Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

09/11/2011

Puding Trifle

Assalamualaikum semua...

Wah lama pulak rasanya tak update blog ni..itula masalahnya bila bercuti ni..nak buka computer pon malas..kawan2 semua sihat tak?? mesti banyak kan makan daging time raya ari tu..Saya alhamdulillah dapat juga menyempurnakan ibadah korban..kalau ada rezeki lebih dan masa juga mengizinkan memang setiap tahun rasa nak ambil bahagian..semoga semuanya di permudahkan

Lama pulak tak share resepi..ada banyak resepi nak share cuma tak ter'post' je lagi..ari ni nak share puding trifle..rasanya da ramai yang penah cuba resepi ni..saya pon da banyak kali juga cuba cuma kali ni saja berkesempatan nak ambil gambar..jom kawan2 kita tengok resepi puding ni..




Puding Trifle
Resepi asal: Blog Hanis (maaf tak ingat blog add)

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Saya guna perasa strawberry
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - Saya tak buat lapisan ini..

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Saya guna bekas biasa saja~tak boleh nampak lapisan tu


Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.





Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.



Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).


Lapisan 5~saya tak buat lapisan terakhir ni
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya

Angah~sangat sedap..Makan masa sejuk~nyaman sangat.hihi

28/10/2011

Cucur Ikan Bilis

Salam semua...

Hari ini kita share resepi yang simple je la yer..petang nti iAllah lepas maghrib nak balik kg..Balik umah MIL..mggu depan sempena raya haji balik umah saya lak..cam jauh je umah..wahal kg my H n saya ni dlm 15-20minit jer..

klu petang2 tu kengkawan boring2..tambah2 lagi cuaca mendung tau hujan jer..boleh ler buat cucur ikan bilis ni..sedap sangat makan time panas..pekena lak dengan air kopi kan..hihi (cam la ko pernah wat air kopi angah)..My H tu suke milo jer..tiap2 ari milo saje..

Cucur Ikan bilis

Bahan

Ikan bilis
Tepung gandum
Sedikit sebuk kunyit ~ sikit saja tau
garam
Daun Kucai~ potong kecil
Carrot~potong halus
Telur 1 biji
1 biji bawang besar~mayang halus
Air secukupnya

Cara-cara

Gaul kesemua bahan sehingga sebati.Goreng didalam minyak yang panas..Siap untuk dihidangkan..








cicah ngan cili sos..lagi sedap cicah ngan sambal..umphh


Angah : ahad ni my H ada race..so good luck..dapatkan tempat yang terbaik k..muahmuah