10/11/2011

Kerabu Betik

Salam semua

Da lama nak masak apa2 resepi dari buah betik ni..macam2 plan dibuat..nak buat jeruk la..nak goreng la..tapi tak tau sesuai ke tidak..tapi akhirnya dapat juga buat satu menu dari buah betik ini..dan rasanya memang sedap dan ringkas saja bahan2nya..

Kerabu ni saya buat bersama mak saya masa balik kampung ari tu..mula2 tu surf dulu kat internet resepi kerabu ni..tapi ada pelbagai versi dan sesetengahnya mengunakan bahan yang agak banyak juga..mak saya pula kata nak buat yang basic saja..jadi kami pon buat la yang paling ringkas saja..tapi rasanya tetap ummpphh..

Bahan2

1 biji betik muda~yang kuning sikit2 tu
Udang kering~ditumbuk hancur
Limau kasturi~ambil jusnya
1 biji bawang besar~mayang halus
1 biji cili besar merah~potong halus
Cili Padi~potong kecil2 (klu nak pedas letak banyak cikit)
3-4 batang kacang panjang~potong kecil
garam dan gula secukupnya
1-2 sudu cuka makan
kacang tanah~goreng dan tumbuk kasar

Cara-caranya

1-Sagat betik halus2
2-Masukkan bawang besar,cili padi,cili besar,kacang panjang,udang kering,cuka dan jus limau bersama buah betik yang telah di sagat tadi.Gaul sehingga sebati
3-Perasakan dengan garam dan gula
4-Hiaskan dengan kacang tanah yang telah ditumbuk tadi





Angah~masa ni da ter'habis' kacang tanah kat umah..jadi tak ada la kacang dalam gambar ni..tapi kalau nak lagi sedap kena campur la kacang tu tau~

No comments:

Post a Comment