpuasa jadi malam2 tu memang mengantuk giler..penat..lepas buka pose saja mula la syaiton menari-nari kat mata aku nie hah..
aku pun
abang hepi birthday!!
semoga panjang umur,murah rezeki,nanti dah banyak rezeki boleh bagi kat orang cikit..
semoga dapat anak cepat-cepat.semoga sayang orang selamanya..semoga dapat gaji yang lagi besar..
semoga jadi suami yang baik..blabla
aku pun dah tak ingat apa yang aku cakap semalam

tapi en h biasa la ketawa malu-malu kunun
eh banyaknya wish
pastu gelak manja gitu
*aku pulak confius aku buat lawak ker*

pastu aku ingat nak tido sebab en h dok konker tv nak tengok bola atm vs lion tue
dia tak bagi aku layan cite aku
tapi susah pulak nak tido jadi aku pun buka la laptop layan karok lagu2 jiwang karat kat youtube sampai tertido..motif?

then tetiba je hah cam tu la!!!kat telinga mak nie
terkejut terus aku..apasal nie..nape bola tak abis lagi..pukul berapa nie..tengok2 jam baru kul 1145
terus rasa nak mengamuk sebab tersentak dari tido cam tu
tapi nasib ler masa tu aku terpikir birthday en h 
terus aku cakap
ni saja la kan nak kejutkan orang supaya wish birthday awak tepat2 kul 12 kan
en h: eh mana ada mana ada...tersengih2
tensi mak tau
ok la wish la lagi sekali kul 12 malam tu..muahmuah
hahaha..tu je la cite sempena birthday en h tahun nie

aku pun tak plan lagi nak g makan-makan kat mana
en h kata tak payah bagi hadiah kat dia
kalau nak bagi sangat pun tolong bayar yuran dia nak masuk race basekal kat sepang
*memang tu pun motif dari awal*
ok la senang keja aku kan

apa pun to my loving husband forever n ever
selamat hari lahir yang ke 30
sayang awak sangat-sangat
i luv u
**auwww jiwang karat u**











09/10/2012

cerita ceriti??

Assalamualaikum semua

Akhirnya aku ingat balik password blog aku nie
yihaaa 
eh korang semua rindu i ker? haha saje je kan..
dah lama tak update blog..i is malas okey..bila lama tak buka blog sendiri akhirnya password pun dah lupa
masa puasa ari tu ingat nak la update blog selalu 
tapi macam biasa la mood nak menulis tu membara hanya bertahan selama sehari dua je..lepas tu terus hanyut ke laut
sekarang nie pun taktau nak tulis apa kat blog tapi disebabkan hari ni baru dapat buka blog nie semula
jadi excited la kunun-kunun nak wat entry baru walaupun takde idea nak tulis pe
jadi kita cerita tanpa gambar la apa yang berlaku sebulan dua ni okey..

yang pertama

Bulan Puasa

hoii dah lama dah habis puasa
hihi nak buat camne kan..baru sekarang terasa nak cerita
sebenarnya untuk entry puasa ni aku da banyak resepi nak sharing is caring
banyak la gambar yang di ambil..tapi seperti yang dinyatakan di atas maka terbantut la semua usaha murni tu..tapi memang puasa tahun nie cukup sederhana untuk aku dan en h
banyak yang aku masak sendiri..tapi aku masak yang simple2 je
yang mana sempat saja..jadi tahun nie memang kurang pembaziran..kalau ikut nafsu syaiton seperti tahun2 sebelum tu memang teruk la..korang bayang la makan 2 orang je..tapi beli seekor ayam golek..tu belum +++ dengan menu lain..saka dengan hantu raya yang di pelihara pun tak mampu nak mengabiskan nye.
finally masuk tong sampah..huhuhu hilang pahala puasa kan..
harapan aku tahun depan dan seterusnya aku dan en h dapat mengekalkan sifat bersederhana nie lagi.

yang kedua

Selamat Hari Raya

Haha tak sempat nak wish dekat kawan-kawan blog masa raya tue
sempat lagi ke nak wish sekarang?
ok dah wish dah..dalam hati je..hihi
ok raya tahun nie pun penuh kesederhanaan bagi aku dengan en h..
taktau kenapa feel nak raya memang tak ada langsung tahun nie
aku tak buat pun baju raya dan en h pun memang tak beli baju melayu pun tahun nie
en h tu baju melayu saja yang tak beli hokey..baju kemeja dan t-shirt tu berlambak-lambak..hover tau
cian kat aku kan? nasib la adik aku yani baik hati memsponser baju raya untuk family aku tahun nie
huh ko mampu housewife yang tak bekerja sponser baju raya?
haha terbalik pulak kan..ala tak kisah la..nanti lagi murah rezeki menderma kat orang tak mampu..hihi
maka ada la aku sepasang baju raya dan en h pakai je baju melayu yang lama2
tapi ada pulak yang tegur kata baju en h tu baju baru?
dari segi makanan pun aku jadi kurang berselera seperti tahun2 terdahulu
kalau dulu hoi semua benda ko nak rasa dan telan.tapi kali ni aku just jalan dan jamah biskut sikit2 je
menu lain yang marvelous tu semua tak mampu aku telan
tapi tu kisah raya pertama je..tahun ni raya pertama kat rumah aku 
then raya ke dua baru kat umah en h..tahun nie balik rumah nenek en h kat kelantan
apa yang aku suka balik kelantan nie adalah dapat makan sedap-sedap
dulu masa kali pertama raya kat kelantan memang aku tak suka..sebab masa tu tak pergi mana2 pun raya
just duduk rumah..tensi i tau.kira culture short gak la aku masa tu..hari raya tapi takde rasa kuih raya?takde suasana raya?tak suka tau..itulah sebabnya tahun ni aku memang tak prepare baju raya pun sebab aku memang pikir aku tak akan kemana-mana pun.
Tapi rupanya tahun nie banyak pulak rumah yang en h ni nak pergi..masa tu baru la..hoi orang pakai baju raya cantik2 ko pulak pakai jeans je..segan ai tau..
memang seronok la tahun ni raya kat kelantan..ai makan banyak nasi berlauk,kerabu..colek..lepak2 tepi pantai..memang sempoi la lepak dengan mak dan pak mertua aku dan en h..makan colek yang aku tak pernah makan..macam nie baru la aku hepi nak balik kelantan lagi..
2 3 hari duduk kelantan balik lipis semula..disebabkan cuti raya macam panjang je tahun nie
aku dan en h decide aku duduk umah aku dan dia duduk rumah dia
kejam ker?
haha takde la kot..rumah aku dengan en h dekat saje.kami pun jarang balik
dan kalau balik hujung minggu pun dapat rehat sekejap je kat rumah memasing..
tu yang cuti panjang balik rumah memasing..lagi senang..haha
nanti ada masa aku upload gambar raya yang ketinggalan zaman tu yer..tapi tak banyak pun sebab memang lupa nak bergambar tahun ni.hihi

Yang ketiga

Open house

gempak je kan..haha mana ada aku buat open house pun
nanti ada kawan-kawan ai yang marah uolls tak ajak pergi rumah kan
sebenarnya my bff rina dan alice nak datang beraya kat rumah
jadi aku pikir masak la lebih sikit boleh panggil jiran sebelah menyebelah ni datang sekali
aku memang kadang nak buat open house tapi rumah aku ni memang susah sikit nak parking
nanti kalau orang datang serbu ramai2 camne kan..aku takut jiran-jiran je complaint.
tapi iallah di kemudian hari aku akan pikirkan jalan terbaik camne nak buat open house ni
okey berbalik pada cerita ketiga ni
aku sempat ambik gambar orang pertama yang datang saja..yang lain tu terus lupa nak ambil gambar
haha..biasa la bila borak tak ingat donia..semua benda pun lupa..lagi lupa nak ambil gambar dengan my bff.
aku masak simple saja..laksa dan bihun goreng..hihi tak mampu i nak masak banyak2 okey.

Yang keempat

Admitted to hospital 

mmm aku pun tak pasti nak share ke tidak yang nie..
tapi aku bagitau jugak la kan
hari tu aku admit kat hospital 3 hari then dapat mc seminggu lebih
best kan dapat cuti lama-lama..haha tapi kalau dah sakit apa yang bestnya..betul tak?
okey tu saja yang aku nak cite..tak dapat mengulas panjang lebar..

Yang kelima

Abah Accident

kalau tak salah aku perkara ni terjadi hujung bulan 9 hari tu
malam tu dalam pukul 130 pagi kot adik aku sms cakap abah aku accident
aku memang dah tido dah..en h pulak baru je tido pukul 1 tu..
sebabnya dia baru balik dari main basikal pukul 12 tghmlm tu
jadi pukul satu baru dia tido..
ok lepas adik aku sms tu nasib la aku terlintas nak baca sms dia
sebabnya kalau setakat sms je tengah2 malam nie memang tidak la aku nak bacanya
lain la kalau call kan..
lepas baca sms aku terus call teh..then dia cakap abah still kat emergency room..
en h cakap jom la balik..aku masa tu pikir cam maybe tak serius sangat walaupon berdebar-debar
tapi kalau jadi apa-apa then aku still menunggu kat rumah je..mesti nanti aku menyesal
then terus aku call adik aku yani tanya dia nak balik tak? so pukul 2 pagi cam tu kami gerak ke lipis
bila sampai tol gombak..adik aku teh call cakap abah aku kena hantar ke hospital termeloh untuk scan sebab kat hospital lipis tak ada alat scan tu..just scan then kalau tak serius hantar ke hospital lipis semula
so aku dan adik aku pun terus ke hospital temerloh.
kami sampai dekat subuh..ambulance yang bawak abah aku tu pun tak sampai lagi
kami solat dulu then orang yang bawak ambulance tu bagitau diaorang dah sampai dah ada dekat emergency room..aku terus ke sana nak tengok abah aku..terus rasa sedih..teruk muka abah aku bengkak then mata tak boleh buka..siap muntah darah lagi..adoii hai masa tu..tak tergambar dengan kata-kata
nak scan pun lambat..doctor tak datang lagi..pukul 8 kot tak salah aku baru dapat scan..then tunggu report doctor kata boleh hantar ke hospital lipis semula..dieorg akan pantau dari hospital lipis
kami pun ikut jugak ambulance ke lipis ..before that aku tunggu adik bongsu aku dari terengganu sampai.then baru gerak ke lipis sama-sama
abah aku kena tahan kat hospital seminggu jugak la..
aku petang tu terus balik ke kl semula..kalau serius lagi hujung minggu tu baru aku ingat nak balik lipis semula..huh penat takyah cakap la kan..mental dan fizikal..cian kat en h la..tido setengah jam saja.masa nak balik kl tu singgah petronas beli redbull dulu sebab dia memang dah tak tahan sangat..adik ipar aku siap tido dulu kat petronas tu..en h pulak cakap dia nak rehat kat rumah saja..

so itula serba sedikit perkara yang terjadi dalam hidup aku dua bulan nie
harap segalanya akan baik-baik saja

jumpa lagi..





20/07/2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Salam ramadhan al-mubarak untuk semua umat islam
terutamanya untuk kawan-kawan dan reader blog saya nie

Moga kita mengambil kesempatan yang diberi ini untuk menambahkan iman & ketakwaan kita kepadaNya..Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..Selamat menjalani Ibadah Puasa..


p/s~untuk kawan-kawan saya As, sue, suhaiza, safura dan semua la..selamat berpuasa..maaf semua salah dan silap saya kat korang ok~muahmuah

11/07/2012

HePi BirtHday Angah~auWw

Assalamualaikum

Auww tajuk tak hengat kan..
saje je nak bagitau semua birthday u tue
hihi memang itu la niat aku sebenarnya
kalau boleh nak satu donia tau.kahkah (gelak jinnotti)

ehemehem..aku ni sebenarnya bukan la orang yang fedulik sangat pasal birthday2 nie
pulak-pulak bila usia dah makin bertambah2 nie
Dulu bila zaman fofulor tue suka la kan~kihkih fofulor ker?
tapi sekarang ni dah tak excited dah nak celebrate or whatever kan
****cuma****
disebabkan birthday kali ini membuatkan usia aku bertukar ke siri lain
maka aku terpanggil nak menulis di blog ini
(blog sendiri pun nak jugak guna perkataan "terpanggil" tue~menampakkan yang ko nie makin lama makin malas nak menulis kan angah)

Usia menunjukkan kematangan?
aku memang tak reti la nak share or tulis isu yang memerlukan idea yang padat dan bernas ni
jadi disebabkan aku degil jugak nak menulis
maka aku guna je la ayat aku yang power ni untuk mengambarkan perasaan aku
harap korang faham je la kan kan@ok buat faham2 sudah

Masa usia kita 0-10tahun
apa la kita tau sangat pasal kehidupan ini kan
yang penting masa tu kita hepi and ada kawan2 nak bermain
tak perlu nak pikir masalah-masalah dalam hidup nie
cuma pikir masalah cne nak mintak duit kat mak nak beli cekedis
@dolu-dolu tak perlu pikir pun just mintak je kat mak kalau nak beli apa-apa
mak bagi tak bagi tu lain kira
memang zaman kanak2 tu yang paling kita rindui sebab kita tak pernah dibebankan dengan masalah
tapi takkan selamanya kita nak jadi kanak-kanak kan?

masa usia kita 10-20tahun
zaman remaja kita
zaman ini la bermulanya kematangan hidup kita kan
masa ini la kita nak mula ada perasaan "cinta" 
masa ini jugak la perasaan nak tau dunia luar tu membuak-buak
perasaan nak mencuba sesuatu yang baru
perasaan nak berlumba-lumba untuk membuktikan yang terbaik dalam pelajaran
kadang2 aku terpikir inilah permulaan kita membuat sesuatu yang akan  kita bangga atau menyesal di kemudian hari
contohnya masa belajar~kalau kita malas nak belajar masa nie maka di usia aku sekarang nie la kesalan tu akan korang rasai
tapi itu tak bermakna bila kesilapan bermula di usia ini maka terus penamatnya disini
seperti yang aku cakap ini hanyalah permulaan saja

Masa usia 20-30tahun
zaman muda kita
hihi mesti ramai yang tak setuju kan
muda tu kan seumur hidup~haha biarlah oarng kata ko dah tua ke apa tapi jiwa tetap muda forever
tapi betul ini la usia yang pada aku membuat banyak perubahan dalam hidup kita
perubahan yang macam mana?
perubahan kerjaya korang
dari seoarang student kepada seorang yang berkerjaya
dari seorang yang bergantung kepada parent now koranglah decision maker untuk diri sendiri
dari seorang yang single kepada "not available anymore"
dari keseorangan kini dah berdua~auww
dari wife kepada sorang ibu~iskisk i belum lagi
Pada aku lagi di usia ini la keseronokan tu hampir maksimun kan kan

Masa usia 30 tahun
kenapa aku tak tulis 30-40tahun?
ala korang nie bagi la chance..aku baru je masuk 3 siri ari ni..takkan nak cakap pasal 40 dah kot~kihkih
ok pada aku ini la permulaannya zaman kematangan hidup
lambatnya nak matang kan
ramai yang cakap 20an dah matang
tapi pada aku yang matang hanya la fizikal saja..tapi mental rasanya belum lagi
tapi cne pulak dengan yang dah umur 30an tapi tak matang2
haha itu saja je buat-buat tak matang~macam yang aku cakap ramai yang suka muda forever 
hari ini aku terpikir dah 30 tahun dah aku hidup didunia
syukur ya Allah atas segala rezeki yang kau berikan kepada hambamu ini
tapi pernah ke aku menjadi seorang yang baik disisiMu, agamaMu,dihati En H,my parent,my FIL my sis & bro,majikan, sahabat, kawan-kawan, semua lah..
Di permulaan usia 30tahun ini la membuatkan aku banyak terpikir pasal amalan yang telah aku buat,kebaikan dan kesilapan yang telah aku lakukan
Seseorang telah mengingatkan aku

"selamat ulang tahun kelahiran...

sesungguhnya, tibanya hari lahir bermakna semakin mendekati kematian...

semakin mendekati kematian, ertinya semakin kurang kesempatan merebut masa membuat amalan..."
 
Sesungguhnya peringatan ini datang di saat aku terpikir apakah kebaikkan yang telah aku lakukan selama 30tahun ini
 
Jadi seiring usia aku yang bertambah ini
aku memang berharap aku dapat menjadi seorang yang lebih baik
seorang yang dapat mengembirakan orang lain
dan seorang hamba yang solehah
 
 aku copy doa kat bawah ni dari sini
(mintak halalkan~tq)
 
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


 Tq untuk semua yang wish birthday~kat fb,msg,call semua~luv u
 

23/05/2012

Kejadian yang mem panic kan aku..kihkih

assalamualaikum 

aku nak cerita peristiwa yang berlaku dekat aku  semalam yang telah membuatkan aku panik sekejap
cite tu macam nie
pagi tu sebelum pergi keje aku ingat nak buat la simple breakfast dulu
dah boring kan asyik makan nasi lemak,bihun semua
so aku tengok dalam peti ais ada la hash brown segara yang aku beli dulu
belinya banyak..yang makannya sorang saja.pasai tu la masih ada kat dalam peti ais tu
biasa aku goreng saje..tapi kunun-kunun semalam tu terpikir nak jaga kesihatan taknak yang goreng2 (padahal yang sejuk beku..tambah2 yang segara tu lagi la tak berkhasiatnya~tak pulak pikirnya) so aku baca la instruction kat belakang hash brown tu..
ohhh boleh guna microwave je ponnn.
katanya letak high temperature dalam 10-15minit..aku terus je set 15 minit
baru je 1 minit tiba-tiba perut aku memulas-mulas la pulak
takpe la tinggal sekejap aku pun berlari ke tandas tingkat atas
ada je pun tandas kat tingkat bawah..tapi biasa la yang kebiasaan guna tu la yang lebig selesa kan
selepas membuang hajat ditambah2 masa berangan kat dalam tandas tu aku pun kuar
masa tu pikir dah masak kot hash brown aku nie
buka je pintu toilet..terusss sajeeeeeeee....
bau hangit yang teramat la sangat

aku dengan paniknya terus saja berlari keluar bilik
tengok asap dah berkepul-kepul kat ruang tamu
mak aiii mau tak terkejut aku..memang aku pikir dah meletup kot microwave aku
tapi alhamdulillah tak meletup pun tapi asap tak payah cakap la
aku pun terus matikan suis then buka pintu microvawe tu
apa lagi bertambah-tambah la asap tu keluar semua
aku tengok dah rentung habis dah hash brown aku tue
then terus buka semua tingkap pintu..buka kipas dapur tu..bagi asap senang nak keluar sebab kipas tu boleh tarik asap tu
aku dengan rasa sesak nafasnya..batuk2 lagi..masa tu terus terpikir macam ni la agaknya orang yang terlibat dalam kebakaran tu..walaupun secaranya sainsnya aku memang tak reti nak explain macam mana asap tu masuk kat badan sampai langsung tak boleh bernafas
aku terus je keluar rumah tunggu asap keluar dulu
pastu macam terdengar je ada orang cakap ek bau apa nie..macam asap saja
aku buat2 taktau saja..nasib la umah aku tu tinggi sikit jadi orang tak perasan kot apa yang terjadi

kesan dari kejadian nie
en h terus mengambil kesempatan nak membebel kat aku
tapi memang aku pun yang bersalah..kwangkwang
tapi yang lebih sades tue
setiap orang yang datang kat office aku nie asyik dok tegur je bau apa nie bau apa nie
sebabnya 
aku memang tak sempat nak tukar baju lain..melekat2 bau asap kat badan aku nie..sampai aku sendiri pun pening..dan disebabkan itu aku terlewat pergi keje
dah terlupa lagi nak tutup kipas lampu kat rumah

@__@



18/05/2012

Wedding Kawan En H~

Assalamualaikum 

Semoga semua mendapat keberkatan di pagi jumaat nie

Hari ini nak share peristiwa yang berlaku ahad yang lepas
peristiwa tu
kihkih
takde la peristiwa mana pon
aku cuma ikut en h pergi wedding kawan dia dekat putrajaya
pergi minggu lepas tapi sekarang baru nak menghapdetnya
tahap kemalasan tu makin menjadi2 sejak kebelakangan ini
apa-apa pun jom kita layan gambar 









 
 Ok la selamat pengantin baru untuk shafiq dan dila
semoga berbahagia ke akhir hayat

^___^


03/12/2011

Majlis Perkahwinan sana sini

Assalamualaikum..

 ~gambar dari en google~

ado orang kat umah dok nie??ado-ado meh2 masuk..selamat pagi semua..da breakfast ker?oppps tanya pasal breakfast ni bukan la nak kongsi resepi untuk post kali ni..mai cni mai..sekarang ni saya nak story mori sal majlis perkahwinan sana-sini, antaranya anak sedara sepupu saya cik eiyda..ohh da puan eiyda da..

Majlis berlangsung pada hari sabtu 26/11/11 yang lalu..saya tumpang adik saya yani n faiz..my H??? oh dia stay kat kampung seminggu dari adik ipar saya kawen ari tu..jadi tak perlu la ulang alik banyak kali kan..dari kl sampai k.lipis cuaca memnag sangat cerah dan agak panas..tapi masa da sampai lipis tu abah dan akak saya telefon bagitau hujan sangat la lebatnya dekat rumah pengantin~rumah pengantin dekat kg sg.ulor..kenapa sg ulor namanya???ohhh tak tau la pula saya..maybe ada sejarah sehingga diberi begitu namanya..

nak tau masa sampai tu terus je my mak pergi dapur bungkus lauk..ohh cam tak senonoh je kan..pulak join dengan adik-beradik yang lain tu..3 serangkai..tak caya meh tengok gambar kat bawah ni..

My mak dan kakak2nya~aktiviti biasa kat umah sedara-mara yang rapat

hihi actually ni perkara biasa je dikalangan family mak saya ni..sama saja sebenarnya..kalau time kami atau sepupu saya yang buat majlis pon perkara yang sama tetap berlaku..kadang2 orang belum makan pon da bungkus membungkus ni..tapi tak la bermakna bila da bungkus ni untuk orang lain tak cukup makanan pula kan.warning!!! ni untuk keluarga terdekat saja..kat umah yang kita kenal suam2 kuku tu tak buat la pula ok..malu wehhh..

walaupun hujan lebat masa majlis eiyda, tapi orang kampung dan bandar??? tetap ramai yang datang memeriahkan majlis..




mana pengantinnya???ok ni la pengantin comei kita ni..tahniah untuk eiyda dan pasangannya(alamak tak tau nama pula)~tu la eiyda tak nak bagi kad..dah tak tau nama kan..hihi alasan je tu..selamat pengantin baru..semoga berbahagia ke anak cucu..


ni pula gambar sebahagian family dan sepupu sepapat yang memang kalau ada majlis mesti nak buat rombongan pergi sekali~macam tak cukup korum saja kalau tak pergi together-gether ni..da la ramai kan..masuk je umah orang da penuh dengan anak beranak sendiri-murah rezeki tuan rumah..huhu



sebenarnya planning lepas majlis eiyda saya nak pergi rumah kawan saya kawen pula..tapi my H tak sihat pula..demam yang agak teruk..jadi tak sampai hati pula nak ajak dia pergi sana sini kan..apa2 pon untuk nine dan pasangan selamat pengantin baru..maaf sesangat tak dapat pergi masa majlis ko..semoga berbahagia selalu ya..

nine~sorry cilok gambar kat fb ko

keesokannya ada majlis kawen anak majikan abah saya pula..huhu da plan nak ambil gambar..tapi biasa la terlupa la plak time tu..syok sangat makan ice-cream kot..jarang2 ada majlis kawen sediakan ice-cream ni..lagi2 majlis kat kampung kan..tapi yang penting my mak tu memang antara orang terpenting majlis..tapi cian pulak..dari hari sabtu tolong tuan rumah sampai balik rumah kul 12 malam..anak cucu semua da tido..tak sedar bila wan balik..pagi2 esok da keluar pergi tolong lagi..tapi memang puas hati la..kami dok makan lauk kenduri saje 2 hari tu..lagi syok isnin cuti sempena awal muharam..boleh la merilekskan diri di kampung lama-lam sikit..

ok la ini saja coleteh saya untuk majlis perkahwinan sani sini ni..sebenarnya pasangan eiyda akan buat majlis sambut menantu esok tapi saya tak pasti lagi dapat pergi tak..tak jauh pun dekat port klang saja..apa2 pon nak pergi jom heboh!! lama da tak pergi..my H ni macam2 alasan dia bagi bila ajak dia pergi..perlukah senjata wanita digunakan pada masa ini~merajuk atau air mata???


Angah~kenapa filem ombak rindu ni full booking pula..nampaknya kena tunggu minggu depan la~tak pon walk in je la..tapi kena beratur panjang2 pula..haruskah??

29/11/2011

Salam Maal Hijrah

Salam semua,

Harap masih belum terlambat nak wish salam maal hijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia..


Semoga kita dapat berhijrah ke jalan yang lebih baik~demi diri, agama,bangsa dan negara
Salam Maal Hijrah 1433H

22/11/2011

Anniversary ke-2 **** 21.11.11

Salam semua...

Happy anniversary ke 2 untuk my H..walaupun da terlewat sehari nak buat post anniversary ni tapi sebab memang da niat nak buat special post ni..jadi kena la teruskan juga..hihi

mmm nak cerita tentang apa ya..wah rasa nak mengimbau kenangan lalu jer..saya dan my H ni kawan satu sekolah tapi kelas lain2..tapi tak pernah la pula kami ni bertegur sapa apalagi la nak kategori mesra tu kan..sebenarnya ramai kawan2 yang cakap kami ni couple senyap2..bukan couple senyap2 cuma ramai yang ingat kami ni couple dari sekolah lagi..kami mula rapat masa da tahun akhir dekat universiti..my H dekat um n saya pula masa tu study dekat usm(rindunya dekat penang!!!)

susah juga nak terima my h ni pada mulanya..da la satu sekolah,satu kg lagi..tapi da jodoh kan..huhu..

Gambar kawin 2 tahun lepas~kurusnya masa ni sekarang da terbalik pulak.huhu






Gambar kawen dolu-dolu



masa honeymoon dekat cameron highland

yang sedihnya untuk anniversary ke 2 ni kami tak dapat nak celebrate lagi..planning setiap tahun nak celebrate bersama..tapi tahun ni kena tinggal keseorangan pula~hihi my H pergi kelantan ikut family dia hantar menantu~adik my H bayah..saya tak dapat nak join sebab cuti tak approve..wawaaa

 Masa g PD

Masa g terengganu

Banyak yang telah di harungi bersama selama 2 tahun ini..klu gaduh2 manja tu biasa la kan..tapi apa yang paling kagum dengan my H ni dia banyak mengalah dan tak da la pendam lama2~klu wife kesayangan dia ni bising n mengamuk2 ke dia sabar je kan~suami mithali la katakan.haha..




Yang paling tak tahan tu kan..seiring usia perkahwinan selama 2 tahun ni..berat badan pon makin bertambah non-stop..orang cakap makin bahagia la tu..tapi kalau da macam ni perubahannya..bahagia kah??huhu sape nak jawab tu..

untuk my H~saya sayang kamu untuk selamanya~(my H mesti gelak guling2 baca ni) wife die ni brutal cikit..jarang nak cakap sayang2 ni..hahha..apa pon saya doakan semoga hubungan kami mendapat keredhaan Allah..semoga hubungan ini berkekalan selamanya..semoga kami diberi peluang lagi untuk menyambutnya di tahun hadapan dan seterusnya..semoga kami dimurahkan rezeki..semoga kasih sayang antara kami tak akan terputus selamanya dan semoga kami diberi peluang untuk menimbang cahaya mata~terima kasih untuk kesabaran itu yang paling2 dihargai~luv u forever~