Showing posts with label Kisah Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Ramadhan. Show all posts

26/07/2012

Berniaga di bulan Ramadhan~

Assalamualaikum

berniaga di bulan ramadhan?
korang mesti dah terpikir eh? angah nie berniaga pulak ker?
jawapannya tentu laaaaa tidak!
aku saja je nak share dengan korang pasal isu berniaga di bulan ramadhan nie
ramai yang ambil peluang untuk mencari rezeki yang lebih di bulan yang mulia ini
dari yang tak pernah sekali pun berniaga seumur hidup tiba2 dapat idea nak berniaga bulan ramadhan ni
kebanyakkan memilih untuk berniaga makanan
Bila dekat saja dengan bulan ramadhan mesti ada isu tapak ramdhan kan
itu menunjukkan orang memang berlumba-lumba berniaga tika bulan mulia ini
tambah-tambah rakyat mesia ni dimanjakan berbuka dengan makanan yang pelbagai waktu berbuka
sampai tak hingat tue bila membeli~nafsu mengatasi kemampuan perut~cam terkono je*aku*
tapi tak di lupa juga yang memilih untuk berniaga kuih raya,baju raya,kasut raya..pendek kata yang berkaitan dengan raya la
90 peratus rezeki kan datang dari perniagaan..jadi tak salah kita nak mencuba
cuma biarlah kita betul2 yakin dengan perniagaan kita
jangan sesekali memikirkan keuntungan diri sendiri saja sampai keberkatan tu tak di ambil peduli
contoh macam nak cut cost sampai masak cincai saja..malah ada peniaga jual makanan yang basi
so yang jadi mangsanya adalah pembeli..lepas tu mula la maki hamun cacian dilemparkan
so camne nak berkat kalau orang asyik kata-kata yang buruk saja
kata-kat tu kan satu doa

wah panjang lebar pulak nak explain kan
sebenarnya aku nak share dengan korang semua
kalau kita berniaga makanan tu memang lah elok kan kan
tapi biasanya orang berniaga start pukul 3 atau 4 ke atas 
so achner pulak kalau ada yang berniaga dari pukul 730pagi lagi tu..pulak-pulak orang islam tu..lagi-lagi bertudung tu..so achner tue?
Berapa kali tu laaaa..ok nak cerita kat korang la..oppss ni kira kategori mengumpat ke ek?
ah anggap je la kita sharing is caring kan kan
dekat area aku keje nie ada la sorang makcik nie..orang melayu dan bertudung lagi
dia memang berniaga di hari-hari biasa
tapi yang luar biasanya di bulan puasa pun dia nak berniaga jugak..
bukan berniaga kat bazar yang start pukul 4ptg tu tau..ni dia berniaga di waktu pagi..kira perniagaan dia dihari biasa tu tetap berjalan seperti biasa di bulan ramadhan nie..confius?lantak la..hihi
sepanjang aku keje kat sini memang tiap-tiap tahun dia berniaga..
mula tu aku perasan dia buka bila dah pertengahan ramadhan..tapi sekarang ni awal-awal ramdhan lagi dah berniaga dah..aku memang ada terpikir nak ambil gambar makcik ni..tapi pikir-pikir takyah la kot
nanti mengaibkan pulak..aku cite nie kira bukan mengaibkan kan?~sedapkan hati sendiri lalala~
yang jadi isu kat sini*tiba-tiba* boleh ker berniaga di pagi hari?
orang baru lepas sahur 2-3 jam la makcik..
camne pulak dengan yang terlepas sahur tu..pukul 730 baru nak sahur?

Orang mengantuk disorongkan bantal?
auww peribahasa lagi
tapi peribahasa itulah yang sesuai dengan makcik tu
maybe niat dia nak jual dekat non-muslim saje dan boleh tambah rezeki lebih sebab peniaga lain tutup kedai..tapi masalahnya makcik aku tengok yang membelinya ramai orang melayu saja?
takkan la aku salah pandang pulak..takkan tiba2 orang melayu ni dah seiras dengan orang bangla,indon?
ohh ok sekarang ni ramai yang mix ek..kihkih
itulah hakikatnya..yang membeli pagi2 tu memang ramai yang melayu dan of couse muslim yang diwajibkan berpuasa di bulan ramadhan
jadi tidak ke makcik rasa bersalah dan bersubahat dalam hal ini?
amboi ko angah baget makcik tu dengo je ko cakap kan?berani cakap la face to face?
haha dulu-dulu masa mula-mula aku tengok situasi ni memang aku nak report saja kat jais
aku kira cam bersubahat mata pulak bila tengok orang islam beli kat situ
tapi kesian pulak..maybe makcik tu ada masalah kewangan kan..walaupun pada aku tu bukan satu alasan?
yang membeli tu memang takada perasan bersalah pun..makcik tu lagi la..langsung takada rasa bersalah atau takut2 nak menjual kat situ

So apa pendapat korang?
aku harap makcik tu berubah la..walaupun niat makcik tu lain..tapi orang kalau dah depan mata..ngap je la



24/07/2012

Menu berbuka hari ke-3

Assalamualaikum

korang pekabar? puasa tak hari ini?
aku syukur tahun ni dapat puasa di hari pertama..auww nampak sangat sebelum ni tak dapat puasa di hari pertama kan..memang pun seingat aku la dah berapa tahun aku tak dapat berpuasa di hari pertama
aku pulak jenis kalau dah awal puasa tak berpuasa maka akhirnya pun tidak la jugak
maka korang boleh buat kira-kira berapa hari aku kena ganti puasa setahun..penat mak uollss..

sekarang ni bila baca blog orang lain je semua sibuk post menu berbuka dan bersahur je kan
hihi aku pon nak join jugak la group blogger yang post menu2 makanan nie
so sepanjang ramadhan nie korang jangan boring pulak baca blog haku nie
maybe akan penuh dengan makanan je la~saje nak buat korang telan air liur berkali-kali

sebelum tu meh aku nak cerita pasal puasa pertama dan kedua aku dulu
aku dengan en h memang plan nak balik kg..tapi ramai yang cakap akan jam teruk
tapi sebab nak jugak berbuka dan bersahur bersama family tersayang kami nekad je la
tapi idok pun jamnya~tengok dah keluar dah lorat pahang..jalan clear je..memudahkan perjalanan kami
hari pertama sahur dan berbuka rumah family in law dulu..en h biasa la balik rumah dia excited lebih je
mula la plan nak masak macam-macam..aku tak kisah..aku kan tukang makan je
en h plan nak bakar ayam..aku yang buat perapan ayam tu~tak ambil gambar pun..segan la aku kan
takpe nanti bila aku buat lagi aku share dengan korang ok~baget ada permintaan khas je..kuikui

hari ke 2 berpuasa dan sahur kat rumah aku pulak..nasib la rumah dekat2 je kan..tu la untung kawen orang dekat ni*tiba-tiba* 
kat rumah aku pun menu biasa je..masa ni semua adik beradik aku yang dah kawen tu dah balik rumah memasing..diaorang stay hari pertama je..aku dengan en h je yang balik lepas berbuka.jadi tak dapat la berbuka ramai-ramai..sobsob..tapi sahur sempat jugak bersahur bersama-sama..aku siap tambah lagi korang..sedap gilo mak aku masak gulai rebung udang pepagi buta tu..korang ada sahur bertambah?..tak ada kan kan*teringat pulak*glupglup

so puasa ke-3 semalam balik ke normal
tinggal aku dengan en h berdua saja la..sobsob
tahun ni aku dengan en h memang nak bersederhana sikit dalam berbuka dan bersahur 
semoga berjaya la hendaknya..hihi korang taktau dulu2 en h ni mengalahkan budak-budak kalau berpuasa tu
kalau berbuka tu macam2 nak beli..dah la nak aku masak lagi..so korang bayang la berapa banyak menu atas meja hanya untuk dua orang makan..orang lelaki memang camni ek?
so tahun ni aku bagi tazkirah untuk bersederhana siap2 sebelum puasa lagi..nasib dengar kata..walaupun semalam kurang berjaya tapi pada aku still lebih baik dari tahun lepas 
dan semoga kami dapat perbaiki lebih baik lagi di masa akan datang

so itu je la cite puasa aku
sekarang meh layan ckit-ckit menu berbuka aku semalam
tak boleh banyak-banyak nanti batal pose pulak kang
aku cuma bagi idea je kat korang nak masak apa petang nanti tau..so aku tak terlibat dengan sebarang kekurangan pahala korang ya tuan2 dan puan2..kihkih~nak mencover diri

 menu yang aku sempat masak lepas balik keje~patin masak tempoyak (nti aku share resepi),ikan bakar dan kobis goreng..beli murtabak,roti jala dan popia



yang ini keow teow goreng~k.maria jiran aku yang baik hati bagi..sedap..aku siap bersahur dengan keow teow saja pagi tadi sebab tak sempat makan semalam

sekian