28/02/2013

salah siapa?

Assalamualaikum

aku ni malas sebenarnya nak menulis nie
tapi tetap jugak nak cerita kat semua
aku is vengang giler..hahaha
walaupun perkara ni terjadi isnin baru-baru ni
baru sekarang haku nak stori morii semua..

nak dijadikan cerita ari ni
insurance dan r/tax aku mati esok
biasa syarikat insurance aku tu..ETIQA namanya (harus aku bagitau namanya biar clear2 sikit)
akan hantar sms dalam masa seminggu bagitau r/tax aku dah nak expired.
untuk kali ni ETIQA hantar msg on 25/2/2012 (siap full date lagi tue) petang dah pun
then aku pun call la cakap aku nak renew ins+r/tax sekali
then dia bagitau la sekian-kian amount yang kena bayar
so aku cakap la eh nape mahal pulak..tahun lepas aku dah bayar kurang
then dia kata coz NCB aku dah zero..aku terkejut la nape zero pulak
aku tak pernah pun claims insurance tahun lepas
then staff dia tolong cek kan untuk aku kenapa?

then call aku semula
bagitau ada orang claims insurance aku last year cakap sebab aku langgar kereta dia
teksi pulak tu(oitt angin aku tau-dah la aku ni memang anti sikit ngan teksi nie..hahah balasan kot selalu maki teksi)
pastu aku bising la kalau ada orang claims insurance aku kenapa ETIQA tak hubungi aku
tak inform aku apa-apa..hoii time nak duit aku cepat je inform aku
apa punya ETIQA keje ko guna kan (hoii marah nie tau)
then dia bagi no tel bahagian claims suruh aku tanya sendiri..hotline pulak tue
operator jawab..4-5 kali transfer ke bahagian claims asyik la putus je
aku yang hot jadi lebih panas dari biasa..haha
aku marah baru nak bagi direct line bahagian claims..kan senang..patut kurang dosa aku masa tu.kihkih

call bahagian claims then suruh aku cakap dengan third-party department pulak kot namanya
kali ni siap bagi nama person in charge dan direct line orang tu sekali
aku pun apa lagi..membebel la kenapa tak inform aku..dari tahun lepas sampai sekarang tak ada orang inform aku anyhing..kalau tak kerana r/tax aku dah due ni..agaknya sampai bila-bila aku taktau.
orang tu boleh pulak jawab..saya tak proceed lagi claims tu..
oooo ko tak proceed lagi..tapi NCB aku ko dah jadikan kosong
bagilah reasons logik sikit kan..
pastu aku mintak semua document claims dari pihak teksi tu

bila aku check memang polis dah keluar IO kot namanya
keputusan polis yang kata aku bersalah..
angin la aku kan
sebabnya..memang aku tak pernah accident pun tahun lepas
dan aku pun tak pernah pergi pun ke tempat kejadian tu
lagi-lagi pukul 1030mlm cam tu..gila apa
petang tu aku buat laporan polis..aku just takut ada orang guna plat number aku
nanti tak pasal2 banyak menda lain pulak terjadi di masa depan kan..

selasa tu aku refer kat person in charge tu semula
dia boleh pulak cakap aku patut pergi kat balai polis yang teksi tu buat report..
bukan dekat balai polis lain.
oitt lagi aku hot ok..memang aku smash dia cukup2 la..
gila apa aku nak pergi sana..dah la aku taktau kat mana..sapa yang in charge kes aku
jauh pulak tu..sape nak ganti cuti sehari yang aku terpaksa ambil untuk settlekan menda yang ko timbulkan?
aku marah suruh dia bagi no tel balai polis tu..dengan polis yang terlibat semua..
boleh pulak dia cakap tak jelas dekat copy yang dia ada
memang pemalas betul ko nie kan..makan gaji buta je..hihi..nasib ko tak buta..
akhirnya aku search kat tenet..refer punya refer dapat la bercakap ngan sarjan yang in charge kes aku

dia tolong aku cek..then call aku balik
dia bagitau dah hantar surat kat rumah lama-lama aku (sebab dah berapa kali pindah) bagitau kes ni
tapi sebab aku tak datang jugak balai maka diaorang kena keluarkan keputusan yang aku bersalah
dan diaorang tak dapat nak buat apa-apa sebab perkara ni terjadi dah lebig dari setengah tahun
dia suruh aku bincang semula dengan syarikat insuran aku..

ada banyak perkara yang aku tak puas hati di sini

1) of coz tangga teratas adalah syarikat insuran aku ni ETIQA bersama-sama dengan perkerjanya yang tak tahu ETIQA kerja tu..kalau dia bagitau aku awal-awal..sekurangnya aku ada masa nak settlekan perkara ni..nak defend diri aku..tapi aku tau pun (bukan ETIQA bagitau) hanya 3-4 hari before r/tax aku expired.apa yang mampu aku buat?

2) of coz lagi pemandu teksi tu..sebab apa aku cakap cam tu..aku amatlah yakin dia tak nampak dengan jelas no plat aku tu..main agak2 je..umur dah 60++ malam pulak tu..lagi satu sebab polis bagitau aku yang lepas langgar teksi dia orang tu terus lari? dan lagi dia bagitau yang bawak kereta masa tu adalah LELAKI ok..(kereta aku hanya digunakan untuk pergi keje dan balik keje je..dan limit area puchong je..dan tak pernah sesape bawak kete aku melainkan aku je..En H tak pernah sekali pun bawak keta aku) dan lagi dalam report dia tak tulis pun jenis kereta,warna lain2 maklumat la..yang ada hanya no plat..(maybe sebab langgar lari kot..tak nampak semua)

3)polis /jpj~polis bagitau aku yang dia hantar surat ke alamat lama aku sebab maklumat tu dia peroleh daripada JPJ..okey ni aku memang tak puas hati jugak..kenapa JPJ tak update alamat terkini aku?mesti korang cakap..bukan ko sorang ler..berjuta kereta kat malaysia ni..ok fine..tapi aku renew r/tax aku setiap tahun..takkan la kat situ kat dapat detect alamat aku dah berubah..guna myeg lagi..oitt kalau nak kutip hutang..lubang cacing pun ko pandai cari kan..lagi satu polis cakap dah hantar surat..kenapa tak guna surat berdaftar..kalau pos return maksudnya orang tu tak dapat dihubungi..mesti alamat dah bertukar..refer la dekat syarikat insurance kan..mesti mesti semua orang akan renew insurance dan r/tax setiap tahun..

kesimpulannya kat sini

aku rasa memang nasib aku yang malang kot..
sebab semua keadaan tak memihak kepada aku untuk menafikan pembabitan aku dalam kes ni T___T
En H kata kita fight je..bawak g mahkamah kan
kat situ aku pasti keadaan akan memihak pada aku
tapi yang tapinya..hihi banyak masa yang diperlukan untuk kes camni
terus ai tak semangat uollsss
ok la en h kata kita g je umah pemandu teksi tu
baling batu kat cermin kete dia..hahaha..cadangan tak agak kan

tapi





takpela aku redha je la dengan kejadiaan ni
terkilan jugak kena tambah duit beratus lagi lepas NCB jadi kosong
kalau tak boleh pergi makan besar kan guna duit tu
ape-ape pun memang bukan rezeki aku




tapi
tapi lagi






aku tetap aku buat aduan rasmi dekat ETIQA dan JPJ 



sebab semua ni bukan salah aku?

No comments:

Post a Comment