11/07/2012

HePi BirtHday Angah~auWw

Assalamualaikum

Auww tajuk tak hengat kan..
saje je nak bagitau semua birthday u tue
hihi memang itu la niat aku sebenarnya
kalau boleh nak satu donia tau.kahkah (gelak jinnotti)

ehemehem..aku ni sebenarnya bukan la orang yang fedulik sangat pasal birthday2 nie
pulak-pulak bila usia dah makin bertambah2 nie
Dulu bila zaman fofulor tue suka la kan~kihkih fofulor ker?
tapi sekarang ni dah tak excited dah nak celebrate or whatever kan
****cuma****
disebabkan birthday kali ini membuatkan usia aku bertukar ke siri lain
maka aku terpanggil nak menulis di blog ini
(blog sendiri pun nak jugak guna perkataan "terpanggil" tue~menampakkan yang ko nie makin lama makin malas nak menulis kan angah)

Usia menunjukkan kematangan?
aku memang tak reti la nak share or tulis isu yang memerlukan idea yang padat dan bernas ni
jadi disebabkan aku degil jugak nak menulis
maka aku guna je la ayat aku yang power ni untuk mengambarkan perasaan aku
harap korang faham je la kan kan@ok buat faham2 sudah

Masa usia kita 0-10tahun
apa la kita tau sangat pasal kehidupan ini kan
yang penting masa tu kita hepi and ada kawan2 nak bermain
tak perlu nak pikir masalah-masalah dalam hidup nie
cuma pikir masalah cne nak mintak duit kat mak nak beli cekedis
@dolu-dolu tak perlu pikir pun just mintak je kat mak kalau nak beli apa-apa
mak bagi tak bagi tu lain kira
memang zaman kanak2 tu yang paling kita rindui sebab kita tak pernah dibebankan dengan masalah
tapi takkan selamanya kita nak jadi kanak-kanak kan?

masa usia kita 10-20tahun
zaman remaja kita
zaman ini la bermulanya kematangan hidup kita kan
masa ini la kita nak mula ada perasaan "cinta" 
masa ini jugak la perasaan nak tau dunia luar tu membuak-buak
perasaan nak mencuba sesuatu yang baru
perasaan nak berlumba-lumba untuk membuktikan yang terbaik dalam pelajaran
kadang2 aku terpikir inilah permulaan kita membuat sesuatu yang akan  kita bangga atau menyesal di kemudian hari
contohnya masa belajar~kalau kita malas nak belajar masa nie maka di usia aku sekarang nie la kesalan tu akan korang rasai
tapi itu tak bermakna bila kesilapan bermula di usia ini maka terus penamatnya disini
seperti yang aku cakap ini hanyalah permulaan saja

Masa usia 20-30tahun
zaman muda kita
hihi mesti ramai yang tak setuju kan
muda tu kan seumur hidup~haha biarlah oarng kata ko dah tua ke apa tapi jiwa tetap muda forever
tapi betul ini la usia yang pada aku membuat banyak perubahan dalam hidup kita
perubahan yang macam mana?
perubahan kerjaya korang
dari seoarang student kepada seorang yang berkerjaya
dari seorang yang bergantung kepada parent now koranglah decision maker untuk diri sendiri
dari seorang yang single kepada "not available anymore"
dari keseorangan kini dah berdua~auww
dari wife kepada sorang ibu~iskisk i belum lagi
Pada aku lagi di usia ini la keseronokan tu hampir maksimun kan kan

Masa usia 30 tahun
kenapa aku tak tulis 30-40tahun?
ala korang nie bagi la chance..aku baru je masuk 3 siri ari ni..takkan nak cakap pasal 40 dah kot~kihkih
ok pada aku ini la permulaannya zaman kematangan hidup
lambatnya nak matang kan
ramai yang cakap 20an dah matang
tapi pada aku yang matang hanya la fizikal saja..tapi mental rasanya belum lagi
tapi cne pulak dengan yang dah umur 30an tapi tak matang2
haha itu saja je buat-buat tak matang~macam yang aku cakap ramai yang suka muda forever 
hari ini aku terpikir dah 30 tahun dah aku hidup didunia
syukur ya Allah atas segala rezeki yang kau berikan kepada hambamu ini
tapi pernah ke aku menjadi seorang yang baik disisiMu, agamaMu,dihati En H,my parent,my FIL my sis & bro,majikan, sahabat, kawan-kawan, semua lah..
Di permulaan usia 30tahun ini la membuatkan aku banyak terpikir pasal amalan yang telah aku buat,kebaikan dan kesilapan yang telah aku lakukan
Seseorang telah mengingatkan aku

"selamat ulang tahun kelahiran...

sesungguhnya, tibanya hari lahir bermakna semakin mendekati kematian...

semakin mendekati kematian, ertinya semakin kurang kesempatan merebut masa membuat amalan..."
 
Sesungguhnya peringatan ini datang di saat aku terpikir apakah kebaikkan yang telah aku lakukan selama 30tahun ini
 
Jadi seiring usia aku yang bertambah ini
aku memang berharap aku dapat menjadi seorang yang lebih baik
seorang yang dapat mengembirakan orang lain
dan seorang hamba yang solehah
 
 aku copy doa kat bawah ni dari sini
(mintak halalkan~tq)
 
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


 Tq untuk semua yang wish birthday~kat fb,msg,call semua~luv u
 

1 comment:

  1. aminnnnnnnn.....

    alaaahai udah tuo..kekeee...

    ReplyDelete