01/02/2012

Tanjung Harapan

Assalamualaikum

Hohoho...

Saje je kan..meh meh nak story mori pasal jjcm ni.kali ni saya g makan kat tanjung harapan..dah beberapa kali pergi makan kat sini..walaupun bukan la tempat tebaik yang pernah saya makan tapi di sebabkan dekat dengan rumah maka jadi la tempat yang selalu di tuju bila tekak ini memanggil2 untuk makan seafood..

Saya bertolak lepas asar dengan harapan dapat la layan perasaan dekat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam..memang best sangat lepak tepi pantai lagi2 dengan angin menyelak tudung (okey ni nak bagi gambaran yang angin tu sangat kuat)..

Tapi hari tu sebenarnya saya memang dah rasa tak berapa sihat.memang berat hati nak pergi tapi di sebabkan my H tu beria-ria sangat nak makan seafood apatah lagi beliau nak belanja (cewah) maka dengan terpaksa rela nya saya pergi jugak.


dah sampai da..jom layan tgk matahari terbenam dulu




cantik kan..



ok di sebabkan datang sini memang nak makan..jadi tak sah ler kalau tak share gambar makanan kan.pada saya la makanan laut kat sini tak berapa nak segar..cuma cara masak tu saya boleh terima..agak sedap juga..klu datang masa weekend atau public holiday kena datang awal sebab memang full terutama port2 yang tepi pantai tu..biasa la kalau datang sini wajib la nak cari port yang menarik sambil menikmati makanan tu kan..

my H order air kelapa n saya fresh orange

Sotong celup tepung
 Siakap 3 Rasa
Ketam Goreng pedas
Lala Goreng berlada
Situasi selepas habis makan

Macam tak percaya kan makanan tu untuk dua orang makan..hihi.kami ni memang over selalu bab makan ni.tapi ada la kisah di sebalik makan2 kali ini..saya memang tak berapa nak sihat masa datang makan kat cni..jadi tak larat nak makan nasi..just ratah lauk saja..tu pun makan tak banyak..masa balik tu terus rasa tak larat..tak boleh tido semua..then tengah malam tu terus muntah teruk..esoknya terus demam..tapi bukan la disebabkan makanan kat situ..makanan kat situ ok jer..camne tau?? laa my H tu siap tido lena tanpa apa2 gangguan je pas balik makan tu.

okey ler jumpa lagi deh

No comments:

Post a Comment