Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

27/11/2012

Nasi Kerabu

Assalamualaikum

 Nasi kerabu ni pulak aku masak ahad lepas
tetiba la pulak nak makan nasi kerabu
kat kl ni memang susah giler nak cari nasi kerabu yang kena dengan tekak aku nie
jadi marilah kita buat nasi kerabu..baru la kena dengan tekak sendiri

resepi nasi kerabu ni aku ambik dekat Dapur Mamasya
Aku memang suka gila resepi dari mamasya nie
sebabnya ringkas dan bahan pun senang saje nak cari
Tapi ada setengah tu aku edit ikut cara dan citarasa sendiri je
Jom melayan resepi~thank you mamasya saya share resepi disini ya
(baget mamasya baca je blog ko~hihi)


Nasi
3 cwn beras
daun pandan
1 st pewarna biru- dicampurkan dg sedikit air

Cara - masak nasi macam biasa dgn diletakkan daun pandan.. Bila nasi dah mendidih...hampir kering masukkan pewarna berkenaan, tompokkan pewarna atas nasi.kacau dg garpu.

Cara Angah~campur je semua~beras,daun pandan dan pewarna bersama dan masak nasi seperti biasa

Sambal Tumis
Bahan
*2 sudu besar lada kering yg telah ditumbuk (8-10 tangkai cili kering)
*8 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
1 biji kelapa @ 1/2 tin santan dlm tin/1 peket santan brand S&P -jadikan 1 mangkuk santan pekat
1 btg serai-di ketuk
1-2 keping asam gelugur
2-3 sm budu
gula , garam secukupnya
*tumbuk/blender
Cara
1. Panaskan minyak , tumis semua bahan tumbuk.
2.Kemudian masukkan semua bahan lain.kacau sampai masak pekat dan pecah minyak 

Cara Angah~masukkan kesemua bahan dalam kuali dan kacau sentiasa sehingga pekat(aku lebihkan serai..bagi wangi sikit..aku tak tumis)

Sambal ikan/Sambal kelapa
Bahan
3 ekor ikan - direbus dan ambil isi - tumbuk
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut- digoreng tanpa minyak sampai kuning & tumbuk sedikit.
5 ulas bawang merah-tumbuk
1 batang serai dihiris tipis-tipis
garam,gula,lada hitam(tumbuk) secukupnya

cara;campurkan semua bahan di atas .rasakan. 

Cara Angah~yang ni sebijik aku ikut cara mamasya cuma aku tetap lebihkan serai..i like serai..hahaha

 Sayur ni ikut selera korang je hokey..cam aku hiris halus-halus
 kobis bulat, kacang panjang,kacang botol,timun,taugeh dan limau nipis

 Ayam bakar

yang ni resepi aku sendiri je
bawang putih,halia dan lada hitam di tumbuk halus
perapkan ke atas ayam bersama-sama dengan madu,kicap manis,sos tiram, garam dan gula secukup rasa
 Perap paling kurang 2 jam dan bakar dalam oven 200c selama 30-40minit guna api atas bawah 
(lagi lama perap lagi sedap ya kengkawan) 
oh ayam tu masa bakar jangan potong kecil sangat~kalau guna separuh potong je 2 bahagian dan bakar
bila dah masak baru potong kecil2  

bahan lain yang harus di makan bersama nasi kerabu
budu 
telur masin
keropok 

yang lain-lain lagi tu terpulang la pada tekak memasing ya 
 
 ~jemput tengok~

kita up lagi sekeping gambar sebagai penutup blog

selamat mencuba

02/03/2012

Nasi ayam

Salam,



Terlebih rajin hari ini nak update 2 post..tapi yang ni resepi saja..

Nasi ayam

Mula-mula kita masak sup ayam dulu sebab kita nak guna air rebusan ayam untuk masak nasi..

**Bahan-bahan Sup

1 ekor ayam potong 6 bahagian
2 sup bunjut
Rempah 4 sekawan~nak bagi rasa rempah tu kuat sikit*tak nak guna pun tak pe cukup dengan sup bunjut saja
1 biji bawang besar~ditumbuk
3 biji bawang putih~ditumbuk
sedikit halia~ditumbuk
Garam
daun bawang+sup~potong halus

Cara-caranya
tumis rempah 4 sekawan dan masukkan bahan2 tumbuk.bila dah naik bau masukkan air berserta dengan sup bunjut dan ayam.Biarkan sehingga ayam masak.Bila ayam dah masak asingkan ayam~terus ke bahan2 ayam. Bahagikan sup kepada 2 bahagian.1 bahagian untuk nasi~terus ke bahan2 nasi. untuk satu bahagian lagi masukkan garam secukup rasa..hiasan kan dengan daun bawang dan sup



Bahan-bahan Nasi

3 pot nasi~cuci terlebih dulu
**Air rebusan ayam
1 kiub ayam
bawang besar~di mayang halus
Bawang putih~mayang halus,goreng dan tumbuk kemudian ambil patinya saja
daun pandan
sedikit garam

Cara-cara
campurkan kesemua bahan dalam rice cooker dan masak..hihi


Bahan-bahan ayam

**1 ekor ayam~potong 6 rebus
perap ayam yang telah direbus dengan kicap manis,pekat,sos tiram,madu garam dan gula secukup rasa.(perap dalam 1-2 jam)
kemudian goreng tapi jangan terlalu lama..nampak garing sikit terus angkat(ayam telah masak ketika di rebus,jadi tak perlu goreng terlalu lama)

 
Bahan-bahan sos

cili besar~potong kecil
tomato~potong dadu
bawang putih
limau kasturi
garam+gula secukup rasa

blend cili besar,tomato dan bawang putih.Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula.


Makan nasi ayam bersama dengan ulam-ulaman~timun,tomato dan salad.Kicap jangan lupa.disebabkan dah malas guna saja kicap kipas cap udang tu..kalau rajin boleh buat kicap sendiri ya kengkawan..lagi sodap..


Untuk mengeratkan hubungan sesama jiran lebih2 lagi saya ni kan baru saja dekat taman ni, jadi saya hantarkan sedikit nasi ayam tu untuk jiran sebelah rumah tanda perkenalan..hihi seronok dah ada jiran..dulu masa duduk rumah sewa kat sebelah rumah semua kosong..sekarang dah berjiran..siap akak tu balas lagi sambal udang yang sedap..walaupun kita tak harapkan balasan..tapi inilah hidup berjiran..^_________^

11/01/2012

Nasi ayam goreng

Assalamualaikum semua,

Hari ini nak buat entry pendek saja la..nanti bila masa mencukupi sepenuhnya (cewah) saya akan share nape la sejak 2 menjak ni jarang update blog ya kengkawan..

Memasak ni pun da jarang sekarang ni..ni resepi yang saya cuba dolu2 je..sekarang baru nak post..resepi ni saya ambil dari blog mamasya.suka cuba resepi kat blog mamasya..nampak best2 je semua dan barang nak guna pun tak banyak sangat dan mudah untuk di cari..


Sumber utama; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan . Resepi asal Tummy@ 3hungrytummies
Sumber Kedua; Yati@Sinar Kehidupanku 

Sumber Saya :dapur-mamasya.blogspot.com

Nasi ayam goreng Special
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.Utk sambal merah mama buat spt dibawah;

Sambal merah

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil

Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya..

 Masak nasi dalam rice cooker je..senang dan mudah..hihi

 gambar yang kelabu..sebab kamera lama dah problem.

 Sambal

 Nasi ayam goreng yang sedap di makan bersama2 ulam-ulaman dan juga sambal merahnya

Angah~memang sedap nasi ayam goreng ni..nak masak pun senang..cepat dan pantas..hihi..selamat mencuba


15/11/2011

Nasi Lemak

Assalamualaikum..

Dua hari ni macam malas saja nak update blog..itu la dulu excited sangat kan..sekarang cam da malas pulak..tapi jangan risau iallah saya tetap akan meneruskan penulisan di blog ini..cam ramai pembaca je kat blog ko ni angah(xpe ckit ckit lama2 jadi bukit kan)~haha+++kena ke peribahasa tu???

Hari ini nak share resepi nasi lemak dengan kengkawan semua..ni la makanan fav my H tu..pagi nasi lemak,t/hari nasi lemak,malam nasi lemak...ponnn xpe..yang tak bolehnya kalau tak dapat makan nasi lemak..

jom lelayan resepi jap..

Nasi
1 1/2 pot beras
1 cawan santan~saya guna santan kotak..xnak terlalu berlemak
2 helai daun pandan~diikat
sedikit garam
Air secukupnya

Cara2nya
1-Basuh beras
2-Masukan garam kedalam santan dan kacau sehingga larut
3-Tuang santan kedalam beras yang telah di cuci dan masukkan daun pandan
4-Masukan air secukupnya dan on la rice cooker tu supaya nasi masak..hihi


Sambal ikan bilis
ikan bilis~goreng sehingga garing..klu tak liat nanti
1 helai daun pandan~ikat
7 sudu cili kering yang telah di mesin
1 biji bawang besar~ditumbuk
2 ulas bawang putih~ditumbuk
sedikit ikan bilis mentah
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak 
sedikit air

Cara-caranya
1-Tumis bawang besar+putih sehingga naik bau
2-Masukkan cili kering yang telah dimesin~tumis sehingga garing
3-Masukan daun pandan,garam dan gula serta ikan bilis mentah tadi
4-kemudian masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng
5-Kacau 1-2 minit dan tutup api.


Angah~fungsi ikan bilis mentah adalah untuk memberi rasa pada sambal..



Makan la nasi lemak bersama dengan ulam timun,kacang tanah goreng, telur rebus dan ayam goreng (hihi ayam goreng ni tak ada pon xpe)






 Selamat mencuba

25/10/2011

Nasi Goreng Sardin Express

Salam semua

Hari ni office kita ni sunyi jer..ramai staff yang cuti..esok kan deepavali..bila cuti ni macam-macam plan nak buat..tapi last minute mesti tak jadi pulak plan tu semua..sebabnya.........

Bukan selalu dapat cuti kan..time ni la tiba2 rasa rumah tu memangil2 untuk dikemaskan,dicuci,dimop..macam2 la..pastu sambung masak lak klu rajin la..then badan pon da penat..tak larat nak kuar da..pehabisannya..tdo je la kat umah..tengok2 cuti pon da bis..hihi

so esok klu nak buat express breakfast kan kan..lagi2 ada balance sardin yang memang sayang sangat nak dibazirkan tu..boleh la cuba resepi ni..

Bahan-bahan

Ikan sardin ~ dilenyek halus
1/2 biji bawang besar ~ mayangkan
2 biji bawang putih ~ mayangkan
4 biji cili padi ~ dititik
1 paket perencah nasi goreng adabi ~ ni memang express punya
3 cawan nasi
garam secukup rasa

Cara-cara

Tumis bawang besar+putih+cili padi
Masukkan perencah nasi goreng adabi
Masukkan sardin dan garam secukup rasa
Finally masukkan nasi.kacau sehingga masak.Hidangkan

Angah : Nak berkhasiat tu campur la sayur2an ckit ya puan-puan dan klu tak nak gunakan perencah tu boleh tumis je dengan cili padi@ kering k.     





Kepada semua kawan-kawan yang beragama hindu happy deepavali especially my officemate and pembaca blog ni...enjoyyyyy...

10/10/2011

Ayam Bakar Nasi Mandhi

Salam Semua,

Sejak terjumpa 1 blog ni dapur-mamasya,perasaan nak mencuba resepi baru cam membuak-buak je.Bsa kalau hari bekerja memang sesangat la malas nak masak.Weekend pon kadang-kadang saja, itupun bila teringin sangat nak makan baru la masak.Bukan apa saya ni kan berdua saja dengan my H..kadang-kadang rase cam membazir je memasak..jadi lebih baik beli je kan..hihi padahal malas nak masak cakap je la..

Berbalik pada blog dapur-mamasya tadi, kebanyakkan resipi yang di post nampak agak ringkas dan cam boleh di cuba je..so apa lagi saya pon cuba la resepi ayam bakar nasi Mandhi ni..tapi terpaksa la ubah ckit kuantiti bahan-bahan tu..ya la 2 orang je makan kan..(sebenarnya my H tu sik tanya je bila nak cuba resepi ayam bakar2 ni..then sebagai isteri mithali ni..hihi saya pon surf la kat internet..last2 jumpa blog dapur mama-sya yg best ni)

Ok la jom layan resepi ayam bakar nasi mandhi ni..




Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber : Blog dapur-mamasya
Sumber asal ;Blog Resepiraidah


Nasi Mandhi

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan ~ guna 2 pot kecil saja
3 camca besar minyak sapi ~ guna 1 1/2 camca saja
4 cawan air atau secukupnya ~ **bergantung jenis beras yang digunakan
1 biji bawang besar ~ hiris halus ~ guna 1/2 biji saja
3 ulas bawang putih ~ hiris halus ~ guna 2 ulas
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih (2 kuntum saja)
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
*5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


Nota Angah
* tak buat langkah 3 ni..Langkah 5 ni pon di buat bersama-sama langkah 2 terus.hihi maaf la menderhaka ckit kat resepi ni..sal tu nasi jadi warna kuning je semua..








Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam - Guna sebelah saja - Potong 3
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat ~ guna 1 biji saja
2 biji lemon ~ dihiris bulat ~ guna 1 biji saja
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

Nota Angah
** bakar suhu 250'c selama 1 jam ,buka sedikit alumium foil.Guna api atas bawah..setiap 20 minit saya terbalik kan ayam (saya guna oven biasa je)



Sos/Sambal:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.(nak lagi sedap tumbuk guna lesung)

Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.


Disebabkan my H ni kena makan nasi dengan kuah..jadi saya pon tambah la sup bebola yang memang ringkas bis la..

Bahan-bahan
Bebola ayam Ayamas
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Rempah tumis
garam secukup rasa

1-Tumis rempah tumis bersama-sama dengan bawang besar,bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama.
2-Masukkan bebola ayam ayamas (masukan sebiji2 atau belah 2~ikut suka).akhir sekali masukkan garam.


Memang sedap resepi ayam bakar nasi mandhi ni..

Nota Angah
Memang sedap resepi ni tambah-tambah ayam bakar tu..yummy..da pernah juga cuba resepi nasi ayam goreng yang lagi ringkas dan sedap kat blog mamasya..tapi sebab sedap sangat sampai lupa nak bik gambar..hihi..next time klu saya buat lagi saya post di blog ni k..