21/10/2011

Chachos with dips

Salam semua

Anda lapar????tapi malas nak masak yang berat-berat?Lagi2 anda memang da penyakit "M" tu?

Jom saya tunjukkan resepi yang ringkas ok...tapi kan..tapi kan...

Anda still kena masak jugak tau...hahaha

Tapi tak susah pon..senang je..hihi

Jom kengkawan kita tgk resepi yang agak2 sesuai untuk orang yang da penyakit "M" ni..hahaa

Bahan2nya:

1 paket kerepek chachos

Bahan2 dips:

1/2 Biji Bawang Besar ~ potong dadu
2 Biji Bawang Putih ~ potong dadu
2 Sudu cili kering yang telah dikisar
1/2 Sudu sos cili
1 Sudu sos tomato
sedikit ayam cincang
sedikit lada benggala ~ potong dadu
1/2 biji carrot ~ Potong dadu
1 Biji tomato ~ potong dadu
Garam + gula secukup rasa

Cara-cara

1- Tumiskan bwng merah+putih.
2- Masukkan Cili kering.Bila agak garing masukkan sos cili dan tomato
3- Masukan ayam.Bila hampir masak masukkan carrot dan lada benggala
4- Akhir sekali masukkan tomato bersama-sama dengan garam+gula secukup rasa
5- Hidangkan bersama Chachos

Ini la kerepek chachos tu..ada pelbagai perisa
yang ni original

Dips stail orang melayu..kihkih

 Jom makan..


Angah : Ni nama jer western..tapi cara masak ikut stail orang melayu gak..haha..tibai je la kan..tengok pe yang ada dalam freezer then campur2 jer..da boleh makan da..

No comments:

Post a Comment