Showing posts with label Laksa/mee/bihun. Show all posts
Showing posts with label Laksa/mee/bihun. Show all posts

24/05/2012

Cantonese Yee Mee

Assalamualaikum

Layan resepi jom jom jom

heboh heboh heboh ~pulak~

Bahan-bahan

Yee Mee
Ayam di potong nipis/kecil
Fish cake potong nipis memanjang
Isi ketam~potong 2
1 biji telur
Sawi
Carot~potong nipis
bawang putih & merah~mayang halus
sedikit tepung jagung bancuh dengan air
garam dan gula secukup rasa
air 

Cara-caranya

tumis bawang merah dan putih dalam sedikit minyak
masukkan daging ayam
bila ayam dah separuh masak masukkan batang sawi
bila dah lembut masukkan fish cake dan isi ketam
then masukkan air
biarkan seketika sebelum masukkan carot dan sawi
perasakan dengan garam dan gula
akhir sekali pecahkan telur kacau seketika dan masukkan tepung jagung

Hidangkan bersama cili potong+kicap cair~sedap







Makan dengan cili potong+kicap cair~yummyyummy~

P/S: Sape-sape yang nak Order AuraWhite Collagen boleh call/sms 012-2869 683..Banyak free gift menanti anda!!jangan lupa call..tq

06/03/2012

Keow Teow Goreng

Assalamualaikum semua,

Kawan-kawan semua dah breakfast ke?ada sesetengah orang tak suka breakfast..macam2 alasan..ada yang tak sempat..ada yang memang tak suka breakfast~terus ke lunch saja..ada yang kalau makan pagi2 mesti sakit perut sebab tu tak nak ambil breakfast..tapi saya nak tegaskan di sini breakfast adalah penting..walaupun kita cuma makan sekeping biskut dan air milo..hihi iklan jap..(breakfast juga dapat maintainkan kita punya weight..sukasuka *__*)

dekat malaysia ni kalau cerita pasal breakfast mesti dah terbayang nasi lemak, roti canai,bihun goreng, nasi kerabu,nasi berlauk (sebelah pantai timur banyak nie)..saya selalu tertanya apa menu breakfast dekat negara lain eh? tak mungkin la ada nasi lemak-kecuali la ada orang mesia kat c2..hihi

ok la hari ni nak share antara menu breakfast orang mesia nie-keow teow goreng



Bahan-bahan

1 paket keow teow
cili kering mesin
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap manis
bebola ayamas-potong 4
udang
ayam-potong kecil
1/2 bawang besar-mayang halus
2 biji bawang putih-mayang halus
sawi
lada besar merah
baby tomato
garam gula secukup rasa

cara-caranya

1-tumis bawang yang telah di mayang halus.masukkan cili kering.bila dah garing masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato
2-masukkan ayam.bila ayam separuh masak masukkan bebola dan udang.
3-masukkan garam, gula dan kicap manis.
4-Selepas itu masukkan keow teow bersama-sama sawi,lada merah dan baby tomato.
5-hiasan kan dengan limau kasturi dan taburkan bawang goreng





angah~saya ni memang suka guna bawang besar dalam masakan..sebab senang sikit compare dengan bawang kecil..

06/12/2011

Bihun goreng express

salam semua,

Bukan nasi goreng saja yang boleh goreng express tau..bihun goreng pon boleh..hihi

Bihun goreng ni memang favourite my H..kalau makan tu boleh bertambah2..ingat lagi tiap kali raya mesti tanya ada tak bihun goreng..saya bgtau la mana ada orang makan bihun goreng terutama kalau raya kat pahang..kalau bihun sup tu ada la..sebabnya bihun goreng macam makanan harian..jadi jarang la yang nak masak..hari raya biasanya ramai yang masak makanan special..

Tapi kat kampung my H dekat kelantan,biasa diaorang akan masak bihun goreng..itula sebab my H suka sangat..walaupun tak pernah lagi sambut raya di sana,my H ada bagitau yang makcik dia masak bihun sangat sedap..dan biasanya diaorang makan bihun bersama ulam timun,keropok dan sambal berlado kot tak salah nama (yang ni memang saya pernah makan..tersangat la pedas tapi memang sedap sangat~terus jatuh cinta)~saya cuba sambal ni masa pergi rumah makcik my H di kuala lipis..masih terasa sedapnya bila dimakan dengan bihun goreng ^_^

Oh lupa pula,bihun ni diberi nama bihun goreng express sebab guna perencah saja-hihi ari tu balik kerja my H suruh masak bihun tapi malas betul nak blander cili kering..di tambah lagi dengan rasa penat kan..jadi guna la perencah bihun goreng adabi tu..huhu

Bihun Goreng Express

Bahan2nya

1/4 paket bihun~rendam sehingga agak lembut
1 biji bawang sederhana besar~ditumbuk
2 ulas bawang putih~ditumbuk
1 paket kecil perencah adabi
1/2 batang carrot~disagat halus
sedikit daun kucai~dipotong dlm 3cm
2 cili besar merah~dipotong
3 batang fish cakes~dipotong kecil
2 biji telur~digoreng hancur dan asingkan
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara masakan
1-Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang besar+putih yang telah ditumbuk
2-Masukkan perencah bihun adabi.Bila agak garing masukkan fish cake dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
3-Selepas itu masukkan bihun tadi dan juga carrot,daun kucai dan cili besar merah.
4-Masak sehingga bihun lembut..Tutup api dan masukkan telur goreng tadi.Kacau rata dan hidangkan

Sambal berlado

Tumbuk beberapa biji cili padi(terpulang pada kepedasan yang anda suka) dan campurkan bersama garam, gula dan cuka..siap






Ni la sambal berlado tu..tapi tak la sesedap yang mak cik my H buat
tapi tetap terangkat okeyyy(angkat diri sendiri ler)

Ulam timun jer tak ada~makan dengan keropok dan juga nuget..best..


selamat mencuba

12/11/2011

Laksa Penang

Salam semua,

Kawan-kawan semua sihat tak ari ni??masa tengah buat post ni hari hujan..

Rasa da lama pula tak masak laksa penang..jadi semalam selepas balik kerja terus plan nak masak laksa penang ni..resepi ni dari mak saya..saya masih ingat lagi..dulu kalau nak makan laksa ni kena tunggu masa raya atau masa ada event tertentu saja..sama la macam rendang..rasa macam makanan special pula..so dulu pikir susah kot nak buat laksa ni tu sebab boleh makan masa tertentu saja..

Tapi sekarang ni da lain kan..janji rajin saja masak la apa saja yang kita rasa nak makan..tak pon beli saja..tapi kalau beli tu biasa la ada sesetengah tu tak kena la pula dengan tekak kita ni..lain orang lain caranya..Laksa memang antara makanan kegemaran saya dari dulu lagi..jom kita tengok bahan2 dan cara menyediakan versi mak saya ni..

Bahan-bahan (4 orang makan)

1/2 paket laksa~saya suka yang kering..direndam beberapa jam..kemudian rebus sehingga lembut
                         ~boleh beli yang segara juga~celur/kukus saja-cepat & pantas

 Laksa yang telah direbus/kukus


Bahan2 Kuah 

5 ekor ikan kembung~direbus,dibuang tulang dan dikisar bersama2 air ikan
6-7 sudu cili kering yang telah di mesin~bergantung kepada kepedasan yang disukai
lengkuas~potong nipis2
2 Biji bawang besar~potong bulat
2 Tangkai bunga kantan~potong 2
Daun kesum
5-6 asam keping~kalau suka masam boleh ditambah
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Belacan

Cara2nya
1-Campurkan kesemua bahan didalam periuk kecuali gula dan garam.Masak sehingga mendidih
2-Bila mendidih perasakan dengan garam dan gula.Tunggu sekejap dan tutup api.Senang saja kan..

Ulam-ulaman


Timun~potong memanjang ya

Salad~potong Nipis

Kacang Panjang~potong Kecil2

1 Biji Bawang Besar~mayang halus
Ulam-ulaman ni bergantung pada selera masing2..terdapat pelbagai ulam yang boleh di makan bersama dengan laksa ini~cuma ini versi mak saya..


~Telur rebus jangan dilupa~

La nak kena ajar juga ke cara nak makan ni..hihi jom saya tolong tunjuk kan>>>

Masukkan laksa dalam mangkuk

Tuangkan Kuah~lagi pekat lagi sedap..baru rasa kesedapan laksa ni

Campurkan ulam-ulaman

Masukkan telur
mmmmmm apa lagi?????

Jemput makan semua


Angah~laksa memang tidak pernah menjemukan..

Petua angah-jangan dibuang tulang ikan..blend sehingga hancur dan tapiskan kedalam bahan-bahan kuah yang lain..tapi PASTIKAN isi ikan diasingkan terlebih dahulu dengan tulang ikan..JANGAN blend bersama..

21/10/2011

Laksam Lemak

Salam semua,

Cerita pasal laksa ni..tak kisah la laksam ke..laksa penang ke..laksa sarawak je..Terus rasa nak makan..hihi laksa ni memang antara favourite la..especially laksa penang tu..bila rasa xda idea nak makan pe..terus je laksa ni menari-nari je dalam kepala ni..sampai cam tu sekali penangan laksa ni..haha

ok berbalik pada laksam lemak ni..saya pon tak pasti maybe ni laksam kelantan kot namanya..tapi sebab dari dulu-dulu lagi family saya memang cakap laksam lemak..so title tu pon jadi la laksam lemak

Ni memang salah satu resepi mak saya antara yang ter'sedap' laa..hihi kena la puji mak kita kan..
Masakan mak memang yang paling sedap untuk anak-anaknya..setuju kan??

ok kengkawan..jom jalan-jalan tengok resepi laksam ni k

Bahan-Bahan Laksam

1 cawan tepung beras
1 sudu tepung ubi
Air
Minyak

Cara-cara

1- Panaskan kukus sehingga mendidih
2- Kacau kesemua tepung dengan sedikit air sehingga menjadi satu adunan (jangan terlalu cair atau pekat)
3-Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk.Tuang 1 sudu adunan keatas tudung periuk (jangan terlalu nipis atau tebal)
4- Kukus adunan dalam 2-3 minit.Bila da masak gulungkan adunan dan teruskan lagi sehingga adunan habis.

Angah: Fungsi tepung ubi adalah untuk bagi laksam rasa kenyal..jadi jangan letak terlalu banyak.Anda boleh cuba buat 1 adunan dulu jika terlalu kenyal tambah tepung beras..jika kurang tambah tepung ubi

Rupa laksam selepas dipotong

Kuah laksam
4-5 ekor ikan kembung ~ direbus, dibuang tulang dan dikisar bersama2 air ikan.
1 tsb lada hitam yang telah ditumbuk
1/2 kilo santan
2-3 Asam keping
1 biji bawang besar ~ dikisar
2 biji bawang putih ~ dikisar
sedikit halia ~ dikisar
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya

1-Campurkan kesemua bahan dalam periuk.Kacau selalu sehingga masak.Lagi pekat lagi sedap

Ulam-ulaman

Kacang panjang
Timun
Taugeh
Daun Kesum
Bunga kantan

Potong ulam-ulaman kecil-kecil.Anda boleh tambah apa saja ulam yang disukai..ni ulam basic saja.hihi



Sambal

10-15 biji cili padi ~ lagi pedas lagi sedap..hihi
Garam
1 sudu cuka makan

Cara-cara
Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat



Da siap..cam banyak lak step dia kan..tapi cepat jugak untuk disediakan..biasa saya buat after balik keje..
maybe laksam tu kita tak da masa nak buat sebab agak remeh dan xcukup masa..jadi kan..jadikan..beli je yang da siap..kat tesco pon da..balik kukus je semula...hahaha..tapi kuah tu buat la sendiri ya..baru ummmppphhh..

jom semua..kita maman



Kuah agak cair...tapi tetap sedap..My H tambah sampai 3 kali siap cakap lagi xcukup.Fav dia ni..

Angah : Sekali makan xcukup,2 kali makan nak tambah kali ke 3..yang tak sedarnya..lemak pon makin bertambah sesuai sangat dengan nama laksam lemak

Selamat mencuba