23/12/2011

Masak memasak together gether

Assalamualaikum

Memasak..

Minat?
Terpaksa?
Suka-suka?
Hobi?

Hari ini ada kawan saya bagitau yang saya ni suka memasak..tapi saya tak pernah pun perasan yang saya ni suka memasak? maybe sebab saya suka kongsi resepi dekat blog ini jadi kawan saya andaikan yang saya ni suka memasak.*-----*

Saya ni dalam kategori suka-suka kot..bukan la orang yang selalu memasak..
My H: sayang abang lapar laa
Saya: okey...pergi la kedai beli.

Itu contoh ayat yang biasa di perdengarkan di telinga my H.Kadang2 seminggu atau 2 minggu pun tak pernah memasak.kadang2 weekend saja masak..itupun bila mood memasak macam terlalu tinggi tiba2 "abang nak diet ni" terus saja jatuh terjunam mood tu..lagipun only me n my H.macam tak berbaloi pula masak penuh satu meja tapi yang makannya 2 orang saja (imaginasi saja penuh satu meja tu)

Tapi bila mood saya memang tengah berkembang dengan bangganya untuk memasak,maka masa tu akan duduk la depan pc berjam jam mencari resepi yang best,syok,sedap,fantastic semua..dan of course tak sabar2 nak men "try"..hihi sama atau tak sama dengan resepi asal da tak ambik kira dah..janji siap untuk di makan.(macam mana nak tau sama atau tak..resepi pun boleh tengok gambar je)

Maka kisah ini diteruskan dengan cerita hujung minggu yang lalu..(yang atas tu intro je walaupon tak ade kena mengena dengan tajuk)

2 orang adik kesayangan saya yani dan teh (kesayangan ke? huhu) tido rumah saya last weekend..before ni saya dah berjanji dengan teh nak buatkan kek untuk dia dan kengkawannya.walaupon masa dia datang last week mood nak buat kek tu tengah menjunam tanpa penghujung..namun sebab JANJI..terpaksa la mengagahkan jua diri ini.sobsob..angah jangan lupa cheese tart sekali..APA???

Sebenarnya adik saya teh dah final year dekat UPSI..ini merupakan semester terakhir dia.Kalau tidak mesti saya da cari alasan untuk mem "postpone" kan buat kek itu kepada sem yang lain.haha..sebelum kek dibuat saya cakap teh dan yani kena tolong saya untuk menyiapkan kek..maka da sampai pada point tajuk kita ya kengkawan "masak memasak together gether"

Maka bermula la soalan kek apa yang teh nak? selepas membeli semua bahan-bahan yang di perlukan maka kita pun sama-sama buat cheese tart dulu..baru la diikuti oleh kek..nasib la dia kata nak kek yang biasa saja..jadi sonang la kojo den tambah2 lagi dengon mood den yang memang sepoi-sepoi bahasa ni..mula-mula buat semua pun nampak cantik..tapi bila da lama and banyak pula yang tak siap lagi terus memberi kesan pada cheese tart tu..terus slogan ini di laungkan "janji dapat makan biarpon rupanya tak cantik" haha




gambar-gambar di atas menerangkan episod awal cheese tart di buat..episod seterusnya gambar lupa nak ambil~ayat cover line sebab rupa cheese tart tu tidak sama seperti yang di harapkan..tapi tak pe jangan frust2 kita upload je gambar2 lama yang hampir2 sama dengan tart ini (padahal langsung tak sama~huhu) okey ni keje adik-adik kesayangku la..sebab tu tak jadi kihkih



Walaupun gambar di atas memang tiada kena mengena dengan masa kejadian minggu lepas..tapi untuk memuaskan hati semua pihak maka gambar-gambar lama di terima pakai di blogku ini~hihi
Saya gagahkan diri untuk buat tart sebab nak perabiskan filling dia yang sudah menghampiri tarikh luput..jadi dari membazir baiklah meletihkan diri membuat cheese tart ni

ok next.. kita buat kek pula..kami buat kek marble cheese brownies..perasan tak semua cheese? itu tanda2 untuk menambahkan lemak2 yang sedia ada ni..ok kek ni memang sedap..walaupun nampak sedikit hangit cheese tu tapi sebenarnya memang dibiarkan begitu..ini supaya cheese tu betul2 masak.tapi ada cerita di sebalik kek ini..masa tengah bakar membakar kek tu..rupa2nya ada benda lain yang terbakar..nasib kami sedar cepat kalau tidak dengan kami2 terbakar..hihi pointnya apa kengkawan.."terbakar" ya..sebenarnya masa saya bakar kek tu saya dah terbau hangit..mula2 ingatkan kek yang bau hangit..tapi try hidu tak de la pula baunya..then mula pikir abis la ini mesti oven aku yang terbakar..tapi tak juga..last2 baru la dikenal pasti..rupa2nya plug yang terbakar..nasib disedari sebelum keadaan bertambah worst lagi..jadi terus saya istiharkan itu adalah kek yang terakhir yang akan saya buat..

untuk sementara waktu saja laaa sehingga ....jengjeng (rahsia tau ayat seterusnya)~tak sabarnya bilakah?apakah?da lama tunggu ni..semoga dapat la dalam sebulan lagi~hihi

baiklah saya tau anda boring..jadi saya hidangkan anda dengan kek yang kami buat together gether tu ya..




Apa yang lagi best..masa kami buat tart dan kek ni my H baru sampai dari melaka dan bawa balik otak-otak yang memang best giler(punya la best)..sekarang ni memang da jatuh hati dengan otak2 melaka.sedap sebab pedas..makan masa panas2 lagi syok..then my H ada beli macam cucur udang~tapi rasanya bukan..sebab dia ada campur tauhu goreng,tempe goreng,ayam goreng n macam2 la..sedap sangat..nama apa tu ya cik semah?dari melaka juga dan yang paling best sos dia yang sangat la marvelous..kalau makan lepas goreng tu mesti lagi sedap..

okey la jumpa lagi..

angah~cik semah bila nak belanja i makan otak2 melaka..i da terkenan abis da nie?

No comments:

Post a Comment