Showing posts with label buku/majalah/novel. Show all posts
Showing posts with label buku/majalah/novel. Show all posts

17/10/2012

Pen Al-Quran Digital

Assalamualaikum

ai is rajin sekarang uolls nak hapdet blog
so uolls jangan malas-malas nak membaca blog ai ok

Korang pernah tak dengar Pen Al-Quran Digital?
Actually aku pun baru tahun nie tahu kewujudan pen digital ni
so bila dah tahu tu aku cepat-cepat google untuk cari info yang lebih terperinci
kat mesia ni memang dah banyak dah jual pen al-quran digital ni
maybe brand,nama,harga dan cara penggunaan saja yang berbeza tetapi fungsi tetap sama
So dalam banyak-banyak company yang jual pen digital nie aku memang tertarik dengan satu company nie



Adalah penting untuk kita cari info sebanyak mungkin lebih-lebih lagi macam aku memang nak order online..korang kena pastikan yang orang tu memang boleh dipercayai,produk dia memang diiktiraf lagi-lagi yang melibatkan al-quran nie..aku beli sebab al-quran yang qalam keluarkan nie mendapat kelulusan jakim dan kdn

untuk lebih detail korang boleh baca kat website qalam
pen al-quran digital nie memang satu alternatif untuk kita memperbaiki bacaan, mengetahui tajwid yang betul, mengetahui tafsir al-quran dan sebagainya

Masa aku order ni tak salah dalam bulan puasa hari tu.
masa tu still ada promosi..so dapat la harga rm 290 tak salah dengan free delivery
korang jangan risau company ni memang dah ada deal dengan pos malaysia
jadi IAllah kualiti penghantaran tu akan dijaga sebaik mungkin






Alhamdulillah
hidup harus ada perubahan
amin

02/04/2012

Children's Book Day #

Salam semua,

Hari isnin kadang-kadang memboringkan..so dari rasa boring tu berterusan baiklah menulis blog..huhu..morning semua!!

Tiap-tiap pagi masa nak pergi kerja,aku mesti dengar radio hotfm..korang pulak cne..radio mana pilihan korang?Aku memang suka dengar hotfm sebab kelakar gilo dj die~fara,fbi n ag..opss usop jugak.. tapi lately nie usop dah kurang kat radio.tapi kadang2 aku rasa usop tak berapa sesueii la jadi dj..aku lebih suka 3 orang tue je..dah cukup korum..gelak nak guling2..nasib dalam kete..

Hari ini aku nak share dengan korang semua pasal topik pagi tadi..
"children's book day"
Aku dengar je topik nie terus je teringat memori daun pisang-eh silap memory lama
Tu sebab aku excited nak share dengan korang nie..
Buku zaman kanak2 apa yang melekat kat kepala korang sampai la nie?
Aku nie bukan la seseorang yang dilahirkan dengan memory yang kuat apatah lagi kenangan masa kecik2 dulu..tapi bila dengar topik kat hotfm nie dan pendengar yang bagi komen..
terus je memory lama aku nie berfungsi.

Aku dalam kategori suka membaca jugak la masa kecik2 dulu
Tapi di sebabkan aku duduk kat kampung..maka bahan bacaan tu tersangatlah limitednya.
Masa tu hanya bergantung pada library sekolah dan juga perpustakaan bergerak.
Korang tau ke apa tu perpustakaan bergerak?
perpustakaan bergerak tu macam satu bas yang diubahsuai menjadi perpustakaan..
bas tu akan bergerak kesetiap kampung/daerah/bandar untuk membawa bahan bacaan kepada penduduk setempat..So masa tu aku mesti akan pergi kat perpustakan tu untuk membaca..tapi sekejap sangat perpustakaan tu datang..dalam 1-2 jam tak salah aku..tapi kita boleh pinjam la buku kat situ..cuma kena bayar yuran bulanan..masa tu hidup susah.adik-beradik pulak ramai..jadi mak aku cuma bagi akak aku saja kad bulanan tu..tapi kami akan bergilir-gilir mengunakan kad tu.
Masa tu memang excited sangat dapat pinjam buku dan dapat membaca.
korang nak tau tak buku apa yang aku paling suka baca masa zaman kanak-kanak dulu?
Buku siri penyiasatan..
Aku memang gila la membaca siri penyiasatan nie..kadang2 sampai ter 'berangan' sekali..

Ini la lebih kurang rupanya perpustakaan bergerak tu
aku rasa setiap negeri ada perkhidmatan perpustakaan bergerak nie


Ini la buku kegemaran aku masa zaman kanak-kanak dulu..yang aku ingat buku siri salma dan siri penyiasatan hadi..hampir semua siri aku dah baca..cuma terlupa dah ceritanya (huh kalau aku boleh ingat memang terar la aku #pang#)

Aku Suka jugak baca cerita mickey mouse dan fairy tales~aku rasa semua orang pun suka kan..
Tak lupa juga buku kisah rakyat..
Masa dulu-dulu ada syarikat buku akan datang sekolah jual buku..
Aku ada juga beli buku-buku tu tapi taktau dah hilang kat mana (padahal lepas baca ntah campak kat mana)
kadang-kadang miss pulak dengan buku2 lama ni
sebab tu semua kenangan ..sepatutnya aku simpan buku dulu-dulu tu..kihkih

Tapi sekarang dah berbeza..kehidupan orang sekarang dah senang berbanding kehidupan dulu
tapi aku rasa budak2 sekarang lebih suka bermain video game or melayari internet dari membaca
sedangkan zaman sekarang lagi senang kita nak perolehi semua bahan bacaan tersebut
apa-apa pun tepuk dada tanya selera

Selamat membaca

Angah~ *gambar semua aku ambil dari internet tanpa kebenaran..sila halalkan pengunaan gambar tersebut cik adik manis*

07/10/2011

Menunggu kereta Api

Salam semua,
Hari ini nak cerita salah satu hobi saya.Dari remaja lg sampai la sekarang ni mmg suka sangat baca novel.Cuma sekarang bila da kawen minat tu seolah-olah da berkurang.tapi jika ada masa terluang saya tetap akan luangkan masa untuk novel-novel saya tu..saya berkongsi minat ni bersama-sama dengan family saya terutama adik-adik perempuan saya tu..dulu kami akan beli novel yang berlainan dan tukar-tukar.rasa seronok baca novel ni kadang-kadang sampai pagi semata-mata nak tau ending cerita tu..sanggup tak makan semua..

Tapi sekarang da berubah bila da kawen ni..1 novel tu kadang-kadang seminggu kadang-kadang sebulan nak habiskan..bahkan da lagi novel yang tak sempat pon nak baca..sampai sekarang xbuka-buka pon lagi terutama novel yang adik saya bagi tu..hihi

Tapi dalam banyak-banyak penulis novel ni..yang paling saya sayang rasenya adalah norhayati berahim..dari dulu sampai sekarang saya memang tak pernah miss dari baca novel beliau..antara yang terbaru adalah novel ni..


Saya suka sangat baca novel beliau sebab saya rase tak stress..biasa novel beliau mesti happy ending..setiap orang adalah berlainan..sy xsuke sesuatu yang terlalu complicated..saya suka baca sesuatu yang beri kita kepuasan dan kegembiraan bila membacanya..dan novel-novel beliau juga biasanya akan menerapkan kasih sayang sesama keluarga,kawan-kawan dan orang keliling kita.mengajar kita terutama yang wanita untuk menjadi kuat,jangan berputus asa dan berusaha untuk mencapai apa yang diigini..paling saya suka adalah cara penulisan beliau yang sangat dekat dihati..


Ok yang selalu menjadi mangsa untuk belikan novel-novel ni semua adalah my Husband la..hihi.bila tau je kak norhayati berahim ni keluar novel baru mesti tepon my H ni suruh beli same day gak..penah la dia pergi kedai tapi xda lagi novel tu..penah juga kedai tu tutup..hihi macam2 la perkara penah jadi..kadang marah-marah juga my H ni tapi da minat wife kan kena la ikut gak..Klu tak majuk nti..hihi anyway thanks my H sebab sllu ikut je kemahuan ur wife ni..

P/s: Tempat keje my H dekat ngan kajang jd senang la nak p beli..Dia siap penah jmpa n borak lg ngan k.norhayati ni..siap bik gmbr lg tu..i pon xpenah..sobsob