Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

02/05/2014

Manhattan fish Market Alamanda


Lepas tengok movie ahad tu aku dengan en h pergi makan kat manhattan
rasanya dah banyak kali kot aku g makan kat sini
taktau la kenapa jadi fav sangat..kalau alamanda mesti manhanttan..kalau manhattan mesti alamanda
menu pun sama je..balik-balik yang tu jugak
tapi aku memang biasa kot
kalau pergi makan kat mana-mana pun balik-balik menu yang sama je la
 layan gambar je la ya..







06/02/2013

Ali Cafe 3 Rasa

Assalamualaikum semua

seminggu ni hujan saja kat area rumah aku nie
Hujan yang menemani tika jari-jari aku pasrah dalam menaip entry hari ini..cewah la sangat!
walaupun hujan tapi aku bukan la nak cerita berkaitan dengan hujan
tidak sama sekali ya..hihi

ok la sebenarnya aku nak share jjcm aku dengan en h
dah lama actually plan nak pergi kat tempat ni
coz dah banyak kali blogger2 kat luar sana share tempat makan nie
dan fedback pun semua cakap sedap..at least boleh tahan kan
so harus la aku mencubanya..lagi2 dekat je pun..takde la en h nak bising kalau tak jumpa kenn..
tempat ni dekat usj subang jaya
tapi kan..haku lupa la nak bawak camera
dan dan pulak handphone aku ni cap ayam je..jadi tak dapet la den nak kongsi gambar kat sini.
tapi jom kita usha gambar kat website ali cafe nie

En H suka je makan kat sini..banyak sebenarnya menu kat sini..
harga pon not bad..takde la mahal sangat pun
tapi disebabkan aku telah disogokkan dengan menu siakap tom yam kat blog-blog yang aku baca
maka aku memang dah set kat kepala ni nak makan yang tu je..

masa nak order tu

aku : adik nak set nie~
waiter : set nie untuk 3-4 orang makan akak.rasanya banyak nie untuk 2 orang..
sambil jeling kat aku dan en H
aku : tapi kami tetap nak yang nie
waiter : ok tak pe nanti saya bagi yang medium size la..
aku : apa bezanya?
waiter : portion dia kecik sikit
aku : harga berapa dik?
waiter : 69.90
aku : ok
En H : adik ni ingat kita tak boleh abis pe set tu..belum tengok lagi kita nie makan
aku : maybe dia tengok awak kurus je kot
en H : mana ada (sambil sengih2)
aku : eleh suke la tu orang cakap dia kurus..tapi kan harga sama portion kurang..tak adil kan..
(ko tengok tamak tidak aku..kalau membazir tak abis sape lagi dosa kan)

tapi bila bill sampai rupanya dia memang bagi harga murah sikit sebab tu medium size..nasib adik tu bagitau kan..tengok dah dapat dosa berprasangka..kihkih..maafkan akak dik..tak sengajo

tapi en h memang suka giler siakap tom yam tu..aku biasa-biasa je
tapi tetap nak ajak en h cuba menu lain pulak lenkali
harus..sebab menu lain tu nampak cam sedap-sedap je semuanya..
tapi aku suka giler air kurma dia..en H siap cakap tu bukan air kurma tapi asam jawa.
suka hati ko la bang..pe2 je janji den suko


aku makan set siakap tu la..tapi aku tak dapat pun desert tu..tak aci tau..

anyway memang suggest untuk pergi

bye2 uollsss..

15/10/2012

Celebrate Birthday En H~TonY Roma'S

Assalamualaikum

hari ituew kan birthday en H
Taktau nak celebrate kat mane..actually malas pun nak celebrate..hihi
tapi macam cian pulak kan.jadi aku ajak la en h pergi mid valley cari-cari makan sambil cuci mata
tapi sebenarnya ada reasons kenapa aku pilih mid valley
tak kose okey nak pergi sana semata-mata nak celebrate birthday en H
dengan jam parking susah lagi..pastu kena tahan telinga mendengar en H nie membebel sebab jam
tensi mak tau.*cam aku pulak membebel sekarang nie*

okey la aku suruh en H pilih tempat yang dia nak makan
tapi dengan syarat tempat yang tak pernah kami cuba lagi
mula-mula nak makan tempayaki jek..tapi ramai huh orang
then pilih korean style lak..tapi dengar je korea terus tekak en h kembang
last-last pilih sini..layan je la tekak omputih nie










Di sebabkan aku memang tak makan daging dan aku rasa aku memang tersalah pilih menu kot
pada aku tempat nie biasa je..tekak ai memang tak boleh terima hokey
tapi en H memang sampai sekarang cakap sedapnya sedapnya
teringat2 kat daging dia yang memang sedap tue~kira pueh hati la dapat makan
sedap sebab tak perlu bayar ke tau memang tul2 sedap abang?

tapi walaupun tekak haku tak boleh terima
tetapi haku tetap pueh hati dapat pergi mid valley
hanya disebabkan ini










ini




































ini





























hah ini la pun..durian crepe/pancake durian
aku dah berapa hari mengidam nak makan menda alah nie
tengok ramai yang dok post pasal nie saja
google-google dekat mid valley saja yang terdekat aku boleh beli
tu pun niat aku datang sini
janji den pueh hati



 memang sedap korang..hingga menjilat jari..lagi-lagi makan masa sejuk..marvellous sangat
okey pergi mid valley sekarang



24/05/2012

JJCM~The Manhattan Fish Market

Assalamualaikum semua

Wah pagi-pagi lagi dah update blog
nak tunjuk rajin la tu kan~lalala~
hari ini macam takde mood nak buat keje kat office nie..biasa kalau khamis dan jumaat sifat rajin aku nie luar biasa cikit..masa tu la kunun-kunun nak settlekan semua kerja before weekend
kira baget dapat cuti dengan aman la sebab keje semua dah buat
yang pasti isnin memang tahap malas yang tertinggi punya..meleret-leret lagi ke hari selasa dan rabu
so korang pikir la sendiri berapa hari je tahap produktif aku nie dalam melaksanakan keje office..kihkih

cite jjcm kali ni dah lama dah sebenarnya
tapi macam biasa bahan nak post ada banyak tapi nak post kat blog tu entah bila
lagi sekali balik kepada tahap "kerajinan" tuan tanah nie
Masa nie aku jjcm+shopping dengan kawan aku rina
kami jjcm nie kat sunway piramid
2 2 orang first time makan kat sini jadi memang taktau la kuantiti makanan tu banyak mana
tambah lagi breakfast tak makan terus ke lunch..so korang boleh bayangkan tahap kelaparan kami tu
sampai rasa semua makanan dalam menu tu nampak kecik saja
dan apalagi order la bebanyak..padahal 2 orang je pon yang nak makannya
masa tu memang tak ingat langsung nak bertanya kat waiter tu..dalam kepala "lapar,lapar"
sekali order sampai..mak aiii betul ke nie..masa tue terus tanya waiter
'order yang lain tue dah buat tak kalau belum nak cancel la'
'dah siap cik'~huh nasi dah jadi bubur
ramai je yang dok jeling2..lagi2 sebelah meja aku tu order satu plate makanan je tapi kongsi empat orang
aku pulak order 3 plate makan 2 orang
kesimpulannya orang tamak selalu rugi.ceh sempat pulak ngajar peribahasa dan nilai2 murni kat blog nie









Lepas makan jalan-jalan tengok orang main kat atas nie
Makanana dia ok cuma muak sikit la
tapi tengok aku nie isteri mithali tau..bila makan tue ingat kat en h yang tak dapat makan sama
so seminggu lepas tu aku belanja dia makan pulak tapi dekat alamanda putrajaya
kalau en h tu makan agak2 dia ingat tak kat aku nie~

o__O

01/02/2012

Tanjung Harapan

Assalamualaikum

Hohoho...

Saje je kan..meh meh nak story mori pasal jjcm ni.kali ni saya g makan kat tanjung harapan..dah beberapa kali pergi makan kat sini..walaupun bukan la tempat tebaik yang pernah saya makan tapi di sebabkan dekat dengan rumah maka jadi la tempat yang selalu di tuju bila tekak ini memanggil2 untuk makan seafood..

Saya bertolak lepas asar dengan harapan dapat la layan perasaan dekat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam..memang best sangat lepak tepi pantai lagi2 dengan angin menyelak tudung (okey ni nak bagi gambaran yang angin tu sangat kuat)..

Tapi hari tu sebenarnya saya memang dah rasa tak berapa sihat.memang berat hati nak pergi tapi di sebabkan my H tu beria-ria sangat nak makan seafood apatah lagi beliau nak belanja (cewah) maka dengan terpaksa rela nya saya pergi jugak.


dah sampai da..jom layan tgk matahari terbenam dulu




cantik kan..



ok di sebabkan datang sini memang nak makan..jadi tak sah ler kalau tak share gambar makanan kan.pada saya la makanan laut kat sini tak berapa nak segar..cuma cara masak tu saya boleh terima..agak sedap juga..klu datang masa weekend atau public holiday kena datang awal sebab memang full terutama port2 yang tepi pantai tu..biasa la kalau datang sini wajib la nak cari port yang menarik sambil menikmati makanan tu kan..

my H order air kelapa n saya fresh orange

Sotong celup tepung
 Siakap 3 Rasa
Ketam Goreng pedas
Lala Goreng berlada
Situasi selepas habis makan

Macam tak percaya kan makanan tu untuk dua orang makan..hihi.kami ni memang over selalu bab makan ni.tapi ada la kisah di sebalik makan2 kali ini..saya memang tak berapa nak sihat masa datang makan kat cni..jadi tak larat nak makan nasi..just ratah lauk saja..tu pun makan tak banyak..masa balik tu terus rasa tak larat..tak boleh tido semua..then tengah malam tu terus muntah teruk..esoknya terus demam..tapi bukan la disebabkan makanan kat situ..makanan kat situ ok jer..camne tau?? laa my H tu siap tido lena tanpa apa2 gangguan je pas balik makan tu.

okey ler jumpa lagi deh

09/12/2011

JJCM-Taipan Thai corner

Salam jumaat semua,


"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

Dah makan tengahari ke semua..yang lelaki tu..pergi tak solat jumaat..jangan buat2 lupa ya kengkawan semua..saya alhamdulillah baru siap makan..da kenyang pon..tambah2 lagi mata pun nak terpejam da ni..hihi..seronoknya hari isnin ni selangor cuti..birthday sultan selangor..banyak plan da di atur ni..jangan last minit tak jadi da la..

ohh sekarang ni kalau boleh saya nak letak kata-kata hikmah/pujangga/nasihat/motivasi dalam blog ni..tak kisah la kata-kata tu ada kena-mengena tidak dengan post yang akan ditulis..saya tetap akan letak satu..kihkih..saya suka dengar dan baca ayat2 yang menarik dan tersusun ni..walaupon saya ni bukan la penulis yang baik..ayat tu lagi ler lintang-pukangnya..kadang2 tu terpikir gak orang lain faham ke apa yang aku tulis ni..tapi korang layan je la ekk..

ok hari tu saya g makan dengan my H..da terlewat dari kebiasaan waktu makan..perut pon da berkeroncong abis da..nasib masa sampai tu tak ramai lagi orang..kedai makan ni tepi highway puchong saja..highway menghala ke putrajaya..boleh tahan la makanan kat cni.tapi kebanyakkan gambar yang saya ambil ni memang tak cantik..adoii kemera ni makin problem lak..mintak beli yang baru ler tu..apa2 pon layan je la ek..

Taipan Thai..gambar blur *____^

Keropok Lekor

Kailan Ikan Masin

Tom yam ayam

Telur Dadar

Siakap 3 Rasa


Angah~makan sampai tak larat nak balik rumah..fuhhh kenyang betol..harga pon boleh tahan juga..balik terus jer Zzzzzzz

07/12/2011

Kenny Rogers dan Ombak rindu

Assalamualaikum semua,

Selepas beberapa hari cuba untuk booking tiket filem ombak rindu akhirnya dapat jua merealisasikan impian nak tengok cerita ni..sebenarnya my H yang tolong ni.biasa kalau nak tengok wayang kita booking dulu..tapi cerita ni dari hari pertama keluar sampai sekarang memang tak dapat booking..full memanjang..jadi my H pergi beli terus dekat kaunter..tapi beli pagi tengok malam..ok sebelum kita cerita pasal cerita ombak rindu ni kita layan makan2 dulu yer..

Wayang kita ni start kul 930malam, jadi sebelum tu kita layan la perut yang dok menyanyi2 ni dulu..sabtu lepas memang plan nak makan kat sini..tapi tak tau kenapa ramai sangat orang sampai tak ada tempat kosong..jadi alang2 nak tengok wayang ni kita makan sekali la..jom kengkawan




my lebiuuu modelll








yummy memang sedap chocolate ice-cream nie..

Perut pon da kenyang..masa untuk tengok wayang pula..macam mana nak start ek..ceh cam pengkritik pro lak nak komen2 kan..pada pendapat saya cerita ni memang menarik..hampir 95% memang sama dengan novel..wah teringat zaman novel ni meletoppps dulu..berapa kali khatam ok..memang akan terusik la jiwa bila menonton cerita ombak rindu ni..boleh dikatakan ini la cerita terbaik pernah tengok..hihi..puji melambung pula..kategori filem la kan..walaupun masa mula-mula novel ni nak difilemkan dan tak setuju dengan pelakon yang dipilih(wah macam la pendapat ko tu penting angah)~rasanya ramai lagi yang layak untuk watak heroin2 cerita ni..tapi bila tengok rasa not bad la maya karim ni (tapi tetap rasa ada pelakon lain yang lebih baik),cuma watak lisa tu patut orang lain kot..hihi..

Memang full wayang ari tu..jangan tak percaya ada satu couple ni siap bawa baby yang mbe baru berusia 3 bulan ke bawah g tengok cerita ombak rindu ni..fuhh penangan..orang india pon ada yang datang tengok..apatah lagi lelaki macho2 ok..siap datang ramai2 lagi..sapa kata lelaki macho tak layan cite jiwang2 ni hah..bukan setakat GF heret p tengok tau..ramai juga yang datang dengan family..bawa anak2..walaupon sesetengah part tu cam tak sesueii je tok budak2..apa2 pon cerita ni boleh membuatkan kita mengalirkan air mata dan memang saya cadangkan anda semua tonton cerita ni..memang berbaloi..4/5 bintang untuk cerita ni..wah wah..class ko maria..






Tak lupa untuk my best fren..Cik Katerina Happy Birthday..Cepat2 kawen ok..LOL

TQ belanja KFC..muahmuah..xoxo