08/01/2013

fish and chip resepi 1

assalamualaikum

Jom tengok resepi Jom

ni kali ke-2 kot aku buat fish n chip ni
tapi cara yang berlainan
aku suka search kat internet cara-cara nak masak fish n chip ni
then aku tak follow pun..aku cuma ambil basic camne nak buat then follow dengan bahan yang ada kat rumah je 

bahan-bahan
fillet ikan~tak kisah la dory ke merah ke
kicap cair
black paper
lemon
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
secubit soda bikarbonat
garam
air secukupnya

cara-caranya
1) perap ikan bersama dengan kicap cair,black paper,dan perahan lemon
2) bancuh tepung gandum, tepung jagung,soda bikarbonat,garam dengan air secukupnya
~jangan terlalu cair or pekat sangat
3) panaskan minyak~salutkan ikan yang telah di perap tadi dengan bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.

aku hidangkan bersama dengan kentang rangup ni
resepi ni aku tengok kat rancangan jamie oliver dekat astro TLC~
tapi cam biasa ikut bahan yang ado je la

Kentang Garing 
(suka suki je bagi nama)

bahan-bahan

3-4 ketul kentang yang di potong 2 or 3 bahagian
olive oil
garam
black paper
5-6 biji bawang putih
daun herba~thyme,rosemary
TAPI sebab aku takde sume daun herba ni aku letak je daun bawang & sup

cara-caranya

1) kentang di rebus 3/4 masak
2) susun kentang tadi dalam bekas.taburkan sedikit garam dan black paper dan renjiskan olive oil dan bakar 200-220c selama 15-20 minit
3) gaulkan herba + bawang putih yang telah diketuk sedikit(dengan kulit sekali) dengan olive oil
4) keluarkan kentang..tekan kentang 1/2 or 1/4..jangan tekan sampai hancur..taburkan herba tadi di atas kentang dan masukkan semula ke dalam oven sehingga kentang garing

p/s : kentang ni akan garing di luar dan lembut didalam..sangat wangi dan sedap..

bahan-bahan lain bersama fish and chip ni adalah sayur-sayuran yang dikukus~
lobak merah,brokoli,kacang peas

then hidang kan bersama mayonis, sos cili dan lemon..yummy!!


ni la rupa kentang garing tu~maafkan gambar yang sedikit blur tue ya


nti aku akan share dengan korang cara ke dua yang aku penah try
lagi cepat dan pantas gittew~


No comments:

Post a Comment

Post a Comment