Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

27/11/2012

Ketam Masak lemak cili padi Dan Sambal sotong Petai

Assalamualaikum semua

lama tak buat blog makan-makan kan..so saje la hari ini nak post resepi pulak
walaupun korang tak mintak kan
huhu ni makanan yang aku masak sabtu lepas..masa nie en h pergi lumba basekal kat PD
so sebagai isteri mithali harus la aku masak untuk somi yang akan kelaparan bila balik nanti

Ketam masak lemak cili padi

 Aku memang tak pandai nak pilih ketam..nampak dah besar dah..bila dah masak waaa ketam jadi kecik pulak..tak puas aku makan ari tu.

Bahan-Bahan
ketam
 Cili padi~ditumbuk
kunyit hidup~ditumbuk
 bawang besar di mayang~ditumbuk
daun kunyit~potong ikut suka
tomato
asam keping 
santan
Garam secukup rasa

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak..
harus kacau selalu ya sampai la masak ^___^

Sambal Sotong Petai


first time aku masak sambal sotong petai..biasa kan masak udang petai saja.bila cuba..auww sedap weh
haha bab memuji diri sendiri no satu..tp memang sedap hokey..korang patut cuba..eh dah pernah cuba? malu ai tau..

Bahan-Bahan
Sotong
Petai
cili kering~blander
Bawang Besar~blander
Bawang putih~blander
sos cili
sos tiram
Asam jawa
tomato
bawang besar~dihiris bulat
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
Tumiskan bawang sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili kering yang telah di blander.tumis sehingga pecah minyak.Masukkan sos cili dan sos tiram.Masukkan sotong dan air asam jawa.
Biarkan air sotong kering sedikit then masukkan tomato bawang besar dan perisakan dengan garam dan gula

Selamat mencuba


08/03/2012

Sotong Goreng Tepung

Salam Semua,

Hari ini nak share dengan kawan2 resepi sotong celup tepung..suka sangat makan sotong ni terutama kalau masak stail camni..pelbagai cara sebenarnya nak goreng sotong celup tepung ni..lain orang lain resepinya..saya pernah cuba masak cara yang berlainan..2 2 pun sedap..cuma yang pertama kali dulu tu tak ambil gambar sebab masa tu blog ni tak ada lagi..

Cuma ada masalah sikit kalau nak goreng sotong stail ni..sebab sotong tu akan meletup2..hish dasyat kalau dah meletup tu..melompat2 dan bersilat bagai la kat dapur tu jawabnya..hihi..tapi bila cuba kali ke 2 ni ada petua sekali di serta macam mana tak nak bagi sotong tu meletop..memang sangat2 berguna petua tu dan yang paling penting bahan2 yang digunakan pun sangat2 ringkas tapi hasilnya memang sedap..terima kasih pada empunya blog sebab sudi berkongsi resepi ini..saya mohon share kat blog ini ya..semoga dimurahkan rezeki selalu..



Sotong Goreng Tepung

Resepi asal :

sotong secukupnya
1 biji telur putih

bahan tepung: (tak perlu campur air)

3 sudu besar tepung beras/tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1/4 sudu teh garam

cara:
gaulkan sedikit garam pada sotong dan masukkan ke dalam mangkuk yg berisi telo putih
gaul rata (sblm tu, pastikan sotong tu betul2 kering selepas dicuci, guna tisu dapur utk serap lebihan air, kalo tak sotong akan meletup2 dlm kuali, salutan tepung jd x rata dan hasilnya kurang rangup)
pastu masukkan dalam campuran tepung..
ratakan tepung pada sotong
panaskan minyak
masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali (sekali goreng jgn byk sgt)
goreng sampai garing keemasan



Angah~Resepi ni memang sangat sesuai untuk kita-kita yang bekerja.balik kerja boleh masak terus.sebab tak akan ambil masa yang lama nak menyediakannya

Selamat hari wanita untuk semua ahli keluarga,kawan-kawan,pembaca blog yang tersayang dan semua wanita diseluruh dunia..ANDA BEGITU BERHARGA

P/S: Sape-sape yang nak Order AuraWhite Collagen boleh call/sms 012-2869 683..Banyak free gift menanti anda!!jangan lupa call..tq

20/10/2011

Sambal Udang

Salam semua,

Kita sambung lagi dengan resepi sambal udang lak..resepi kat cni memang resepi yang express je..ya  la balik keje pon da lewat kan (cover line la tu padahal office ngan rumah tak sampai 15mnt)

Bahan-bahan

Udang saiz XL dalam 20 ekor
4 Sudu besar cili kering yang telah dikisar
4 biji bawang merah ~ dikisar
2 biji bawang putih ~ dikisar
1 sudu sos cili
1/2 sudu sos tomato
1/2 susu sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Hiasan
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato-potong empat
1 biji cili besar merah

Cara-cara

1- Tumis bawang putih+bawang merah
2- Masukkan cili kisar.Bila agak garing masukkan sos cili,tomato dan sos tiram
3- Masukan udang dan sedikit air.Tambahkan garam dan gula secukup rasa
4- Campur bawang besar, tomato dan cili besar merah




Yummy....

Selamat mencuba semua...