11/10/2011

Cheese Tart

Salam semua,

Hari ini nak share dengan semua resepi cheese tart pulak..sebenarnya resepi ni saya cari kat internet tapi da terlupa lak blog yang mana satu..jadi kalau tuan empunya blog da terbaca resepi yang agak sama tu harap beliau tak kisah la ya saya post resepi beliau dekat blog ni..tapi sesetengah dari bahan telah saya ubah dari resepi asal..

Jom kita layan resepi cheese tart ni..memang yummy sangat2..

Tart shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C ~ saya guna telur kuning saja gred B
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. **Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
**Nota Angah
Saya masak pada suhu 160c dalam 15-20 minit (bergantung jenis oven yang digunakan)



 Cream Cheese Filling

Bahan-bahan : 
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla (xmasukkan pon)
20g Butter (lembutkan)


Cara-cara:
 
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.+++ butter sekali
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 10 minit pada suhu 160oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar lagi sehingga masak.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Jom layan gambar-gambar tart yang pernah saya cuba n ada juga order dari kawan-kawan..
Ni masa mula-mula try dlu..


 
Pelbagai filling-before bakar
                                  order dari kawan
Blueberry filling
 oren,kiwi,strawberry n blueberry filling


Selamat mencuba untuk kawan-kawan yang ingin mencuba..klu malas tu order je dengan saya k..hihi

No comments:

Post a Comment